Monday, April 27, 2009

"macam mana? berdebar x?"

cikgu najmah reply mesej aku.

"entahla, dah takde perasaan, hehe"

tahun ni tak pasal2 jadi 3rd speaker,
perkara yang paling aku risau,
nervous sampai x reti nak bidas
(gelabah x agak)


1st Day


kami pergi daftar dulu,
then balik sekolah balik,
sebab nak dapatkan list usul, nak buat research
hehe, mentang2 sekolah sebelah je


pukul 4, kami bertolak ke uia,

dapat mahallah asma'

sume cam rungut2 bilik berhabuk
macam bilik tinggal, setiap inci berhabuk
bilik aku paling crucial, hehe
izyan cakap "bilik k.diyana macam bilik hantu"
sampai hati, aku endahkan.

tapi dah 2nd day sume cam dah tak kisah,
alah bisa tegal biasa.


malam tu grand dinner
kami jubah hitam, tudung
simple.

tgk slide show, die adala tunjuk sekilas
few pictures psl memories of debate 2009
tak pasal nampak ade yang pakai blazer dengan tudung biru
macam kenal, aisy team aku rupanya, waktu lawan SAS
dahla waktu tu aku tengah speech
heisy, xpayah gelabah bukannye orang kenal

ok, balik, research sikit, basuh-basuh sikit, tido.


esok, pukul 7 bas sampai,
bertolak ke moot court.


ada taklimat format sikit,
demo sekali,
dengan talk sikit,
waktu talk aku keluar dewan,
buat reasearch dengan team mate lain


2nd Day


1st round

sidang 26,

Al-Amin(P) vs SBPI Rawang(K)

"demokrasi menyusahkan"

mula2 lepas match-up,
khalilah cakap "haha, sekolah ayah ana"

alhamdulillah tahun ni walaupun baru 1st match
kami xdela main-main sangat macam tahun lepas
semangatla jugak "kesian demokrasi" huahua
(xpaham buat-buat paham sudah)

waktu sidang ditangguhkan untuk bagi ruang juri kira markah,
aku nampak, speaker lawan yg perempuan, menangis,
aku cuba borak sikit, lebih dari itu, aku tak berani.

aku cam bimbang bila tengok dapat supreme 'juri'
sebab kelemahan kami tahun lepas ialah,
kalah bila dapat supreme judge
tapi alhamdulillah menang, margin: 3


ok, kumpul semula dekat moot court
dia tunjukla ranking dengan margin, markah sume2
tibe2 margin kami jadi 6, aih??

maka dengan baik hati lagi jujur kami pergi jumpa comittee tu,
cakap margin kitorang sebenarnya 3 je.
"tadi, ada kesilapan pengiraan, yang kat depan ni yang betul"
kuang3 jujur sungguh
takpe, kalah atau menang, biar bermaruah.


2nd round

sidang 16

Al-Amin(K) vs Maktab Mahmud (P)

"anugerah berasaskan juri lebih baik berbanding juri"

jujurnya waktu match ni, aku over-confident
first, bila tgk usul dan konsep kami
second, bila tgk maktab mahmud yang semuanya muka slenge

tunggu judge lama tak sampai-sampai

tiba-tiba abg Daud masuk,
pembangkang dah terkejut bile pakar debat tu yang masuk
kami? entah, xde perasaan (supreme judge laagi)
at last, kami kalah margin 1, tipis.

katanya, performance individu ok,
tapi kami gagal lawan kes,
aduh.

alhamdulillah, aku best speaker,
aku bimbang x dpt maintain je.
apa2 pun, aku xsedap hati, sebab team kalah.
kan itu matlamat utama?


3rd round

sidang 20

Al-Amin (K) vs SAM Hulu Langat (SAMTEN) (P)

"lambakan IPTS merosakkan mutu pendidikan negara"

waktu tu dah pukul 9 lebih,
battery sume dah weak, lawan ala kadar
dengan emo-emo nye,

aku je yang macam tak pernah ada perasaan
aku tak kata aku cool, tapi tugas aku tak seberat 1st and 2nd speaker
jadi aku kurang tertekan


balik mahallah,

team aku sume terus tumbang dengan kerut-kerut
aku je steady, sampai cg shikin pelik
"eh, nt memang mcm ni eh?"

huahuahua

tu la tandanya Allah Maha Adil,
Dia turunkan ujian, tapi dekat sebahagian je,
supaya seimbang.


entah kenapa haritu semua usul ditolak
team B menang 2 daripada 3
jujurnya aku cemburu


3rd Day


dah bangun tidur,
semua mood steady balik,
betulla, semalam otak kami dah penat
ok, azam buat betul-betul hari ni,


4th round

sidang 29

Al-Amin (K) vs asrama yayasan sel B (P)

"sekatan terhadap pekerja asing merugikan negara"

kali ni supreme judge lagi
k.husna, geng-geng pakar debat la
alhamdulillah, menang,
otak tengah fresh lagi waktu tu

5th round

MRSM Pendang (K) vs Al-Amin (P)

"Kelemahan Mutu pendidikan punca pengangguran"

waktu ni, muka khalilah mmg paling tak puas hati bila kerajaan letak konsep pasal negara India, mmg pembela nasib orang India sungguh, dahlah PM nye tak pasal2 "kami akan berikan 3 rasional untuk menggugurkan kemaluan mereka" x malu sungguh
waktu tunggu result tu, nampak 2nd speaker dia,
yg perempuan, menangis jugak, aku tepuk2 la sikit.

Alhamdulillah, kami menang margin 6.6, selesa.

6th round

AlAmin (K) vs SMS Kuala Selangor (P)

"Perpaduan di Malaysia Ibarat telur di hujung tanduk"

'saya yakin'. hehe, word yang xdpt dilupakan,
hanya yang mengetahui saja, yang mengetahui
kami fight sampai habis suara, ceh, terover.
walaupun konsep, entah berapa puluh kjali tukar,
kesian khalilah, i'm sorryy.
kami menang tipis.

barulah muka kami boleh senyum,
Allah uji kami dengan 2 kekalahan semalam,
tetapi menggantikannya dengan 3 kemenangan hari ini,
hebatnya Allah susun.

waktu keluar, jumpa Abg Jep
tanya, pasukan yg layak mara umum esok eh?
"ha la, kalau tak korang yang sekolah Al-Amin ni teros balik sekolah kang"
haih, nak memerli je, sampai immune kepala otak kami.

petang tu, mak k.Lina belanja eat-out
malam tu ada sharing moment a.k.a post mortem
mak k.Lina beli secret recipe pulak,
waduh, mmg nak kasi naik berat nih. hehe

4th Day

Alhamdulillah,
Al-Amin A, dengan position ranking 14
layak masuk double-octo,
bakal menentang rankin 19,,, SMAP Labu!
dahlah duduk betul2 belakang kami dalam moot court tu.
haih, strategik sungguh.

double-octo

Al-Amin(K) vs SMAP Labu(P)

"Earth Hour bukti kita sepakat dalam menangani isu alam sekitar"

potong punya potong, dapat tajuk itu.
memang cuak jugak, dahlah x buat research pasal tu langsung.
taram-taram je ikot yang kami sedia maklum.
fight je, buat muka yakin.

dengan kebolehan si Adnan (1st speaker lawan)
buat suara serak-serak basah yang memujuk,
juri jatuh hati kat diorang, ceh.

kalah, margin 1.25.

kami redha, sebelum tu, memang semua dah pasang niat,
redha apa-apa keputusan, memang itu yang terbaik daripada Allah
kami dah usaha, dah tawakkal,
selebihnya kami berserah kepada sebaik-baik Perancang.

semua dah letih mental,
tak larat nak gi tengok octo-final
balik.
terserempak kawan-kawan, jalan laju gile,
sebab nak tengok kitorang lawan,
"debat Al-Amin dah gulung tikar"
adik k.Lina menerangkan.
kesian mereka, xde rezeki.

sampai mahallah,
laju je aku capai makanan,
macam orang tension, entah aku pun xtau.

5th Day

kami jenguk-jenguk quarter n semi

memang kami penyokong setia SMI Hidayah JB

alhamdulillah, hidayah terus mara setelah menewaskan
SMAP Kajang (quarter) dan MRSM Tun Ghafar Baba (semi)

habis, kami pulang, nak berehat.
malam nanti ada grand finale english
baju takde. macam mana ni? malas la nak pergi.

julung-julung kalinya, aku tumbang,
kepala dah tak tertahan, sampai asar.
bangun dah 6 lebih.
rush nak solat.

then, Huda cakap, ada message,
ada yang masuk top 10 best speaker,
semua kena pergi, aih, baru berkira mahu mengelak.

malam tu final SMK Green Road (G) vs SMI Hidayah (O)

then, tiba-tiba khalilah dengan cg hafizah keluar,
"nak gi mana?"
"tak tau, cg suro ikot"

then, da start umum best speakers,
hasif cakap "khalilah turun sbb nak ambil hadiah"
no. 9 Khalilah Alhuda binti Kamilen
kitorang sume tepuk tangan, Hidayah sekali

tapi asal xnmpk pun si khalilalah ni kat pentas?
orang lain yang ambilkan,
tibe-tibe,

"tempat ke-6 Nur Diyana binti Nas Tamimi dari SMIAAG"
ha? betul ke tak ni? masih terasa seperti mimpi,
aku ingat kalau dapat pun, no 10 je,
alhamdulillah
dengan congested kat seat tingkat atas,
mana sempat nak ambik hadiah kat stage,
tengok kat depan, ada wakil ambilkan.
semua cakap tahniah, ini satu bonus,
kemenangan berpasukan tu matlamat utama kami.

dah habis umum semua best speakers,
khalilah muncul balik,
semua ckp the real story,
"ha?? ana pergi ambik pizza"
itulah kesudahannya, dua-dua tak dpt naik pentas,
.kami bersyukur.

then semua top 10 kena kumpul,
kami keluar,
dapat trofi, esok makan dengan VIP.

6th Day

final BM, Hidayah juara menewaskan 'bintang'
BI Hidayah second.
mendadak naik tahun ni. tahniah.

then, lunch dengan Timb Menteri Pengajian Tinggi,
Dato' Saifuddin

dia sendukkan nasi untuk kitorang,
dia senduk banyak, aku segan nak ckp suro kurangkan,

makan, aku habis last skali, aduh, segan..
dahlah 3 orang je perempuan, lain sume laki.
lelaki dominasi top 5. di manakah wanita? kuang3
memang peserta debat tahun ni ramai lelaki pun
ceh, tak nak mengalah.

3.30 kami ke sekolah,
masing-masing bawa haluan.

kelemahan team tahun ni
-performance kami ok, semua pernah dpt best speaker,
kami kira strong dan seimbang, tapi takde facts!
-kami boleh deliver hujah dengan baik, tapi kami gagal lawan kes!

last but not least

penghargaan

-ummi, abi, and my family
(aku tak pernah izinkan mereka tengok aku berdebat, jangaan!)
-guru-guru yang support debat
-cg shikin, abg wan, kawan-kawan
-siapa yang sokong kami, all al-aminians especially!

10 comments:

Amirul Arif said...

fuyo best update ni, hehe. top 5 didominasi oleh lelaki? yekeeee. bukan ke orang yg no 5 tu markahnya sama je dgn anti? wallaweh. top 5 ada seorang girl sebenarnya. tahniah2~

sevenNeedLes said...

amirularif
nak perli org post lambat la tuh,
ye, didominasi oleh lelaki mengikut alphabetical order, hehe.
ok, terima kasih banyak.

Anonymous said...

welcome..tp an..cg, shikin, ermm ke cg shikin, nt paham x? tp kan cg paling puas ati giler tym cg tgk MRSM Pendang (K) vs Al-Amin (P)"Kelemahan Mutu pendidikan punca pengangguran" ..tu je yg pling cg puas tgk u all lawan kes..trdetik dlm hati..hebat bdk2 nih..Allah bg idea pasal india uh tym2 tuh gak...

sevenNeedLes said...

hehe, paham2, ye ye ana repair,
haha itulaa, sekian lama cg mempercayai kebolehan kami huahua,
ye, semuanya kuasa Allah.

cg, kitorang pon puas lawan yg tu.
:P

Afham Fuad said...

papepun,tahniah dpt no 6!!

sekali lagi warning,,,,

next year,better watch out!!
esspecially no 6 n 9!!!

Khalilah Alhuda said...

huh.. ana baru perasan nt post psal debat!
HAHA, igtkan nt xpost.. 2 yg pelik 2..

D, kita tgk je ape yg afham ni akan 'menyengat' thn depan..
sambil 2 kita hati2 la D..
hehe..

post nt betul2 igtkan ana perjlnn debat nih.. satu2 nt cite..
baguih3..
hehe..

bila nt cakap muka khalilah plg bengang sekali bila mrsm pendang letak ngara India 2,
br ana perasan dsbbkan kbengangn kita 2 ramai yg puas hati dgn performance kita waktu tuh...

so, kita kena slalu 'bengang2' bila debat..

haha.. 2 msg moral yg separuh benar~ hihi.

D, thn depan kita keluar skolah dgn kngn manis ek, janji eh?
kita CUBA kklkn top 10 best speaker dan kita CUBA masuk yg betul2 'final' (quarter k, semi k @ final!!)

i.ALLAH kita sama2 eh berganding bahu!! janji sama gue!!
huh, smgt pulak..

(sory, terkomen pjg..HAHA)

Anonymous said...

"tp kan cg paling puas ati giler tym cg tgk MRSM Pendang (K) vs Al-Amin (P)"Kelemahan Mutu pendidikan punca pengangguran" ..tu je yg pling cg puas tgk u all lawan kes.."haha...cg,bukan cikgu tido ke tyme nih...hehe...
=)

Anonymous said...

hahaha..ello qis..x yah la announce kt cni..cg tdo2 ayam la..wlupun cg 'tertdo' cg masih dlm kelompak 'mendengar'...hahahaha..

sevenNeedLes said...

Afham
no6 & no9 xkisah, yang penting menangkan pasukan, kalau boleh, kita semua masuk top10!
huahuahua

khalilah
hehe, saje kasi xde title,
baru org xperasan, :)

kita tunggu kaum Adam bangkit
dari sekolah kita,
susah nak nampak hehe,

insyaAllah, khalilah,
teringin jugak nak jejak medan final,tapi itulah, betulkan niat kita, bawak ISLAM dulu baru AL-AMIN,

ye, sama-sama!

(cikgu kantoi tido!)

^.^ said...

salam. ehem2.. "anugerah berasaskan juri lebih baik dr undi" btulkan tuh..

mabruk3!! semua terel2 belaka~ terima kasih sbb wakilkan alamin~ :) gudluck kak diyana..