memandangkan dah musim periksa ni teringin pulak saya menulis pasal periksa. eh tersilap, menaip. tahun ni, tempat saya bawah kipas. hampir tiap hari la ada benda terbang. kertas soalan yang entah berapa helai pun boleh terbang, dah siap tindih ngan pen lagi. terpaksa buat muka tembok kutip cepat-cepat sebab jawapan kat kertas terpampang. ada yang tiru tak sengaja kang :)
sebelum periksa perkara yang lazim saya minta,
peperiksaan ni membuatkan saya bertambah dekat dengan Allah, begitu juga sesudahnya. terus dekat (mampukah?). moga periksa bukan cuma untuk uji apa yang sudah dipelajari, tapi saya juga belajar benda baru. melalui periksa.
selalu waktu periksa, saya tahu sesuatu yang baru. mungkin bendanya sama. tapi aspek berbeza, pemahamannya lain. seolah datang periksa sama dengan datang menuntut ilmu hari-hari lain. saya belajar perkara baru, dalam udara yang baru.
ini antara kelemahan sayalah, belajar last minute. "people will rise to the challenge" kan? dah dapat jadual periksa tu baru susun masa belajar. astaghfirullah. saya belajar kerana siapa? jadi untuk menjadikan belajar saya bukan semata-mata kerana periksa, bila membaca tu, saya serap dengan pemahaman dan cuba hayati. taknak speed-up hafal laju-laju sebab dah nak periksa. tak nak usaha saya usaha dunia je.
jadi saya baca dan fokus. biasanya memang sikitlah yang saya dapat kuasai. sebab masa suntuk gara-gara last minute. kalau yang tak sempat baca tu, saya lepaskan. redhalah saya tak sempat baca sebelum periksa. setimpal lah dengan nama 'last minute'. yang penting sikit yang saya baca ni, saya kuasai. saya nak dapat ilmu, bukan maklumat.
saya betul-betul percaya dan sentiasa usaha tingkatkan keyakinan saya. bila kuasai ilmu kerana Allah, bantuanNya pasti tiba. memang pasti. semuanya kan dengan izin Allah. kalau baca banyak mana pun tapi Allah tak izinkan, dapat ke kita jawab periksa nanti?
ayah saya pernah kata,
"bila nak belajar, kena selalu mintak dengan Allah, sebab ilmu tu milik Allah. Dari dulu lagi Abi memang yakin, usaha abi ni tak beri hasil sikit pun. semuanya bila Allah nak bagi.sebab tu kena jaga hubungan dengan Allah, solat jaga, selalu pergi surau, dengan guru-guru, ibu bapa, kena hormat, jangan kurang ajar"
tepat kata-kata itu menusuk hati aku. suruh muhasabah aku ni macam mana.
tetapi, saya takdalah tak aim langsung untuk periksa. saya aim jugak. dalam bab ni saya selalu kena jaga niat jangan terpesong. senang-senang je susah payah saya tu lebur kang. saya target nak score dalam exam banyak sebab. selepas niat keranaNya, saya niat
1. nak gembirakan hati mak ayah saya. senang bila mereka redha dengan saya. walaupun bila result kita out, mereka kata "jangan sedih. takpa, yang penting na dah buat yang terbaik". saya tahu bahawa bibit-bibit kekecewaan tu tetap ada. saya niat nak cemerlang dalam periksa, sebagai hadiah untuk mereka.
2. untuk guru-guru. juga untuk dapat redha dan restu mereka. supaya ilmu saya tu berkat. takdalah nak kata mereka yang tak cemerlang, tak diredhai guru. cuma ini pada saya, ini sebagai hadiah kepada jerih payah mereka. walaupun hadiah sebenar tetap sedia menanti di sisiNya.
3. untuk pilih haluan. haluan untuk masa depan saya selepas sekolah. sememangnya dalam hal ni juga, result tak semestinya tentukan haluan melainkan bila Allah hendak mempermudahkan. biarlah ini jadi ikhtiar saya selain doa, sebelum saya bertawakkal kepadaNya.
ketiga-tiga niat itu pun saya perlu nisbahkan kepada Allah, sebagai sebab saya ingin kecemerlangan peperiksaan. walaupun hakikatnya saya juga sedar semua tu betul-betul atas kertas. tak menggambarkan langsung ilmu di dada.
semasa menjawab, semestinyalah banyak sangkut. blank ke, lupa ke. yang saya selalu doa,
ya Allah, berilah pengetahuan akan apa yang kami tidak ketahui,
dan ingatkanlah apa yang kami lupa
kita ni jahil melainkan setelah Dia yang ajarkan.
"...Nabi menjawab, "Yang memberitahukan kepadaku adalah Allah, Yang Maha Mengetahui dan Maha Teliti" [[66:3]]
saya suka bila dalam peperiksaan. rasa pergantungan dengan Allah sangat-sangat. memang saya akui, bila takda ujian, hati kita menjauh dari Allah, kehangatan tu kurang. manusia kurang mencariNya bila dalam kesenangan. memang fitrah hati kita diciptakan lalai. yang membezakan, sama ada kita cepat atau lambat kembali kepadaNya bila berhadapan dengan ujian.
"dan apabila ditimpa bahaya di lautan, nescaya hilang semua yang (biasa) kamu seru kecuali Dia. tetapi ketika Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling (dari-Nya). Dan manusia memang selalu ingkar (tidak bersyukur)" [[17:67]]
nauzubillah.
:: ameen ::
Wallahu A'lam
p/s: kejap guna saya-aku-kita. mintak maaflah ye.




























