Thursday, May 31, 2012

the tragedy


31 Mei 2012

Bismillahirrahmanirrahim.

hari tu, aku eksiden minor. Malam isnin baru-baru ni, aku mimpi eksiden, sampai terjunam ke dalam laut. Dan tiga hari lepas tu, semalam, ya, eksiden.

Subhanallah.

He must have His own reason for everything.

Alhamdulillah.


Minggu ni, Alhamdulillah. Hampir 1 family ada di rumah. Kecuali balong. Dan cuti sekolah. Maka umi decide nak pergi jalan-jalan. Memandangkan plan hanya 1 or 2 days before, we don’t expect much. And Alhamdulillah, our final decision was to go to Malacca.

Kanak-kanak riang mestilah dah packing 2 hari sebelum. Kakak-kakak senior, termasuk aku, pagi sebelum bertolak baru nak decide baju apa, hurmm.

Waktu baru habis sidai kain, awan mendung yang amat. Aku tarik kain ke kawasan teduh. Tak lama lepas tu hujan turun. Kami bertolak dari rumah jam 9.59 pagi. hujan masih tidak berhenti.

Kami teruskan perjalanan. Hujan tak menunjukkan tanda hendak berhenti. Maka, lebih kurang 30 minit seselepas itu, ehem, aku pun terlena.

Tap! Kepala aku terhantuk pada tingkap kereta. Aku sedar-sedar kereta sudah dalam keadaan berpusing-pusing yang amat laju. Tubuhku tertolak ke kiri dan ke kanan. Terhantuk setiap sudut bak kata kinah. Kami sekeluarga macam dalam kotak yang kena goncang.

Dush! Kereta menghentam divider belah kanan untuk kali kedua. Terus estima berpusing-pusing lagi, 360 darjah. sekali imbas kami boleh melihat kereta di belakang. Aku yang tadi agak mamai-mamai terus tersedar. Seimbas aku lihat abi cuba mengawal stereng, tapi tiada efek. Kereta seolah-olah berada di atas ais. Dan kereta seolah-olah ditolak sesuatu hingga berpusing-pusing begitu.  

waktu itu terasa macam mustahil kereta akan berhenti berpusing.
segala-galanya di luar kawalan!
 
Di sebelah kiri ada gaung.
Dan sekelip mata sahaja, mungkin lori besar boleh merempuh kami.

Waktu itu aku sudah benar-benar berserah.
Ya Allah, segala-galaNya dalam tanganMu
Aku terdengar umi melaung “Allahuakbar Allahuakbar”

tiba-tiba kereta bergerak ke arah kiri pulak. astaghfirullah, gaung!
Dush! bahagian depan kiri kereta menghentam divider kiri.

Dan sejurus selepas itu ia berhenti, di laluan kecemasan. subhanallah.

semuanya berlaku terlalu pantas. just in a split second!

Kami semua terdiam. Hujan di luar masih lebat. Aku tengok jam, 11.10 pagi.

Everything was just at the right time, the right place, and the right people.

Kebetulan waktu itu, kami agak ke hadapan berbanding kereta-kereta mahupun lori-lori lain. Sebaik sahaja kereta kami terhenti di lorong kecemasan aku nampak kereta-kereta dan lori-lori besar melintas laju. Subhanallah, jika terlambat sedikit sahaja. Subhanallah the timing was perfect!

Asalnya Wan nak ikut, tapi tiba-tiba tak jadi sebab Wan rasa tak sihat. Alhamdulillah, syukur juga. Wan, kalau gerak sikit pun dah sakit-sakit. Syukur Wan takda dalam tragedi itu.

Syukur juga, kereta kami berhenti spinning betul-betul di lorong kecemasan. Rasanya kalau terhenti di lane tengah, mungkin dah dirempuh lori laju di belakang. Naudzubillah. Alhamdulillah.

alhamdulillah, divider di situ kuat, itu lah yang menahan kami dari merempuh jalan sebelah dan terjunam ke dalam gaung. body estima pun strong jugak, kalau kereta lain mungkin dah remuk lagi dahsyat. subhanallah

Waktu berada di lorong kecemasan, kereta sudah tak boleh bergerak. Bahagian depan dah remuk. Waktu itu, abi risau jika kereta kami dirempuh kereta lain pula. Cepat-cepat umi keluarkan payung so that we’re more noticeable.

Abi nak cuba buka pintu, tak dapat. Umi pun sama. Bahagian depan dah bengkok-bengkok. Abi tolak juga and at last managed to open it. Kami semua doa, kami selamat. Tak tau nak buat apa waktu itu. Semua sibuk cari nombor lebuhraya PLUS, nombor tow truck. Dan kami risau, apa-apa jadi sebab terdampar di tepi highway begini. Air cond dah tak berfungsi, dari bahagian depan yang remuk, dah ada fluid merembes.

Tiba-tiba aku dapat call dari cikgu shikin. Aih apa kuat sangat instinct cikgu nih. Rupanya cikgu nampak kereta kami on the way ke Johor. Lebih kurang 500 meter di depan, aku nampak kereta cikgu berhenti. Cikgu berundur sampai depan kami.

Alhamdulillah muncul kereta peronda polis waktu itu.

Polis suruh kami bergerak sikit-sikit sampai ke RnR pedas linggi, 5 km dari tempat kami terhenti. Abi drive dengan kelajuan 15km sejam, terdengar bunyi geseran tayar dengan serpihan komponen-komponen yang telah remuk.  Di depan ada kereta cikgu shikin. Di belakang, kereta polis. Waktu itu, dalam kereta, kepala aku rasa sakit sangat. Terhantuk setiap sudut lah katakan. Biol sekejap.

Di RnR, Abi call insurance, etc etc. Settlekan semua-semua. Then, kami tunggu tow truck. Waktu tu, dalam otak da lupakan terus da pasal Melaka, Abi dan Umi nampak trauma. Tapi kanak-kanak riang bahagia je macam takde apa-apa berlaku. Asalnya ingatkan kitorang akan ditarik bersam-sama dengan estima. Sampai bengkel baru carik kereta sewa. Tapi final decision, tow truck tarik estima, kitorang tunggu kereta sewa, teruskan perjalanan ke Melaka.

Menurut makcik cleaner, hari tu je dah 4 biji kereta alami tragedy yang sama. Kawasan itu memang merbahaya, kawasan angin lintang. Makcik tu india, dia kata, mungkin ada hantu kat situ, sebab ramai orang eksiden etc etc. hem.


Sementara tunggu tow truck dan kereta sewa sampai, kami semua duduk di pondok wakaf. Waktu tu aku rasa dizzy yang amat, kepala aku pening. Badan pun sakit-sakit. Rasa macam kena belasah pun ada. Aku tanya la orang lain, takda sakit-sakit ke. Diorang pening-pening ada lah. Tu pun kinah sorang. Apakah aku memang lebik? Eh manada, aku kan tidur waktu tu jadi aku tak sempat berpaut pada apa-apa. Badan aku terhempas tanpa sempat bertahan sebab tu impact lebih. *backup diri sendiri.

Ahah, pengajarannya, nak tidur pakai seatbelt.

Waktu tu, nampak sangat-sangat keadaan abi yang traumatized. Masa aku hulur keropok, abi tak nak, abi cakap “ada rasa ke ni?”. Abi hilang selera. Depan kitorang abi cuba calm. Tapi nampak abi duduk diam, menung jauh, dahi abi berkerut.

“Alhamdulillah. Semua selamat ni pun dah bersyukur sangat-sangat dah. Kereta tu abi tak kisah, biarlah, yang penting awak orang selamat”

Bila drive lepas tu pun, abi bawa slow je.

Bangun esok pagi badan aku rasa macam baru lepas kena denda pumping seratus kali je. Nak angkat tangan untuk berus gigi pun rasa sengal.

Umi tanya,
“malam tadi na lena tak tidur”

Umi dan abi tak boleh tidur.

Abi cakap sempat terlelap sikit. Bila terjaga terus teringat keadaan waktu kereta berpusing-pusing tu.

Ye, besarnya impact eksiden tu. Bila nak jadi, it doesn’t matter how alert you are. Tak semestinya kita tak patuh peraturan je eksiden. Abi cakap abi obey speed limit, bukan emergency break, dan abi have been extra careful. Just out of sudden, kereta macam ditolak ke kanan. Abi dah kawal stereng, tapi tak function langsung, seolah-olah kereta atas angin. At the moment kereta langgar divider, kereta start spinning. Langgar lagi, spin lagi, langgar lagi. It happened just like that.

Bila aku fikir balik, Allah dah bagi banyak tanda dah sebelum tu.

Aku ter-eksiden, aku mimpi eksiden.

Bila kak lah tanya aku pasal mimpi tu baru aku teringat. perasaan aku waktu tengah spinning tu, sama macam dalam mimpi, waktu aku tengah menjunam nak masuk ke dalam laut. Subhanallah, memang sama. Aku memang tak tau apa lagi rahsia Allah di sebalik semua ni.


waktu packing pulak, bila aku nampak minyak habbatussauda', aku macam, 'ada ke orang injured time bercuti?' tapi aku bawak je. rupa-rupanya untuk diri sendiri.


alhamdulillah thummal-hamdulillah
Just thankful enough, we’re still alive. In that very short time, tak terfikir yang kami akan selamat, dah terbayang macam kami semua remuk dalam kereta je. Subhanallah.

Mesti ada sebab atas semua ni. Mesti.

p/s: tadi denga umi cakap dengan balong kat phone "alhamdulillah kitorang semua selamat, tak jatuh gaung. kalau tak tinggal balong sorang je la waris umi"

Alhamdulillah.

Thursday, May 24, 2012

Ibtisam Si Supir


Bismillahirrahmanirrahim.

hari itu terasa penuh untuk Ibtisam. Dari tadi dia tergesa-gesa. Usai sahaja fardhu ‘Asr, dia bergegas ke madrasah, madrasah tercinta. Menjemput adiknya pulang. Sebaik selamat menghantar adiknya itu ke rumah, bergegas pula ke tadika, risaukan adik kecilnya yang pasti sudah setengah jam menunggu. Walaupun tadika itu sekangkang kera cuma, masa perjalanan menjadi lama, dek kesesakan trafik di waktu-waktu puncak.

                Menjejak sahaja kaki adik bongsunya ke kediaman mereka, dia perlu menghantar pula adiknya yang tadi ke pusat tusyen. Ya, dekat juga, tetapi terasa jauh oleh kesesakan jua.

Alhamdulillah, selesai.
               
Di rumah, baru sempat menyusun-nyusun pinggan mangkuk, buat itu ini, baru hendak bersedia untuk buka puasa kurang setengah jam saja lagi. Sementelahan itu, bonda sudah memberi isyarat, lihat pada jam dinding.
               
Ya, jam 7. Oh, ambil adikku pulang dari tusyen.

Ibtisam masuk ke bilik. Malasnya ingin menyarung jubaaaah. Rasanya, hari ini, penat menyalin baju sahaja. Ya, tak kurang tujuh kali rasanya, tukar, tukar dan tukar lagi. Lantas, refleks dia menggapai sahaja jaket hitam besar serta diletak sahaja tudung-buat-pergi-jamban itu di atas kepala.

                Alah, sekejap sahaja. Pusat tusyen itu ada dalam 200 meter sahaja displacement dari rumahku.

                Baru hendak masuk jalan utama, mobil yang dipandunya sudah seakan tidak bias bergerak. Ya, kesesakan lalu lintas. Aduh, hatinya begitu yakin sekali mengambil adiknya di pusat tusyen yang terlampau dekat itu tak akan mengambil masa yang lama. Ya, tak akan. Tapi, keadaan nyata menafikan.

Ibtisam diam. Matanya memandang ke bawah. Ya, dia cuma berkain batik. Boleh tahan ekstrim. Ah, pedulikan. Bukan ada orang nampak pun.

Sesampai sahaja di pusat tusyen, ya mentari sore sudah mula bertukar warna. Semakin gelap. Ibtisam cuma berusaha seadanya pulang ke rumah dengan selamat, dan moga-moganya, tidak terlewat berbuka.

Semalap langit waktu itu, rupanya apa yang ada di hadapannya juga tidak pernah disangka. Dia tercalarkan kereta orang lain sewaktu membuat pusingan U dalam perjalanan ke rumah. Terdiam sebentar. Tuan kereta mangsa sudah meng-hon. Dia diam. Bagaimana ingin diselesaikan perkara ini. Di tengah-tengah lampu isyarat begini. Terasa hilang punca sebentar.

Dia diam lagi. Benar-benar buntu.

Dia memandang ke langit.

“Tuhan, aku tidak minta satu apa pun, izinkan aku menjadi muslim yang bertanggungjawab atas apa yang telah aku lakukan”

Hatinya berbisik, penuh mengharap. Benar-benar bergantung. Pada Dia cuma.

Diteruskan panduan. Melepasi lampu isyarat yang entah berapa itu. Ya, mobil tadi masih di belakang. Masuk sahaja ke lebuhraya, dia memberi isyarat ke kiri. Alhamdulillah, Allah izinkan dia berurusan dengan mereka.

Mobilnya berhenti. Tetapi dia terdiam sebentar. Pandang ke bawah lagi. Erk. Emm.
Cuma itulah sebab yang membuatkan dia tidak berganjak dari dalam kereta.

Dia turut memandang pada tempat di mana dia biasa letakkan telefon bimbit dan pursenya. Kosong. Ini pertama kali dia tak bawah dua asset itu. Telefonnya sedang dicas. Pursenya, ya tertinggal. Sekangkang keralah katakan.

“Assalamualaikum akak, saya minta maaf, saya yang salah, saya akan bayar tapi kemudian. Akak bagi no hp dan no akaun boleh?”

Wanita yang tadi sedikit high-pitch suaranya berubah tenang. Ibtisam sedar memang salahnya sepenuhnya atas dia. Dia si budak mentah, noob, beginner, setahun jagung, cuai, gopoh, clumsy. Ya, semuanya, dia mengaku siap-siap.

Usai mendapatkan perincian yang diperlukan, dan lain-lain, dia beransur meneruskan perjalanan sekangkang keranya ke rumah.

Di rumah, hurmm, dapatlah semangkuk dua brainwash daripada big boss. *Alhamdulillah :]

Ya, moga Ibtisam jadi lebih baik. Tinggi harapan dalam hatinya.

Seketika dia terdiam. Setiap kali melaksanakan rutin-rutin seorang supir ni, dia tak pernah tinggal pursenya. Tak pernah sekali pun dia pakai kain batik seperti hari ini. Dulu pernah sekali, baru nak keluar, bonda yang menahan ‘kalau apa-apa jadi, macamana?’. Lantas dia bertukar kembali kepada pakaian yang sesuai untuk tontonan umum.

                Cuma sekali ini sahaja. Sekali iniiii sahaja. Keranan Ibtisam sudah terlambat, dan pusat tusyen itu, ahh terlampau dekat!

                Ya, dan Ibtisam sendiri tak pernah menyangka, sekali yang inilah Ar-Rahman ingin mengujinya dengan perkara kecil ini.

                Sekejap Ibtisam terbayang tentang kehidupan ini. Ya, selalu benda yang tak disangka-sanga terjadi pada masa yang tak disangka-sangka. Kita selalu buat baik. Ya, sentiasa. Dan sentiasa juga berusaha jadi lebih baik. Tapi sekali sahaja kita ingin berbuat jahat. Sekaliiii sahaja.

Dan, waktu sekali itulah Allah tarik nyawa kita? Walaupun selama ini tiap-tiap hari beramal baik. Tanpa disangka waktu sekali inilah, ajal diambil Tuhan. Nauzubillah. Ibtisam mohon dijauhkan sejauh-jauhnya. Sebab itulah, tak boleh cuba-cuba nak buat jahat.

                Yang pasti dalam hati ibtisam, dia mahu minimakan semampu dia, keluhan dan rungutan atas apa yang Allah hadiahkan ini. Dia mahu pandang sebanyak mungkin sebab untuk dia tambah lagi syukur dan terima kasihnya pada Sang Pemberi.
               
          Alhamdulillah pemandu itu perempuan, mudah sedikit urusannya.
          Alhamdulillah pemandu itu tak marah, atau tengking, atau herdik dirinya.
          Alhamdulillah ia berlaku bukan pada kereta mewah.
          Alhamdulillah kejadian berlaku sekangkang kera daripada rumahnya.
          Alhamdulillah masih bukan eksiden parah, membabitkan nyawa etc etc.
          Alhamdulillah tanpa telefon bimbit dan purse serta berkain batik,
Tuhan masih izinkan dia survive!

Tak terhitung sebab untuk dia bersyukur. Alhamdulillah.

Yah, urusan Ibtisam masih belum selesai.
Moga baki-baki urusannya dimudahkan Allah, ameen!

Sunday, May 20, 2012

FCR #1


Assalamualaikum warahmatullah ;)

19&20 jun 2012


Alhamdulillah, Allah izin aku pergi seminar ‘Friendly Comparative Religion’ (FCR) dekat Saba Islamic Media, Setiawangsa. Seronoknyaaaaaaaaaaaaa..... err. Alhamdulillah seriously, i feel very grateful to have been given by Allah, the chance to know something like this. Subhanallah. No regrets.

               Seminar ni sebenarnya tentang perbandingan agama. Yea, we learn about other religions, NOT about ISLAM, but our imaan towards Islam increase. Subhanallah.
Speakers dia ialah bro shah kirit, bro engku fauzi, and bro abu shariz

The first slot,
By Brother Shah Kirit. He’s a Malaysian. convert 16 tahun lalu. bila perkenalkan diri, dia kata

"saya bukan ustaz, ustazah apatah lagi (LOL).
ada sebab saya cakap macam tu, saya nak bagitau yang bukan ustaz atau tokoh agama sahaja yang boleh berdakwah"

“KEWAJIPAN BERDAKWAH”

During this 2 days seminar, we used the term “dakwah” when we approach non-muslim while “islah” when we’re approaching muslims.

Bila brother shah tanya, berapa kali aktiviti dakwah (definition as above) dah buat tahun ni, tahun lepas, in the last 5 years or even in our whole life... subhanallah, 1 lagi ketukan. Bila fikir balik, selama aku hidup, aku bukannya tak pernah jumpa non-muslim. Tapi, did they get something from me?

#1. Satu mind set yang diubah; kita selalu tengok non-muslims as our opposition. They’re like an enemy, a stranger to us or whatnot. Tapi apa yang brother shah tekankan had once again, knocked my head,

                “mereka bukan non-muslim, mereka ‘not-yet-muslim’ “

                Islam itu rahmat bagi seluruh alam. Yet, who are to deliver it to the Non-Muslims?

It’s you. Me. Us. To whom Islam had been delivered. Muslims.

#2. Khutbah para paderi di gereja setiap hari Ahad, mesti ada mention supaya semua penganut “spread and share the message of God’s love to non-kristians”. The church, they treat outsiders just like brothers and sisters.

                Sedangkan masjid? aku mengaku kisah-kisah pesimis kita bila non-muslim masuk rumah ibadah. Kita halau, pandang pelik, lagi teruk (nauzubillah) kata mereka najis.

#3. Sebaliknya, cuba bayangkan jika rasulullah s.a.w masih ada, how will he treat them?
Subhanallah.

#4. Ramai orang tersangat memberatkan sunnah-sunnah kecil Rasulullah s.a.w e.g cara makan, cara duduk, cara pakai etc etc. Cop, saya langsung tidak memperkecilkan sunnah-sunnah itu. Langsung tidak. Cuma, kita selalu lupa perkara pokok.


kalau perkara kecil kita ambil berat, perkara besar apatah lagi, betul tak?

Ya, apa sunnah terbesar baginda? Apa perjuangan utama baginda?

                Menyampaikan Islam di atas muka bumi ini.
Also known as, Dakwah.

#5. Suatu masa dahulu Tanah Melayu terima Islam daripada siapa? 3 teori kan? (hehe sejarah form 5) pedagang arab, pedagang Cina, pedagang India. Betul? Tetapi hari ini orang Melayu kedekut, tak nak share Islam dengan Cina dan India.
Why did he say so?

Orang cina & india dah tinggal dengan kita lebih setengah abad, tapi hingga tahun lepas stastictic had shown that at most only 1% of Chinese had become muslims. Didn’t they live together with us?

#6. Brother Shah cakap,

“saya kerja dengan rakan sekerja yang 90% muslim. Customers saya 90% muslim. Tapi takda siapa pun yang bawa saya kepada Islam, takda siapa pun cerita kepada saya Islam tu apa dan bagaimana. Takda siapa pun kisah kalau saya masuk neraka. Kalau ditakdirkan Allah saya mati sebelum sempat masuk Islam, saya akan mengadu kepada Allah, ‘ya Allah, mereka berkawan dengan aku, bekerja dengan aku, makan dengan aku, tinggal dengan aku, tapi mereka tak pernah bercerita kepada aku tentang Islam, Engkau seretlah mereka bersama-sama dengan aku ke dalam nerakaMu ya Allah’ “

#7. Kita mulia. Ali Imran ayat 110; Allah kata,
“kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk seluruh manusia...”

Umat terbaik. Mulia kan kan kan?

Tapi, setiap penghormatan, datang bersama tanggungjawab

Sambungan ayat,
“kamu meyuruh berbuat yang makruf, mencegah perbuatan yang munkar dan beriman kepada Allah..”


 #8. Ya, itulah sebabnya kita; umat Muhammad s.a.w, umat terbaik. Umat-umat terdahulu, semua Allah utuskan nabi dan rasul tertentu untuk sampaikan agama Allah. Tapi Nabi Muhammad, nabi terakhir, ia wafat tanpa nabi lagi sebagai pengganti, yang ada cuma umatnya, tugasnya diteruskan oleh sahabah, diikuti tabiin, diikuti tabiin tabiin, dan seterusnya, sampailah cahaya Islam tu kepada kita hari ini. Dan hari ini, ia giliran kita pula.

Ya, umat Nabi Muhammad sahaja yang menggalas tugas itu.

Atas kewajipan menyampaikan jugaklah, 
aku gagahkan jari-jari ini mengupdate belog -,-


...tak laratlah nak tulis banyak2 sekaligus, nanti korang pun habis stamina nak baca hehe. Jadi, to be continued insyaAllah. aha, sorry tak update, sekali tengok archive; post 2012 ada SATU *tahniah. Till then, wallahu a’lam, salam ;)