first of all,
saya mintak maaf atas kegagalan untuk istiqamah memanfaatkan medan ini.
secondly,
post yang ini, takdelah berinput mana, terpulang nak baca atau tidak. anda nak baca saya raikan. kalau tak mahu saya relakan. (apa merepek nih)
* * * * *
akhir-akhir ni, saya macam pelik banyak gila siput bulan dekat rumah. banyak sangat sampai kitorang balik sekolah, turun kereta nak masuk rumah tiba-tiba terdengar bunyi something crunchy. bila angkat kaki, agh terpijak siput! sama jugak bila nak sidai kain dll.
macam tu lah gambaran banyaknya siput bulan kat rumah saya.
misi I
satu pagi tu, di kala langit masih gelap. saja saya keluar rumah (bahagian dapur), lepak ambik angin. tiba-tiba saya nampak siput lagi. hehe *tanduk mula muncul. saya pun kutip. sekali nampak lagi. ehh, banyak pulak. semangat saya nak tangkap siput. siap ambik torch light woo. sebab terlalu gelap, lagi-lagi celah-celah pokok-pokok umi. siput-siput tu kecik!
bila cari. subhanallah, memang melambak siput. lagi-lagi, lepas subuh ceni. 1 pasu je, jumpa dekat 8 ekor. pergh. sini kau, siput!
oklah, kutip punya kutip punya kutip. baru kejap dah 24 ekor daah.
siap kena flash sebab gelapoklah, siapa yang dah start geli loya-loya tekak, boleh klik exit sekarang. (eh bukan halau!)
tengah syok main kutip-kutip siput.. tiba-tiba abi keluar.
"siapa kat luar tuuu"
saya hanya menjawab dengan sengih kerang busuk.
once abi nampaaak....
"heisy, apa yang main kotor-kotor macam tu"
tangan yang sedang semangat mengangkat siput yang cuba lari terhenti
"sudah tu! dah la banyak nyamuk"
tapi dia rosakkan pokok umi laaa. argh, baru je nak target 50 ekor ke. terbantut sudah. 24 pun 24 la. sayang betul abi dekat aku. takut kalau aku kena gigit nyamuk! ngeh3
okeh, sekarang operasi me'nyah-siput' bermula. metod yang digunakan ialah melumur garam. ini cara tradisional je.
tengah syok main kutip-kutip siput.. tiba-tiba abi keluar.
"siapa kat luar tuuu"
saya hanya menjawab dengan sengih kerang busuk.
once abi nampaaak....
"heisy, apa yang main kotor-kotor macam tu"
tangan yang sedang semangat mengangkat siput yang cuba lari terhenti
"sudah tu! dah la banyak nyamuk"
tapi dia rosakkan pokok umi laaa. argh, baru je nak target 50 ekor ke. terbantut sudah. 24 pun 24 la. sayang betul abi dekat aku. takut kalau aku kena gigit nyamuk! ngeh3
okeh, sekarang operasi me'nyah-siput' bermula. metod yang digunakan ialah melumur garam. ini cara tradisional je.
sebagai manusia rajin & bertanggungjawab (eee), saya pun segera menjirus tapak pembunuhan siput. terpaksa berus untuk menanggalkan lendir-lendir kuning yang dihasilkan oleh para siput yang syahid. alirkan kat longkang. bye-bye siputs.
okay, bila dah cerah sikit, time kitorang nak sidai kain, perhati la longkang. sekali, suma siput yang tadi dah berbuih-buih, berlendir-lendir dah hidup balik?? ceyp, diorang buat-buat mati je....! kitorang pun terpaksa pijak je siput-siput tu. ohh kejam.
umi cakap,
"yang awak jirus air siapa suruh"
hmm, ok. hypothesis is rejected. lepas ni nak buat misi kedua.
misi II
..menggunakan metod II- pijak.
ok, kejam bunyinya. tapi nak buat macam mana, metod first tak berkesan!
ok, pagi tu seperti biasa. operasi bermula. tapi torch light semalam hilang. ouhh, terpaksa pinjam torch light mainan arif. tapi tak effect pun. tak payah torch light lah.
kali ni dapat 27 ekor. dengan bonus + seekor siput babi.

bagus, satu peningkatan!
setelah memijak sambil menutup mata

alkisah
bila aku cerita dekat abi. pasal pembunuhan siput siri kedua ni, abi cakap.
"awak pijak? makin membiak la dia"
"ye ke?" (separa tak percaya)
"ye la, tak percaya pulak . abi ni orang dah lama berkebun na. kalau awak pijak, nanti cengkerang dia pecah, memangla dia mati, tp teluk-telur dia keluar. pastu sekejap je dia membiak. patutnya, letak dalam air garam, memang macam tu cara dia."
lah, teruknya aku ni. baiklah, third mission awaits...
misi III
sebenarnya, tak berniat pun nak teruskan misi ni. tapi waktu umi minta buangkan kulit bawang kat pokok bunga, aku terjumpa siput kat pasu. tanduk yang baru nak mengontot, terkeluar balik. ngeh3. misi ketiga bermula.
air garam disediakan.
memandangkan hari cerah. mudah la sikit proses pencarian ni. . best jugak cari siput cerah-cerah ceni. jumpa banyak benda. binatang-binatang lain pun ada.
jumpa binatang ni
banyak jugak lubuk siput aku explore.

ok, kali ni aku berjaya pecah record lagi.
35 ekor!
35 ekor!









