Baru Allah izinkan menziarahi pusaka Wan.
I knew I should have done it earlier.
As soon as I sat next to her grave, as soon as I recite al-Fatihah and prayers.
Tears. Burst.
Di tengah gumpalan perasaan, ada sekelumit sesal tak sempat jumpa Wan buat kali terakhir. Kuusir jauh-jauh, dengan iman dan syukur pada aturan Allah.
Rindu yang amat.
Apa khabar Wan?
Entah-entah Wan sedang berbahagia di rumah yang baru,
Bilik wan yang dulu, umi dan Melly dah kemas. Sekarang jadi bilik tidur Arif. Dia kata tidur situ best, sejuk.
I bet you must have finally found what Allah has promised You. All those rewards that made you do all those deeds during your lifetime.
Masa Wan sakit dulu, kadang-kadang masa tengah makan, atau borak, Wan tiba-tiba cakap, "cantiknya kain ni, warna-warni" sambil tangan Wan bergerak di udara.
"Kain apa, Wan?"
"Ekau tak nampak ke?"
"Tak"
"Tu, tu.."
Seolah nak suruh jugak kitorang nampak. Dan Wan terus lagi meraba di udara sambil wajah berseri, tersenyum.
Perhaps, that's a glimpse of paradise Allah sent forth to you to cheer you up. Perhaps, you have finally found the rest of happiness He wants to give to you.
Entah-entah, Wan sekarang tengah berbahagia dengan Atuk ye. Atuk yang saya tak sempat jumpa. Tapi Umi cerita, setianya Wan pada Atuk. Lepas Atuk pergi, ada orang berkenan kat Wan pun, Wan tak nak. Mungkin sekarang, dapatlah Wan melepaskan dendam rindu yang ditahan berpuluh tahun tu.
Rindunya waktu-waktu Wan bercerita, waktu suap Wan makan, tilawah tepi Wan, urut sampai Wan tertidur,... Entah-entah, Wan pun rindu saya ya.
You feel so close, Wan, yet so far.
Al-Fatihah, salawat, doa... Umi dan Melly mula bangun dari tepi kubur, tapi air mata tak nak berhenti. I finally met You Wan. Walau sangat dekat, cuma terpisah beberapa meter. Tapi kita di dua dimensi berbeza. Yang akan cuma terhubung dengan kematian, and perhaps, prayers.
Aku buka mushaf, untuk sambung tilawah di kuburan Wan. Dan ayat pertama yang disambung,
"Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahawa Allah yang menciptakan langit dan bumi, berkuasa (pula) menciptakan yang serupa dengan mereka, dan Dia telah menetapkan ajal yang tiada keraguan padanya? Maka orang zalim itu tidak menolaknya kecuali dengan kekafiran"
{17:99}
