Pekerja itu berteriak memanggil rakannya yang berada di tingkat bawah, tetapi rakannya itu tidak mendengar jeritannya kerana keadaan di sekitar bangunan itu terlalu bising dengan bunyi mesin dan jentera berat keluar masuk dari tapak projek tersebut, ditambah lagi dengan suara-suara orang yang sedang bekerja. Usahanya itu sia-sia sahaja.
Kemudian, ia mendapat idea untuk menarik perhatian rakannya yang berada di bawah, lalu ia pun cuba melemparkan duit syiling ke arah rakannya itu. Rakannya itu berhenti bekerja, lalu mengambil duit syiling itu dan terus melakukan kerja-kerjanya kembali. Pekerja itu cuba lagi untuk kali yang kedua, tetapi usahanya yang kedua itu pun mendatangkan hasil yang sama.
Tiba-tiba ia mendapat idea yang baru. Pekerja itu mengambil batu kecil lalu melemparkannya ke arah rakannya itu. Batu itu tepat mengenai kepala rakannya, dan kerana merasa sakit, rakannnya itu menoleh ke atas? Kemudian barulan pekerja itu dapat menjatuhkan catatan yang berisi pesanannya.
Renungan: Allah S.W.T kadang-kadang menggunakan cubaa-cubaan yang ringan untuk membuatkan kita “menoleh” kepadaNya. Seringkali Allah S.W.T melimpahi kita dengan rahmat dan nikmat-nikmatNya, tetapi itu tidak cukup untuk membuatkan kita “menoleh” kepadaNya. Kerana itu, Allah S.W.T sering menjatuhkan “batu kecil” kepada kita agar kita sentiasa mengingatiNya.
(p/s: copied and pasted)

6 comments:
salam. tak tipu, post ni sangat mantap. ibrah die, fuuh. dapat dari mana ni?
sejahtera ke atasmu jua.
dpt pengajaran? alhamdulillah.
dari mana? hasil pengembaraan di alam maya :)
http://inspirasi2.wordpress.com
syukran. selalu2 lah update blog eh
'afwan
ana berusaha sedaya upaya,
jika diizinkan Allah.
(macam perli je :P)
mantap jgk..
terkesan sugguh la D..
hehe
alhamdulillah berkesan... :D
Post a Comment