Sunday, December 22, 2013

Tarbiah. Tembak Rambang.

kita selalu. selalu je rasa 

nak buat ke?
nak cakap ke?
diorang dengar ke?
ada effect ke?
is it worth?

mentarbiah tu. tugas kita.
tapi hidayah,

sungguh, memang milik Allah.

semata.

kadang kita risau gila ada effect ke tak.
sampai kita tak jalankan pun usaha dakwah dan tarbiah tu.

astaghfirullahalazim.

* * *

tahun lepas 

melawat hadek-hadek junior di suatu sekolah yang dirahsiakan namanya. lulz.

"seronok ke jadi first batch?"

"bessst, semua kitorang dapat. semua kita yang tentukan sendiri"

"tahun depan nak dapat junior dah kan, bersedia tak?
semua korang yang corakkan tau" *senyum nakal

"insyaAllah kitorang buat yang terbaik, macam kak diyana buat kat kitorang dulu"

terdiam terus. astaghfirullah.

alkisahnya dulu itulah junior yang 'luar biasa' sikit kesnya di sekolah.

masa sesi soal siasat *kononnya*

tanya lah pasal kes tu,
diorang deny,
tapi at last kantoi lah dengan bukti, keterangan, evidence dan saksi ceh.

waktu tu ikut kan boleh je nak marah,

tapi biiznillah, terus tune mood lembut,
cakap dari hati ke hati.

maka drama banjir lah kiranya lepas tu.

dan itu 'model' teguran kakak2 kepada adik2 
yang mereka ingati
hingga 4 tahun kemudiannya.

nak nangis je ingat yang waktu tu, 
dah sangat hampir kepada nak tinggikan suara,
terus tuding jari,
dengan beza umur 4 tahun tu,
macam boleh je cakap "berani tipu?"
macam boleh je nak tunjuk senior
astaghfirullah.

di tebing-tebing dosa aku berdiri ya Allah.

dan kalau bukan kerana Dia yang mengizin.

betapa buruknya qudwah yang dipertonton?

astaghfirullah.

* * *

 2 tahun lepas keluar sekolah.

*tut tut* whatsapp masuk.

"jazakillahu khairan kathiraa
kamu telah mendakwahkanku"

nak je cakap, sorry awak salah nombor.

"masa kat sekolah dulu
Di ada nasyid lagu doa rabithah kat depan
ana sangat tersentuh dengar lagu ni masa tu
Alhamdulillah Allah dah 'jumpakan' ana dengan jalan ini
semoga ada saham untuk anti"

Allah.
jatuh berderai.

By Allah, aku tak buat apa pun,
bahkan sejujurnya dah lupa dah pun, 
celah mananya yang aku nasyid doa rabithah ni :s
dan pulak tu, dari nasyid je,
yang tak nampak direct pun effectnya.

kita selalu wonder,
sekali pun manusia kata tersentuh,

apa.

apa ertinya pada pandangan Rab?



sekali pun seisi bumi memuji,

apa.

apa ertinya tanpa pandang redupMu yang sedang tersenyum?

Astaghfirullahalazim.

* * *


saat jiwa resah. duduk tak senang.
hubungi murabbi di tanah berjasa dulu,
mengadu cerita, berjumpa qiadah zaman sekolah dulu,
jadi orang yang memilih untuk tidak bersama angkatan ini,
Allahu.
apa yang terjadi. mesti ada sesuatu pada sistem 
yang mesti dibaiki.

"Di sekolah, kita mewajibkan setiap program dengan tujuan untuk mendidik, namun yang dapat hidayah dan akan beristiqamah adalah dengan izin Allah.
Kerana itulah Allah tidak menilai pada hasil yang kita akan dapat daripada setiap usaha yang kita laburkan. Allah akan menilai usaha setiap hamba utk diberi balasan."



benarlah, sampai atau tidak ke hati manusia itu,
milik Allah.

tapi yang akan ditanya sudah berusaha atau tak,
adalah kita.

No comments: