hari itu kami berkhemah di rumah wardah
acara ukhuwwah batch
3 hari 2 malam
tapi aku datang hari kedua,
sebab terikat dengan aktiviti lain
sampai rumah wardah tengahari
dengan pakcik teksi kuku panjang 2 inci setengah
plus cekik darah!
ok, nak lunch
masak gulai sardin
hehe terlaksana juga akhirnya
walaupun terlebih kunyit!
"wardah, wardah"
aku cium pipi dia, then pergi dengan muka selamba.
(tolong jangan fikir bukan-bukan, ye)
entahlah apasal aku buat camtu, saja.
beberapa ketika kemudian
aku nampak muka wardah lesu,
hmm,, mesti letih
yelah nak anjurkan program, ceyh.
"wardah, i know u're tired, dah solat ke belum?"
"belum, ok, anti tolong sambung eh?"
aku ambil alih tugas tumbuk garlic.
untuk marinate ayam, malam nanti barbecque!
ok, lepas barbecque, makan cake,
dengan icing biru, dari bunga atas cake tu,
aku duduk tepi tempat barbecque,
tiba-tiba nampak, orang lari-lari,
then muncul wardah dengan tangan penuh icing warna biru,
haha, aku pecut 100 tak nak kena icing punya pasal,
sebab susah nak hilang!
wardah oh wardah, masih seperti dulu.
main pictionary pulak.
sorang, sorang lentok.
pastu wardah cakap nak buat malam seni.
and suruh kejut yang dah tidur.
ada yang cakap, tak payahla buat, dah lambat.
"tak boleh, cepat, cepat, kejut diorang"
aku pelik apasal si wardah ni nak jugak buat malam seni,
dah pukul 12 dah.
"wardah, first time ana tengok anti macam ni"
wardah pandang, senyum.
"tengaskan ana?"
hahaha, banyaklah dia.
memang aku tak suspect apa-apa, langsung.
ok, buatlah malam seni, ngarut-ngarut.
pastu wardah bagi talk.
yerp, the first was an advice for us
then,
"semalam merupakan hari terakhir ana bersama korang..
(jangan cakap...)
...sebagai pelajar al-amin"
aku dah jangka!
dalam diam, terasa sukar untuk percaya
"ana tau, ada yang akan marah, kenapa bagitau last minute, kenapa nak keluar jugak dari al-amin, tapi tolong jangan persoal keputusan ana, ana dah istikharah, dan ana yakin dengan keputusan ana, korang akan terkejut sebab tu hanya sekolah biasa, sekolah kebangsaan"
wardah cakap sambil terketar-ketar sejuk. muka dah start pucat. padahal bawah kipas je.
"ana dah janji pada diri ana, ana takkan nangis, korang pun jangan nangis, ana tak nak, hari ni, semua nangis-nangis, then esok, bila jumpa ana korang buat dek je, hubungan kita tak pernah terputus, satu lagi, tolong, support ana, betulkan ana, nani cabarannya besar, kalau korang nampak ana, tudung, baju dah pendek, tolong tegur, kalau ana dah start carut-carut ke, please, betulkan ana, kalau ana sorang, memang tak kuat"
aku tak peduli, memang air mata dah lama dah melimpah,
dia cakap jangan nangis pun aku tak peduli,
tapi nasib baik aku duk depan sekali, orang lain tak nampak.
then, dia deliver a song,
tentang sahabat. (cant remember the title)
aku memang sepanjang masa mengalir air mata
tiba-tiba dia hulur tangan depan aku,
wardah! aku terus peluk dia.
aku seolah tak percaya kami akan berpisah
"10 tahun, wardah..."
at last, dia pun nangis jugak.
tak taulah macam mana nanti, pergi sekolah,
aku seorang pengawas lane belakang dalam kelas.
takde lagi lawak sengal dia.
tapi aku perlu redha,
semua nikmat hanya pinjaman daripada Allah.
selamat berjuang, mawarku.
8 comments:
didi..waduh..spnjg wardah bgtaw cg dia dapat offer SMK n dia terima n smpi la td..cg x nenges pun..bila bce post nt nih..tah..mengalir air mata...haha.."air mata cg shikin"..hehe..igt lagi wardah cite dia dpt sekelas ngn nt f4 nih..dia ske sgt..pastu dlm klas tgh sunyi..bila cikgu tye..swara dia yg kuar dulu..dia slalu cite dia malu sbb dia slalu cam over (swara) dlm klas..pasni sunyi la ye..haduyai..
lagi satu jgn sia2kan sahabat yg sudi menegur kita..yg sudi menasihati kite..hargai dia..kerana dia btol2 adlh sahabat kita...
tau xpe cgu. ana pun tengah nangis nih tsk tsk. hebatlah penangan post cik diyana sorg nih. hehe
well, just take it like this,everything hppens for a reason. mesti ade sebab kan, Allah hantar dia ke skolah tu..
Patah tumbuh hilang berganti.
Itulah dia, persahabatan di dalam islam mmg amat manis jika ia dihubungkan dgn ukhuwah dan syiar islam yang teguh.Betapa hebatnya kuasa Allah menjadikan persahabatan itu satu kuasa yang tidak dpt dirungkaikan jika ianya bergabung.
Bertemu dan berpisah kerana Allah dan pasti ada kemanisan dan hikmah dalam setiap perkara yang berlaku.
cegushikin
ana pon suke dapat sekelas ngan die, sekarang bukan takat x sama kelas, x sama sekolah pun.
cegu, lepas ni, takde lagi suara yang keluar kuat tibe2 centu, dulang makan pun tinggal 4 org, hari khamis, xtau sape nk angkat,
memang, sunyi.
kami sahabat.
k.maryam
Allah yang berkuasa menyentuh hati hambanya. yerp, thanx for the great advice, do come again.
banin
carilah mana pun, xdpt diganti sahabat ana yg sorang ni.
thanx atas perkongsian,
ye, pasti ada hikmahnya
salam ziarah.... setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. Allah nak uji sejauh mana kekuatan hamba2NYA...
yerp, heheh, thanx singgah
"bukaklaaa, bukaklaa"
erm
Post a Comment