Wednesday, August 19, 2009

kita diperhatikan

.
.
beberapa tahun lalu. aku mengambil tusyen Bahasa Inggeris, berhampiran kawasan perumahanku. semuanya atas desakan bondaku, ikutkan hati, sememangnya aku tidak mahu. nah, cari redha mereka. aku akur dalam terpaksa.

hari pertama aku memasuki kelas. semua mata memandangku, atas hingga bawah. rimas pula rasa. mana taknya, aku satu-satunya yang berpakaian labuh, tudung juga labuh (bagi mereka).

"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing"
H.R. Muslim

kontra dengan mereka, berjeans, t-shirt paras pinggang, lengan pendek, tudung selempang, tak bertudung pun ada, rambut berwarna lagi. tiada rasa hairan, memang itu realitinya. penganut islam di malaysia. populasinya besar. majoriti. tetapi bila ditanya tentang islam? mereka sendiri celaru. kita islam pada nama.

sesi pembelajaran berlalu. hendak pulang. sebelum pulang, semua perlu tepuk tangan cg (give me 5). aku yang tak tahu apa-apa, selamba salam dan cium tangan guruku itu. maklumlah, budak baru. rupa-rupanya itu tema pusat tusyen tersebut. hurm, ada juga rupanya. macam-macam.

mula-mula terpaksa, lama-lama aku jatuh cinta pada tempat menuntut ilmu itu. banyak yang aku belajar dari guruku itu. beliau guru sumber, pemeriksa dan penggubal kertas PMR. juga pemeriksa kertas SPM. padan pun caranya professional. tegas tetapi tetap keibuan. faham pun faham.

tetapi, satu perkara, beliau bukan beragama Islam. seperkara lagi, hatiku kuat mengatakan bahawa beliau tertarik dengan Islam. aku perasan bagaimana redupnya mata beliau tatkala pertama kali aku mencium tangannya. juga bagaimana manisnya senyuman yang menggarisi bibirnya waktu itu.

aku juga perasan bagaimana bermula saat itu, perwatakan, pemakaian dan cara pertuturanku, semuanya menjadi perhatian beliau.

ada sekali,
aku memakai t-shirt merah.
"eh, ramai pulak pakai baju merah hari ni? sokong MU ye..?"

padahal aku rasa, tidaklah seramai mana. hanya beberapa. bila hari ramai pakai baju hitam, tidak pula ditegur. aku tahu yang sebenarnya menjadi perhatian beliau, adalah aku.

satu masa yang lain. aku sedang membuat latihan yang disuruh. tiba-tiba terasa tudungku di bahagian belakang diangkat. sepantas kilat kepalaku menoleh. siapa pulak berani-berani menyentuh hijabku. erk. aku terpempan. guruku sedang khusyuk membaca tulisan di bahagian belakang bajuku. serba salah pula rasa. ah, nasib baik aku memakai serkup penuh.

selesai membaca, beliau mengangguk-angguk, senyum.
"kenapa pulak nak sorok? that's for people to read, right?"

aku membalas dengan segaris senyum. sambung latihan.

sampai rumah, aku baca apa yang tertulis di bajuku itu.

hidup dalam masalah...
itulah ujian-Nya.
lari dari masalah...
memburukkan keadaan.
masalah itu akar ketabahan.
dari tabah kita mematangkan diri.
kita muhasabah kembali kekurangan diri.
namun yang lebih penting ialah kesabaran.
sabar itu akar penguat semangat jiwa
iman pula teras sabar dan tabah.
kuat iman maka kuatlah diri.
Imanlah penyelesaian masalah.
Muslimah Sejati

eh, itukah yang dibacanya tadi? iman? muslimah?

benarlah, memang beliau memerhatikan semua penampilanku.

indahnya Islam. dalam hati setiap manusia pasti ada sekelumit jiwa yang tertarik dan mengiakan kebenaran Islam. seperti pemimpin Quraisy yang kononnya beria-ia menghentam Islam dan ingin membunuh Nabi. tetapi pada masa yang sama mereka sendiri terpesona apabila terdengar alunan kalam-kalam Allah dari mulut Nabi, sehingga mereka menghendap baginda selama 3 malam berturut-turut. ingat lagi tak? itu terjadi kepada ketua-ketua penentang Islam. sebabnya? Islam agama fitrah.

sedar tak kawan? penganut agama lain sebenarnya memerhatikan kita. setiap tingkah laku kita. tak perlu susah-susah berdakwah. menjadi seorang 'penganut Islam' dan amalkan semua yang disuruh, agama lain akan datang sendiri kerana tertarik dengan Islam.

tetapi bila saya kata 'setiap tingkah laku', bermakna yang buruk turut diperhati sama. berpakaian ketat bawah sampai atas, jalan sebelah bau rokok, kata-kata kesat meluncur keluar dari mulut tanpa segan-silu. mereka juga pandang semua itu sebagai apa yang agama kita bawa!

tak rasa bersalah ke, kawan?

saya tak suruh pun berubah sebab kita pelajar al ****, kalau itu memang ye hipokrit namanya. tapi ubahlah demi Islam. kerana ini melibatkan tanggapan dunia terhadap agama kita. orang tak berminat terhadap Islam sebab tengok perangai kita. apa nak jawab depan Allah nanti?

naah, jadi baik jugak bukan bermaksud,
"okla, okla, nanti kita keluar pakai jubah, jalan tunduk, pegang tasbih, hahaha"

jujur saya kata, itu kolot namanya, atau memperlekeh.
Islam itu mudah, tetapi kita yang menyusahkan diri sendiri.

tak semestinya jadi baik, tapi jangan jadi jahat.

maaf kalau ada hati yang terasa dengan mana-mana bahagian hasil tulisan saya.
saya pun salah, sila tegur.

Allahu A'lam

5 comments:

sevenNeedLes said...

yo..kite umat yg terakhir..jom berubah..Dee..ade ke baju yk sgt word dia di cetak kt baju..hehe..tahun ni cube nt g pusat tuisyen uh..tah2 cg uh da masuk islam..wow..Alhamdulillah

Norashikin Tajuddin said...

sori..terlogin nama sevenneedles plak..yg atas uh from cg shikin..ampun..

khatab said...

sumpah best!
setuju 110%!

sevenNeedLes said...

cg c-ki-en
uwaaa...ini salah guna kuasa namanya...ape-ape pun..mmg itula yg ana harap dan doakan..ameen..

Nurfatmah Nabilah Kamarulzaman said...

salam~

xsilap ana, ana kenal cg nie.. semua ciri2 yg nti bg sama dgn cg kita kan ? cuma ana home tution aje.. doakanlah die terima hidayah dr Allah.. ameen..