Tuesday, January 27, 2009

JOM

diberitakan, suatu ketika seorang Islam bertengkar sedangan seorang Yahudi. Dalam pertengkaran itu, kedua-duanya saling mengutuk di antara satu sama lain. Antara kata-kata yang dilontarkan oleh si Muslim itu ialah, "Satu hari nanti Allah akan membinasakan kamu semua. Ini janji Allah. Ini janji Rasulullah sallallahualaihi wasallam."

Si muslim turut membacakan hadith-hadith nabi yang menjanjikan bahawa akan tiba suatu masa di mana, orang-orang Islam akan berjaya mengalahkan orang-orang Yahudi.
Mendengarkan hadith berkenaan, si Yahudi berkata,

"Kami sememangnya percaya kepada perkhabaran berkenaan. Ia pasti berlaku, tapi bukan sekarang. Dan orang Islam yang akan mengalahkan kami bukan orang Islam seperti kamu. MEREKA ialah orang Islam yang memenuhkan masjid untuk sembahyang Fardhu Maghrib atau Fardhu Jumaat!"

terasa tak? adakah kita sebahagian daripada MEREKA itu???

bumi suci itu semakin merah disimbah darah,
oleh zionis laknatullah yang sentiasa dahagakan darah umat islam,
peranan kita?

jangan tunggu sampai lidah kita kelu bila ditanya di hadapan Allah kelak

lihat bagaimana kuatnya proksi-proksi yahudi, yang menguasai ekonomi dan menjadi kuasa besar dunia, biarpun mereka sedikit tetapi 'sedikit' itulah yang telah berjaya menguasai kita yang 'banyak' ini, baik secara nyata atau secara halus

sedarkah, kita semakin lemah?

produk-produk mereka menjadi sebahagian daripada keperluan terbesar kita,

bila disuruh boikot, banyaklah alasan keluar,
tak berkesanlah, israel-palestin dah berdamailah,

bangkitlah dari tidurmu, mereka sudah berjaya mengaburi mata-mata kita,

tahukah anda?
umat islam merupakan jumlah pengguna yang terbesar di dunia.
cukuplah dengan bekerjasama memboikot sepenuhnya selama seminggu,
mereka akan jatuh muflis serta merta.

tahukah anda?
antara Islam dengan Yahudi, HARAM adanya perdamaian
kita semua ditipu!

dan selagi tanah palestin itu tidak dikembalikan kepada umat islam,

semua umat islam adalah berdosa!

Pay Every Penny for the State of Israel




jom BOIKOT !



BATU kecil

Seorang pekerja binaan yang bekerja di dalam membina bangunan telah naik ke tingkat paling atas bangunan yang sedang dibina itu. Tiba-tiba, ia teringat untuk menyampaikan pesanan penting kepada rakan sekerjanya yang sedang berada di tingkat paling bawah.

Pekerja itu berteriak memanggil rakannya yang berada di tingkat bawah, tetapi rakannya itu tidak mendengar jeritannya kerana keadaan di sekitar bangunan itu terlalu bising dengan bunyi mesin dan jentera berat keluar masuk dari tapak projek tersebut, ditambah lagi dengan suara-suara orang yang sedang bekerja. Usahanya itu sia-sia sahaja.

Kemudian, ia mendapat idea untuk menarik perhatian rakannya yang berada di bawah, lalu ia pun cuba melemparkan duit syiling ke arah rakannya itu. Rakannya itu berhenti bekerja, lalu mengambil duit syiling itu dan terus melakukan kerja-kerjanya kembali. Pekerja itu cuba lagi untuk kali yang kedua, tetapi usahanya yang kedua itu pun mendatangkan hasil yang sama.

Tiba-tiba ia mendapat idea yang baru. Pekerja itu mengambil batu kecil lalu melemparkannya ke arah rakannya itu. Batu itu tepat mengenai kepala rakannya, dan kerana merasa sakit, rakannnya itu menoleh ke atas? Kemudian barulan pekerja itu dapat menjatuhkan catatan yang berisi pesanannya.

Renungan: Allah S.W.T kadang-kadang menggunakan cubaa-cubaan yang ringan untuk membuatkan kita “menoleh” kepadaNya. Seringkali Allah S.W.T melimpahi kita dengan rahmat dan nikmat-nikmatNya, tetapi itu tidak cukup untuk membuatkan kita “menoleh” kepadaNya. Kerana itu, Allah S.W.T sering menjatuhkan “batu kecil” kepada kita agar kita sentiasa mengingatiNya.

:)

(p/s: copied and pasted)

Tuesday, January 6, 2009

biarlah aku terus di jalan gelap ini...

biarlah aku terus di jalan gelap ini
kerana Tuhanku sudah menentukan aku di sini
walau aku tidak tahu mengapa di sini takdirku bermula
kerana keyakinanku satu
Dia pasti bersama ku

biarlah aku terus di jalan gelap ini
kerana gelapnya bukan gelap kerakusan
bukan gelap kejahatan dan kezaliman
tetapi gelapnya satu ketenangan
ketenangan itu mendamaikan

biarlah aku terus di jalan gelap ini
kerana di sini jiwaku dekat dengan fitrahku
fitrah yang sentiasa memanggilku
untuk terus mendampingi Tuhanku

biarlah aku terus di jalan gelap ini
kerana hatiku sering menceritakan
ada cahaya yang menanti di hujung sana
dan aku semakin merasakan lambaian cahaya itu
lantas aku semakin yakin
kesangsian kini kepastian
biarlah aku terus di jalan gelap ini...