"sebab best"
"nak release tension"
"tak rokok tak jantan la weh"
"nak kurus"
"nak berak" (?)
"nak release tension"
"tak rokok tak jantan la weh"
"nak kurus"
"nak berak" (?)
hmm :) itu semua sebahagian alasan mereka yang memilih untuk merokok. atau tersilap pilih. tapi sengaja atau tidak, impaknya tetap sama kan?
baru-baru ni saya ada dengar di radio. ada seorang pembaca sebuah akhbar tempatan mencadangkan agar harga rokok dinaikkan kepada RM30. mulanya saya ingatkan tersilap dengar. tapi memang betullah. katanya RM30.
tapi pada saya, kalau pun kerajaan kata ingin mengurangkan kadar perokok di negara ini dengan menaikkan harga rokok, saya kira kerajaan bukannya serius pun. kenapa kerajaan tak haramkan terus rokok dari menembusi pasaran malaysia? sebaliknya naikkan harga. kan kerajaan yang untung lebih? sumbernya entah halal atau tidak. bilangan perokok? berkurangkah? tak banyak mana.
kerajaan tak serius.
macamlah para perokok akan berhenti menghisap rokok. mungkin ada. tapi, alahai sekerat mana lah bilangannya? majoritinya akan mengutuk kerajaan. keluarlah carut-carutan, maki-makian dan sumpah-sumpahan. tidak kurang juga yang mengeluh poketnya bakal mengempis dengan cepat. persoalannya, adakah mereka akan berhenti? tidak juga.
semua pun tahu. rokok mengandungi bahan yang menyebabkan ketagihan yang bukan calang-calang. ditambah dengan nafsu manusia yang sentiasa inginkan kesesatan. saya kira cara menurunkan harga itu kurang tepat.
dalam saya membenci tabiat itu, saya selalu berdoa, jodoh saya kelak bukan seorang perokok, itu lah perkara yang amat saya geruni, kerana bagaimana saya ingin mendidik anak saya untuk tidak merokok,
jika ayahnya merokok?
al-Qudwah qablad-Da'wah
"orang merokok tak semestinya jahat"
saya pun tak kata tuan punya mulut yang menghisap rokok itu jahat,
tapi perbuatan merokok itu memang jahat,
miskinkan kita, kayakan yahudi,
bunuh diri sendiri, bunuh orang lain,
kemudian hilangkan redha ibu bapa pada kita,
dan paling penting, hilangnya redha Allah.
astaghfirullah, na'uzubillah.
'heavy smoker' kebanyakannya yang bermula dari remaja. seawal darjah 6 mereka mencuba-cuba, tingkatan 2, sudah biasa, tingkatan 4, tak boleh takda, begitulah lanjutannya. perkara samalah yang meniti usia tua mereka.
mulanya apa? 'semangat inkuiri' (bangga ust ishar nih)
diikuti pula, kelelakian yang tercabar.
"biarlah dia, skema"
kerana maruah, sedikit demi sedikit mereka mengikuti jejak langkah orang yang berkata. tapi percayalah, yang tak merokok tu lah yang dihormati. disegani. sebab sekarang susah nak cari lelaki yang bukan perokok.
saya mintak maaf jika mana-mana bahagian ayat saya mengguris atau menjengkelkan mana-mana bahagian hati yang membaca. saya tau mungkin ramai yang akan kata "saya ni macamlah tau sangat pasal rokok". terpulanglah.
kalau saya salah, betulkanlah. kalau bengkok, luruskanlah.
saya tau hendak berhenti teramat-amat-amatlah susah walaupun saya tiada pengalaman mengenainya. tetapi bagi yang masih awal, peluang itu masih cerah, jangan nyalakan api yang membakar paru-paru anda. kepada mereka yang sudah tegar, bila ada niat untuk berhenti, tak perlu ragu-ragu.
satu kejayaan bermula dengan satu langkah kecil!
hukum merokok?
http://www.zaharuddin.net/content/view/259/99/
Wallahu A'lam