Monday, March 17, 2014

du'at




mendatar suaranya.





"siapa yang berusaha qiam semingggu sekali, sila langkah setapak ke hadapan"



"siapa yang pernah membelakangkan naqibahnya dalam membuat keputusan, sila berundur selangkah ke belakang"


"siapa yang mendoakan mutarabbinya, serta ikhwat dan akhawat dalam doanya, sila langkah setapak ke hadapan"


"siapa yang pernah merasakan pencapaian mutarabbinya adalah hasil usaha sendiri sila undur selangkah ke belakang"




"siapa yang pernah cuba mencari atau mereka alasan dari hadir daurah atau menerima mas'uliyyat dari naqibah sila undur selangkah ke belakang"






koyak. nangis.

bagaimana kalau yang bertanya, adalah Allah.

Allah.


* * * * *


"sekarang buka mata. 

tanpa ubah kedudukan,

cuba pegang tangan kawan yang tadi di sebelah antunna.




cuba perhatikan barisan antunna

sama tak macam tadi?"




* * * * *

"kita tak akan mula selagi tak semua ada kat sini"

sampai. mula. habis.





"sebelum keluar, semua jangan lupa bayar 1 pound. 'iqab (denda) atas kelewatan tadi. tak kisah la kalau sorang je yang lambat semua kena bayar 'iqab"

  



"semua kena bayar"

it sounds "seluruh ummah harus membayar gara-gara kelengahan engkau"



kelengahan, keculasan, kelekaan

dari mutabaah yang digaris murabbi

dari mas'uliyyat yang dipercayakan

dari cuba all out untuk dakwah


bukan cuma urusan kita dengan Tuhan
bukan cuma apa yang harus dijawab dengan Allah

tapi juga telah merosak dan merombengkan seluruh saf dakwah ini

dan membuatkan seluruh ummah ini menanggung kerugian

terzalimi akibat kelembapan duat


* * * * *


"antunna ingat kita ni buat dakwah siapa???


....Ni dakwah ilallah!"





No comments: