Sunday, November 7, 2010

ampunkanlah dosanya.

beberapa hari yang lalu merakamkan episod demam, selesema, sakit tekak dan suara seksi (?) yang telah Allah tulis untuk aku.

jumpa doktor, doktor kata aku kena 'fenjaitis'. majoriti tekak sudah dijangkiti. doktor suruh aku minum air banyak-banyak.

"tapi nak telan air sakit?"

"tekak merah macam tu, doktor tau memang sakit. kalau diyana kata tak sakit tu tipulah"

**ok, itulah sedikit sebanyak gambaran sakitnya tekak aku**

maka, bertemanlah aku akan bubur sahaja.
tak boleh makanan bergoreng, pedas, berlemak.

tapi,

"diyana banyak-banyak makan aiskrim.
nanti bengkak tu kecut". itu kata doktor.

hah? biar betol. terasa heaven seketika.

tapi bukan itu yang hendak dikisahkan. kisahnya begini,



satu hari, macam biasa, masak bubur untuk makan malam. siap

family semua dah ambik tempat duduk dan start makan.
saya masih menguruskan bubur, blend sekejap sampai jadi bubur baby.

tiba-tiba nampak umi kat sebelah,

"makan, umi?"

"ummi nak makan bubur na ni"

"haa?"

tiba-tiba umi bisik,
"nasi tak cukup"

aku check periuk nasi, memang dah licin.

"ha? kesian umi"

"ummi bukannya lapar sangat pun."
kata umi.
wallahu A'lam.

umi tunjuk isyarat diam, jangan bagitau sapa2.

hakikatnya aku memang akan diam.
bukan diam, tapi terdiam.

sepanjang masa dinner waktu tu, aku diam je.
dan perhati

umi buat muka selamba je.

nasi ada lagi, tapi ummi tak ambik takut abi nak tambah,
atau ada orang belum makan.

umi siap offer orang lain tambah lagi.

umi terus je makan bubur aku.

sampai semua orang habis makan.
nampak nasi masih berbaki, baru ummi start makan nasi.

ummi lagi fikirkan family dari diri dia sendiri.
saya tau, mak orang lain pun mesti macam tu jugak.

argh, saya sayang ummi.
Tuhan, ampunkanlah dosanya.


Monday, August 9, 2010

menahan

" dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah
hanyalah orang-orang yang kafir"
[12:87]


futur
Tuhan, ampunkanlah aku.

Sunday, July 11, 2010

seminggu berlalu

balik debat, memang pack sangat-sangat. tersepit dalam mengejar apa yang tertinggal. alhamdulillah, baru lapang sikit. walaupun dah seminggu berlalu, saya nak post jugak. untuk diri saya. juga anda yang sudi membaca.

* * * * * * *
debat musleh

080710

baru sampai, terus lawan 4 match straight.

alhamdulillah. dapat jugak habis. fuh, memang lemau otak.
(keputusan boleh refer huda) ini memang betul-betul pemaleh ni

090710

ada demo debat BM. debaters dia, random pick je, campur-campur sekolah. tak pasal-pasal aku yang tak bersalah ni kena jadi Tuan Yang DiPertua 'yang didatangkan khas dari gombak'. hmm, puas ngelak, kena jugak. belasah je la, last-last tak dapat tengok match BA. huu sedih.

100710

"berilah hadiah sesama kamu, nescaya kamu akan saling menyayangi"

hari tu aku pakai baju kurung yang kainnya dihadiahkan oleh huda. dia orang 1st bagi hadiah birthday aku tahun ni. dia beli waktu pergi i'dad du'at dulu. dia cakap tu hadiah birthday, and nak pujuk aku masuk debat musleh. dia suruh siapkan baju tu sebelum debat. and ni first time aku pakai. "diyana, anti kena mandi cepat-cepat ana nak tengok nt pakai baju tu" hahahahaha geliii

waktu tengok match BI. round 4 kalau tak silap. pelik jugak, macam tak cukup orang je, penonton dia. far, sarah suma yang semangat kata nak duduk dekat Putra 1 hari pun tak muncul2 lagi. pastu, tiba-tiba huda ajak gi ambik barang dekat bilik.
sampai-sampai, huda bukak pintu, macam pelik apasal lampu dah siap terbukak. sekali mak oih sedozen orang berwajah excited di dalamnya sedang mendendangkan lagu 'selamat hari jadi', di samping wisel-wisel, belon-belon berterbangan serta kek-kek dan sebagainya. eh eh untuk saya ke teehee. "SIAPA MASTER MIND NI HAAA???!!"

subhanallah. subhanallah. subhanallah serius terharu. sungguh-sungguh mereka nak raikan saya. mereka memang anugerah Allah. sungguh, aku memang tak pernah terfikir mereka akan buat sedemikian untuk aku. sebabnya, itu bukan tradisi keluarga kami, saya tak dibiasakan dengan sambutan macam tu. kalau sambut pun bersederhana saja. aku bersyukur dengan itu. tapi tak pernah pulak sangka mereka akan sambut aku sebegini. mcm tak percaya "untuk aku ke ni?" haha. terima kasih semua. cg shikin, far, anith, sarah, huda, aimi, tipah, syi, wardah, anis. kuatkanlah ikatannya ya Allah, kekalkanlah cintanya ya Allah.


ok, ready makan, solat. lepas tu quarter. family datang. err segannya. tp syukur alhamdulillah at least family saya datang, terasa meriah ceyp. quarter, kitorang kalah margin 1 dengan hira'. masing-masing rasa bersalah. yang ni rasa tak menyumbang apa-apa, yang tu rasa selfish tak share isi, yang nun rasa takda facts, yang lagi 1 nun rasa tak berjaya patahkan kes. oh stop. takpa, aturan Allah tu takde cacat celanya. pasti ada hikmahnya. pasti.

habis. ummi balik. anak-anak usrah saya,

"k.diyana, lepas ni k.diyana nak pergi mana?"
"takda mana pun, tak tau lah mungkin nak post mortem"
"jom tangkap gmbar"
"jom jom"

"cepatlah"
"nak tangkap kat tingkat 12, yang atas skali tu, best, cantik..."

alang-alang da takda aktiviti tu layan je lah
"okeh jom"

dah lah dalam lif pun nak bergambar budak-budak ni, segan tehee. nasib baik da takkan jumpa orang-orang yang dijumpai tu huhu.

okay, sampai tingkat 12. tiba-tiba je budak-budak tu suma berpecah. aih, kata nak tangkap gambar.

"k.diyana, jomla kat sini"

saya keluar ke bahagian open air tu

tiba-tiba, ada orang lain bawak kek sambil nyanyi happy birthday lagi (situasi hampir sama dengan di atas) wohoho "lagi sekaliii?????"

ya, lagi sekali. tapi kali ni dengan tambahan topi blink2 dan pom-pom serta lagi satu kek. dari anak-anak usrah saya. uhuh, termia kasih adik-adikku! juga di balik tabir, cg shikin and the gang.

subhanallah. maha suci Allah. Engkaulah yang menghidupkan kecintaan antara kami ya Allah.

terima kasih, adik-adikku. maiyah, husna, min, bihah, sarah. dan yang tak dapat datang, insyaAllah, lain kali ada rezeki kita kumpul lagi ;) dont be sad okayh?

12 julai

balik.

thousands appreciation.

all supporters near or far (ayat sesuka hati)

umi, abi, cg shikin, huda, kinah, balong, far, anis, aimi, syi, tipah, wardah, anith, nabihah, dan semua2 lah yang wish.

"sebaik-baik penghargaan adalah doa"

saya sayang anda semuaa!!

* * * * *

p/s: mintak maaf terlalu pendek, melunaskan post yang baru ditulis separuh mungkin? maafkan saya.

wallahu A'lam

Thursday, June 17, 2010

siput.

assalamualaikum :)

first of all,
saya mintak maaf atas kegagalan untuk istiqamah memanfaatkan medan ini.

secondly,
post yang ini, takdelah berinput mana, terpulang nak baca atau tidak. anda nak baca saya raikan. kalau tak mahu saya relakan. (apa merepek nih)

* * * * *

akhir-akhir ni, saya macam pelik banyak gila siput bulan dekat rumah. banyak sangat sampai kitorang balik sekolah, turun kereta nak masuk rumah tiba-tiba terdengar bunyi something crunchy. bila angkat kaki, agh terpijak siput! sama jugak bila nak sidai kain dll.

macam tu lah gambaran banyaknya siput bulan kat rumah saya.

misi I

satu pagi tu, di kala langit masih gelap. saja saya keluar rumah (bahagian dapur), lepak ambik angin. tiba-tiba saya nampak siput lagi. hehe *tanduk mula muncul. saya pun kutip. sekali nampak lagi. ehh, banyak pulak. semangat saya nak tangkap siput. siap ambik torch light woo. sebab terlalu gelap, lagi-lagi celah-celah pokok-pokok umi. siput-siput tu kecik!

bila cari. subhanallah, memang melambak siput. lagi-lagi, lepas subuh ceni. 1 pasu je, jumpa dekat 8 ekor. pergh. sini kau, siput!

oklah, kutip punya kutip punya kutip. baru kejap dah 24 ekor daah.


siap kena flash sebab gelap

oklah, siapa yang dah start geli loya-loya tekak, boleh klik exit sekarang. (eh bukan halau!)

tengah syok main kutip-kutip siput.. tiba-tiba abi keluar.

"siapa kat luar tuuu"

saya hanya menjawab dengan sengih kerang busuk.

once abi nampaaak....

"heisy, apa yang main kotor-kotor macam tu"

tangan yang sedang semangat mengangkat siput yang cuba lari terhenti

"sudah tu! dah la banyak nyamuk"

tapi dia rosakkan pokok umi laaa. argh, baru je nak target 50 ekor ke. terbantut sudah. 24 pun 24 la. sayang betul abi dekat aku. takut kalau aku kena gigit nyamuk! ngeh3

okeh, sekarang operasi me'nyah-siput' bermula. metod yang digunakan ialah melumur garam. ini cara tradisional je.
mayat bergelimpangan
siapa yang geli tu tak payahla tenung lama-lama

sebagai manusia rajin & bertanggungjawab (eee), saya pun segera menjirus tapak pembunuhan siput. terpaksa berus untuk menanggalkan lendir-lendir kuning yang dihasilkan oleh para siput yang syahid. alirkan kat longkang. bye-bye siputs.

okay, bila dah cerah sikit, time kitorang nak sidai kain, perhati la longkang. sekali, suma siput yang tadi dah berbuih-buih, berlendir-lendir dah hidup balik?? ceyp, diorang buat-buat mati je....! kitorang pun terpaksa pijak je siput-siput tu. ohh kejam.

umi cakap,
"yang awak jirus air siapa suruh"

hmm, ok. hypothesis is rejected. lepas ni nak buat misi kedua.

misi II

..menggunakan metod II- pijak.

ok, kejam bunyinya. tapi nak buat macam mana, metod first tak berkesan!

ok, pagi tu seperti biasa. operasi bermula. tapi torch light semalam hilang. ouhh, terpaksa pinjam torch light mainan arif. tapi tak effect pun. tak payah torch light lah.

kali ni dapat 27 ekor. dengan bonus + seekor siput babi.


bagus, satu peningkatan!

setelah memijak sambil menutup mata

wa likulli syai'in ajal


alkisah
bila aku cerita dekat abi. pasal pembunuhan siput siri kedua ni, abi cakap.

"awak pijak? makin membiak la dia"

"ye ke?" (separa tak percaya)

"ye la, tak percaya pulak . abi ni orang dah lama berkebun na. kalau awak pijak, nanti cengkerang dia pecah, memangla dia mati, tp teluk-telur dia keluar. pastu sekejap je dia membiak. patutnya, letak dalam air garam, memang macam tu cara dia."

lah, teruknya aku ni. baiklah, third mission awaits...

misi III

sebenarnya, tak berniat pun nak teruskan misi ni. tapi waktu umi minta buangkan kulit bawang kat pokok bunga, aku terjumpa siput kat pasu. tanduk yang baru nak mengontot, terkeluar balik. ngeh3. misi ketiga bermula.

air garam disediakan.

memandangkan hari cerah. mudah la sikit proses pencarian ni. . best jugak cari siput cerah-cerah ceni. jumpa banyak benda. binatang-binatang lain pun ada.

jumpa binatang ni

umi cakap nama dia siput bulan
habis tu yang aku bunuh selama ni apa dia?

jumpa spesis lain. baby lagi. entah-entah mak dia siput sedut.

banyak jugak lubuk siput aku explore.
mana tak rosak pokok-pokok umi
waktu hentak-hentak batu nak keluarkan dia, tak sengaja terbunuh.

ok, kali ni aku berjaya pecah record lagi.
35 ekor!


ni sebenarnya dulang letak bawang umi

habisla..habisla..

3 seposen 3 seposen

itulah pengakhirannya

24+27+35+1 siput babi+1 siput sedut+1 siput bulan
=89 ekorr

moga amal ini Allah kira

wallahu wa rasuluhu A'lam

Wednesday, March 17, 2010

iktikaf

Assalamualaikum :)

to all beloved g4squared members,

pejam celik pejam celik, ini dah tahun terakhir kita kan?
pejam celik pejam celik, dah tak lama kita semua akan betebaran ke mana-mana kan?

jadi apa kata kita manfaatkan baki masa yang ada,
sementara ada peluang untuk dimanfaatkan?

bila lagi kita dapat kumpul sama-sama dalam satu program?
bila lagi kita dapat bincang masalah sesama kita?
bila lagi kita dapat rasa suasana tarbiyah yang belum tentu kita rasa nanti?


agak-agak bila lagi..

kalau bukan sekarang?

Iktikaf KITA
Tarikh : 18 hingga 19 MAC 2010
Hari : KHAMIS hingga JUMAAT
Tempat : MASJID USAMAH BIN ZAID
Yuran : PERCUMA

*pesanan:
kepada semua, jangan lupa bawa kelengkapan tidur,
buku nota, alat tulis & keperluan peribadi lain.

tentatif? refer ketua batch

p/s: jangan lupa puasa!



insyaAllah besar manfaatnya :)

Thursday, February 25, 2010

Alhamdulillah

"...barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. dan Dia memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"

.Allahu Akbar.
.Allahu Akbar.
.Allahu Akbar.

Sunday, January 17, 2010

agar aku berhikmah

yah : k.diyana, nak pakai ni. (tunjuk pendant di leherku)
diyana : eh, tak boleh. yah kecik lagi.
yah : nak pakaaai...
diyana : ummi, boleh ke dia pakai ni?
ummi : pecah benda tu kang.
diyana : hmm, yah pakai sekejap je. lepas tu bagi balik tau.
yah : hmm *angguk.

..aku pun pakaikanla kat leher dia..

..beberapa ketika..

diyana : dah, yah. nak balik, nanti rosak kang.
yah : emmmmm... *sambil nak lari
diyana : heyp, tadi cakap sekejap je kan...
yah : tak ole aaa... (pelat pun tak hilang lagi)
diyana : sini kamaliah.
yah : tak oleh!
diyana : bo-leh.
yah : tak oleh!!
diyana : bo-leh.
yah : tak oleh!!

hmm, dia dah biasa main boleh-tak boleh ni bila bertengkar dengan abang-abang kenit dia.

buat dunno je lah. sambung lipat kain.

arif : k.diyana, kena cakap "yah, mintak. tu saya punya"
diyana : haa?
arif : kena cakap macam tu, nanti dia bagi.
diyana : ok, k.diyana cakap macam tu dekat yah eh.

(konon nak prove yang gerenti tak berkesan punya,
sebab kamaliah ni jenis degil dia lain sikit.)

diyana : yaah, mintak. tu k.diyana punya.
yah : *tiba-tiba datang hulur leher dia, bagi orang ambik pendant tu.
*eh eh, macam password pulak.
diyana : terima kasih.



yah nak ikut aaa...


...Allah mengajarku melalui lisan si kecil...

Sunday, January 10, 2010

musang

pagi tadi, saje aku keluar rumah bahagian belakang (dapur). buka-buka pintu, ada kucing tengah tunggu betul-betul depan pintu. mula-mula dulu, selalu terperanjat, k.lah, ummi lain-lain memang sume dah di'terperanjat'kan oleh kucing ni. sengal apa kucing ni mengadap pintu dekat-dekat. pastu meow-meow tanpa henti, haha.

lapar kot, korek-korek dapur. memandangkan masih pagi buta, takde makanan, ambik je la keropok, ada unsur-unsur ikan jugak kan? lepas dipecah-pecahkan dan dihulur, dia pun makan. bila aku pergi, dia dah tak makan. aih, kenapa terlalu bertentangan prinsip dengan 'malu-malu kucing'?

bila aku datang duduk sebelah dia, dia gesel-gesel pulak. hmm, mintak dibelailah tu, ingatkan lapar. demand kucing ni, nasib baik rasulullah sayang dia, maka berusahalah aku untuk sayang dia jugak. lagipun, hari sekolah, tak sempat nak bermanja, eceh. tengah meluangkan masa bersama-sama kucing tu, tiba-tiba dengar bunyi aneh,

"eet-eet, ceet cit, cit eet"

macam bunyi tayar berdecit. bingit, ngilu sume adelah.

aku intailah tembok belakang rumah, ingatkan ade kucing baru beranak ke, ape ke.
sekali, ada beberapa ekor makhluk. sekali imbas macam kucing, tapi hidung macam tikus dan ekor terlampau panjang.

lah, musang rupanya.

jujurnya, ni first time aku tengok musang secara live. (naifnya...)

ada 3 musang kecik, seekor musang besar (mak dialah tu)


mak dia nak bawak anak-anak dia naik atas bumbung, pastu bila dia perasan orang tenung, dia nervous pastu, terlepas anak dia. jatuh, ouch berdosanya.

aku yang first-timer ni pun excitedlah, pergi amek kamera, nak tangkap. pastu mak musang yang perasan kitorang tengok pun lari tinggalkan anak-anak dia. anak-anak musang ni pulak, bila nampak kitorang, terus datang kat kitorang.
cak.!

pastu masuk tembok rumah kitorang. comel je baby-baby nih. bagi pisang, buat dunno je. hmm, breast-feeding lagi kot.main-main kat botol
masuk ikut sini pulak

lepas mak dia berputus asa untuk bawak anak die naik atas bumbung, mereka pun lari bersama-sama, ikut jalan lain. aa, rindu nak pegang musang lagi..

lastly, sape nak denga bunyi musang, tengoklah video ni.





bingitkan?

p/s: betapa seriusnya saya menulis hari ni


the end, jumpa lagi insyaAllah.

wallahu A'lam.