Wednesday, December 19, 2012

kebergantungan

Bismillahirrahmanirrahim.

Pejam. Celik. 2 tahun dah rupanya aku tinggalkan Al-Amin. Datang balik tengok tandas  banat dah ada kipas. Cewah. Bukan tu yang aku nak cakap.


Bila aku imbas balik perjalanan aku bermula aku meninggalkan Al-Amin, aku nampak betapa banyak Allah pisahkan aku daripada orang-orang yang aku sangat rapat. Masuk mood rindu. Ceh. Tak habis-habis.


#1 Dari aku sekolah rendah, kawan paling rapat; Wardah. Geng-geng berkepit study group makan sedulang jalan-jalan sama kakak angkat haha cerita rahsia itu ini. Rapat sangat dan aku tak pernah terbayang kitorang akan berjauhan. Dan biiznillah, wardah buat surprise pindah tiba-tiba masa form 4. Sejujurnya waktu tu aku tak pernah terbayang suasana sekolah tanpa dia. Tak terlintas.

Tapi hidup perlu diteruskan juga. Kami, di medan berbeza. Dan aku rasa perpindahan dia juga menjadi asbab Allah beri amanah pimpin banat pada aku. Aku tak nampak langsung lebih aku. Mungkin hanya kerana wardah dah pindah, huda dah kena cop untuk syabab, syi dah kena cop untuk andalus. Ye, mungkin itu. Sahaja. Fikir aku waktu itu.

Aku juga rapat dengan Huda, Syi, Anis, Tipah dan banyak lagi. Orang-orang yang asal camping, program, pikul tugas, jalan-jalan ke hape. Kami selalu bersama. Antara paling rapat, Huda lah. Study, debat, overnight rumah masing-masing, camping, daurah. Terlalu banyak aku belajar dari cara dia kerja dan kami selalu rasa safe haha dan percaya bila dia lead.

#2 Dan juga dengan izinNya, kami, Semua. Ditakdirkan terpecah jaaaauh berserakan. Aku waktu itu juga tak mampu bayang, mampukah aku teruskan langkah kaki aku di atas jalan ini. Melangkah ke suatu dunia asing. Dunia realiti. Dunia IPT. Melihat suasana yang teramat janggal buat aku. Cukup buat hati aku memanggil-memanggil nama-nama sahabat dulu. Rindu yang hanya terubat dalam doa.

Aku ingat lagi macamana masa kami pergi madrasatul hayah ikram (MHI). Ditakdirkan Allah masa itu, pesertanya ramai yang kurang berkefahaman. Pandangan liar lelakinya, hilai tawa wanitanya, longgar disiplin ibadahnya. Buat kami selalu bersama, berkepit, dan berbincang, apa yang hendak dilakukan. Mujur masih ada rakan dari 1 institusi. Masih ada yang sama-sama faham.

#3 Dah, bila melangkah ke IPT awal-awal tu. Sorang teman pun takde? Mampukah terus melangkah? Dengan takde orang follow-up. Harung. Harung juga tanpa harus menoleh ke belakang. Walau minggu-minggu pertama hampir setiap lima waktu itu penuh rintihan, benci pada suasana. Bersungguh memandang ke atas agar diberi kekuatan untuk menempuh sebuah dimensi yang tak pernah dijejak. Penuh gundah gusar diri larut dalam lautan. Allahu. Detik. Merasa tiada sahabat dulu.

Dan biiznillah, as time goes by, semakin aku adapt, dan bertemu sahabat baru yang sefikrah. Kami bina kekuatan dari bawah. Masing-masing saling mendokong. Saling menguatkan. Membina asas dan memasak tiang-tiang secara perlahan. Terus. Setiap hari sama-sama menukang dan memahat. Sungguh kuat dokongan mereka. Sungguh terasa sokongan Allah melalui komitmen dan pengorbanan mereka setiap hari. Membina dan membaiki, ummah ini.

#4 Juga dengan izinNya, kami tamatkan foundation kami. Dan memulakan lagi, sebuah dimensi baru. Berserakan. Mereka dengan dunia perubatan dan aku terus mengharung laluan kejuruteraan yang telah Dia susun. Kami, terpisah lagi beratus kilometer jauhnya. Di sini, di bawah program yang sama, hanya 7 lelaki dan 7 perempuan. Dan menurut placement yang telah keluar, dengan izinNya, antara 7 perempuan ini, hanya aku seorang di universiti pilihan aku, di tanah seberang lautan kelak insyaAllah.




Hidup terus. Dan terus.




Menoleh.

Aku tahu, dengan perpisahan demi perpisahan ini.

Allah ingin mengajar aku, erti kebergantungan.



Mungkinkah aku akan mendongak kepadaNya saat suasana sukar, jika tidak kerana tiada sahabat di sekeliling? Yang mungkin membuat aku bercerita kepada mereka pertamanya?
Mungkinkah aku akan menyebut asma’Nya sebelum apa-apa, jika tidak kerana tiada sahabat di sekeliling? Yang mungkin membuat aku memanggil nama mereka, meluahkan segala-gala?
Mungkinkah aku akan belajar sabar dan erti bertahan saat tiada manusia yang aku biasa, jika tidak kerana tiada sahabat di sekeliling? Yang mungkin membuat aku segera merebah di ribaan mereka bukan cuba merencana langkah?

Begitukah Allah mendidik sang kekasih dengan mengambil Khadijah, saat dokongannya terasa segala-galanya? Dan membawa jauh Abu Talib, saat pembelaannya paling diperlukan?








Erti, kebergantungan yang sebenar pada Dia.








Allah ingin menanggalkan rasa selesa itu, 
dan rasa kebergantungan aku terhadap mereka semua.
Rasa kehilangan yang membekas. 




Supaya yang tinggal paling atas, cuma kebergantungan kepadaNya. 




semata-mata.











Sunday, December 16, 2012

Explorace VAR18TION

subhanallah. walhamdulillah. wa la ilaha illallah. wallahu akbar.

syukur sangat Allah izinkan aku sertai explorace untuk kali ke-3. apa? ketiga? ye, first, as AJK masa form 3. second, tahun lepas, as alumni. third, tahun ni, as alumni juga. eh, as peserta tak pernah ke? boo diyana booo. hurm, kadang-kadang kita akan tiba juga di satu persimpangan yang memerlukan kita memilih satu dan melepaskan yang lagi satu. alhamdulillah.


bagi anda yang mendambakan gambar, harap maaflah gambar tiada. walaupun saya angkut kamera gabak itu kehulu ke hilir hingga muka seperti udang terbakar, kamera itu bukan saya punya.
*byebye bagi yang mahu beredar*




#0

ironi sungguh. beberapa hari before ada orang tanya aku boleh join explorace ni ke tak, aku tengah melalui proses flashback apa yang aku dah buat sepanjang di sekolah dulu. dan jawapan dia sentiasa sama. aku merasa apa yang telah aku buat tidak cukup dan penuh sesal. dan sampai aku tanya Allah "Allah, apa aku nak buat?"


kan betul, Allah tak pernah biar persoalan hamba Dia tak berjawab. takde siapa yang lagi romantik daripada Allah T_T beberapa hari lepas tu, aku dapat tau tentang program ni. dan bila tanya umi, umi izinkan dengan mudah yang amat. subhanallah without hesitation aku sertai, i want to do something for my sisters. sebelum mereka dilepaskan terbang menyebarkan haruman Islam. yes, InsyaAllah :)


awal-awal, aku banyak tak dapat attend meeting sebab exam 3 minggu sebelumnya. 4 hari sebelum explorace pun aku ada test English.  dapat attend 3 kali je meeting, maka aku masuk meeting dengan pasrah dan redha mengikuti flow aktiviti yang telah disusun. yang nak jadi surprise, tiba AJK Aktiviti nak switch portfolio dengan aku kerana beliau busi. maka kelam kelibut siapkan masterplan siap tanya adik macamana nak buat masterplan haha kena gelak bye. 


oh ye, dalam post ni saya tak cerita detail tentatif. saya cerita mana saya suka je dan sangat cenderung kepada cerita personal. ampun.





#1

First day, explorace sekitar KL je. aku jaga first checkpoint, Pasar Chow Kit. lagi comel ada kumpulan yang baca clue pastu boleh pergi sampai PWTC lah, Pasar Seni lah. padan pun tak sampai-sampai.. -,- ehem. kat situ diorang kena menjual - ada yang jual ayam, daging, buah-buahan. aku tengok ada satu kumpulan macam tak laku je aku pun beli sikit pastu diorang terharu siap peluk "terima kasih k.diyanaaa" bahaha. patutnya bagi diskaun neh.

next checkpoint, Pasar Seni - jual buku. lepas tu, Taman Melati - kerja alam sekitar hihi & buat bendera. Then, UIA - interview student local & foreigner. last, Al-Amin balik - ada treasure hunt gitu. 

lepas habis peserta kat Chow Kit aku terus pergi taman melati tolong kat sana. aku tengokkanlah budak buat bendera. waktu diorang tunjuk bendera untuk kitorang nilai,

"kenapa nama kumpulan korang 'Makan' " 
"sebab kitorang sama dulang makan dari form 3"

haha comel je. tak pernah terfikir aku. banin pulak tu.

overall, first day ada kabut sikit lah sebab banyak berurusan dengan orang masjid orang pasar etc pastu ada miscommunication situ sini. ok yang lain cerita first day malas nak cerita. *muka tak bersalah*





#2

yang seronok juga explorace kali ni sebab jadi alumni dari serata batch. -batch 14, 17, 19. aku batch 16. hehe macam-macam cerita keluar.

second day malam, kitorang bagi budak-budak main spider web. waktu fasi bincang, aku tanya siapa nak test kekuatan web diorang. junior aku dari batch 19 terus jawab 

"k.diyana la siapa lagi"
"kenapa pulak"
"ye la k.diyana kan biasa buat benda-benda macam ni. ingat lagi dulu time kitorang kem asas, nak patah gajet kitorang k.diyana pijak"

amboih. laju je diorang keluar cerita dolu-dolu.

diorang cerita macamana kitorang jirus sorang-sorang dengan air sungai sebab kawad tak semangat. pastu kitorang lipat tudung diorang macam tudung indon. pastu mestin diorang basuh tak bersih pastu kitorang ambik guna tangan sapu kat muka diorang wahaha. ada yang aku pun dah tak ingat. ya Allah, entah apa aku dah buat kat anak orang ni huu. tu dulu masa handle camping sama-sama dengan Khalilah, Syaza suma. rindu.







#3

second day malam juga, masa aku kumpulkan peserta untuk aktiviti malam tu, aku round-round la campsite diorang kot ada khemah tak zip ke parang terpacak ke. tiba-tiba jumpa satu plastik ada nasi hangit, paket Brahim. aku tanya lah diorang group mana punya. tujuan aku, nak suruh group tu ambik pergi buang je. sekali, takde orang mengaku. memang hampir-hampir semua orang menjadi korban la malam tu. aku suruh diorang bincang dan ingat balik sampah siapa. aku nak kena bincang untuk aktiviti malam tu dengan fasi lain kejap.

bila aku tanya balik,
"dah tau dah, siapa punya?"

"kitorang dah bincang, takde 1 group pun masak Brahim ni. mungkin ada kera bawak tinggalkan kat sini"

"oh nak salahkan kera pulak??"

ceh. saje provoke. waktu tu suasana semacam serius. saja nak bagi diorang bersungguh sikit. kalau tak lenggang kangkung sangat. dan, time camping benda-benda seperti kebersihan memang menjadi isu besar. aku cakap kat diorang, "jangan pandang remeh benda-benda macam ni lagi-lagi tengah hutan. tau tak macam-macam binatang dia boleh attract??"

dan-dan je malam tu ada ular masuk campsite banat. ui mulut. astaghfirullahalazim


lepas tanya pasal sampah tu, aku tanya pasal barang amanah pulak. pastu ada 1 kumpulan tertinggal barang amanah dekat dalam khemah. muka semua terus macam nak menangis. 

malam tu aku takde denda apa-apa pun. sampah tu aku suruh orang pergi buang. barang amanah aku suruh diorang pergi ambil. cuma aku cakap sikit apa yang perlu.

pastu kami bersuka-ria main game tengok bintang cantik wahahha.

esoknya, ada aktiviti air. aku jadi runner untuk satu group ni. aku tanya siapa sakit. pastu ada sorang ni, dia ahli group yang tertinggal barang amanah semalamnya. tiba-tiba AJK bawak dia jumpa aku cakap tangan dia sakit.

"kenapa tak datang jumpa ana?"

"eh. taklah. taklah manada. sikit je"

"duduk sini"

waktu dia duduk sebelah aku, dia diam je. muka takut. mata bergenang. bila aku pegang tangan dia nak sapu minyak, tiba air mata mengalir.

"kenapa? sakit ke?"

"tak" dia sampai tak boleh nak cakap sebab nangis.

aku pandang hidayah (AJK). hidayah cakap "dia takut k.diyana"

mak oih. aku senyum je.






#4

third day, pagi survival cooking, tengahari berakit and kayak, then masuk gua. aku memang enjoy aktivti-aktiviti alam gini mehehe.

waktu masuk gua pastu tutup lampu tu, buka mata ngan tutup mata memang takde beza lah. waktu tu aku terbayang future home aku je, kubur. entah-entah kubur aku pun lagi gelap dari tu. sebab dosa-dosa aku sendiri.





#5

hari last, buat persembahan. aku jadi judge instant sebab cikgu last minute ada problem. fasi yang ada waktu tu azillah, kak hidayah, aku. waktu budak-budak buat persembahan, tiba-tiba mata bergenang. rupanya  fasi tiga-tiga gitu sebab teringat batch masing-masing bahaha. betapa istimewanya roses di hatiku sobs. fasi yang emosi tapi cover macho. 





#6

on the way balik, kitorang solat dekat masjid terapung before naik bas balik KL. punya la gah binaan, tapi benda yang aku cukup tak puas hati dengan mana-mana masjid pun, ialah bila dia tak jaga kebajikan wanita. itu first aku tengok berbanding cantik tak cantik tempat wudhu' dia lalala. susah tau masjid nak dapat respek aku. boleh pulak keluar je tempat wudhu', lelaki lalu lalang. oi nak pakai stokin kat manaa. 

tapi yang aku puji, imam dia. budak-budak bila solat jemaah kan selalu kena separate daripada saf jemaah dewasa. tapi before start solat, imam tu cakap "adik-adik boleh ke depan masuk saf yang lain, takde masalah. tak menjadi najis." subhanallah. sangat cantik. baguslah begitu, mesra kanak-kanak. certain masjid diskriminasi kanak-kanak sampai kanak-kanak tak merasa as if they belong there.

dan aku tengok almost semua benda imam tu handle sendiri. air-cond dia on sendiri, ceramah dia yang ambik mic etc sendiri. takde pun AJK masjid ke MC ke apa. may Allah keep him on this path ameen.





#7

before pergi jeti kitorang singgah pekan kuah. lesson learnt here is; jika anda dan adik beradik anda pergi shopping di tempat sama tapi jalan berasingan, sila berdiskusi dulu mahu beli apa. instinct sahaja tidak cukup, sekali kain batik bertimbun siapa nak jawab ha. umi kirim 2 dapat 7 -,-




#8

subhanallah. above all, i'm too grateful to be a part of this event. i can't lie i had great with my  dear sisters.the facis, and the juniors. seronok dapat kenal-kenal adek-adek terchenta (ada yang tak sempat jadi junior) dan spend masa bersama mereka lebih. moga semua pihak; peserta, fasi, guru dapat sesuatu daripada perjalanan ini. alhamdulillah.