Wednesday, September 23, 2009

cerita orang demam

plan asal:
ramadhan ke-28 balik negeri sembilan
raya kedua terus gi pahang
balik kl raya ketiga/keempat

28 ramadhan
Kinah pening muntah-muntah

29 ramadhan
Hariz demam, takda selera nak makan atau minum,
kecuali air 100plus (hihi)
malam: Abi demam

1 syawal
demam abi makin teruk, xdapat pergi solat raya,umi jaga abi
petang:
kepala aku start rasa berat, tidur sekejap.
bila bangun, dahi panas, mata rasa bengkak.
gagahkan diri jalan slow motion pergi bilik air, mandi air suam.
terus solat maghrib+isya'. habis solat, k lah tanya,

"na, do you wanna play fire crackers?"
aku angguk, nak pergi tengok je sebenarnya, nak main xlarat.
turun tangga je, abg sedara dah hulur mercun das, xboleh jadi ni.
walaupun kedinginan dirasa mencucuk-cucuk,
aku tabahkan diri demi mercun terchenta,
hehe, nak tengok je konon.

2 syawal
pagi tu kepala dah berat yang teramat, jalan pun kena paut sana-sini
solat pun dah tak larat solat berdiri, makan pun xnak masuk.
tukar plan, balik kl terus hari tu.

3, 4, 5 syawal
terus demam, kepala sakit teramat
tekak loya

6 syawal
kakak sedare kat rawang bertunang, pening sikit tapi semangat nak pergi
ayah dengan adik xlarat, tinggal

waktu kat rawang, b long bisik
"na, kalau da boleh settle, settlekan cepat balik, sebab semua yang demam ni, mungkin denggi, abi ngan kinah dah masuk hospital"
"yeah? oo, kaki saya pun dah berbintik-bintik"

sampai rumah dah petang, demam datang balik. ummi suruh packing barang nak masuk wad, pastu tibe2 ummi cakap,
"na nak ke masuk hospital? kene drip nanti nak ambik wudhu' pun susah, lagipun malam bukannya ada doktor pun, rehat kat rumahlah ye"
"yeah? oklah xpayah"
waktu ni dah tekad xnak masuk hospital.

7 syawal
gi klinik, buat blood test; platelet 43, normal 150-400, sah denggi
doktor terus buat surat suruh gi hospital terus (nasib badan)
dengan baju apa sume tinggal, terus kene gi hospital,
cucuk drip, terus duduk wad, jumpa abi ngan kinah yang dah berkampung semalaman

duduk hospital rimas tak payah cakaplah, kawan dengan dinding je,
nak pergi tandas pun kene angkut beg air drip,
solat duduk atas katil, makanan tak selera, jari habis kembang sebab masuk air,
bintik-bintik bertambah banyak, duduk menghitung masa je,
makan sup ketam dengan jus kurma sbb nak naikkan platelet count

barulah saya merasa apa yang orang sakit terlantar berbulan kat hospital rasa


syi (+k.afee, k.yah), cg syikin & bhot (+k.afiqah, kauthar) datang. thanx yah!

8 syawal
asyik tengok jam je tunggu pukul 11, doktor datang.
abi: boleh balik, sebab platelet dah 100 lebih
kinah: "you have to stay for one more day"
dyana:"cannot go home"
dush hancur berkecai harapan untuk pulang,
platelet aku baru 60, white cell count aku pulak rendah sangat, maknanya virus tengah aktif sangat, sabar je dalam hati, abi dapat balik...

oleh kerana tinggal 2 orang, pindah wad yang two-bedded, ok sikit rasanya, takdelah besar sangat, ada tv, pemandangan tepi tingkap oklah, rasa ada life, takdelah macam dalam penjara.

mintak ummi bawak sup ketam, semangat nak naikkan platelet walaupun selera tak berapa ada, sepanjang kat sana, ummi tetap pengunjung setia, kadang-kadang sampai kol 10 lebih ummi datang, lepas settlekan adik-adik, layan kitorang pulak.
(bende ni lah yang menggari tangan aku, tangan dah start kembong)

9 syawal
dari pagi tunggu waktu doktor melawat, nak mintak balik.
sekali doktor cakap adik dah boleh balik.
aku? platelet masih 76, white count still tak cukup.
"one more day"
aku dah buat muka kesian+mengharap, last-last doktor bagi.......
"but u have to promise, u can only eat and sleep"
wahh, syukur xterhingga, thanks Allah.

sampai rumah, lega dapat mandi lepas 3 hari tak mandi,
drip punya pasallah, nasib baik tak busuk, duduk dalam air-cond.

nampak kamaliah, rindu pulak budak kecik ni
"yah(panggilan kg), yah rindu k.diyana tak?"
"tak"(muka tak bersalah)
ciss.

1 badan merah menyala macam terbakar, especially tangan ngan kaki,
bila bergeser dengan kain rasa pedih sangat, even baju yang tak kasar pun rasa tajam-tajam, kulit jadi sensitif. sebab tu jalan slow motion, tapak kaki & tangan plak sengal, tak boleh genggam, nak jalan sakit, kembang sebab drip & merah macam kulit monster, sumpah tak tipu.

malam pulak, kejap-kejap kena bangun minum air, nak jaga takut dehydrated, ye la, kat hospital paling kurang 1 beg air habis 1 malam, so kejap-kejap pergi tandas walaupun nak jalan sakit.

saya rasa saya belum larat lagi pergi sekolah, nanti lagi dehydrated pulak.

p/s: sorry ye kawan-kawan (mirer-xdapat tolong jamuan),
sapa-sapa yang sms, saya balas kontot-kontot, tangan xlarat nak balas,
siapa yang terasa sebab saya x bagitau yg saya sakit, alah sakit biasa je, ok?

..:saya tak sempat nak raya:..

Allahu A'lam

9 comments:

.ikOi said...

duduk di hospital bagi saya best~ wlpn x pernah ade pengalaman tp saya rasa baring di katil sepanjang hari sesuatu yg best :D

semoga sempat sembuh ya! kami rindu melihat muka kamu di sekolah :)

sevenNeedLes said...

best? huh nauzubillah, jangan diminta-minta, kalau sihat takpa, ini dengan sakit, TAKDA KAWAN, TAKDA INTERNET, kene solat duduk, kejap-kejap nurse datang inject, makan bubur setiap saat, nak buang air kene angkut beg drip tu, tiap-tiap pagi cucuk vessel nak ambik darah, dah rupa ular sawa dah. nak merasa ke? hehe

o rindu eh? baru 2 hari :)

tAsNEEm said...

get well soon! ana xpenah masok sepital tapi nyaris2 ade la..amik darah je penah la tu pon da terketar2..haha take care dear! :D

sevenNeedLes said...

thanks honey :)

Anonymous said...

lorghhh asal x bwk desktop sebesar2 kat umah siap dgn speaker g spital..sure nt x nk balik pyer..hehe..

kamaliah ckp cengitu..wahhh..konpem nt ngn kamaliah adek bradek haha..(phm x?)

k..g la tdo n makan..moga2 naek skola berat 60kg..jaga diri k..

amzyami said...

Diiiii psl jamuan tu takesa la, tapi rugi la nti takde. huwaa, kurang sorang ajk. haha, tapi takpe, get well sooooon :)

sevenNeedLes said...

cg
cg bagi cadangan lambat sgtla, ana da kuar da pun, kalau x ntah2 cg pun dtg skali tidur seblah, fuh.

a..a..jap tgh pikir..

oh tidak, sampai hati. takpe, moga2 cg balik dr perak, berat naik 78 kg. hehe

mirer
kita merancang, Allah juga merancang dan Allah jualah sebaik-baik perancang.

xdak rezeki, thanx nyway :)

sevenNeedLes said...

cg
cg bagi cadangan lambat sgtla, ana da kuar da pun, kalau x ntah2 cg pun dtg skali tidur seblah, fuh.

a..a..jap tgh pikir..

oh tidak, sampai hati. takpe, moga2 cg balik dr perak, berat naik 78 kg. hehe

mirer
kita merancang, Allah juga merancang dan Allah jualah sebaik-baik perancang.

xdak rezeki, thanx nyway :)

Anonymous said...

x yah la gelabah sgt sampai 2 kali comment..ermm

wow melampau giler smpi 78kn..OBES uh..risiko H1N1