Thursday, May 24, 2012

Ibtisam Si Supir


Bismillahirrahmanirrahim.

hari itu terasa penuh untuk Ibtisam. Dari tadi dia tergesa-gesa. Usai sahaja fardhu ‘Asr, dia bergegas ke madrasah, madrasah tercinta. Menjemput adiknya pulang. Sebaik selamat menghantar adiknya itu ke rumah, bergegas pula ke tadika, risaukan adik kecilnya yang pasti sudah setengah jam menunggu. Walaupun tadika itu sekangkang kera cuma, masa perjalanan menjadi lama, dek kesesakan trafik di waktu-waktu puncak.

                Menjejak sahaja kaki adik bongsunya ke kediaman mereka, dia perlu menghantar pula adiknya yang tadi ke pusat tusyen. Ya, dekat juga, tetapi terasa jauh oleh kesesakan jua.

Alhamdulillah, selesai.
               
Di rumah, baru sempat menyusun-nyusun pinggan mangkuk, buat itu ini, baru hendak bersedia untuk buka puasa kurang setengah jam saja lagi. Sementelahan itu, bonda sudah memberi isyarat, lihat pada jam dinding.
               
Ya, jam 7. Oh, ambil adikku pulang dari tusyen.

Ibtisam masuk ke bilik. Malasnya ingin menyarung jubaaaah. Rasanya, hari ini, penat menyalin baju sahaja. Ya, tak kurang tujuh kali rasanya, tukar, tukar dan tukar lagi. Lantas, refleks dia menggapai sahaja jaket hitam besar serta diletak sahaja tudung-buat-pergi-jamban itu di atas kepala.

                Alah, sekejap sahaja. Pusat tusyen itu ada dalam 200 meter sahaja displacement dari rumahku.

                Baru hendak masuk jalan utama, mobil yang dipandunya sudah seakan tidak bias bergerak. Ya, kesesakan lalu lintas. Aduh, hatinya begitu yakin sekali mengambil adiknya di pusat tusyen yang terlampau dekat itu tak akan mengambil masa yang lama. Ya, tak akan. Tapi, keadaan nyata menafikan.

Ibtisam diam. Matanya memandang ke bawah. Ya, dia cuma berkain batik. Boleh tahan ekstrim. Ah, pedulikan. Bukan ada orang nampak pun.

Sesampai sahaja di pusat tusyen, ya mentari sore sudah mula bertukar warna. Semakin gelap. Ibtisam cuma berusaha seadanya pulang ke rumah dengan selamat, dan moga-moganya, tidak terlewat berbuka.

Semalap langit waktu itu, rupanya apa yang ada di hadapannya juga tidak pernah disangka. Dia tercalarkan kereta orang lain sewaktu membuat pusingan U dalam perjalanan ke rumah. Terdiam sebentar. Tuan kereta mangsa sudah meng-hon. Dia diam. Bagaimana ingin diselesaikan perkara ini. Di tengah-tengah lampu isyarat begini. Terasa hilang punca sebentar.

Dia diam lagi. Benar-benar buntu.

Dia memandang ke langit.

“Tuhan, aku tidak minta satu apa pun, izinkan aku menjadi muslim yang bertanggungjawab atas apa yang telah aku lakukan”

Hatinya berbisik, penuh mengharap. Benar-benar bergantung. Pada Dia cuma.

Diteruskan panduan. Melepasi lampu isyarat yang entah berapa itu. Ya, mobil tadi masih di belakang. Masuk sahaja ke lebuhraya, dia memberi isyarat ke kiri. Alhamdulillah, Allah izinkan dia berurusan dengan mereka.

Mobilnya berhenti. Tetapi dia terdiam sebentar. Pandang ke bawah lagi. Erk. Emm.
Cuma itulah sebab yang membuatkan dia tidak berganjak dari dalam kereta.

Dia turut memandang pada tempat di mana dia biasa letakkan telefon bimbit dan pursenya. Kosong. Ini pertama kali dia tak bawah dua asset itu. Telefonnya sedang dicas. Pursenya, ya tertinggal. Sekangkang keralah katakan.

“Assalamualaikum akak, saya minta maaf, saya yang salah, saya akan bayar tapi kemudian. Akak bagi no hp dan no akaun boleh?”

Wanita yang tadi sedikit high-pitch suaranya berubah tenang. Ibtisam sedar memang salahnya sepenuhnya atas dia. Dia si budak mentah, noob, beginner, setahun jagung, cuai, gopoh, clumsy. Ya, semuanya, dia mengaku siap-siap.

Usai mendapatkan perincian yang diperlukan, dan lain-lain, dia beransur meneruskan perjalanan sekangkang keranya ke rumah.

Di rumah, hurmm, dapatlah semangkuk dua brainwash daripada big boss. *Alhamdulillah :]

Ya, moga Ibtisam jadi lebih baik. Tinggi harapan dalam hatinya.

Seketika dia terdiam. Setiap kali melaksanakan rutin-rutin seorang supir ni, dia tak pernah tinggal pursenya. Tak pernah sekali pun dia pakai kain batik seperti hari ini. Dulu pernah sekali, baru nak keluar, bonda yang menahan ‘kalau apa-apa jadi, macamana?’. Lantas dia bertukar kembali kepada pakaian yang sesuai untuk tontonan umum.

                Cuma sekali ini sahaja. Sekali iniiii sahaja. Keranan Ibtisam sudah terlambat, dan pusat tusyen itu, ahh terlampau dekat!

                Ya, dan Ibtisam sendiri tak pernah menyangka, sekali yang inilah Ar-Rahman ingin mengujinya dengan perkara kecil ini.

                Sekejap Ibtisam terbayang tentang kehidupan ini. Ya, selalu benda yang tak disangka-sanga terjadi pada masa yang tak disangka-sangka. Kita selalu buat baik. Ya, sentiasa. Dan sentiasa juga berusaha jadi lebih baik. Tapi sekali sahaja kita ingin berbuat jahat. Sekaliiii sahaja.

Dan, waktu sekali itulah Allah tarik nyawa kita? Walaupun selama ini tiap-tiap hari beramal baik. Tanpa disangka waktu sekali inilah, ajal diambil Tuhan. Nauzubillah. Ibtisam mohon dijauhkan sejauh-jauhnya. Sebab itulah, tak boleh cuba-cuba nak buat jahat.

                Yang pasti dalam hati ibtisam, dia mahu minimakan semampu dia, keluhan dan rungutan atas apa yang Allah hadiahkan ini. Dia mahu pandang sebanyak mungkin sebab untuk dia tambah lagi syukur dan terima kasihnya pada Sang Pemberi.
               
          Alhamdulillah pemandu itu perempuan, mudah sedikit urusannya.
          Alhamdulillah pemandu itu tak marah, atau tengking, atau herdik dirinya.
          Alhamdulillah ia berlaku bukan pada kereta mewah.
          Alhamdulillah kejadian berlaku sekangkang kera daripada rumahnya.
          Alhamdulillah masih bukan eksiden parah, membabitkan nyawa etc etc.
          Alhamdulillah tanpa telefon bimbit dan purse serta berkain batik,
Tuhan masih izinkan dia survive!

Tak terhitung sebab untuk dia bersyukur. Alhamdulillah.

Yah, urusan Ibtisam masih belum selesai.
Moga baki-baki urusannya dimudahkan Allah, ameen!

3 comments:

Khalilah Alhuda said...

Kamukah si Ibtisam?
*senyum*

Azinuddin said...

hoii.. ang calarkan kete kat umah???

sevenNeedLes said...

ibtisam = senyuman