biarlah aku terus di jalan gelap ini
kerana Tuhanku sudah menentukan aku di sini
walau aku tidak tahu mengapa di sini takdirku bermula
kerana keyakinanku satu
Dia pasti bersama ku
biarlah aku terus di jalan gelap ini
kerana gelapnya bukan gelap kerakusan
bukan gelap kejahatan dan kezaliman
tetapi gelapnya satu ketenangan
ketenangan itu mendamaikan
biarlah aku terus di jalan gelap ini
kerana di sini jiwaku dekat dengan fitrahku
fitrah yang sentiasa memanggilku
untuk terus mendampingi Tuhanku
biarlah aku terus di jalan gelap ini
kerana hatiku sering menceritakan
ada cahaya yang menanti di hujung sana
dan aku semakin merasakan lambaian cahaya itu
lantas aku semakin yakin
kesangsian kini kepastian
biarlah aku terus di jalan gelap ini...
13 comments:
nice one, diyana!
..ini dari kebaikan Tuhanku..
biarlah aku terus di jalan gelap ini..
wah!!! gempak seh...
anyway... klu jalan gelap tu mendamaikan, sile lah duduk.. klu jalan gelap tu merakuskan.. cepat2lah keluar yer.... ana pn nk duduk dalam gelap jugak lah... tp tknk duduk ngan korang!!!! BAHAYA...
huhuhu.. merepek je aku ni..
sile hantar borang pakej walaupun nti dh btau kt ana sbb nk buat rekod... cepat yer
biarlah aku terus di jalan gelap ini...
hasif merepek sorang2,
hei, cg alia panggilla..
heisy, curik tulang jeh..
hasif merepek sorang2,
hei, cg alia panggilla..
heisy, curik tulang jeh..
salam. fuh mantap sajak ni. betul ke nak biar anti terus di jalan gelap tu? :D
(ada orang mengadu dekat mak dia oh)
salam ziarah.
biarlah aku terus di jalan gelap ini..
tak faham ke? mak ana balik usrah tadi kata anak mak cik fida cerita pasal nightwalk kursus syabab lepas tu dia mention nama amirul arif. haha, tak tahulah mengadu ke apa
o iye ke. hurm, ana just sebut few names yang in charge. mengadu ke tu?
haisy, sampai ke seberang sana dengar, ini yang bahaya nih.hehe
ohhh. tulah kan. warga ibu ni banyak berkongsi cerita. balik rumah pun bercerita lagi. pasrah je la~
Bintang di langit
Kerlip engkau di sana
Memberi cahayanya di setiap insan
Malam yang dingin
Kuharap engkau datang
Memberi kerinduan di sela mimpi - mimpinya
Melangkah sendiri di tengah gelap malam
Hanya untuk mencuri jatuh sinaran
Tak terasa sang waktu
Melewati hidupnya
Tanda pagi menjelang
Mengganti malam
Oh bintang tetaplah pastikan cahyanya
Sinari langkahku setiap saat
Bintang pun tersenyum dengarkan pintaku
Berikan kecupan di sudut tidurnya
Post a Comment