Sunday, December 22, 2013

Tarbiah. Tembak Rambang.

kita selalu. selalu je rasa 

nak buat ke?
nak cakap ke?
diorang dengar ke?
ada effect ke?
is it worth?

mentarbiah tu. tugas kita.
tapi hidayah,

sungguh, memang milik Allah.

semata.

kadang kita risau gila ada effect ke tak.
sampai kita tak jalankan pun usaha dakwah dan tarbiah tu.

astaghfirullahalazim.

* * *

tahun lepas 

melawat hadek-hadek junior di suatu sekolah yang dirahsiakan namanya. lulz.

"seronok ke jadi first batch?"

"bessst, semua kitorang dapat. semua kita yang tentukan sendiri"

"tahun depan nak dapat junior dah kan, bersedia tak?
semua korang yang corakkan tau" *senyum nakal

"insyaAllah kitorang buat yang terbaik, macam kak diyana buat kat kitorang dulu"

terdiam terus. astaghfirullah.

alkisahnya dulu itulah junior yang 'luar biasa' sikit kesnya di sekolah.

masa sesi soal siasat *kononnya*

tanya lah pasal kes tu,
diorang deny,
tapi at last kantoi lah dengan bukti, keterangan, evidence dan saksi ceh.

waktu tu ikut kan boleh je nak marah,

tapi biiznillah, terus tune mood lembut,
cakap dari hati ke hati.

maka drama banjir lah kiranya lepas tu.

dan itu 'model' teguran kakak2 kepada adik2 
yang mereka ingati
hingga 4 tahun kemudiannya.

nak nangis je ingat yang waktu tu, 
dah sangat hampir kepada nak tinggikan suara,
terus tuding jari,
dengan beza umur 4 tahun tu,
macam boleh je cakap "berani tipu?"
macam boleh je nak tunjuk senior
astaghfirullah.

di tebing-tebing dosa aku berdiri ya Allah.

dan kalau bukan kerana Dia yang mengizin.

betapa buruknya qudwah yang dipertonton?

astaghfirullah.

* * *

 2 tahun lepas keluar sekolah.

*tut tut* whatsapp masuk.

"jazakillahu khairan kathiraa
kamu telah mendakwahkanku"

nak je cakap, sorry awak salah nombor.

"masa kat sekolah dulu
Di ada nasyid lagu doa rabithah kat depan
ana sangat tersentuh dengar lagu ni masa tu
Alhamdulillah Allah dah 'jumpakan' ana dengan jalan ini
semoga ada saham untuk anti"

Allah.
jatuh berderai.

By Allah, aku tak buat apa pun,
bahkan sejujurnya dah lupa dah pun, 
celah mananya yang aku nasyid doa rabithah ni :s
dan pulak tu, dari nasyid je,
yang tak nampak direct pun effectnya.

kita selalu wonder,
sekali pun manusia kata tersentuh,

apa.

apa ertinya pada pandangan Rab?



sekali pun seisi bumi memuji,

apa.

apa ertinya tanpa pandang redupMu yang sedang tersenyum?

Astaghfirullahalazim.

* * *


saat jiwa resah. duduk tak senang.
hubungi murabbi di tanah berjasa dulu,
mengadu cerita, berjumpa qiadah zaman sekolah dulu,
jadi orang yang memilih untuk tidak bersama angkatan ini,
Allahu.
apa yang terjadi. mesti ada sesuatu pada sistem 
yang mesti dibaiki.

"Di sekolah, kita mewajibkan setiap program dengan tujuan untuk mendidik, namun yang dapat hidayah dan akan beristiqamah adalah dengan izin Allah.
Kerana itulah Allah tidak menilai pada hasil yang kita akan dapat daripada setiap usaha yang kita laburkan. Allah akan menilai usaha setiap hamba utk diberi balasan."



benarlah, sampai atau tidak ke hati manusia itu,
milik Allah.

tapi yang akan ditanya sudah berusaha atau tak,
adalah kita.

Tuesday, December 10, 2013

Tell me about Islam.

Bismillahirrahmanirrahim.
Moga Allah pandu setiap pergerakan jari ini.

Hari itu lecture chemistry patutnya habis pukul empat. Tapi lecturer keluar seawal jam tiga. Atau, lebih dari awal dari itu, kurang ingat. Kuliah seterusnya jam empat.

Maghrib masuk jam 3.51. 

Semestinya perlu selesaikan maghrib dulu baru menuju ke kuliah. Kalau tidak, mungkin sahaja dah terus ke bangunan kuliah seterusnya. Maka cadangnya, nak lepak di surau.

Keluar dari kelas itu bersama seorang classmate berasal dari China. 

"Where are you going" tanya aku.
"To Portobello Centre (venue kuliah seterusnya)"
"Ohh"
"How about you?"
"I guess I'll go to the cafe for some coffee" jawab aku.

Macam nak elak je nak cakap pergi surau.

"I don't mind accompanying you" 

Ah sudah. Astaghfirullahalazim.

"You're going to the class after this, don't you?"
"Yes"
"I'm going to the prayer room first before class" keluar juga.
"Oh really? I don't know there is a prayer room here"
Senyum.
"That's not a surprise. It is located at the endddd of this building"

"Do you want to see it?"

"Can I?"

"I can bring you there" 

Sampai di surau.

"This is where we do the ablution"
"Ablution?"
"Yes. We have to do the ablution before we pray. We have to wash several parts of the body including our feet. That's why they provide a special room for it"
Angguk angguk.

Masuk surau aku bukak jacket.

Dia pun cepat nak bukak jaket jugak.

"I dont know what to do. Do we have to take off our jackets?"

Segera aku sangkal.

"Ohh." Butang semula.

Aku tak tau macam mana nak explain yang aku bukan nak solat waktu tu. Aku kena tunggu masuk waktu. Aku pun tunjuk apps waktu masuk solat. Cerita lah kena solat 5 kali sehari. Ada specific times berpandukan kedudukan matahari. So masanya berubah-ubah lagi lagi di negara 4 musim macam ni. Aku tunjuk waktu maghrib yang tertera 3.51 di apps itu. Yang menerangkan bahawa aku akan lepak di surau hingga masuk waktu dan solat.

"I think I'll just stay here until that. I'll just do the revision here. How 'bout you?"

"Can I stay here as well?"

"Sure" mustahil tidak jawab begini. 

Terlanjur beliau stay di situ.

Aku mula tanya-tanya dia pasal religion. Dia kata dia takde religion pun. Walaupun di china buddhism-dominated, parents dia macam tak bagi pun ikut.

Aku. Guna juga ilmu yang dapat masa Dakwah Course.

Back to basic. 

"Have you ever wondered, how perfect the creation of this universe is? The sun, the moon, the skies. Don't you think they're too amazing to be created by no one?"
"Yes. I wondered that as well when I was small. Like they have their own patterns, they can stand on their own, they follow a very beautiful path"
"It would never be possible to exist on its own, dont you think so?"
"Yaa. Like charles darwin.."
"The revolution theory?"
"Yes, they're ridiculous. Why the monkeys today dont change to human"

Pukul-pukul logik dia mustahil semua tu terjadi sendiri. Then how muslims believe all those are designated creation created by god. We call Him Allah. Korek logik lagi kenapa ciptaan mustahil dapat lihat pencipta. 

Then orang masuk masuk surau bagi salam. Aku cerita la pasal greetings between muslims.

"Assalamu alaikum" lidah dia gerak-gerak cuba ikut sebutan aku.
"It means peace be upon you"

Dia cepat-cepat ambil buku nota. Tulis.
Dia tulis nama Allah.
Mintak aku ajar ejaan salam.

Cerita lagi sikit pasal the prophet. Pasal al-Qur'an.

Aku tunjuk surah al-Ikhlas.
Tunjuk Allah cakap sebab penciptaan manusia.

Masa aku solat. Setiap kali orang masuk aku dengar dia cakap "a-sa-la-mu-a-la-kum"

Astaghfirullahalazim. Felt even smaller and smaller.

Then we went to the class together.

Benda yang terjadi nampak macam simple je.
Tapi.
Mixed feeling yang amat sangat.

Totally humbled.

Terasa beban kerja yang sangat banyak lagi di bahu.
Terasa aku pun tak habis master lagi pasal agama sendiri.
Dengan english yang ke laut.
blank tiba-tiba nak translate syirik apa 


Dan sangat yang teramat takut kalau ada tersalah kata waktu terangkan pasal Islam atau cara berkata.
Astaghfirullahalazim.

"This is the first time somebody ever tell me about Islam"
"Im glad to share even more"
"Yayy"

Allahu rabbi.
Allahu rabbi.

Dari hati yang paling jujur, terasa ini teguran Allah pada muka sendiri. 

Sangat mengalu-alukan cadangan atau guidance dari anda tentang dealing with non-muslims. Jazakumullahu khair in advance.

Tuesday, December 3, 2013

frère

Assalamualaikum warahmatullah.

First, I know he is one of my top stalker. I write this because I'm quite confident he'll read this haha. Secondly, when you stay far from your family, they would be your topmost subject of thought. Aha. And, it's last week that I met him. 


When I was small, there are only three of us girls. Kak Lah, me, and Kinah. And amongst them, I'm the most active one. Lasak. Ganas. Liar (Ehh?). Jatuh longkang, panjat tiang buaian, jatuh trolley, jatuh basikal sampai gilis jari, dagu, lutut, siku, dahi. Pendek kata, heih, tak padan dengan baju kurung. (eh kenapa tukar BM ek? mungkin baru sedar diri ini orang melayu hahaha. takde lah).


memandangkan saya yang paling ganas, saya lah yang paling banyak gaduh dengan balong. musuh tradisi punya. balong ganas sangat *effect suara menangis*. saya paling benci (syaddah pada huruf 'c') dia dulu haha. saya paling selalu kena buli. kalau buat apa2, pergi mandi pantai ke, kepal pasir smash kat orang mana ada dia target orang lain. sepak kaki, sepak tumbuk perut, lempang muka, tembak dahi. selalu je lebam-lebam. tembak tu pakai pistol mainan yang bijik2 tu of course. main tunjal2 tu memang dah biasa sangat la. 


bila gaduh ngan dia memang geram yang amattt, saya pernah gigit dia. grr. selalu sangat nangis dulu, seolah penderitaan ini takkan berakhir. nangis sambil tulis diari HAHAHA. bila saya fikir balik, saya pun hampir lupa semua ni pernah berlaku. How Allah changes people's life.


kalau the criteria of typical guy, yang suka perli, cakap direct takde nak sweet talker bagai. Tak kuasa nak pujuk-pujuk. we girls grow up surrounded by those kinds of men. balong and abi. Haha abi kalau orang merajuk taknak makan abi akan cakap 'ok'. But. They are men of action.


Walaupun saya antara makhluk paling skema atas muka bumi ni, bila masuk dunia enjin ni, masa kawan-kawan gegadis complaint budak laki kuat menganjing la, cakap direct lah. Saya. senyum je. sikit. I know where I get this immunity against them from. Balong trained us well.


as time goes by, we all grow up. semua dah makin matured kot. balong masuk asrama. at some point jadi rapat. balong sangat strict pasal pakaian kitorang. baju kurung kitorang, dia selalu pegang lengan kitorang, hala dekat cahaya. nak tengok jarang ke tak. cutting shapy ke tak, ketat ke tak dia akan tegur. Pernah tengok tv pastu pelakon pakai seksi pastu dia cakap 'kalau na pakai macam tu, abang &^%^%$&'


Ingat pernah sekali kitorang queue dekat theme park, pastu ada mamat usha-usha, balong kata 'na, jom kita pandang sana'. So we turned our back against that guy. Masa kat kmkn balong selalu call pastu gayut. gagah sungguh balong menadah telinga saya merepek. bila tanya nape balong call saya 'daripada call perempuan lain, bazir duit je, baik call adik2 abang'. ada sekali saya call dia. tengah cakap2, tiba terputus, then dia call balik. 'kenapa tadi?' 'takdela, abang kesian kat na, habis kredit na'. hek ele cakapla dulu. wah nape tiba-tiba kelihatan sweet pulak. itu 1 dalam 1000 je so let's stop there kekeke.


Saya tau dia memang top stalker adik-adik dia. Alhamdulillah we're guarded with him. kalau saya ada discover ke-stalker-an beliau, saya just macam 'hmm, bagusla kalau dia sedar tanggungjawab dia' haha.


Alhamdulillah.


Today.

He's a married man. 






takdela today sangat. dua bulan dah. ke tiga?

bila balong mensahkan akad sendiri. isy anak sapa la ni.


kak nadia moga jadi isteri solehah ameen. hikhik
kenangan sementara single. lepas ni balong tersingkir.




"It's a big leap of life I know you realise that. Tanggungjawab bertambah. I pray, that this huge event, be a milestone for a better you and your wife. Moga lebih terjaga dari fitnah. Dan moga beban yang bertambah ni, buat akhirat kelihatan lebih 'real' pada kalian. 
eh, saya sekali la maksud saya. "