Wednesday, September 23, 2009

cerita orang demam

plan asal:
ramadhan ke-28 balik negeri sembilan
raya kedua terus gi pahang
balik kl raya ketiga/keempat

28 ramadhan
Kinah pening muntah-muntah

29 ramadhan
Hariz demam, takda selera nak makan atau minum,
kecuali air 100plus (hihi)
malam: Abi demam

1 syawal
demam abi makin teruk, xdapat pergi solat raya,umi jaga abi
petang:
kepala aku start rasa berat, tidur sekejap.
bila bangun, dahi panas, mata rasa bengkak.
gagahkan diri jalan slow motion pergi bilik air, mandi air suam.
terus solat maghrib+isya'. habis solat, k lah tanya,

"na, do you wanna play fire crackers?"
aku angguk, nak pergi tengok je sebenarnya, nak main xlarat.
turun tangga je, abg sedara dah hulur mercun das, xboleh jadi ni.
walaupun kedinginan dirasa mencucuk-cucuk,
aku tabahkan diri demi mercun terchenta,
hehe, nak tengok je konon.

2 syawal
pagi tu kepala dah berat yang teramat, jalan pun kena paut sana-sini
solat pun dah tak larat solat berdiri, makan pun xnak masuk.
tukar plan, balik kl terus hari tu.

3, 4, 5 syawal
terus demam, kepala sakit teramat
tekak loya

6 syawal
kakak sedare kat rawang bertunang, pening sikit tapi semangat nak pergi
ayah dengan adik xlarat, tinggal

waktu kat rawang, b long bisik
"na, kalau da boleh settle, settlekan cepat balik, sebab semua yang demam ni, mungkin denggi, abi ngan kinah dah masuk hospital"
"yeah? oo, kaki saya pun dah berbintik-bintik"

sampai rumah dah petang, demam datang balik. ummi suruh packing barang nak masuk wad, pastu tibe2 ummi cakap,
"na nak ke masuk hospital? kene drip nanti nak ambik wudhu' pun susah, lagipun malam bukannya ada doktor pun, rehat kat rumahlah ye"
"yeah? oklah xpayah"
waktu ni dah tekad xnak masuk hospital.

7 syawal
gi klinik, buat blood test; platelet 43, normal 150-400, sah denggi
doktor terus buat surat suruh gi hospital terus (nasib badan)
dengan baju apa sume tinggal, terus kene gi hospital,
cucuk drip, terus duduk wad, jumpa abi ngan kinah yang dah berkampung semalaman

duduk hospital rimas tak payah cakaplah, kawan dengan dinding je,
nak pergi tandas pun kene angkut beg air drip,
solat duduk atas katil, makanan tak selera, jari habis kembang sebab masuk air,
bintik-bintik bertambah banyak, duduk menghitung masa je,
makan sup ketam dengan jus kurma sbb nak naikkan platelet count

barulah saya merasa apa yang orang sakit terlantar berbulan kat hospital rasa


syi (+k.afee, k.yah), cg syikin & bhot (+k.afiqah, kauthar) datang. thanx yah!

8 syawal
asyik tengok jam je tunggu pukul 11, doktor datang.
abi: boleh balik, sebab platelet dah 100 lebih
kinah: "you have to stay for one more day"
dyana:"cannot go home"
dush hancur berkecai harapan untuk pulang,
platelet aku baru 60, white cell count aku pulak rendah sangat, maknanya virus tengah aktif sangat, sabar je dalam hati, abi dapat balik...

oleh kerana tinggal 2 orang, pindah wad yang two-bedded, ok sikit rasanya, takdelah besar sangat, ada tv, pemandangan tepi tingkap oklah, rasa ada life, takdelah macam dalam penjara.

mintak ummi bawak sup ketam, semangat nak naikkan platelet walaupun selera tak berapa ada, sepanjang kat sana, ummi tetap pengunjung setia, kadang-kadang sampai kol 10 lebih ummi datang, lepas settlekan adik-adik, layan kitorang pulak.
(bende ni lah yang menggari tangan aku, tangan dah start kembong)

9 syawal
dari pagi tunggu waktu doktor melawat, nak mintak balik.
sekali doktor cakap adik dah boleh balik.
aku? platelet masih 76, white count still tak cukup.
"one more day"
aku dah buat muka kesian+mengharap, last-last doktor bagi.......
"but u have to promise, u can only eat and sleep"
wahh, syukur xterhingga, thanks Allah.

sampai rumah, lega dapat mandi lepas 3 hari tak mandi,
drip punya pasallah, nasib baik tak busuk, duduk dalam air-cond.

nampak kamaliah, rindu pulak budak kecik ni
"yah(panggilan kg), yah rindu k.diyana tak?"
"tak"(muka tak bersalah)
ciss.

1 badan merah menyala macam terbakar, especially tangan ngan kaki,
bila bergeser dengan kain rasa pedih sangat, even baju yang tak kasar pun rasa tajam-tajam, kulit jadi sensitif. sebab tu jalan slow motion, tapak kaki & tangan plak sengal, tak boleh genggam, nak jalan sakit, kembang sebab drip & merah macam kulit monster, sumpah tak tipu.

malam pulak, kejap-kejap kena bangun minum air, nak jaga takut dehydrated, ye la, kat hospital paling kurang 1 beg air habis 1 malam, so kejap-kejap pergi tandas walaupun nak jalan sakit.

saya rasa saya belum larat lagi pergi sekolah, nanti lagi dehydrated pulak.

p/s: sorry ye kawan-kawan (mirer-xdapat tolong jamuan),
sapa-sapa yang sms, saya balas kontot-kontot, tangan xlarat nak balas,
siapa yang terasa sebab saya x bagitau yg saya sakit, alah sakit biasa je, ok?

..:saya tak sempat nak raya:..

Allahu A'lam

Wednesday, August 19, 2009

kita diperhatikan

.
.
beberapa tahun lalu. aku mengambil tusyen Bahasa Inggeris, berhampiran kawasan perumahanku. semuanya atas desakan bondaku, ikutkan hati, sememangnya aku tidak mahu. nah, cari redha mereka. aku akur dalam terpaksa.

hari pertama aku memasuki kelas. semua mata memandangku, atas hingga bawah. rimas pula rasa. mana taknya, aku satu-satunya yang berpakaian labuh, tudung juga labuh (bagi mereka).

"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing"
H.R. Muslim

kontra dengan mereka, berjeans, t-shirt paras pinggang, lengan pendek, tudung selempang, tak bertudung pun ada, rambut berwarna lagi. tiada rasa hairan, memang itu realitinya. penganut islam di malaysia. populasinya besar. majoriti. tetapi bila ditanya tentang islam? mereka sendiri celaru. kita islam pada nama.

sesi pembelajaran berlalu. hendak pulang. sebelum pulang, semua perlu tepuk tangan cg (give me 5). aku yang tak tahu apa-apa, selamba salam dan cium tangan guruku itu. maklumlah, budak baru. rupa-rupanya itu tema pusat tusyen tersebut. hurm, ada juga rupanya. macam-macam.

mula-mula terpaksa, lama-lama aku jatuh cinta pada tempat menuntut ilmu itu. banyak yang aku belajar dari guruku itu. beliau guru sumber, pemeriksa dan penggubal kertas PMR. juga pemeriksa kertas SPM. padan pun caranya professional. tegas tetapi tetap keibuan. faham pun faham.

tetapi, satu perkara, beliau bukan beragama Islam. seperkara lagi, hatiku kuat mengatakan bahawa beliau tertarik dengan Islam. aku perasan bagaimana redupnya mata beliau tatkala pertama kali aku mencium tangannya. juga bagaimana manisnya senyuman yang menggarisi bibirnya waktu itu.

aku juga perasan bagaimana bermula saat itu, perwatakan, pemakaian dan cara pertuturanku, semuanya menjadi perhatian beliau.

ada sekali,
aku memakai t-shirt merah.
"eh, ramai pulak pakai baju merah hari ni? sokong MU ye..?"

padahal aku rasa, tidaklah seramai mana. hanya beberapa. bila hari ramai pakai baju hitam, tidak pula ditegur. aku tahu yang sebenarnya menjadi perhatian beliau, adalah aku.

satu masa yang lain. aku sedang membuat latihan yang disuruh. tiba-tiba terasa tudungku di bahagian belakang diangkat. sepantas kilat kepalaku menoleh. siapa pulak berani-berani menyentuh hijabku. erk. aku terpempan. guruku sedang khusyuk membaca tulisan di bahagian belakang bajuku. serba salah pula rasa. ah, nasib baik aku memakai serkup penuh.

selesai membaca, beliau mengangguk-angguk, senyum.
"kenapa pulak nak sorok? that's for people to read, right?"

aku membalas dengan segaris senyum. sambung latihan.

sampai rumah, aku baca apa yang tertulis di bajuku itu.

hidup dalam masalah...
itulah ujian-Nya.
lari dari masalah...
memburukkan keadaan.
masalah itu akar ketabahan.
dari tabah kita mematangkan diri.
kita muhasabah kembali kekurangan diri.
namun yang lebih penting ialah kesabaran.
sabar itu akar penguat semangat jiwa
iman pula teras sabar dan tabah.
kuat iman maka kuatlah diri.
Imanlah penyelesaian masalah.
Muslimah Sejati

eh, itukah yang dibacanya tadi? iman? muslimah?

benarlah, memang beliau memerhatikan semua penampilanku.

indahnya Islam. dalam hati setiap manusia pasti ada sekelumit jiwa yang tertarik dan mengiakan kebenaran Islam. seperti pemimpin Quraisy yang kononnya beria-ia menghentam Islam dan ingin membunuh Nabi. tetapi pada masa yang sama mereka sendiri terpesona apabila terdengar alunan kalam-kalam Allah dari mulut Nabi, sehingga mereka menghendap baginda selama 3 malam berturut-turut. ingat lagi tak? itu terjadi kepada ketua-ketua penentang Islam. sebabnya? Islam agama fitrah.

sedar tak kawan? penganut agama lain sebenarnya memerhatikan kita. setiap tingkah laku kita. tak perlu susah-susah berdakwah. menjadi seorang 'penganut Islam' dan amalkan semua yang disuruh, agama lain akan datang sendiri kerana tertarik dengan Islam.

tetapi bila saya kata 'setiap tingkah laku', bermakna yang buruk turut diperhati sama. berpakaian ketat bawah sampai atas, jalan sebelah bau rokok, kata-kata kesat meluncur keluar dari mulut tanpa segan-silu. mereka juga pandang semua itu sebagai apa yang agama kita bawa!

tak rasa bersalah ke, kawan?

saya tak suruh pun berubah sebab kita pelajar al ****, kalau itu memang ye hipokrit namanya. tapi ubahlah demi Islam. kerana ini melibatkan tanggapan dunia terhadap agama kita. orang tak berminat terhadap Islam sebab tengok perangai kita. apa nak jawab depan Allah nanti?

naah, jadi baik jugak bukan bermaksud,
"okla, okla, nanti kita keluar pakai jubah, jalan tunduk, pegang tasbih, hahaha"

jujur saya kata, itu kolot namanya, atau memperlekeh.
Islam itu mudah, tetapi kita yang menyusahkan diri sendiri.

tak semestinya jadi baik, tapi jangan jadi jahat.

maaf kalau ada hati yang terasa dengan mana-mana bahagian hasil tulisan saya.
saya pun salah, sila tegur.

Allahu A'lam

Wednesday, July 15, 2009

sweet memory

9 Julai 2009

-majlis perasmian-

10 Julai 2009

aku call umi, "umi, thanks, lahirkan saya" ceh, syok sendiri borak ngan ummi dalam phone, dahlah waktu tu kat lif, tersengeh-sengeh. orang lain pandang. heheh, biarkann..

thanx kepada semua yang wish hari tu,
huda, cg shikin, far, bihot, sarah, k.Iman, k.Lina,
cg azie(the cake), shafiah, nadiyah shahira, b.long, umi, abi,
(and lain-lain, sorry kalau ada termiss!)

vs swing team

lepas match-up, tau-tau al-amin bertembung dengan swing team - pasukan yang dibentuk untuk menggenapkan bil pasukan sedia ada, terdiri daripada obeservers, reserved etc.

usul: kita mengambil berat masalah alam sekitar

kami lawan gitu-gitu je, malas nak hentam betul-betul. ingat pesan k.iman, kalau jumpa lawan yg agak baru tu, jangan la belasah teruk-teruk, kene ingat kita dulu pun pernah jadi macam tu. kami pun x sampai hati. sekali, margin 12. bila kami tanye judge (daeng) pasal tu, "kenapa? xcukup ke?" hoho. apa2 je lah. at last, ade correction, sebenarnya margin 10.

result
menang
margin 10
juri 1-0
best speaker: khalilah


vs SMI Aman Kota Bharu

"liberalisasi ekonomi menguntungkan negara"
result:
menang
margin 4
juri 1-0
best speaker: k.Lina

waktu ni, jurinya dikenali sbg za'ba, nampak diam je, sekali bersuara, memang macam pemikir handalan. apa komen beliau? kami 'against sentiment' haha, apa kejadahnye tu? lu pikirlah sendiri.

-coach kami-


vs SMI Hidayah JB (B)

bila tengok ranking, kami memang dah agak dah akan bertembung dengan mereka. xpe, redha, fight sajaa...

"hukuman rotan wajar dilaksana"
result
menang
margin 1
juri 1-0
best speaker: alhuda

alhamdulillah, syukur sangat-sangat, rezeki drpd Allah. waktu ni, kami bersemangat habis lah, especially cik al-ketua kerajaan. "mereka ni, xfaham-faham, kalau begitu, kita rotan sahaja mereka bertiga" hoho kalau ada yang xfaham, abaikan saja...
komen juri? kami banyak defend, x attack. (haih~ salah akulah tu)

11 Julai 2009

vs SMI Hidayah JB (A)

"obama wajah baru AS"

match ni, aku rasakan performance aku yang paling out. structure lari, bidas xsharp, xagresif, xbanyak attack, gugup. diyana, apa cerita ni?? (ceh, padahal dah habis lawan dah pun, ok iktibar)

waktu ni, silent round, jadi result, umum kat dewan.
abg cipul saja pressure
"kalau abg, abg bagi diorang (hidayah) menang"
nabil pun sama
" kalau ikut kepala juri (anggukan), banyak berpihak kat diorang"

xpelah, kami redha, mungkin Allah nak kami belajar, jangan selesa sangat.
time announce result, x berdebar pun, sebab cam dah confident kalah, dah redha awal-awal. sebab kami tau, kalau kalah pun insyaALLAH dapat mara ke quarter-final.

sekali "usul ditolak"
subhanallah!

result
menang
margin 1
juri 3-0
best speaker: alhuda

waktu tengah research untuk next match, akulah yang nampak paling down, sampai k.Lina pelik
"biasanya apa-apa, kitorang yang tensyen,
diyana cool je xde pressure-pressure, kenapa ni diyana?"

hurmm, Allah saja yang tahu. sedikit sebanyak aku tertekan kerana xbanyak yang aku sumbang untuk pasukan, rasa bersalah yang amat sangat. dah lah paling malas mencelah, padahal itu antara tanggungjawab terbesar aku!

quarter-final:
vs SMI Al-Azhar Jitra Kedah

"kegagalan sistem pendidikan punca masalah sosial"

sentiasa jaga hati, jangan underestimate lawan atau pun sebaliknya.
walaupun konsep kitorang cam pelik, tapi yakin dan konsisten je. sebab bila sedar tu, masa perbincangan tinggal 10 min je.

(apakah yang terjadi? hahaha)

alhamdulillah

menang
margin 5.6
juri 3-0
best speaker: diyana (juri 2-1)

habis match quarter, kami sume battery dah weak, letih minda lepas 5 match berlalu. aku, huda, k.Lina- semua sakit perut + pening kepala. selamba je cakap, makanan hotel punya salah. jadi memandangkan dalam jadual tulis match semi malam, kami pun decide xnak buat research an nak tidur. balik bilik, AA Kemaman (roommate aku) cakap, korang xnak siap ke, 3.15 lawan."ha?? bukan malam ke?" bila rujuk balik jadual terbaru, rupanya dah tukar. menggelabah cepat-cepat solat and bincang2 kat bilik huda.

dengan pening+sakit perut, kami cuba guna mind power untuk berfikiran positif. dan semenjak itulah frasa "jaga fizikal" dimasukkan dalam moto kami.

semi-final: vs SMI Aman KB

hah, jumpa Aman lagi, bimbang jugak, sebab kalau orang yang dah pernah kalah ni, biasanya semangat dia lain macam, kami pun hati-hati.

waktu ni, ramai betul datang, kawan-kawan, cg shikin yang speed dari muar pun ada. waktu aku tgh berdebat, nampak omar, tunjuk masa sambil terlompat-lompat, dalam hati nak tergelak je, tapi bagus jugak, naikkan semangat, xterbayang kalau nabil buat macam tu haha.

juri pulak sampai 5, xtau nak pandang mana 1. (yg atas ni bukan juri ye, harap maklum)

yang xleh bla nye, "kami uia" haha.

result
menang
margin 4
juri 5-0
best speaker: diyana


segala puji bagi Allah, kami layak ke pentas final esok.
Maha Suci Allah yang mempermudahkan jalan kami sedari awal lagi.
(habis match, hilang pulak sakit perut ni hehe)

yang bestnye, habis lawan, kitorang kamcing je ngan SMI Aman, makin rapat ada,
rasa ukhuwwah tu hidup.

then, far ngan bihot bagi hadiah, huah sampai ke sini dibawanya, thanx a lot!
(cg shikin nape tuh. hehe)

malam tu, tengah ready-ready nak pergi dinner.
tibe-tibe bunyi benda meletup-letup tepi tingkap. apa bising-bising nih. sapa pulak buat demonstrasi jalanan nih. ohoh. sekali mercun kat luar sebelah jalan nun.

(muke excited)


nak cakap goodluck kat kitorang untuk esoklah tu. ceyp! kagum sekejap.
yang menyirapnya dengar suara perempuan menjerit-jerit, sakit telinga huargh. nauzubillah


malam, kami tonton semi-final BI(AA Gombak vs AA Bangi)
then, muhasabah dengan Ammar. untuk persediaan esok.

lepas tu, balik bilik. sekali, bilik kunci. ah sudah! kunci kat dalam.
lepas penat merayu agar k.Lina call housekeeper, akhirnya k.Lina call, through huda's room.
sekali pergi bilik sebelah dah tak berkunci pulak, aihh, AA kemaman yg pegang kunci.
aduh, nak xnak terpaksa aku call balik bagitau kunci dah jumpa.

12 Julai 2009


bangun esoknya, ntah kenapa berdebar-debar. dahlah menggigil air-cond sejuk x agak. terketar-ketarrr. macam-macam cara nak buang rasa tu, at last hilang jugak. pastu muncul balik, pastu hilang balik, muncul balik, hilang balik (hehe).

sarapan x selera, tekak loya semacam, pergi jugaklah cafe, nak bincang-bincang. aku paksa diri ambik makanan, ambik buah-buah jelah. roti sekeping. air suam. alih-alih, yang dapat lalu kerongkong hanya air suam. buah tembikai terbiar x disentuh. akhirnya, pass kat k.Lina hehe. mengada betul aku punya nervous kali ni.

-penyokong setia-

orang pegang kamera, terus posing..haha..cutie ijlal

Final: vs SMI Hidayah JB (B)

-a picture worth a thousand words-

alhamdulillah,
menang
margin 1
best speaker: alhuda

syukur xterhingga
apa-apa pun, semuanya kerana bantuan Allah,
yang Maha Hebat itu hanyalah Allah maka tujukan segala pujian kepadaNya

then, check-out, balik..
0909: nombor baik punya

-roommates: k.afifah, auni-
...gonna miss you guys...

appreciation
beloved family
beloved teachers
beloved friends
beloved supporters
(love ya!)

"ini dari kemuliaan tuhanku,
untuk menguji sama ada aku bersyukur atau kufur"



Monday, June 22, 2009

the hypocrite prefect

"eh, gambar lelaki?"

mataku tertumpu pada lukisan di atas meja seorang sahabatku
gambar seorang lelaki bersama gitar.

aku mencapai pemadam.
baru tanganku mendekati lukisan itu,
tangannya menghalang. wajahnya berubah tidak puas hati.

"kenapa?"

"tak payahla"

dia merampas pemadam di genggamanku,
aku meminjam pemadan dari sahabatku yang lain,

tangan tuan empunya lukisan itu segera ditekup di atas lukisannya,

"tak payahla... sibuk je, ana taula!!"

jujurnya aku sedikit terkesima,
kerana sahabatku yang seorang ini, biasanya pendiam,
mungkin salah aku, aku yang kurang mengenali sahabatku.

"biarlah ana padam.." aku berkata tenang.

setiap kali tangan aku cuba memadam,
dia menolak kasar.

"ini bukan personal things, ana bukan buat saja-saja,
ana terikat dengan tugasan"

ya, tugasan yang juga amanah buatku. salah akukah?
gambar sedemikian memang diharamkan di sekolahku.

"ana taula apa ana buat.. nanti ana padamla,
ana tekap dekat kertas dulu, pastu bawak balik rumah,
ingat senang ke nak lukis
anti bla la..!"

aku bertambah terkesima, kenapa tiba-tiba begini?
setahu aku, suara aku tidak meninggi sedikit pun.
berkerut pun tidak.

dari depan mejanya, aku beralih tempat ke sebelahnya,
tangannya masih kejap melindungi lukisannnya itu

bila tanganku menghampiri lagi,

"bla a..!!"

"apa dia?" (bukan buat-buat tak dengar)

"ee..bla a.." suaranya sedikit merendah

aku memerhati mejanya, boleh tahan banyak contengan.
tiba-tiba, mataku tertancap pada sebaris ayat yang dicontengnya

"revolt against the hypocrite prefect"

sabar, sabar, aku tersilap tengok ke?
atau memang sudah lama majoriti warga sekolahku bermentaliti sedemikian?
sahabatku yang sedar apa yang sedang aku baca,
asalnya seperti ingin menghalang tulisan itu,
namun tidak dilakukan,
tangannya tetap kejap melindungi lukisannya yang satu itu

aku terdiam sebentar.

"cikgu datang, cikgu datang"
"Qiyaman!"

* * * * *

cukup sedikit tentangan yang aku terima,
hampir saja kesabaranku melayang,

wahai hamba Allah yang hina,
siapa engkau untuk marah?
siapa engkau untuk berputus asa?
jalan dakwahmu masih jauh,
sedarlah ia telalu jauh,
jika baru secebis ujianNya untukmu,
engkau sudah terduduk,

adakah engkau fikir engkau layak,
untuk berada di jalan ini?

* * * * *

"kita sudahi dengan tasbih kifarah dan suratul-Asr"

kelas tamat. tinggal beberapa orang sahaja dalam kelas,
yang lainnya sudah keluar.

aku menuju ke meja sahabatku itu,
sedikit demi sedikit aku padam lukisan di atas mejanya.
memadamnya, hatiku turut terasa seperti digores-gores,
kalaulah bukan kerana amanah yang terpikul di bahu ini...

di bawah lukisan itu tertulis

"kalau nak padam gak
mintak izinla dulu,
bajett arr,
macam pengecut!"

aku senyum.
tak mahu emosiku terganggu dengan perkara sebegini.

di sebelah lukisan yang telah aku padam, aku tulis
"mintak izin nak padam,
Allah bless you
-Diyana"

if by any chance, sahabatku ini membaca tulisanku ini,
aku ingin meminta maaf, jika caraku tidak berhikmah,
memang terlalu cetek ilmu dan pengalaman,
aku menyintaimu kerana Tuhanku.

dilabel skema, hipokrit.
ya, aku perlu terus memperbaiki diriku,
mulut-mulut yang berkata-kata itu hanya meluahkan apa yang dilihat,

"biar penduduk bumi mengejimu
asal penduduk langit memuliakanmu"
dan Allah tetap bersama kamu.

:)

wallahua'lam.

Monday, April 27, 2009

"macam mana? berdebar x?"

cikgu najmah reply mesej aku.

"entahla, dah takde perasaan, hehe"

tahun ni tak pasal2 jadi 3rd speaker,
perkara yang paling aku risau,
nervous sampai x reti nak bidas
(gelabah x agak)


1st Day


kami pergi daftar dulu,
then balik sekolah balik,
sebab nak dapatkan list usul, nak buat research
hehe, mentang2 sekolah sebelah je


pukul 4, kami bertolak ke uia,

dapat mahallah asma'

sume cam rungut2 bilik berhabuk
macam bilik tinggal, setiap inci berhabuk
bilik aku paling crucial, hehe
izyan cakap "bilik k.diyana macam bilik hantu"
sampai hati, aku endahkan.

tapi dah 2nd day sume cam dah tak kisah,
alah bisa tegal biasa.


malam tu grand dinner
kami jubah hitam, tudung
simple.

tgk slide show, die adala tunjuk sekilas
few pictures psl memories of debate 2009
tak pasal nampak ade yang pakai blazer dengan tudung biru
macam kenal, aisy team aku rupanya, waktu lawan SAS
dahla waktu tu aku tengah speech
heisy, xpayah gelabah bukannye orang kenal

ok, balik, research sikit, basuh-basuh sikit, tido.


esok, pukul 7 bas sampai,
bertolak ke moot court.


ada taklimat format sikit,
demo sekali,
dengan talk sikit,
waktu talk aku keluar dewan,
buat reasearch dengan team mate lain


2nd Day


1st round

sidang 26,

Al-Amin(P) vs SBPI Rawang(K)

"demokrasi menyusahkan"

mula2 lepas match-up,
khalilah cakap "haha, sekolah ayah ana"

alhamdulillah tahun ni walaupun baru 1st match
kami xdela main-main sangat macam tahun lepas
semangatla jugak "kesian demokrasi" huahua
(xpaham buat-buat paham sudah)

waktu sidang ditangguhkan untuk bagi ruang juri kira markah,
aku nampak, speaker lawan yg perempuan, menangis,
aku cuba borak sikit, lebih dari itu, aku tak berani.

aku cam bimbang bila tengok dapat supreme 'juri'
sebab kelemahan kami tahun lepas ialah,
kalah bila dapat supreme judge
tapi alhamdulillah menang, margin: 3


ok, kumpul semula dekat moot court
dia tunjukla ranking dengan margin, markah sume2
tibe2 margin kami jadi 6, aih??

maka dengan baik hati lagi jujur kami pergi jumpa comittee tu,
cakap margin kitorang sebenarnya 3 je.
"tadi, ada kesilapan pengiraan, yang kat depan ni yang betul"
kuang3 jujur sungguh
takpe, kalah atau menang, biar bermaruah.


2nd round

sidang 16

Al-Amin(K) vs Maktab Mahmud (P)

"anugerah berasaskan juri lebih baik berbanding juri"

jujurnya waktu match ni, aku over-confident
first, bila tgk usul dan konsep kami
second, bila tgk maktab mahmud yang semuanya muka slenge

tunggu judge lama tak sampai-sampai

tiba-tiba abg Daud masuk,
pembangkang dah terkejut bile pakar debat tu yang masuk
kami? entah, xde perasaan (supreme judge laagi)
at last, kami kalah margin 1, tipis.

katanya, performance individu ok,
tapi kami gagal lawan kes,
aduh.

alhamdulillah, aku best speaker,
aku bimbang x dpt maintain je.
apa2 pun, aku xsedap hati, sebab team kalah.
kan itu matlamat utama?


3rd round

sidang 20

Al-Amin (K) vs SAM Hulu Langat (SAMTEN) (P)

"lambakan IPTS merosakkan mutu pendidikan negara"

waktu tu dah pukul 9 lebih,
battery sume dah weak, lawan ala kadar
dengan emo-emo nye,

aku je yang macam tak pernah ada perasaan
aku tak kata aku cool, tapi tugas aku tak seberat 1st and 2nd speaker
jadi aku kurang tertekan


balik mahallah,

team aku sume terus tumbang dengan kerut-kerut
aku je steady, sampai cg shikin pelik
"eh, nt memang mcm ni eh?"

huahuahua

tu la tandanya Allah Maha Adil,
Dia turunkan ujian, tapi dekat sebahagian je,
supaya seimbang.


entah kenapa haritu semua usul ditolak
team B menang 2 daripada 3
jujurnya aku cemburu


3rd Day


dah bangun tidur,
semua mood steady balik,
betulla, semalam otak kami dah penat
ok, azam buat betul-betul hari ni,


4th round

sidang 29

Al-Amin (K) vs asrama yayasan sel B (P)

"sekatan terhadap pekerja asing merugikan negara"

kali ni supreme judge lagi
k.husna, geng-geng pakar debat la
alhamdulillah, menang,
otak tengah fresh lagi waktu tu

5th round

MRSM Pendang (K) vs Al-Amin (P)

"Kelemahan Mutu pendidikan punca pengangguran"

waktu ni, muka khalilah mmg paling tak puas hati bila kerajaan letak konsep pasal negara India, mmg pembela nasib orang India sungguh, dahlah PM nye tak pasal2 "kami akan berikan 3 rasional untuk menggugurkan kemaluan mereka" x malu sungguh
waktu tunggu result tu, nampak 2nd speaker dia,
yg perempuan, menangis jugak, aku tepuk2 la sikit.

Alhamdulillah, kami menang margin 6.6, selesa.

6th round

AlAmin (K) vs SMS Kuala Selangor (P)

"Perpaduan di Malaysia Ibarat telur di hujung tanduk"

'saya yakin'. hehe, word yang xdpt dilupakan,
hanya yang mengetahui saja, yang mengetahui
kami fight sampai habis suara, ceh, terover.
walaupun konsep, entah berapa puluh kjali tukar,
kesian khalilah, i'm sorryy.
kami menang tipis.

barulah muka kami boleh senyum,
Allah uji kami dengan 2 kekalahan semalam,
tetapi menggantikannya dengan 3 kemenangan hari ini,
hebatnya Allah susun.

waktu keluar, jumpa Abg Jep
tanya, pasukan yg layak mara umum esok eh?
"ha la, kalau tak korang yang sekolah Al-Amin ni teros balik sekolah kang"
haih, nak memerli je, sampai immune kepala otak kami.

petang tu, mak k.Lina belanja eat-out
malam tu ada sharing moment a.k.a post mortem
mak k.Lina beli secret recipe pulak,
waduh, mmg nak kasi naik berat nih. hehe

4th Day

Alhamdulillah,
Al-Amin A, dengan position ranking 14
layak masuk double-octo,
bakal menentang rankin 19,,, SMAP Labu!
dahlah duduk betul2 belakang kami dalam moot court tu.
haih, strategik sungguh.

double-octo

Al-Amin(K) vs SMAP Labu(P)

"Earth Hour bukti kita sepakat dalam menangani isu alam sekitar"

potong punya potong, dapat tajuk itu.
memang cuak jugak, dahlah x buat research pasal tu langsung.
taram-taram je ikot yang kami sedia maklum.
fight je, buat muka yakin.

dengan kebolehan si Adnan (1st speaker lawan)
buat suara serak-serak basah yang memujuk,
juri jatuh hati kat diorang, ceh.

kalah, margin 1.25.

kami redha, sebelum tu, memang semua dah pasang niat,
redha apa-apa keputusan, memang itu yang terbaik daripada Allah
kami dah usaha, dah tawakkal,
selebihnya kami berserah kepada sebaik-baik Perancang.

semua dah letih mental,
tak larat nak gi tengok octo-final
balik.
terserempak kawan-kawan, jalan laju gile,
sebab nak tengok kitorang lawan,
"debat Al-Amin dah gulung tikar"
adik k.Lina menerangkan.
kesian mereka, xde rezeki.

sampai mahallah,
laju je aku capai makanan,
macam orang tension, entah aku pun xtau.

5th Day

kami jenguk-jenguk quarter n semi

memang kami penyokong setia SMI Hidayah JB

alhamdulillah, hidayah terus mara setelah menewaskan
SMAP Kajang (quarter) dan MRSM Tun Ghafar Baba (semi)

habis, kami pulang, nak berehat.
malam nanti ada grand finale english
baju takde. macam mana ni? malas la nak pergi.

julung-julung kalinya, aku tumbang,
kepala dah tak tertahan, sampai asar.
bangun dah 6 lebih.
rush nak solat.

then, Huda cakap, ada message,
ada yang masuk top 10 best speaker,
semua kena pergi, aih, baru berkira mahu mengelak.

malam tu final SMK Green Road (G) vs SMI Hidayah (O)

then, tiba-tiba khalilah dengan cg hafizah keluar,
"nak gi mana?"
"tak tau, cg suro ikot"

then, da start umum best speakers,
hasif cakap "khalilah turun sbb nak ambil hadiah"
no. 9 Khalilah Alhuda binti Kamilen
kitorang sume tepuk tangan, Hidayah sekali

tapi asal xnmpk pun si khalilalah ni kat pentas?
orang lain yang ambilkan,
tibe-tibe,

"tempat ke-6 Nur Diyana binti Nas Tamimi dari SMIAAG"
ha? betul ke tak ni? masih terasa seperti mimpi,
aku ingat kalau dapat pun, no 10 je,
alhamdulillah
dengan congested kat seat tingkat atas,
mana sempat nak ambik hadiah kat stage,
tengok kat depan, ada wakil ambilkan.
semua cakap tahniah, ini satu bonus,
kemenangan berpasukan tu matlamat utama kami.

dah habis umum semua best speakers,
khalilah muncul balik,
semua ckp the real story,
"ha?? ana pergi ambik pizza"
itulah kesudahannya, dua-dua tak dpt naik pentas,
.kami bersyukur.

then semua top 10 kena kumpul,
kami keluar,
dapat trofi, esok makan dengan VIP.

6th Day

final BM, Hidayah juara menewaskan 'bintang'
BI Hidayah second.
mendadak naik tahun ni. tahniah.

then, lunch dengan Timb Menteri Pengajian Tinggi,
Dato' Saifuddin

dia sendukkan nasi untuk kitorang,
dia senduk banyak, aku segan nak ckp suro kurangkan,

makan, aku habis last skali, aduh, segan..
dahlah 3 orang je perempuan, lain sume laki.
lelaki dominasi top 5. di manakah wanita? kuang3
memang peserta debat tahun ni ramai lelaki pun
ceh, tak nak mengalah.

3.30 kami ke sekolah,
masing-masing bawa haluan.

kelemahan team tahun ni
-performance kami ok, semua pernah dpt best speaker,
kami kira strong dan seimbang, tapi takde facts!
-kami boleh deliver hujah dengan baik, tapi kami gagal lawan kes!

last but not least

penghargaan

-ummi, abi, and my family
(aku tak pernah izinkan mereka tengok aku berdebat, jangaan!)
-guru-guru yang support debat
-cg shikin, abg wan, kawan-kawan
-siapa yang sokong kami, all al-aminians especially!

Sunday, April 12, 2009

kita tetap dekat. selamanya

hari itu kami berkhemah di rumah wardah
acara ukhuwwah batch
3 hari 2 malam

tapi aku datang hari kedua,
sebab terikat dengan aktiviti lain
sampai rumah wardah tengahari
dengan pakcik teksi kuku panjang 2 inci setengah
plus cekik darah!

ok, nak lunch
masak gulai sardin
hehe terlaksana juga akhirnya
walaupun terlebih kunyit!

"wardah, wardah"
aku cium pipi dia, then pergi dengan muka selamba.
(tolong jangan fikir bukan-bukan, ye)
entahlah apasal aku buat camtu, saja.

beberapa ketika kemudian
aku nampak muka wardah lesu,
hmm,, mesti letih
yelah nak anjurkan program, ceyh.
"wardah, i know u're tired, dah solat ke belum?"
"belum, ok, anti tolong sambung eh?"
aku ambil alih tugas tumbuk garlic.
untuk marinate ayam, malam nanti barbecque!

ok, lepas barbecque, makan cake,
dengan icing biru, dari bunga atas cake tu,
aku duduk tepi tempat barbecque,
tiba-tiba nampak, orang lari-lari,
then muncul wardah dengan tangan penuh icing warna biru,
haha, aku pecut 100 tak nak kena icing punya pasal,
sebab susah nak hilang!
wardah oh wardah, masih seperti dulu.

main pictionary pulak.
sorang, sorang lentok.
pastu wardah cakap nak buat malam seni.
and suruh kejut yang dah tidur.
ada yang cakap, tak payahla buat, dah lambat.

"tak boleh, cepat, cepat, kejut diorang"
aku pelik apasal si wardah ni nak jugak buat malam seni,
dah pukul 12 dah.
"wardah, first time ana tengok anti macam ni"
wardah pandang, senyum.
"tengaskan ana?"
hahaha, banyaklah dia.
memang aku tak suspect apa-apa, langsung.

ok, buatlah malam seni, ngarut-ngarut.
pastu wardah bagi talk.
yerp, the first was an advice for us
then,
"semalam merupakan hari terakhir ana bersama korang..
(jangan cakap...)
...sebagai pelajar al-amin"
aku dah jangka!
dalam diam, terasa sukar untuk percaya

"ana tau, ada yang akan marah, kenapa bagitau last minute, kenapa nak keluar jugak dari al-amin, tapi tolong jangan persoal keputusan ana, ana dah istikharah, dan ana yakin dengan keputusan ana, korang akan terkejut sebab tu hanya sekolah biasa, sekolah kebangsaan"

wardah cakap sambil terketar-ketar sejuk. muka dah start pucat. padahal bawah kipas je.

"ana dah janji pada diri ana, ana takkan nangis, korang pun jangan nangis, ana tak nak, hari ni, semua nangis-nangis, then esok, bila jumpa ana korang buat dek je, hubungan kita tak pernah terputus, satu lagi, tolong, support ana, betulkan ana, nani cabarannya besar, kalau korang nampak ana, tudung, baju dah pendek, tolong tegur, kalau ana dah start carut-carut ke, please, betulkan ana, kalau ana sorang, memang tak kuat"

aku tak peduli, memang air mata dah lama dah melimpah,
dia cakap jangan nangis pun aku tak peduli,
tapi nasib baik aku duk depan sekali, orang lain tak nampak.

then, dia deliver a song,
tentang sahabat. (cant remember the title)
aku memang sepanjang masa mengalir air mata

tiba-tiba dia hulur tangan depan aku,
wardah! aku terus peluk dia.
aku seolah tak percaya kami akan berpisah
"10 tahun, wardah..."

at last, dia pun nangis jugak.

tak taulah macam mana nanti, pergi sekolah,
aku seorang pengawas lane belakang dalam kelas.
takde lagi lawak sengal dia.

tapi aku perlu redha,
semua nikmat hanya pinjaman daripada Allah.

selamat berjuang, mawarku.

Saturday, March 28, 2009

cookies' story

"K.Diyanaaa, cepat tolong umi buat kuiih, kalau tak K.Diyana bukan orang 'ceredik' "
Laungan Arif dari dapur jelas kedengaran.

Haha, nak tergelak pun ada. Aku segera ke dapur. Anak kecil itu memang semakin bijak dan 'ceredik' sejak masuk pra-tadika. Banyak benda baru dia belajar. Lagu kegemaran-
"Anak yang soleh duduk bagaimana....~lalala"

* * *

Aku terus memulakan kerja membuat cookies setelah adunannya siap.
First tray aku buat seperti biasa,

Arif : K.Diyana, nak buat jugak
Diyana: tak boleh
Arif : alaa, nak buat, Arif kate K.Diyana buah karang!
Diyana: katalaah
Arif : K.Diyana buah! K.Diyana buah! K.Diyana buah! boleh makan....! (jerit)

hahahah. Aduh, sakit perut tahan gelak. Entah dari mana dia belajar benda tu suma. Terkejut aku dia cakap 'buah' tiba-tiba. Aku ingat dia nak cakapla buah hati ke apa ke, sekali?

Aku susun chocolate chips atas cookies

Arif : K.Diyana, Arif nak tolong letak coklat-coklat tu.
Diyana: letak dekat mana?
Arif : dekat cookies tu lah
Diyana: dekat cookies ke, dekat mulut?
Arif : tu (cookies) mulut la tu

(banyakla dia)

Next tray,
cookies ni sebenarnya aku buat untuk adik-adik usrah aku, jamuan esok.
Aku buatlah cookies bentuk love. Mereka ada 7, aku buat lebih, kotlah ada yang tak menjadi.

Arif jenguk.

"waah bentuk 'hatiku'! umi, tengok ni, ada bentuk 'hatiku' "
(Aduh, mana pulak dia dapat word tu~)

Aku tekun meneruskan kerja.

"K.Diyana, cantiklah bentuk 'hatiku' dengan 'I lif u' "

"Arif nak buat ke, nah" Aku letak segenggam doh cookies depan dia.

* * *

"K.Diyana, dah siap! "

Aku tengok.

"@#$&%, apa ni?? "

Hoh, takda rupa 'hatiku langsung. Dipenyek-penyek doh tu sampai padat.Hurm, mungkin bakatnya bukan dalam bidang itu.
Aku renovate, dan susun.

Bila dah keluar dari oven, semua berebut nak makan cookies 'hatiku'.
Alang-alang ada extra, kasi canlaa.


Wan : Aih, cantik bona ghupo eh ni
Diyana: Wan nak ke, nahlah, satu untuk Wan.
Wan : Alaah, ghaso eh samo yo...(rasanya sama je)

Hahaha itulah jawapan yang menggambarkan kematangan
rupa je lain sikit, rasanya tetap? samaa.

* * *

Arif menangis

Diyana : kenapa ni?
Arif : Hariz jatuh atas hidung Arif
Diyana : jom carik Hariz

Diyana : Hariz buat apa?
Arif&Hariz : manada....ye...bukan...ye...blablablba...tapi dia yang dulu...tapi..tapi..blabla
Diyana : dah, dah! dua-dua mintak maaf
Arif&Hariz : *diam+muncung
Diyana : siapa nak bintang (bentuk cookies) minta maaf sekarang.
Arif&Hariz : *sengeh, minta maaf blablabla
Diyana : okay, lepas solat maghrib dapat bintang...

Ending: dua ketul cookies berbentuk Patrick Starfish menyatukan dua insan yang berkelahi.