31 Mei 2012
Bismillahirrahmanirrahim.
hari tu, aku eksiden minor. Malam isnin baru-baru ni, aku mimpi eksiden, sampai terjunam ke dalam laut. Dan tiga hari lepas tu, semalam, ya, eksiden.
hari tu, aku eksiden minor. Malam isnin baru-baru ni, aku mimpi eksiden, sampai terjunam ke dalam laut. Dan tiga hari lepas tu, semalam, ya, eksiden.
Subhanallah.
He must have His own reason for everything.
Alhamdulillah.
Minggu ni, Alhamdulillah. Hampir 1 family ada di rumah. Kecuali
balong. Dan cuti sekolah. Maka umi decide nak pergi jalan-jalan. Memandangkan
plan hanya 1 or 2 days before, we don’t expect much. And Alhamdulillah, our
final decision was to go to Malacca.
Kanak-kanak riang mestilah dah packing 2 hari sebelum. Kakak-kakak
senior, termasuk aku, pagi sebelum bertolak baru nak decide baju apa, hurmm.
Waktu baru habis sidai kain, awan mendung yang amat. Aku tarik
kain ke kawasan teduh. Tak lama lepas tu hujan turun. Kami bertolak dari rumah
jam 9.59 pagi. hujan masih tidak berhenti.
Kami teruskan perjalanan. Hujan tak menunjukkan tanda
hendak berhenti. Maka, lebih kurang 30 minit seselepas itu, ehem, aku pun
terlena.
Tap! Kepala aku terhantuk pada tingkap kereta. Aku sedar-sedar
kereta sudah dalam keadaan berpusing-pusing yang amat laju. Tubuhku tertolak ke
kiri dan ke kanan. Terhantuk setiap sudut bak kata kinah. Kami sekeluarga macam
dalam kotak yang kena goncang.
Dush! Kereta menghentam divider belah kanan untuk kali
kedua. Terus estima berpusing-pusing lagi, 360 darjah. sekali imbas kami boleh melihat
kereta di belakang. Aku yang tadi agak mamai-mamai terus tersedar. Seimbas aku lihat
abi cuba mengawal stereng, tapi tiada efek. Kereta seolah-olah berada di atas
ais. Dan kereta seolah-olah ditolak sesuatu hingga berpusing-pusing begitu.
waktu itu terasa macam mustahil kereta akan berhenti berpusing.
segala-galanya di luar kawalan!
segala-galanya di luar kawalan!
Di sebelah kiri ada gaung.
Dan sekelip mata sahaja, mungkin lori besar boleh
merempuh kami.
Waktu itu aku sudah benar-benar berserah.
Ya Allah, segala-galaNya dalam tanganMu
Ya Allah, segala-galaNya dalam tanganMu
Aku terdengar umi melaung “Allahuakbar Allahuakbar”
tiba-tiba kereta bergerak ke arah kiri pulak. astaghfirullah, gaung!
Dush! bahagian depan kiri kereta menghentam divider kiri.
Dan sejurus selepas itu ia berhenti, di laluan kecemasan. subhanallah.
semuanya berlaku terlalu pantas. just in a split second!
semuanya berlaku terlalu pantas. just in a split second!
Kami semua terdiam. Hujan di luar masih lebat. Aku tengok
jam, 11.10 pagi.
Everything was just at the right time, the right place, and
the right people.
Kebetulan waktu itu, kami agak ke hadapan berbanding
kereta-kereta mahupun lori-lori lain. Sebaik sahaja kereta kami terhenti di
lorong kecemasan aku nampak kereta-kereta dan lori-lori besar melintas laju. Subhanallah,
jika terlambat sedikit sahaja. Subhanallah the timing was perfect!
Asalnya Wan nak ikut, tapi tiba-tiba tak jadi sebab Wan rasa
tak sihat. Alhamdulillah, syukur juga. Wan, kalau gerak sikit pun dah
sakit-sakit. Syukur Wan takda dalam tragedi itu.
Syukur juga, kereta kami berhenti spinning betul-betul di
lorong kecemasan. Rasanya kalau terhenti di lane tengah, mungkin dah dirempuh
lori laju di belakang. Naudzubillah. Alhamdulillah.
alhamdulillah, divider di situ kuat, itu lah yang menahan kami dari merempuh jalan sebelah dan terjunam ke dalam gaung. body estima pun strong jugak, kalau kereta lain mungkin dah remuk lagi dahsyat. subhanallah
alhamdulillah, divider di situ kuat, itu lah yang menahan kami dari merempuh jalan sebelah dan terjunam ke dalam gaung. body estima pun strong jugak, kalau kereta lain mungkin dah remuk lagi dahsyat. subhanallah
Waktu berada di lorong kecemasan, kereta sudah tak boleh
bergerak. Bahagian depan dah remuk. Waktu itu, abi risau jika kereta kami
dirempuh kereta lain pula. Cepat-cepat umi keluarkan payung so that we’re more
noticeable.
Abi nak cuba buka pintu, tak dapat. Umi pun sama. Bahagian
depan dah bengkok-bengkok. Abi tolak juga and at last managed to open it. Kami
semua doa, kami selamat. Tak tau nak buat apa waktu itu. Semua sibuk cari
nombor lebuhraya PLUS, nombor tow truck. Dan kami risau, apa-apa jadi sebab
terdampar di tepi highway begini. Air cond dah tak berfungsi, dari bahagian
depan yang remuk, dah ada fluid merembes.
Tiba-tiba aku dapat call dari cikgu shikin. Aih apa kuat
sangat instinct cikgu nih. Rupanya cikgu nampak kereta kami on the way ke Johor.
Lebih kurang 500 meter di depan, aku nampak kereta cikgu berhenti. Cikgu berundur
sampai depan kami.
Alhamdulillah muncul kereta peronda polis waktu itu.
Polis suruh kami bergerak sikit-sikit sampai ke RnR pedas
linggi, 5 km dari tempat kami terhenti. Abi drive dengan kelajuan 15km sejam,
terdengar bunyi geseran tayar dengan serpihan komponen-komponen yang telah
remuk. Di depan ada kereta cikgu shikin.
Di belakang, kereta polis. Waktu itu, dalam kereta, kepala aku rasa sakit
sangat. Terhantuk setiap sudut lah katakan. Biol sekejap.
Di RnR, Abi call insurance, etc etc. Settlekan semua-semua.
Then, kami tunggu tow truck. Waktu tu, dalam otak da lupakan terus da pasal
Melaka, Abi dan Umi nampak trauma. Tapi kanak-kanak riang bahagia je macam
takde apa-apa berlaku. Asalnya ingatkan kitorang akan ditarik bersam-sama
dengan estima. Sampai bengkel baru carik kereta sewa. Tapi final decision, tow
truck tarik estima, kitorang tunggu kereta sewa, teruskan perjalanan ke Melaka.
Menurut makcik cleaner, hari tu je dah 4 biji kereta
alami tragedy yang sama. Kawasan itu memang merbahaya, kawasan angin lintang. Makcik
tu india, dia kata, mungkin ada hantu kat situ, sebab ramai orang eksiden etc
etc. hem.
Sementara tunggu tow truck dan kereta sewa sampai, kami
semua duduk di pondok wakaf. Waktu tu aku rasa dizzy yang amat, kepala aku
pening. Badan pun sakit-sakit. Rasa macam kena belasah pun ada. Aku tanya la orang lain, takda
sakit-sakit ke. Diorang pening-pening ada lah. Tu pun kinah sorang. Apakah aku memang lebik? Eh manada, aku kan tidur waktu tu jadi aku tak sempat berpaut
pada apa-apa. Badan aku terhempas tanpa sempat bertahan sebab tu impact lebih.
*backup diri sendiri.
Ahah, pengajarannya, nak tidur pakai seatbelt.
Waktu tu, nampak sangat-sangat keadaan abi yang
traumatized. Masa aku hulur keropok, abi tak nak, abi cakap “ada rasa ke ni?”. Abi
hilang selera. Depan kitorang abi cuba calm. Tapi nampak abi duduk diam, menung
jauh, dahi abi berkerut.
“Alhamdulillah. Semua selamat ni pun dah bersyukur
sangat-sangat dah. Kereta tu abi tak kisah, biarlah, yang penting awak orang
selamat”
Bila drive lepas tu pun, abi bawa slow je.
Bangun esok pagi badan aku rasa macam baru lepas kena
denda pumping seratus kali je. Nak angkat tangan untuk berus gigi pun rasa
sengal.
Umi tanya,
“malam tadi na lena tak tidur”
Umi dan abi tak boleh tidur.
Abi cakap sempat terlelap sikit. Bila terjaga terus
teringat keadaan waktu kereta berpusing-pusing tu.
Ye, besarnya impact eksiden tu. Bila nak jadi, it doesn’t
matter how alert you are. Tak semestinya kita tak patuh peraturan je eksiden. Abi
cakap abi obey speed limit, bukan emergency break, dan abi have been extra
careful. Just out of sudden, kereta macam ditolak ke kanan. Abi dah kawal
stereng, tapi tak function langsung, seolah-olah kereta atas angin. At the
moment kereta langgar divider, kereta start spinning. Langgar lagi, spin lagi,
langgar lagi. It happened just like that.
Bila aku fikir balik, Allah dah bagi banyak tanda dah
sebelum tu.
Aku ter-eksiden, aku mimpi eksiden.
Bila kak lah tanya aku pasal mimpi tu baru aku teringat. perasaan
aku waktu tengah spinning tu, sama macam dalam mimpi, waktu aku tengah menjunam
nak masuk ke dalam laut. Subhanallah, memang sama. Aku memang tak tau apa lagi
rahsia Allah di sebalik semua ni.
waktu packing pulak, bila aku nampak minyak habbatussauda', aku macam, 'ada ke orang injured time bercuti?' tapi aku bawak je. rupa-rupanya untuk diri sendiri.
waktu packing pulak, bila aku nampak minyak habbatussauda', aku macam, 'ada ke orang injured time bercuti?' tapi aku bawak je. rupa-rupanya untuk diri sendiri.
alhamdulillah thummal-hamdulillah
Just thankful enough, we’re still alive. In that very short time, tak terfikir yang kami akan selamat, dah terbayang macam kami semua remuk dalam kereta je. Subhanallah.
Just thankful enough, we’re still alive. In that very short time, tak terfikir yang kami akan selamat, dah terbayang macam kami semua remuk dalam kereta je. Subhanallah.
Mesti ada sebab atas semua ni. Mesti.
p/s: tadi denga umi cakap dengan balong kat phone "alhamdulillah kitorang semua selamat, tak jatuh gaung. kalau tak tinggal balong sorang je la waris umi"
p/s: tadi denga umi cakap dengan balong kat phone "alhamdulillah kitorang semua selamat, tak jatuh gaung. kalau tak tinggal balong sorang je la waris umi"

7 comments:
alhamdulillah selamat.
#tp kenapa tarikh atas di tulis 31 JUN??
alhamdulillah
hmpph. tersilap. ok ok syukran dah betulkan.
Astaghfirullah. Tiba tiba terpanggil nak tinggalkan jejak. Setiap bait bila ana baca buat ana rasa takut. *rasa takut nak bawak kereta pon ada. ERK.
Tapi, sangat bertepatan dengan apa yang Allah nak tunjuk. Tak semua orang dapat rasa pengalaman yang saama. Apapun, jazakillah khair atas peringatan yang diberikan sangat sangat terasa dalam hati. Astaghfirullah. Moga Allah pelihara kita sentiasa.
alhamdulillah ameen, syukran for the du'a. janganlah takut. kalau nak kata pasal bahaya, mana2 pun ada. apa2 sekali pun, hati-hati dan doa.
didi. alhamdulillah didi n family selamat.
alhamdulillah, syukran mira :)
wah.. syukurlah selamat.. btw visist and follow back y..
Post a Comment