Monday, December 22, 2008

P E N G A L A M A N

jumaat

aku melangkah ke sekolah, memikul satu tugas, menjadi ajk logistik dan kenderaan explorace 2008, haha, bukan mudah, logistik satu hal, tambah lagi kenderaan, jalan je lah...
dalam kepala otak, aku asyik fikir pasal tugas2 aku, xmau terlepas, tercuai, walau satu,

sekali, pagi2 lagi, dah ada masalah, pendaftaran terdelay, aku dah mula susah hati,
tengah blur2 gitu, tiba2 ditanya pasal tali, huh? tali tag? kenapa tak beli? ha?ha?
macam orang blur habis lah aku waktu tu, sekali, tersilap orang rupanya... owh, aku dah risau, kalau ada tugas aku yang tak terlaksana, aduh.

dah dekat jam 10 gitu, aku dan k.Wafda berangkat menuju ke checkpoint yang perlu dijaga, mula-mula ingat nak pergi lambat sikit, sebab kat sana kena jaga pukul 12, tapi pesertanya nampak kencang je, bahaya kalau terlambat, maka berjalanlah kami ke UIA bersama cikgu shikin dan beberapa teman. naik bas ke terminal putra. naik LRT teruuus ke KLCC.

kasihannya kami, kena tunggu setiap kumpulan sampai sebab nak tampal pelekat TIBA dekat kat masing-masing, padahal nak kena bagi task lepas zohor nanti. kalau tak bolehla jenguk PC fair. ah, biarkan, keperluan dulu, baru kehendak. maka menunggulah kami di LRT KLCC. nak pastikan peserta naik LRT. paling malu bila LRT baru sampai, orang yang baru keluar jalan, pandang kami macam nampak hantu. kami? buat muka tebal sudahlah.

entah berapa kali ditegur security..
"dik, dah dapat kebenaran rapid ke nak buat program kat sini?"
" program? kami tunggu orang je kat sini.."
"ye, dik, tak boleh jugak.."
dah malas mau lawan, kami pun berganjak ke luar sikit, sekali dengan banin,
sekali? "tak boleh jugak, dik..." hmm, last-last duduk luar betullah...
panas+bau asap rokok+kaki yang sengal-sengal otot berdiri lama.
dah 12.30 pm, baru semua peserta sampai, fuh, lega..

kami pun menuju ke 'ikan paus' untuk makan, letak barang, sambil tu perhati peserta banat nak interview orang tak solat jumaat, seronok tengok, next? pergi solat,
lepas tu terus lepaskan peserta, next checkpoint, masjid jamek.

aku dan k.Wafda ke masjid jamek. buat apa? jalan-jalan tengok barang. aduh, lenguhnya kaki.
duduk sekejap depan masjid. k.Wafda sempat plak tertidur. hehe.

aku call cik Shikin, mereka di mana? Setiawangsa. eh? buat ape plak kat situ? Ya Tuhan, manade check point kat situ. huahaha. last-last, kami decide teros ke KL sentral, nak mandi, sebelom peserta sampai. sempat recharge energy kat situ.

dah pukul 8 lebih, kami masuk train, berangkat ke Tampin. dalam train, aku cukup heran tengok peserta banatnya yang tetap lincah dan bersemangat, boraklah, maggie lah, sempat lagi. tak letih ke? kalau aku peserta, rasanya dah syahid dah, macamlah tak tau berapa banyak aktiviti lepas ni. satu perkara aku kasihan, kejap2 kene kejut, "siap2, dah nak sampai" sekali? setengah jam tak stop2 train nih. huahaha.

dari Tampin ke Kem Lanchang, peserta naik bas, hoh, baru reti tidur, sunyi sepi...
aku kene naik dengan peserta, ajk kenderaan lah kata,, cik khalilah pun sama, yelah, dah jadi doktor kan... kena sentiasa dekat dengan peserta, siap jadi tukang urut lagi, huahaha.
bila dah sampai, kene kejut.. dengan sasau-sasaunye..
"sampai nanti takde pape dah, terus tidur kan?"
"taklah, kene pasang khemah" huahaha bestnye sakat.

sabtu

lepas qiyam dan sebagainya...
ada senamrobik, "ek, ot, ek, ot"
haha, bersemangat puan tuh.

tengahari tu, peserta semua pergi water confident & kayak,
aku malas nak basah, jadi photographer udahlah,
tapi last-last rasa macam nak jugak, belasah lah,
tak sampai setengah jam, teeet, "jom naik..."
waduh, sungguh tak berbaloi aku berbasahan.

nasib baik lepas tu basikal, kering lah jugak pakaian ni...
aku macam terlambat sikit, maka tinggallah basikal buruk-buruk untuk dipilih,
aku cuma tawakkal, dan pilih the best of the worst.

baju biru semua dah ke depan, yang tinggal di belakang cuma yang berbaju merah-merah je..(ajk), makan angin semacam di belakang, sekali dari belakang kami nampak dua tanduk tajum di hadapan, wah lembu! sekali dia macam berlari-lari. suma dah cuak.
"eh, dia bukan jalan biasa tu, jangan dekat, stop2!" cikgu farhah bagi amaran huahaha.

kami suma risau lepas tu, jip yang mengekor di belakang sampai,
"tolong halau lembu kat depan"
"la,,,yang kamu pakai baju merah ni apasal??"
(saja ja Tuan ...niza tu menyakat, ciss.)

sekali abang nazar sampai kat belakang, naik basikal jugak.
" cuba bagitau saya, sejak bila lembu suka warna merah? dia buta warna la.."kuang3.
last-last, tuan empunya lembu-lembu tu datang, baru la baju2 merah ni berani memecut, hehe.
aku speed sket, hoh baru la jumpa peserta, diorang macam lambat sket sebab waktu tu naik bukit.

aku macam kesian dekat suma yang dah tak larat tuh, ajk suma dah ke depan, jadi aku pun ikut last sekali, cuma pecut bila nak naik bukit je, pastu tunggu kat atas, baru cycle balik.

malam tu, cerap bintang, lepas tu night walk. aku pelik apa yang diorang cerap sebab aku tak nampak bintang satu pun, tak taulah kat tempat diorang cerap tu ada bintang ke..

nightwalk. aku macam pelik sunggoh2 apasal satu checkpoint sampai 5 orang jaga. manalah peserta nak takut, huahaha. yang banat pulak sampai jalan 2 orang sekali. aku dan 4 yang lain kene jaga dekat depan kubur islam. macam sedih je, sebab depan sengat, aku teringin jugak nak tengok track nightwalk tu, dah dapat depan2 gini, syukur sudahlah.

sepanjang menjaga tu, kejap-kejap tengok jam, cepatlah berlalu. aku macam ngantuk sangat-sangat. tahan-tahan-tahan, terlelap jugak aduss. borak-borak sket, macam ceritala keluar, peserta yang lalu pun macam dah tak takut kot sebab dengar suara ajk. hehe. yang baninnye, sempat lagi snap-snap gmba sekali ngan flash. memang kurengg. bosan agaknya.

bila dah habis, kitorang suma pun bergerak. yang checkpoint sebelum2 ni suma naik truck, sampai kat kitorang? dah tak muat. hmm, jalan jelah, last-last datang balik truck tu.
balik kem, cakap-cakap-cakap, tiduur.

ahad

pagi tu peserta ada pertandingan basikal laju, pelahan, dengan atas titi/batu-bata. haha, aku main round-round naik basikal je, jenguk-jenguk peserta berlumba, yang basikal laju, memang berlumur air becak, basikal pelahan, menggigil, nak pelahan punya pasal, ada yang siap menyimpang jauh dari trek, seboleh2nya nak lambat sampai penamat haha. yang atas batu tu plak, entah berapa kali cubaan tah huahaha.

next? banat main bisu pekak buta, sementara banin habis wall-climbing.
bisu bagi isyarat dekat pekak, pekak jerit kat buta, buta laksanakan arahan.
haha, aku kene jaga team yang bole tahan kecohnye hehe.

pekak: "manala aku nampak apa kau cakap, aku rabun"
"apasal kau tak jadi buta~!"

buta: "eh, kau cepatla siket blablablabla..."
"senyapla kau, memekak je"
buta: "aku butalaa!"

then, wall-climbing, hoh, bab ni, kehebatan banin memang jelas ketarala banding ngan banat, banin boleh sampai 7 ke 8 petak, banat paling banyak 6 je... huargh, tu pun sorang je, yang lain,
average: 3-4 petak aja,, syukur..

aku? dapat belah kiri..hoh, bile sampai bahagian yang flat tu, kantoilaa, kuang3.

seterusnya... banat paintball, tapi cikgu mintak tolong ajk yang tak terlibat tolong pekak,bisu,buta banin, sami'na wa ato'na,, banin punya lagi adventure dari banat, sebab batunya 10, (banat 6) dan gap antara pekak, bisu, buta lagi jaaaauh, siap ada tukang kacau lagi. hmm, yalah, takkan banin nak sama dengan banat kot, tak jantan aa~~

lepas tu, semua kemas2 pack barang mau berangkat, sebelom bas sampai, banat main game tanah air, then, bas sampai, tros meluncur (macamla bas laju) menuju bandar hilir,

dekat sana, peserta kena jual lagi buku, lukis menara taming sari and jawab kuiz pasal melaka. memang korek habisla, suro adik bukak buku sejarah la, tanya opah, nenek, mak sedara.. ustaz isha pun sekali jadi mangsa. ada yang nak tanyala orang melaka, sekali, "saya pelancong" hehe.
aku nak pegi solat la kejap, sekali, surau tutup. aih? tutup? dah la tandas pun tutup? huahaha. melaka oh melaka.

lebih kurang jam 10 kalau tak silap, terus ke Al-Amin. pergi solat jap, banin tak habis-habis "belay oooon..climb!!".

next, suma ke dewan seminar. forum. aku rasa andai aku peserta sudah lama tertidur, dah lah 3jam? ajk-ajk semua dikerahkan ke depan stor, ye, menguruskan sarapan rimba, macam-macam, kejap campur semua lah, asing teros lah, ape lah. last2? macam tulah.

isnin

sebelum survival cooking, kena senaman lasak dulu, kesian tengok muka banat pucat-pucat sebab tak dinner huahah. hmm, ada yang muntah2 perut masuk angin. tak sampai hati nak suro senam lebih2. terror diorang buat muka kesian hehe.

nak kena explorace jugak cari makanan, aku bimbang jugak kalau peserta habis masa cari bahan2 je, tak sempat masak hehe. dahlah sorok barang atas pokokla, dalam benda yang nak bancuh simen tu lah, entah mana-mana lagi ntah. semuanya dari kepala otak banin yang terlebih kreatif. (ye lah tu)

majlis penutup. hmm. rasa pantas sungguh masa berlalu. rasa baru sekejap je explorace mula, tau-tau dah sampai penghujungnya, nilah kot aktiviti terakhir dengan batch caliph14, batch yang kamcing ngan g4squared. selamat menempuh alam seterusnya. innallah ma'ana.

tamat segala-galanya, terus pulang. aduuh, badan rasa melayang-layang tak cukup tidur. tidur 20 min je mana taknya. kepala pening-pening tak cukup carbo. kemas-kemas mana yang penting je, khidmat diri.....bump! pengsan.




p/s:
saja nak kongsi pengalaman tak seberapa tentang explorace 2008 dari perspektif seorang ajk. moga ada manfaat buat yang sudi membaca :)

No comments: