Monday, June 22, 2009

the hypocrite prefect

"eh, gambar lelaki?"

mataku tertumpu pada lukisan di atas meja seorang sahabatku
gambar seorang lelaki bersama gitar.

aku mencapai pemadam.
baru tanganku mendekati lukisan itu,
tangannya menghalang. wajahnya berubah tidak puas hati.

"kenapa?"

"tak payahla"

dia merampas pemadam di genggamanku,
aku meminjam pemadan dari sahabatku yang lain,

tangan tuan empunya lukisan itu segera ditekup di atas lukisannya,

"tak payahla... sibuk je, ana taula!!"

jujurnya aku sedikit terkesima,
kerana sahabatku yang seorang ini, biasanya pendiam,
mungkin salah aku, aku yang kurang mengenali sahabatku.

"biarlah ana padam.." aku berkata tenang.

setiap kali tangan aku cuba memadam,
dia menolak kasar.

"ini bukan personal things, ana bukan buat saja-saja,
ana terikat dengan tugasan"

ya, tugasan yang juga amanah buatku. salah akukah?
gambar sedemikian memang diharamkan di sekolahku.

"ana taula apa ana buat.. nanti ana padamla,
ana tekap dekat kertas dulu, pastu bawak balik rumah,
ingat senang ke nak lukis
anti bla la..!"

aku bertambah terkesima, kenapa tiba-tiba begini?
setahu aku, suara aku tidak meninggi sedikit pun.
berkerut pun tidak.

dari depan mejanya, aku beralih tempat ke sebelahnya,
tangannya masih kejap melindungi lukisannnya itu

bila tanganku menghampiri lagi,

"bla a..!!"

"apa dia?" (bukan buat-buat tak dengar)

"ee..bla a.." suaranya sedikit merendah

aku memerhati mejanya, boleh tahan banyak contengan.
tiba-tiba, mataku tertancap pada sebaris ayat yang dicontengnya

"revolt against the hypocrite prefect"

sabar, sabar, aku tersilap tengok ke?
atau memang sudah lama majoriti warga sekolahku bermentaliti sedemikian?
sahabatku yang sedar apa yang sedang aku baca,
asalnya seperti ingin menghalang tulisan itu,
namun tidak dilakukan,
tangannya tetap kejap melindungi lukisannya yang satu itu

aku terdiam sebentar.

"cikgu datang, cikgu datang"
"Qiyaman!"

* * * * *

cukup sedikit tentangan yang aku terima,
hampir saja kesabaranku melayang,

wahai hamba Allah yang hina,
siapa engkau untuk marah?
siapa engkau untuk berputus asa?
jalan dakwahmu masih jauh,
sedarlah ia telalu jauh,
jika baru secebis ujianNya untukmu,
engkau sudah terduduk,

adakah engkau fikir engkau layak,
untuk berada di jalan ini?

* * * * *

"kita sudahi dengan tasbih kifarah dan suratul-Asr"

kelas tamat. tinggal beberapa orang sahaja dalam kelas,
yang lainnya sudah keluar.

aku menuju ke meja sahabatku itu,
sedikit demi sedikit aku padam lukisan di atas mejanya.
memadamnya, hatiku turut terasa seperti digores-gores,
kalaulah bukan kerana amanah yang terpikul di bahu ini...

di bawah lukisan itu tertulis

"kalau nak padam gak
mintak izinla dulu,
bajett arr,
macam pengecut!"

aku senyum.
tak mahu emosiku terganggu dengan perkara sebegini.

di sebelah lukisan yang telah aku padam, aku tulis
"mintak izin nak padam,
Allah bless you
-Diyana"

if by any chance, sahabatku ini membaca tulisanku ini,
aku ingin meminta maaf, jika caraku tidak berhikmah,
memang terlalu cetek ilmu dan pengalaman,
aku menyintaimu kerana Tuhanku.

dilabel skema, hipokrit.
ya, aku perlu terus memperbaiki diriku,
mulut-mulut yang berkata-kata itu hanya meluahkan apa yang dilihat,

"biar penduduk bumi mengejimu
asal penduduk langit memuliakanmu"
dan Allah tetap bersama kamu.

:)

wallahua'lam.