Wednesday, December 24, 2008

aku terduga

"diyana, jom kita pergi holiday, dengan team yang gi library hari tu,
24-25 haribulan ni, kita bermalam satu malam, dekat cameron"
suara cikgu shikin kedengaran di corong telefon.

aku teruja seketika
"wah..bestnya, jom, jom, insyaAllah, ana tanya mak ana dulu"

"sorry cikgu, ayah ana tak bagi"

"diyana, mana boleh nt x pegi, mana boleh tanpa nt di sisi, jomlaa..." cegu shikin memujuk

kalaulah diikut rasa hati, memang dah lama aku beri kata setuju,
tapi akal waras menahan diriku dari terus bertindak mengikut nafsu..

keengganan abi memberi keizinan membuat aku lemah seketika,
katanya cameron tu bahaya sekarang, land slide, lagi-lagi musim hujan begini

"cegu, nak kirim strawberry boleh?"
"nak strawberry, no kirim2, kena pergi.."

urgh. andainya aku bisa...

23 Dis

malam itu, aku cuba mencari peluang terakhir, kalau-kalau abi lembut hati memberi keizinan untuk aku ikut serta cikgu dan teman-teman lain bercuti esok,

jauh di dasar hati, aku sangat berharap...

"Ya Allah, izinkanlah aku berhibur dalam redhaMu, aku ingin mencuba untuk kali terakhir, namun jika Engkau tetap tidak mengizinkan, maka aku redha Ya Allah, kerana redhaMu, itulah yang aku cari"

aku melangkah pelahan ke bilik abi dan ummi,
waktu itu abi dan ummi baru selesai menunaikan fardhu Isya',
bila aku rasakan masanya sesuai, aku memulakan kata-kata,

"abi..."
"ye? kenapa na?"
"hmm" aku hanya mampu senyum.
"nak handphone ke? hmm?"
"bukan.."
"kenapa? cameron?"
"hmm..tak boleh ke abi? please..."
"abi dah cakap dah kan. tak payahlah na.."
"erm, kenapa? kitorang x ikut exit tapah, kitorang ikut simpang pulai, situ takde pembalakan"
"sudah-sudahlah na. PD dah pegi, Melaka pun dah, orang lain tak berjalan ke mana pun, abi tak pegi mana-mana pun na."
"tapi PD ngan Melaka tu bukan bercuti. tu kene jadi AJK, program sekolah"
"bercutila tu. dahlah na, cuba belajar bersyukur.."

aku tau, abi memang sudah nekad untuk tidak membenarkan.
biar hujah apa pun yang aku beri, keputusan abi sudah muktamad.
aku hanya mampu tunduk. kelu seribu bahasa.

"na, abi tak bagi bukan sebab bahaya, na explain pasal jalan tu, na ingat abi tak tau ke, abi lagi tau na, abi lalu jalan tu tiap hari, abi memang tak nak izinkan, bukan sebab tu, tapi abi nak tahan na dari bebas sangat, bila besar nanti na akan sedar. sekarang belum masanya lagi, bila besar nanti na akan rasa kebebasan, but it comes with responsibility

na ingat na terror pujuk ke, abang lagi terror dari na, tapi tak pass, abang lagi banyak pengalaman, abang taula.. mana yang abi bagi mana yang abi tak bagi"

aku tau, ini memang sudah ketentuanNya,
ye, terasa berat untuk aku menerimanya,
tapi aku yakin, pastu ada hikmah yang Tuhan sediakan untukku.
dan aku perlu yakin tentang itu.

Allah cuma menahan aku dari bergembira sekejap sahaja,
dan aku sudah bersedih,
sedangkan kegembiraan yang Allah izinkan aku lalui sebelum ini
aku kira sudah terlalu banyak, aku perlu bersyukur.

teman-teman, jaga diri. selamat bergembira dalam redhaNya.

Monday, December 22, 2008

P E N G A L A M A N

jumaat

aku melangkah ke sekolah, memikul satu tugas, menjadi ajk logistik dan kenderaan explorace 2008, haha, bukan mudah, logistik satu hal, tambah lagi kenderaan, jalan je lah...
dalam kepala otak, aku asyik fikir pasal tugas2 aku, xmau terlepas, tercuai, walau satu,

sekali, pagi2 lagi, dah ada masalah, pendaftaran terdelay, aku dah mula susah hati,
tengah blur2 gitu, tiba2 ditanya pasal tali, huh? tali tag? kenapa tak beli? ha?ha?
macam orang blur habis lah aku waktu tu, sekali, tersilap orang rupanya... owh, aku dah risau, kalau ada tugas aku yang tak terlaksana, aduh.

dah dekat jam 10 gitu, aku dan k.Wafda berangkat menuju ke checkpoint yang perlu dijaga, mula-mula ingat nak pergi lambat sikit, sebab kat sana kena jaga pukul 12, tapi pesertanya nampak kencang je, bahaya kalau terlambat, maka berjalanlah kami ke UIA bersama cikgu shikin dan beberapa teman. naik bas ke terminal putra. naik LRT teruuus ke KLCC.

kasihannya kami, kena tunggu setiap kumpulan sampai sebab nak tampal pelekat TIBA dekat kat masing-masing, padahal nak kena bagi task lepas zohor nanti. kalau tak bolehla jenguk PC fair. ah, biarkan, keperluan dulu, baru kehendak. maka menunggulah kami di LRT KLCC. nak pastikan peserta naik LRT. paling malu bila LRT baru sampai, orang yang baru keluar jalan, pandang kami macam nampak hantu. kami? buat muka tebal sudahlah.

entah berapa kali ditegur security..
"dik, dah dapat kebenaran rapid ke nak buat program kat sini?"
" program? kami tunggu orang je kat sini.."
"ye, dik, tak boleh jugak.."
dah malas mau lawan, kami pun berganjak ke luar sikit, sekali dengan banin,
sekali? "tak boleh jugak, dik..." hmm, last-last duduk luar betullah...
panas+bau asap rokok+kaki yang sengal-sengal otot berdiri lama.
dah 12.30 pm, baru semua peserta sampai, fuh, lega..

kami pun menuju ke 'ikan paus' untuk makan, letak barang, sambil tu perhati peserta banat nak interview orang tak solat jumaat, seronok tengok, next? pergi solat,
lepas tu terus lepaskan peserta, next checkpoint, masjid jamek.

aku dan k.Wafda ke masjid jamek. buat apa? jalan-jalan tengok barang. aduh, lenguhnya kaki.
duduk sekejap depan masjid. k.Wafda sempat plak tertidur. hehe.

aku call cik Shikin, mereka di mana? Setiawangsa. eh? buat ape plak kat situ? Ya Tuhan, manade check point kat situ. huahaha. last-last, kami decide teros ke KL sentral, nak mandi, sebelom peserta sampai. sempat recharge energy kat situ.

dah pukul 8 lebih, kami masuk train, berangkat ke Tampin. dalam train, aku cukup heran tengok peserta banatnya yang tetap lincah dan bersemangat, boraklah, maggie lah, sempat lagi. tak letih ke? kalau aku peserta, rasanya dah syahid dah, macamlah tak tau berapa banyak aktiviti lepas ni. satu perkara aku kasihan, kejap2 kene kejut, "siap2, dah nak sampai" sekali? setengah jam tak stop2 train nih. huahaha.

dari Tampin ke Kem Lanchang, peserta naik bas, hoh, baru reti tidur, sunyi sepi...
aku kene naik dengan peserta, ajk kenderaan lah kata,, cik khalilah pun sama, yelah, dah jadi doktor kan... kena sentiasa dekat dengan peserta, siap jadi tukang urut lagi, huahaha.
bila dah sampai, kene kejut.. dengan sasau-sasaunye..
"sampai nanti takde pape dah, terus tidur kan?"
"taklah, kene pasang khemah" huahaha bestnye sakat.

sabtu

lepas qiyam dan sebagainya...
ada senamrobik, "ek, ot, ek, ot"
haha, bersemangat puan tuh.

tengahari tu, peserta semua pergi water confident & kayak,
aku malas nak basah, jadi photographer udahlah,
tapi last-last rasa macam nak jugak, belasah lah,
tak sampai setengah jam, teeet, "jom naik..."
waduh, sungguh tak berbaloi aku berbasahan.

nasib baik lepas tu basikal, kering lah jugak pakaian ni...
aku macam terlambat sikit, maka tinggallah basikal buruk-buruk untuk dipilih,
aku cuma tawakkal, dan pilih the best of the worst.

baju biru semua dah ke depan, yang tinggal di belakang cuma yang berbaju merah-merah je..(ajk), makan angin semacam di belakang, sekali dari belakang kami nampak dua tanduk tajum di hadapan, wah lembu! sekali dia macam berlari-lari. suma dah cuak.
"eh, dia bukan jalan biasa tu, jangan dekat, stop2!" cikgu farhah bagi amaran huahaha.

kami suma risau lepas tu, jip yang mengekor di belakang sampai,
"tolong halau lembu kat depan"
"la,,,yang kamu pakai baju merah ni apasal??"
(saja ja Tuan ...niza tu menyakat, ciss.)

sekali abang nazar sampai kat belakang, naik basikal jugak.
" cuba bagitau saya, sejak bila lembu suka warna merah? dia buta warna la.."kuang3.
last-last, tuan empunya lembu-lembu tu datang, baru la baju2 merah ni berani memecut, hehe.
aku speed sket, hoh baru la jumpa peserta, diorang macam lambat sket sebab waktu tu naik bukit.

aku macam kesian dekat suma yang dah tak larat tuh, ajk suma dah ke depan, jadi aku pun ikut last sekali, cuma pecut bila nak naik bukit je, pastu tunggu kat atas, baru cycle balik.

malam tu, cerap bintang, lepas tu night walk. aku pelik apa yang diorang cerap sebab aku tak nampak bintang satu pun, tak taulah kat tempat diorang cerap tu ada bintang ke..

nightwalk. aku macam pelik sunggoh2 apasal satu checkpoint sampai 5 orang jaga. manalah peserta nak takut, huahaha. yang banat pulak sampai jalan 2 orang sekali. aku dan 4 yang lain kene jaga dekat depan kubur islam. macam sedih je, sebab depan sengat, aku teringin jugak nak tengok track nightwalk tu, dah dapat depan2 gini, syukur sudahlah.

sepanjang menjaga tu, kejap-kejap tengok jam, cepatlah berlalu. aku macam ngantuk sangat-sangat. tahan-tahan-tahan, terlelap jugak aduss. borak-borak sket, macam ceritala keluar, peserta yang lalu pun macam dah tak takut kot sebab dengar suara ajk. hehe. yang baninnye, sempat lagi snap-snap gmba sekali ngan flash. memang kurengg. bosan agaknya.

bila dah habis, kitorang suma pun bergerak. yang checkpoint sebelum2 ni suma naik truck, sampai kat kitorang? dah tak muat. hmm, jalan jelah, last-last datang balik truck tu.
balik kem, cakap-cakap-cakap, tiduur.

ahad

pagi tu peserta ada pertandingan basikal laju, pelahan, dengan atas titi/batu-bata. haha, aku main round-round naik basikal je, jenguk-jenguk peserta berlumba, yang basikal laju, memang berlumur air becak, basikal pelahan, menggigil, nak pelahan punya pasal, ada yang siap menyimpang jauh dari trek, seboleh2nya nak lambat sampai penamat haha. yang atas batu tu plak, entah berapa kali cubaan tah huahaha.

next? banat main bisu pekak buta, sementara banin habis wall-climbing.
bisu bagi isyarat dekat pekak, pekak jerit kat buta, buta laksanakan arahan.
haha, aku kene jaga team yang bole tahan kecohnye hehe.

pekak: "manala aku nampak apa kau cakap, aku rabun"
"apasal kau tak jadi buta~!"

buta: "eh, kau cepatla siket blablablabla..."
"senyapla kau, memekak je"
buta: "aku butalaa!"

then, wall-climbing, hoh, bab ni, kehebatan banin memang jelas ketarala banding ngan banat, banin boleh sampai 7 ke 8 petak, banat paling banyak 6 je... huargh, tu pun sorang je, yang lain,
average: 3-4 petak aja,, syukur..

aku? dapat belah kiri..hoh, bile sampai bahagian yang flat tu, kantoilaa, kuang3.

seterusnya... banat paintball, tapi cikgu mintak tolong ajk yang tak terlibat tolong pekak,bisu,buta banin, sami'na wa ato'na,, banin punya lagi adventure dari banat, sebab batunya 10, (banat 6) dan gap antara pekak, bisu, buta lagi jaaaauh, siap ada tukang kacau lagi. hmm, yalah, takkan banin nak sama dengan banat kot, tak jantan aa~~

lepas tu, semua kemas2 pack barang mau berangkat, sebelom bas sampai, banat main game tanah air, then, bas sampai, tros meluncur (macamla bas laju) menuju bandar hilir,

dekat sana, peserta kena jual lagi buku, lukis menara taming sari and jawab kuiz pasal melaka. memang korek habisla, suro adik bukak buku sejarah la, tanya opah, nenek, mak sedara.. ustaz isha pun sekali jadi mangsa. ada yang nak tanyala orang melaka, sekali, "saya pelancong" hehe.
aku nak pegi solat la kejap, sekali, surau tutup. aih? tutup? dah la tandas pun tutup? huahaha. melaka oh melaka.

lebih kurang jam 10 kalau tak silap, terus ke Al-Amin. pergi solat jap, banin tak habis-habis "belay oooon..climb!!".

next, suma ke dewan seminar. forum. aku rasa andai aku peserta sudah lama tertidur, dah lah 3jam? ajk-ajk semua dikerahkan ke depan stor, ye, menguruskan sarapan rimba, macam-macam, kejap campur semua lah, asing teros lah, ape lah. last2? macam tulah.

isnin

sebelum survival cooking, kena senaman lasak dulu, kesian tengok muka banat pucat-pucat sebab tak dinner huahah. hmm, ada yang muntah2 perut masuk angin. tak sampai hati nak suro senam lebih2. terror diorang buat muka kesian hehe.

nak kena explorace jugak cari makanan, aku bimbang jugak kalau peserta habis masa cari bahan2 je, tak sempat masak hehe. dahlah sorok barang atas pokokla, dalam benda yang nak bancuh simen tu lah, entah mana-mana lagi ntah. semuanya dari kepala otak banin yang terlebih kreatif. (ye lah tu)

majlis penutup. hmm. rasa pantas sungguh masa berlalu. rasa baru sekejap je explorace mula, tau-tau dah sampai penghujungnya, nilah kot aktiviti terakhir dengan batch caliph14, batch yang kamcing ngan g4squared. selamat menempuh alam seterusnya. innallah ma'ana.

tamat segala-galanya, terus pulang. aduuh, badan rasa melayang-layang tak cukup tidur. tidur 20 min je mana taknya. kepala pening-pening tak cukup carbo. kemas-kemas mana yang penting je, khidmat diri.....bump! pengsan.




p/s:
saja nak kongsi pengalaman tak seberapa tentang explorace 2008 dari perspektif seorang ajk. moga ada manfaat buat yang sudi membaca :)

Tuesday, December 16, 2008

solat JUMAAT

huhu,,
baru sempat aku sentuh keybord,
selepas meninggalkannya untuk beberapa hari menjadi ajk explorace,
saja nak berkongsi pengalaman dangkal yang ana lalui,
semoga bermanfaat untuk semua..

macam ni,,
hari pertama, jumaat,
peserta diberi task.. kene interview orang yang tak pergi solat jumaat,
huahaha, macam-macam ceritalah kedengaran, kene herdiklah apalah,
nak tau lagi dalam? tanyelah pesertanya, aku cuma jaga checkpoint,

bila tiba waktu solat, aku dan k.wafda (sama-sama jaga checkpoint)
pergilah solat zohor kejap, sementara ada masa,
kejap lagi nak kene lepaskan peserta,
bila langkah je masuk bangunan berkembar tu,
huh, tak payah cakaplah, lelakinya ramai je,
melepak dengan girlfriend, bawah jambatan, dekat kedai,
dekat restaurant, memang bersepah!
dan majoritinya kaum apa? tak payah cakaplah, buat malu je,
hari jumaat dengan hari-hari lain memang takde beza,

sakit mata memandang,
aku berlindung dengan nama Tuhan,
dari dijodohkan dengan lelaki yang sedemikian rupa,
tanggungjawab dengan tuhan pun tak terlaksana,
tanggungjawab lain punya macam mana?
bila ditanya lepas tiga kali berturut-turut tinggalkan apa hukumnya,
terangguk-angguk bilang 'tau'
tapi bila ditanya kenapa, alasan beratur depan mata,
takde sikit pun rasa bersalah, rasa takut dengan azab tuhan,
itulah tanda hati tertutup dari cahaya hidayah,
nauzubillah..

tengah-tengah kami rushing menuju ke surau,
tiba-tiba ada seorang foreigner, muka ala-ala mat saleh tegur,
"excuse me, excuse me, do you now where is the masjhid (pelat)"
"sorry, u're looking for masjid as-syakirin?"
"yes, masjhid, solat jhumaat (sambil tangan gaya angkat takbir)"
"na'am (sesat bahasa arab.xle bla)"
aku tanya k.wafda direction, aku memang kurang familiar dengan bangunan yang menjadi kemegahan negara ni
" just go straight, dont belok-belok(eceh)...blalala"
"oo...that one?..blablaabla..."
"yes.."
"thank you."

nah! khas untuk orang melayu yang xtau malu,
orang luar pun beriya-iya cari mane masjid, orang kita?
kagum sekejap aku dengan mamat tu,
semoga rahmat Allah ke atas beliau..

Wednesday, December 3, 2008

independence

aku bukan nak kupas pasal independence, cume nak kongsi siket, beberapa hari yang perlu aku lalui dengan berdiri di atas kaki sendiri, mungkin bagi orang lain apa yang aku lalui mungkin perkara yang sangat simple dan mudah, hmm, bg aku tidaklah sekacang itu, as im not used to it yet, lagi-lagi nak kene jaga orang lain sekali, hmm, soon maybe, i'll get used to it...

khamis,

"na balik esok ke?"
"hmm, tak taula, sabtu ade meeting"

kalaulah waktu itu, suara hatiku bisa didengari, sudah lama ia menjerit,
"ye, nak balik kg esook"

macam ni, ahad nanti, abang saudaraku akan disatukan dengan tunang kesayangan, memang dari lepas pmr, aku da target nak balik kampung awal dan balik semula ke kl lewat sikit, nak tolong-tolong, bukan apa, tak puas dok kampung waktu raya hari tu, sebab nk exam..hmm, hmm, hmm....

aku pon pikir-pikir la, tanye sane, tanye sini,
pasal ape meeting nanti,
penting ke tak, boleh skip ke tak...
memang non-stop thinking lah (eceh, over)

"na jaga b.longlah..."
ya, itu dia suara kuasa veto telah kedengaran,
hmm, boleh ke aku melawan?
simple answer= nope.
aduhaii.

bincang-bincang la sket dengan b.long,
die pegi awal ke lewat, kalau dia pergi awal, ada chance lah aku nak gi awal..
yang dia tu, kejap awal, kejap lewat...
aduh, pening-pening..

jumaat

aku terdengar bunyi suara kuasa veto lagi,
huahaha.
macam tak bersetuju b.long pegi awal,
"awak tu blom fully recovered lagi, kat sana tu mesti lasak blablabla...."
ya, tu dia...
maknanya? b.long balik kampung lambat..
aku? sekali la, ape lagi..

tengahari tu,
ummi bertolak, yang tinggal di rumah, cuma aku, k.lah, b.long dan abi..
kitorang akan pergi balik-hari je ahad nanti...
aduuh, sunyi plak xde suare bingit budak-budak tu.

aku kemas-kemas rumah, hehe,
bersih, maintain lama,
sebab tak de yang tolong kotorkan..
yang pembersih je tinggal di rumah..

malam tu,
kitorang tak masak, lauk tengahari ade lagi,
yang makan, b.long je, abi pergi kenduri jiran,
k.lah pergi belajar rumah kawan,
jadi, mudahlah aku malam tu..

sabtu

pagi-pagi lagi, lepas subuh,
abi dah jenguk bilik,
"nak makan ape? roti canai? capati? tose? eh, tak sedap kalau bungkus bla..bla.."
"na nak makan ape?"
"hurm, takpe abi, saye makan ape ade kat rumah je, roti ke, kang saya goreng lah apa-apa"
"ha ahlah abi, makan apa yang ada jelah"
"oo haah, eh, nasi ade lagi?"
"ade, ade, banyaklah jugak.."
"ha, masak nasi gorenglah, na masak.."

ah, sudah, kalau kene masak tak kisah,
tapi nanti abi makan, kot banyak plak komen dan judgement dia,
aku bukannya hebat sangat masak-masak nih,
baru pukul 7 lebih, aku dah masuk dapur, yela, kang ade meeting..
sediakan apa yang patut, sediakan bawang-bawang, ikan bilis, kuali...
lepas tu aku potong lah sayur,
saje je aku buat rilek-rilek,
sebab nak makan lambat lagi, sayur tu pulak nak potong comel-comel..

tengah syok aku take time sorang-sorang,
abi balik, jenguk-jenguk apa aku buat,
alih-alih, abi yang masak,
tumbuk-tumbuk, tumis-tumis, goreng-goreng,
aku? sediakan bahan secepat mungkin sebaik sahaja abi sebut,
huahaha.

pagi tu, awal kitorang makan,
sebab abi excited nak makan masakan sendiri, siap tambah lagi,
b.long pun tambah, laki kene makan banyak, guna tenaga banyak,
aku? gitu-gitu sudah.

habis makan, aku kemas
"ha, part ni abi paling malas sekali, abi suka masak tapi malas nak kemas"
huahaha aku tau.
waktu aku basuh pinggan, abi pergi dekat kuali tempat masak nasi goreng tadi,
aku dah rendam ngan air, supaya senang nak basuh, abi pergi main kacau,
nak tergelak aku tengok, tapi tahan, fokus, basuh pinggan, hehe.
"abi suka masak-masak ni,
kawan-kawan abi dulu suka sangat makan bila abi masak
"oo, nas masak ke ni? uih, mesti sedap ni, jom, jom makaan"
(semangat abi cerita siap dengan dialog sekali)

habis kemas, siap-siap semua,
aku bertolak ke uia nak tengok royal debate,
singgah rumah huda dulu, nak pergi sama-sama.
tengahari,
jalan kaki pergi sekolah, muka sunburn
dengan panasnya, sesat-sesat dekat uia tuh
(ikut petunjuk cik khalilah haha)
kepala aku berpinar,

ada meeting..
tup-tup, partner kerja tak datang,
oo mak aih, aku struggle kena pegi,
dia ke mana??
dahlah pernah datang meeting sekali je,
sabar...sabar...

sampai rumah lebih kurang 5.30
k.lah dah balik dari rumah kawan dia, kurang lah sikit beban di bahu,
dekat-dekat pukul 7, kawan-kawan b.long datang,
aduuh, hidang teh cukuplah, kerepek ada kat depan, pandai-pandailah nanti,
aku tak nak pergi hidang, tapi k.lah suruh juga,
sebab tengahari tadi dia dah hidangkan untuk kawan b.long (yang lain)
buat muka tebal dahlah..
solat, borak, solat, borak..

dah malam, aku dan k.lah?
"nak hidang meal ke?"
"takkan nak bagi lauk tengahari kot?"
"cukup ke?"
sekali, abi nak pergi beli,
kitorg hidang, sampai dekat pukul 10 mereka melepak..
dah letih, kami tidur,
esok nak bertolak ke kampung awal...

ahad

sampai kuala pilah, kami tolong apa yang patut,
aku ingat nak balik hari isnin, sekali dengan ummi,
sungguh, aku tak puas duduk di kampung,
tapi apakan daya,
akukan nurse (bak kata kawan-kawan aku),
kena ikut pesakit lah...

malam tu senang, makan lauk kenduri...

isnin,

breakfast. nak makan apa ye?
k.lah dah pergi sekolah, abi dah pergi kerja,
aku nak kena masak untuk breakfast b.long,
aku goreng jelah 3 ketul hashbrown,
dengan scramble egg sikit,

"na 1 setengah, abang 1 setengah"
b.long hendak membahagi dengan adil,
tapi bila nampak luka tangan dia yang bercalar-balar tu,
baru aku teringat, dia mana boleh makan telur,
hmm, takpelah, b.long makan 2, aku 1 je,
telur tu? aku je lah yang makan...

aku borak dengan cikgu shikin kat ym,
cikgu nak pergi sekolah petang nanti,
nak tengok kakak-kakak form 5 yang habis SPM,
pastu teman g pool uia, saje je aku nak menyibuk,
lama tak swim, aku tumpanglah cikgu,
lagipun cikgu lalu kawasan rumah aku sebelum ke gombak,
cikgu mintak bawak makanan untuk cikgu buka puasa,
sebab dekat office beliau takde kedai runcit,

sekali cikgu cakap,
"anti masakla nasi goreng ke, nak air tangan anti"
ah, sudah... bunyinye macam arahan,
boleh je aku mengelak, cakap tak reti masak ke, ape ke,
tapi nampak macam mengharap, aku tak sampai hati, aku takut tak sedap,
alah, menggembirakan orang berpuasa, kan ada pahala?

"na dah masak nasi ke belum?"
itu dia, suara jantan b.long berbunyi, huahaha.
aku baru teringat, apa lagi, terus tanak nasi,
aku masak lebih sikit, untuk masak nasi goreng nanti,

terfikir, nak makan sayur apa? b.long kan gila sayur,
aku ingat nak makan sayur fresh, lettuce ke ape ke,
sekali tak kelihatan pulak dalam fridge, ternampak sawi,
haha, bantai sajaa..b.long je pun yang makan..
aku tumis, goreng-goreng, masuk carrot sikit, campur itu blablabla..
siap.
goreng lah ayam goreng, yang segera tu...
b.long ade tersebut ayam goreng,
malas aku nak fikir benda lain goreng itu cukuplah.
siap jugak.

bila b.long masuk dapur,
"b.long, sayur tu sawi je oklah ek?"
"ha? sayur? guna balik? kalau lauk bolehla lagi, sayur yang dah berapa hari tu lagi bahaya dari....bla..bla... tau tak?"
(die ingat aku panaskan sayur semlam ke ape ke)
"heih,, manade, baru masak tadi.."
"ha? na masak ke? fullamak...bla..bla..bla..."
(saje je menyakat)

pukul 3 aku tros masuk dapur, nak masak,
kul 4 cikgu sampai..
ketung-ketang-ketung-ketang,
rasa, adjust, rasa, adjust..
siap.
nak pergi siap-siap plak.

tepat pukul 4 cikgu sampai.
aku cuma cakap,
"cikgu nak air tangan ana kan?
hmm dah bayak kali ana renjis huahaha"

kitorang singgah sekolah dulu,
cikgu cakap nak tengok wajah-wajah merdeka,
aku? hehe. testing lense baru cikgu...

sampai uia, aku malas nak swim,
lagipun nak bincang dengan cikgu sikit pasal explorace,
bila azan cikgu pun menjamah 'air tangan' aku tu,
"hmm, sedap, ada rasa rempah-rempah"
ha? setau aku, takda pulak aku masukkan rempah..
kakak-kakak f5 len pon tumpang la rasa,
"eh, sedapla" "sedap2, siapa masak ni" (huh, bunyi riya' pulak)
...eh, ikhlas ke tuh...hehe

independence.
apa kaitannya? independent lah tu..
masak sendiri..
(baca tu sai, ana masak sayur tau..)

mungkin bunyinye macam budak manja,
kene tinggal sikit, dah..letih...
mana ada letih, saje je nak kongsi-kongsi cerita?
ada clear?