Sunday, December 22, 2013

Tarbiah. Tembak Rambang.

kita selalu. selalu je rasa 

nak buat ke?
nak cakap ke?
diorang dengar ke?
ada effect ke?
is it worth?

mentarbiah tu. tugas kita.
tapi hidayah,

sungguh, memang milik Allah.

semata.

kadang kita risau gila ada effect ke tak.
sampai kita tak jalankan pun usaha dakwah dan tarbiah tu.

astaghfirullahalazim.

* * *

tahun lepas 

melawat hadek-hadek junior di suatu sekolah yang dirahsiakan namanya. lulz.

"seronok ke jadi first batch?"

"bessst, semua kitorang dapat. semua kita yang tentukan sendiri"

"tahun depan nak dapat junior dah kan, bersedia tak?
semua korang yang corakkan tau" *senyum nakal

"insyaAllah kitorang buat yang terbaik, macam kak diyana buat kat kitorang dulu"

terdiam terus. astaghfirullah.

alkisahnya dulu itulah junior yang 'luar biasa' sikit kesnya di sekolah.

masa sesi soal siasat *kononnya*

tanya lah pasal kes tu,
diorang deny,
tapi at last kantoi lah dengan bukti, keterangan, evidence dan saksi ceh.

waktu tu ikut kan boleh je nak marah,

tapi biiznillah, terus tune mood lembut,
cakap dari hati ke hati.

maka drama banjir lah kiranya lepas tu.

dan itu 'model' teguran kakak2 kepada adik2 
yang mereka ingati
hingga 4 tahun kemudiannya.

nak nangis je ingat yang waktu tu, 
dah sangat hampir kepada nak tinggikan suara,
terus tuding jari,
dengan beza umur 4 tahun tu,
macam boleh je cakap "berani tipu?"
macam boleh je nak tunjuk senior
astaghfirullah.

di tebing-tebing dosa aku berdiri ya Allah.

dan kalau bukan kerana Dia yang mengizin.

betapa buruknya qudwah yang dipertonton?

astaghfirullah.

* * *

 2 tahun lepas keluar sekolah.

*tut tut* whatsapp masuk.

"jazakillahu khairan kathiraa
kamu telah mendakwahkanku"

nak je cakap, sorry awak salah nombor.

"masa kat sekolah dulu
Di ada nasyid lagu doa rabithah kat depan
ana sangat tersentuh dengar lagu ni masa tu
Alhamdulillah Allah dah 'jumpakan' ana dengan jalan ini
semoga ada saham untuk anti"

Allah.
jatuh berderai.

By Allah, aku tak buat apa pun,
bahkan sejujurnya dah lupa dah pun, 
celah mananya yang aku nasyid doa rabithah ni :s
dan pulak tu, dari nasyid je,
yang tak nampak direct pun effectnya.

kita selalu wonder,
sekali pun manusia kata tersentuh,

apa.

apa ertinya pada pandangan Rab?



sekali pun seisi bumi memuji,

apa.

apa ertinya tanpa pandang redupMu yang sedang tersenyum?

Astaghfirullahalazim.

* * *


saat jiwa resah. duduk tak senang.
hubungi murabbi di tanah berjasa dulu,
mengadu cerita, berjumpa qiadah zaman sekolah dulu,
jadi orang yang memilih untuk tidak bersama angkatan ini,
Allahu.
apa yang terjadi. mesti ada sesuatu pada sistem 
yang mesti dibaiki.

"Di sekolah, kita mewajibkan setiap program dengan tujuan untuk mendidik, namun yang dapat hidayah dan akan beristiqamah adalah dengan izin Allah.
Kerana itulah Allah tidak menilai pada hasil yang kita akan dapat daripada setiap usaha yang kita laburkan. Allah akan menilai usaha setiap hamba utk diberi balasan."



benarlah, sampai atau tidak ke hati manusia itu,
milik Allah.

tapi yang akan ditanya sudah berusaha atau tak,
adalah kita.

Tuesday, December 10, 2013

Tell me about Islam.

Bismillahirrahmanirrahim.
Moga Allah pandu setiap pergerakan jari ini.

Hari itu lecture chemistry patutnya habis pukul empat. Tapi lecturer keluar seawal jam tiga. Atau, lebih dari awal dari itu, kurang ingat. Kuliah seterusnya jam empat.

Maghrib masuk jam 3.51. 

Semestinya perlu selesaikan maghrib dulu baru menuju ke kuliah. Kalau tidak, mungkin sahaja dah terus ke bangunan kuliah seterusnya. Maka cadangnya, nak lepak di surau.

Keluar dari kelas itu bersama seorang classmate berasal dari China. 

"Where are you going" tanya aku.
"To Portobello Centre (venue kuliah seterusnya)"
"Ohh"
"How about you?"
"I guess I'll go to the cafe for some coffee" jawab aku.

Macam nak elak je nak cakap pergi surau.

"I don't mind accompanying you" 

Ah sudah. Astaghfirullahalazim.

"You're going to the class after this, don't you?"
"Yes"
"I'm going to the prayer room first before class" keluar juga.
"Oh really? I don't know there is a prayer room here"
Senyum.
"That's not a surprise. It is located at the endddd of this building"

"Do you want to see it?"

"Can I?"

"I can bring you there" 

Sampai di surau.

"This is where we do the ablution"
"Ablution?"
"Yes. We have to do the ablution before we pray. We have to wash several parts of the body including our feet. That's why they provide a special room for it"
Angguk angguk.

Masuk surau aku bukak jacket.

Dia pun cepat nak bukak jaket jugak.

"I dont know what to do. Do we have to take off our jackets?"

Segera aku sangkal.

"Ohh." Butang semula.

Aku tak tau macam mana nak explain yang aku bukan nak solat waktu tu. Aku kena tunggu masuk waktu. Aku pun tunjuk apps waktu masuk solat. Cerita lah kena solat 5 kali sehari. Ada specific times berpandukan kedudukan matahari. So masanya berubah-ubah lagi lagi di negara 4 musim macam ni. Aku tunjuk waktu maghrib yang tertera 3.51 di apps itu. Yang menerangkan bahawa aku akan lepak di surau hingga masuk waktu dan solat.

"I think I'll just stay here until that. I'll just do the revision here. How 'bout you?"

"Can I stay here as well?"

"Sure" mustahil tidak jawab begini. 

Terlanjur beliau stay di situ.

Aku mula tanya-tanya dia pasal religion. Dia kata dia takde religion pun. Walaupun di china buddhism-dominated, parents dia macam tak bagi pun ikut.

Aku. Guna juga ilmu yang dapat masa Dakwah Course.

Back to basic. 

"Have you ever wondered, how perfect the creation of this universe is? The sun, the moon, the skies. Don't you think they're too amazing to be created by no one?"
"Yes. I wondered that as well when I was small. Like they have their own patterns, they can stand on their own, they follow a very beautiful path"
"It would never be possible to exist on its own, dont you think so?"
"Yaa. Like charles darwin.."
"The revolution theory?"
"Yes, they're ridiculous. Why the monkeys today dont change to human"

Pukul-pukul logik dia mustahil semua tu terjadi sendiri. Then how muslims believe all those are designated creation created by god. We call Him Allah. Korek logik lagi kenapa ciptaan mustahil dapat lihat pencipta. 

Then orang masuk masuk surau bagi salam. Aku cerita la pasal greetings between muslims.

"Assalamu alaikum" lidah dia gerak-gerak cuba ikut sebutan aku.
"It means peace be upon you"

Dia cepat-cepat ambil buku nota. Tulis.
Dia tulis nama Allah.
Mintak aku ajar ejaan salam.

Cerita lagi sikit pasal the prophet. Pasal al-Qur'an.

Aku tunjuk surah al-Ikhlas.
Tunjuk Allah cakap sebab penciptaan manusia.

Masa aku solat. Setiap kali orang masuk aku dengar dia cakap "a-sa-la-mu-a-la-kum"

Astaghfirullahalazim. Felt even smaller and smaller.

Then we went to the class together.

Benda yang terjadi nampak macam simple je.
Tapi.
Mixed feeling yang amat sangat.

Totally humbled.

Terasa beban kerja yang sangat banyak lagi di bahu.
Terasa aku pun tak habis master lagi pasal agama sendiri.
Dengan english yang ke laut.
blank tiba-tiba nak translate syirik apa 


Dan sangat yang teramat takut kalau ada tersalah kata waktu terangkan pasal Islam atau cara berkata.
Astaghfirullahalazim.

"This is the first time somebody ever tell me about Islam"
"Im glad to share even more"
"Yayy"

Allahu rabbi.
Allahu rabbi.

Dari hati yang paling jujur, terasa ini teguran Allah pada muka sendiri. 

Sangat mengalu-alukan cadangan atau guidance dari anda tentang dealing with non-muslims. Jazakumullahu khair in advance.

Tuesday, December 3, 2013

frère

Assalamualaikum warahmatullah.

First, I know he is one of my top stalker. I write this because I'm quite confident he'll read this haha. Secondly, when you stay far from your family, they would be your topmost subject of thought. Aha. And, it's last week that I met him. 


When I was small, there are only three of us girls. Kak Lah, me, and Kinah. And amongst them, I'm the most active one. Lasak. Ganas. Liar (Ehh?). Jatuh longkang, panjat tiang buaian, jatuh trolley, jatuh basikal sampai gilis jari, dagu, lutut, siku, dahi. Pendek kata, heih, tak padan dengan baju kurung. (eh kenapa tukar BM ek? mungkin baru sedar diri ini orang melayu hahaha. takde lah).


memandangkan saya yang paling ganas, saya lah yang paling banyak gaduh dengan balong. musuh tradisi punya. balong ganas sangat *effect suara menangis*. saya paling benci (syaddah pada huruf 'c') dia dulu haha. saya paling selalu kena buli. kalau buat apa2, pergi mandi pantai ke, kepal pasir smash kat orang mana ada dia target orang lain. sepak kaki, sepak tumbuk perut, lempang muka, tembak dahi. selalu je lebam-lebam. tembak tu pakai pistol mainan yang bijik2 tu of course. main tunjal2 tu memang dah biasa sangat la. 


bila gaduh ngan dia memang geram yang amattt, saya pernah gigit dia. grr. selalu sangat nangis dulu, seolah penderitaan ini takkan berakhir. nangis sambil tulis diari HAHAHA. bila saya fikir balik, saya pun hampir lupa semua ni pernah berlaku. How Allah changes people's life.


kalau the criteria of typical guy, yang suka perli, cakap direct takde nak sweet talker bagai. Tak kuasa nak pujuk-pujuk. we girls grow up surrounded by those kinds of men. balong and abi. Haha abi kalau orang merajuk taknak makan abi akan cakap 'ok'. But. They are men of action.


Walaupun saya antara makhluk paling skema atas muka bumi ni, bila masuk dunia enjin ni, masa kawan-kawan gegadis complaint budak laki kuat menganjing la, cakap direct lah. Saya. senyum je. sikit. I know where I get this immunity against them from. Balong trained us well.


as time goes by, we all grow up. semua dah makin matured kot. balong masuk asrama. at some point jadi rapat. balong sangat strict pasal pakaian kitorang. baju kurung kitorang, dia selalu pegang lengan kitorang, hala dekat cahaya. nak tengok jarang ke tak. cutting shapy ke tak, ketat ke tak dia akan tegur. Pernah tengok tv pastu pelakon pakai seksi pastu dia cakap 'kalau na pakai macam tu, abang &^%^%$&'


Ingat pernah sekali kitorang queue dekat theme park, pastu ada mamat usha-usha, balong kata 'na, jom kita pandang sana'. So we turned our back against that guy. Masa kat kmkn balong selalu call pastu gayut. gagah sungguh balong menadah telinga saya merepek. bila tanya nape balong call saya 'daripada call perempuan lain, bazir duit je, baik call adik2 abang'. ada sekali saya call dia. tengah cakap2, tiba terputus, then dia call balik. 'kenapa tadi?' 'takdela, abang kesian kat na, habis kredit na'. hek ele cakapla dulu. wah nape tiba-tiba kelihatan sweet pulak. itu 1 dalam 1000 je so let's stop there kekeke.


Saya tau dia memang top stalker adik-adik dia. Alhamdulillah we're guarded with him. kalau saya ada discover ke-stalker-an beliau, saya just macam 'hmm, bagusla kalau dia sedar tanggungjawab dia' haha.


Alhamdulillah.


Today.

He's a married man. 






takdela today sangat. dua bulan dah. ke tiga?

bila balong mensahkan akad sendiri. isy anak sapa la ni.


kak nadia moga jadi isteri solehah ameen. hikhik
kenangan sementara single. lepas ni balong tersingkir.




"It's a big leap of life I know you realise that. Tanggungjawab bertambah. I pray, that this huge event, be a milestone for a better you and your wife. Moga lebih terjaga dari fitnah. Dan moga beban yang bertambah ni, buat akhirat kelihatan lebih 'real' pada kalian. 
eh, saya sekali la maksud saya. "

Wednesday, October 30, 2013

Suara dari Seberang


Syukurnya Allah biar dia seorang.

Seorang. Wanita. Melayu.
Seorang. Wanita. Muslim.
Dalam kelasnya itu.

Syukur cukup cukup.

Biar saat tersepit perlu lari ke musolla di tengah-tengah lecture, dia kadang bajet nak ikut short cut, sudahnya tersesat. Rasa naive tu wajibla. Dia tahu dia memang out bila masuk bab sense of direction. Bila tanya orang, mamat brunei tu tanya, "are you first year?" Syukur Allah. Dia jumpa juga jalannya. Tuhan memang nak ajar dia independant. Eh. Dari kecil dia tak pernah terfikir dia akan lalui begini. Allah. Alhamdulillah.

Dia. Tak biasa pun borak gaya sembang santai saja-saja dengan lelaki. Memang tak reti lah, minta maaf. Lagi-lagi kalau yang peremps dia sorang. Hajat nak ber-study group, dia batal begitu saja. Study sendiri, bila tak faham, tanya je lah. The easiest she could think of. Dulu dia rasa helpless, macam mana nak survive study sorang-sorang ni?? Konon perlu bergantung jugak ke dengan budak lelaki. Astaghfirullahalazim. Dia lupa. Allah ada. "Sesungguhnya Aku dekat". Tears. Allah. Bisakah telah terlupa dia untuk bersyukur? Apa kamu terlupa doa wajibmu saban hari? Berikanlah kami iman yang sebenar-benarnya kepadaMu, hingga kami tidak takut, dan tidak mengharap selainMu. Lupa ya? Allah. Khilafnya dia.

Dia dengar dulu. Sayup sayup cerita. Basahnya tarbiah oversea ni. Hangatnya sentuhan kakak-kakak. Antara sebab terkukuh juga. Dia mahu ke negara barat itu, Tiga tahun yang sudah. Seminggu sudah dia sampai. Nothing happens. Ok. Takpe. Baru seminggu. Lepas tu baru lah Allah beri izin berjumpa kakak mas'ulah - some kind of person in charge - untuk tanah sheffield. Alhamdulillah. Syukur. Bercerita mereka. Dulu. Kakak sangat ramai. Terasa ke-akhawat-annya. Tapi mereka batch final year tahun lepas. Dekat 3 buah rumah juga dah balik. Bila mereka pulang, sekelip terasa kekosongan penggerak.

Dia termenung. Dia terasa jentikan. Allah tak suruh dia datang untuk dimanja-manjakan dengan tenaga yang melimpah ruah hingga dia boleh berehat-rehat. Kerana dulu dia pernah bisik, dia nak pergi 'sana' nak belajar cara gerak kakak kakak sana. Oh, ingat boleh tonton wayang sambil makan popcorn? Untuk berehat dan dimanja-manja macam kucing nyata bukan lagi hak dia. Sampai-sampai menadah daurah murabbi dia blur habis dengan segala tok nenek istilah yang diguna. Takpe, itu teknikal saja.

Mulanya runsing juga dia perlu bawa halaqah sisters yang dah setahun bertapak di sana. Sebaya. Allah. Allah saja yang membantu dia dengan caraNya. Masih dalam proses lagi. Andai ini kehendak Dia, bisa adakah selain itu yang dia mahu? Astaghfirullah. Sekali ada program lokaliti memang cepat aja akhawat sana tunjuk jari pada dia part sampaikan bahan. Cara tarbiah Allah untuk diakah? Sebab dia rasa, dia yang macam kena ketuk tampar karate bertubi-tubi dengan lisan sendiri. Akhawat sana duk panggil panggil dia 'akhawat malaysia'.

Depa kata kalau dapat tarbiah dekat sana, tak sama dengan dapat di malaysia. Sebab malaysia, berhadapan dengan realiti, malaysia medan amal. Dekat sana, suasananya sangat ideal, baru medan tarbiah. Ah, orang sana, kejap envy dekat orang malaysia, kejap envy dekat orang ireland. Orang ireland envy orang mesir. Orang mesir envy orang barat balik. Nak gaduh siapa lagi hebat, sudahnya tak payah nak kejar suasana ya? Kejar Allah. Haithu ma kuntum. Di mana saja kamu berada. Benda paling besar Allah ajar dia. Bumi, memang tidak menyucikan. Allah.

Terasa Allah nak basuh dia habis-habisan. Dah manja sangat agaknya comfort zone 11 tahun era sekolah dulu. Dia syukur. Ada keluarga tarbiah di situ. Terubat mungkin rasa kosong di hari-hari akademik?. Ada sebabnya di mana, dengan siapa, belajar apa, Allah susun untuk dia. Ya rahman. Boleh jadi yang aku tak sukai, hanyalah bahagian dari ketidaktahuanku. Dia ingin bersyukur cukup cukup dengan segala susunan yang di luar batas pengetahuannya. Moga Allah ampuni, dia yang jahil. 

Friday, September 20, 2013

Road to sheffield

*warning : ini post personal 

Alhamdulillah.
Thummalhamdulillah.

It's been more than a week now. I mean more than half a month. *tangguh lagi zzz

I'm indebted. to those who secured my name in their prayers. Before departure, it was quite a tough 3 months hoho. Pergerakan saya terhad sebab perlu sentiasa ada orang tunggu kat rumah tengokkan wan. Nak keluar jumpa kawan pun jiwa kacau. Ceh. 

Makanya terharu sangat cik syifa' dengan cik hanan datang sendiri rumah sebab tuan rumahnya susah betul nak keluar. Lagi best, waktu tu saya tengah dok siang ikan bilis. pastu depa join sekali supaya bila masak rasa air tangan depa haha. Selamat sampai sini dah ikan bilis tu. hoho. Diorang jugak muncul dekat airport, dua2 bawak adik masing-masing yang juga adik usrah saya. Isk terharu kuasa dua. Allah yubarik fiihinn.

Hari nak fly tu pulak, cikgu shikin muncul depan rumah. Huu. Best sangat dapat jumpa, walaupun cikgu asyik 'selekehnya anti' haha. Semua baju dah pack memey pakai baju pomen unikl lah haha. Few hours sebelum bertolak pun, wardah muncul. It have been years tak jumpa. Ni jumpa sebelum nak berpisah balik. Allahuakbar. 

Masa wardah muncul, yah yang dekat depan pintu. wardah tunjuk satu sandal depan rumah, 'ni siapa punya? Ni siapa punya?' Bila aku muncul aku cakaplah 'ana punya lah'. Sekali sandal yang kat kaki dia sebijikk lain saiz je. Dua2 angkat kepala terus peluk tak cakap apa-apa dah banjir. Drama sungguh pertemuan kita. Bila tunjuk kat kakak wardah sandal kitorang, kak aisyah geleng kepala 'korang ni memang la, dari dulu lagi'. Uhuk geng gaduh dari kecik.

Abi sangat susah nak diajak pergi shopping. But the weekend before departure, abi blocked two days to accompany me to the malls. Dua hari tu cukup banyak tau. I know abi must have to put aside so many appointments, weddings and his usual activity in the weekend - golf. That's why I cannot let myself go to the open-houses-in-a-row of my friends lah. nehi he (dah kenapa tukar tamil?). Pastu shopping straight enam jam. Memang record dunia. Untuk kitorang haha. I know abi was tired walking, but he still did.

Umi pulak. Few weeks before, terasa macam anak manja pun ada. Sebut je nak apa. Memang muncul lah. Nak apa-apa semua dapat. Mujur tak misuse je. Sebut pulut hitam, durian, nasik ayam, nasi kerabu, memang muncul. Umi masak la. hehe. Allah. Sungguh-sungguh. Mereka.

Hari ahad tu, bangun pagi rasa macam tak percaya, that was the day. Hari tu mood rasa macam-macam. Heartless sungguh. Nak makan pun takde selera. Walaupun umi masak makanan favourite. Huaa. Rasa berat sangat. Allah. Memang Allah je yang bagi kekuatan. 


airport

Naik klm, kami diperuntukkan 46 kg. agent cakap tak kisah berapa piece bag, asalkan total 46. Tiba-tiba kat airport, kena maximum 23 kg per baggage. Waktu tu jugak abi beli bag baru T.T pastu repack celah-celah airport. Abi cakap, 'tenang, tenang, benda boleh solve'. Alhamdulillah pakai vacuum bag. Things are much easier. Balong and abi sangat cekap packing dan estimate berat. Elok je berat terbahagi ahamdulillah. Tak menyangka akan ada experience re-pack di airport ni. Kawan pun 2 3 orang repack jugak. So kepada yang nak fly, pastikan check elok-elok luggage yang diperuntukkan. Sumber yang lebih sahih adalah website airline tu sendiri. Bukan agent.

Masa nak turun escalator tu, seriuslah rasa tak bersedia langsung. Huaa. Sungguhla ini tarbiah untuk orang manja macam aku. Memang ter-tarbiah betul. Baru aku sedar aku ni manja. Haha. Rasa tak nak lepas umi abi :( bila peluk umi, umi cakap sepatah je air mata mengalir. Sepatah je mengalir. 'Umi tak boleh cakappp'


The journey

Dari klia ke amsterdam 12 jam setengah gitu. Setiap tiga jam aku terjaga. Dah macam kejang setiap sendi. Lutut, pinggang, kaki, bahu. Eh eh macam orang tua. 

Sampai amsterdam, nak ambik wudhu' memang sejuklah. Masa tengah ambil wudhu' mat salleh siap intai dari tepi. Pastu dia borak ngan kawan dia. 'Ablution' 'you've never seen it before?'. Hoho. Terasa ke'asing'an.


Rumah sewa

Nak jadi ceritanya, kami duduk dengan post-grad. Kami bertolak 11.20pm, mereka 7.30pm. So mereka lah sampai dulu. Janjinya gitulah, so sampai sheffield terus ke rumah sewa and they were supposed to be there lah. Pastu kan, bila sampai, sekali rumah sunyi je. Tak sampai lima minit lepas tu, tiba- tiba satu kereta datang, 'Hi!'. Steve (landlord) rupanya. Dia datang sebab dah janji kat situ pukul 2 dengan kakak2 postgrad. Pheww. Sangat tipis. Pengajaranlah. Takyah nak assumption gitu.

Masa steve sampai terus turun kereta dia hulur tangan nak salam, aku waktu tu terkejut yang amat agaknya, tak prepared langsung kitorang yang akan deal dengan landlord. Pastu sambut je walaupun hujung-hujung. *nanges* Kawan-kawan aku pun sama. Pastu steve perasan kot muka kitorang berubah. Dia tanya 'should I shake hands with malay women?' Kitorang cakap lah 'you should not'. 'Oh, okay okay'. Sangat open. Hewhew.

Masa kitorang explain jangan masuk rumah mengejut sebab kitorang perlu cover dulu pun dia kata 'ohh, you can only show to close family members? I'm not being disrepectful but I might forget.' Huhuh. Kitorang just suruh dia at least ketuk atau text before masuk.



Jetlag

Ni lah antara benda yang paling nak nangis sekali kat sini. Degil betul rutin tidur aku tak nak bertukar. First night, aku bangun beriya-iya ingat dah pagi, nak gi tandas. Sekali tengok jam, "11.43pm" subhanallah is this for real?? Termenung jap. Huhuh. Tu awal-awal boleh di maafkan lah lagi. Ni dah hari keempat pun lebih kurang je TT.TT that's why lah umi sungguh-sungguh tak bagi fly lambat. Nak buang jetlag adeh. Alhamdulillah, very fine now :)


Jalan-jalan

Alhamdulillah 5 minutes walk dari rumah dah boleh jumpa banyak kedai dah. Tapi kalau nak town besar sikit dalam 10-15 minit jugaklah. Tak rasa letih pun jalan sebab sejuk dan culture orang sini kot. Jauh kot diorang jalan. 

Kat sini, alhamdulillah kira murah la barang makanan dan keperluan dia. (Kalau guna duit sini tanpa convert). 50 pound tu kira besar sangat sampai memang bukan common notes yang dipakai. Certain kedai tak terima pun note 50. Yang terima pun siap belek2 suruh supervisor tengoklah call bank lah. Nak buat cemana kitorang convert duit memang dapat notes 50 sokmo.

Beli jumper, jacket dalam 5-7 pound boleh dapat lah yang ok. Tapi bukan untuk winter lah. Makanan pun 1-2 pound memang kenyang lah. Dah la portion dia besar. Tu belum masak sendiri lagi. Simcard pulak, yang unlimited internet pun 12 pound/month. Alhamdulillah, takde masalah part yang tu.


Registration

University of Sheffield (wah nama penuh) ni city-based campus. So bangunan dia memang berselerak bertaburan di sekeliling city gitu. Analoginya macam kalau kat rumah aku di Malaysia, giant tu library, Masjid as-sobirin tu Engineering building, surau tu Law department. Ceh konon semua orang yang baca ni duduk kat rumah hang je Diyana oi hoho. tapi gitulah berselerak. Memey la walking distance. Tapi masa registration kena gi sana sini back and forth jalan kaki memang menguji kekuatan lutut jugakla, lagi-lagi kawasan berbukit. Ok maka toksah ngade. minum susu banyak banyak.

Jadual alhamdulillah so far skala sederhana tapi tunggulah lab start nanti @_@ 


Course saya sorang perempuan melayu, still adapting lah. Nak cari geng. Setakat ini masih loner bergaya. Makan sorang jalan sorang solat sorang. Bergaya lah sangat. Eheh.


Culture

Saat saya menulis ni, memang dengar bunyi ala-ala disko sikit dari rumah jiran. Yeah that's it. Weekend=party. Kalau hujung minggu toksah la ngade jalan kat luar malam-malam. Tadi balik dari event naik teksi pun pakcik teksi tu gaya ala ala orang high sikit. Still, cant be sure whether he's drunk atau memang gaya dia macam tu. Dia tanya 'why you dont talk to me' 'how was your night' 'is there any other malaysians who speak good english like you?' 'What? They are better then you?? That's impossible'. Dah entahlah pakcik. Alhamdulillah aku selamat T.T

Recycle. Kalau kat malaysia tu, siapa rajin dia recycle la. Tapi kat sini, memang setiap rumah akan ada beberapa bijik tong sampah untuk general waste dan plastic papers aluminium. Siap ada lori khas yang memang angkut barang-barang recycle sahaja. Kagum sikit part ni. Ehe.


Jujurnya saya jatuh hati ngan orang sini. Dari pakcik kebab, lecturer, makcik cleaner, pegawai bank, officer student support service (student union sheffield memang antara top rank dekat UK so memang super efficient. Double thumbs up), jiran sampailah pakcik taxi. Alhamdulillah nice people i met everywhere. Ayat diorang manis-manis. Dan sangat jarang jumpa masam muka gitu.  


Homesick

Kalau nak cakap pasal rindu malaysia, yang paling rasa sangat sangat ialah tak dapat salam peluk umi abi kot. Physical touch. Kalau fikir sangat sangat yang ni boleh emo tiba tiba lah hoho. Jujurnya itulah kot kalau paling nak homesick sangat. 

Second is my little kids. Eh bukan anak. Adik. Arif and yah, lagi-lagi bila tengok video diorang gaduh la nyanyi la berpantun la. Jujurnya masa cuti saya selalu tak sabar nak tunggu petang nak dengar suara diorang. Suara budak kecik amat comel hekhek. Alhamdulillah hari tu daurah jumpa baby ya Allahhh, terubat sikit homesick TTTT.TTTT hah over.


The thing is

"At least you're out of your comfort zone" - balong.
Yeh that's the thing. Kita keluar dari zon selesa. Jauh dari family, bandar yang kita tak biasa, budaya berbeza, studying environment yang completely strange. Alhamdulillah moga itu membuat otot-otot kita makin kuat insyaAllah.

Tak pernah berakhir, saya perlu doa anda. :)

Wednesday, September 4, 2013

Alkisah telefon bimbit

040913

Pagi tadi ada pre-departure briefing dekat bangunan MARA. Briefing sampai tengahari, jadi habis briefing saya decide untuk singgah sogo cari barang.

Masa dalam sogo, nak ambil phone, baru sedar phone misplaced. Hilang.

Aku cuba ingat balik mana aku letak, tapi things are unsure. Aku benci sifat aku yang careless ni T_T Cuba cari kat surau sogo, takde. Next possible place pun kedai makan, atau bangunan mara sendiri.

Tapi aku decide untuk selesaikan dulu cari barang baru track balik phone walaupun dimarahi oleh teman. Sebab logic aku waktu tu, aku tengah dengan kawan, aku akan letak beban kat dia sekali teman cari. Kedua, problem aku kat sogo tak settle lagi, cuba cari phone hanya akan buat aku rush back and forth walaupun problem phone tu belum tentu solve. 

Aku bukan lepas tangan. Sapa pulak tak sayang phone -,-' 


Habis beli barang dan aku dismiss dengan kawan-kawan.

Terus aku melakukan kerja-kerja menjejaki handphone. Kedai makan, takde. Tanya tauke pun takde jugak. 

Terus lagi ke anjung mara. Sampai tingkat 24, cari cari cari. Memang kosong.

Aku pun berpatah balik. Ke lrt.

Dalam hati, adakah hari ini aku akan merasai menggunakan public phone?

Sepanjang dalam lrt, macam-macam aku fikir, aku dah di hujung ikhtiar aku. Macam tak percaya handphone hilang. fikir balik, dalam tu ada contact num kawan, notes and infos, no acc etc. Aku tanya Allah, macamana ni? 

Rasa nak bergantung juga pada Allah. Sejak cari tadi lagi. Tapi, tak jumpa juga. Sekali imbas macam, Allah tak menjawab pula. Masa tu lah terdetik, kalau bukan kerana dosa-dosa sendiri, pasti jawapan Allah lebih pantas daripada ni. Tapi, tetap gantungkan harapan dekat Dia. Susah ye nak 'percaya' bila apa yang depan mata seperti memutuskan asa?

Dalam kebergantungan, aku tetap merencana apa nak buat lepas ni. Sampai stesen lrt, hmm, ambil teksi je lah. Handphone, nak jawab apa kat umi abi, senang2 je nak hilangkan? Eh macam2 lagi fikir, pasal hp apa nak beli pun ada AMBOI BANYAK CUN PENAH NAMPAK TAPAK KASUT??

Allahu rabbi.

Sampai lrt sri rampai, otak aku confident je nak cari teksi. Tapi dekat tempat menunggu, dari belakang aku nampak ada sorang perempuan yang shawlnya menarik perhatian aku. Aku langsung tak memikirkan itu seseorang yang aku kenal, tapi, aku sangat interested dengan orang tu. aku pandang je sambil berjalan mendekati kawasan beliau. Shawl dia macam kak lah punyaaa, tapi shawl murah memang la ramai orang pakai <---- ini sungguh jahattt. 

Once aku melalui sisi beliau.. Allah. Dia memang kak lah.. Allah selalu sangat sangat buat aku speechless. Tak cukup lagi ke sebab untuk jatuh cinta dengan Allah ni? Perfect place, perfect timing perfect person. Beberapa minit lepas tu umi pun sampai. Seolah aku memang rancang nak balik ngan umi... Allah benarlah selama ni Engkau yang mengatur dan merancang.

The moment her eyes and mine met each other, moodnya macam kami memang dah merancang nak jumpa! Aku senyum je. Kak lah.. Muka biasa dia haha. Dan dia immediately tanya, "handphone mana?".  

Aku cakap dah banyak kali call tapi tak angkat. Kak lah terus capai phone dan dial. Kak lah memang keibuan *tiba. Tiba2 phone berjawab.. Officer MARA yang ambik phone tu dan dia simpankan, dia dekat tingkat 2. Aku cakap nak ambik esok insyaAllah.

Allah. Engkau selesaikan jugak masalah aku, walaupun pada mata kaca kita, the answer is definite : the phone is lost. Dengan cara Dia sendiri T.T

Saya tak tau macamana nak contact umi atau mana2 family member. Saya tak tau nak balik naik apa. Saya tak tau phone kat mana. Dan Allah menjawab satu persatu dengan cara Dia sendirii! Allahu. Then which of the favor of Your Lord would you deny???


Dah. Tak boleh deny lah yg memang selama ni gerakkan tangan dan kaki kita bukan kita sendiri, tapi Allah. Kalau kita boleh serahkan diri kita kepada Allah, memang Allah lah yang benar-benar menjagakannya untuk Kita. Allahu rabbi

Rabbana wa la takkilna ila anfusina
O our Lord, dont You leave ourselves to oursleves.

!


Saturday, August 31, 2013

Pray4brothersandsisters

Aku toleh ke kanan 
Dan ku toleh ke kiri
Ummat Islam diratah persis makanan
Oleh manusia kelaparan

Terlalu persis makanan terhidang
Ia diam membiarkan diri diratah
Ia tidak menentang sedikit pun
Ia tidak mampu?
Atau mungkin saja
Tidak sedar pun diri diratah

Hati sakit
Jiwa pedih
Nurani gugup menahan gelojak

Nasib ummah ini teramat sangat
Merobek-robek hati ini tanpa belas

Seketika tangis memanggil kenangan dulu
Saat islam terlalu anggung
Terlalu gah di mata kawan dan lawan
Terlalu makmur di langit tinggi dan di persada bumi

Itulah saatnya setiap muslim bisa berteduh
Di bawah payung kekhilafahan
Yang telah menundukkan kefasikan dan kezaliman
Tunduk sehina-hinanya menyembah bumi
Melutut taat pada syariat dan keadilan

Sungguh! Hati ini benar-benar terpanggil rindu
Ingin terbang ke era itu
Era Khilafah Islam mengembangkan sayapnya 
Memberi pembelaan tanpa culas
Dengan seluruh angkatan perang
Hanya kerana seorang muslimah yang dikasari si Yahudi

Allahhhhh
Aku tahu Engkau bisa menghentikan semua ini
Dalam secebis dari lautan kudratMu
Tolonglah ya Allah
Tolong....!!

Dan rembesan air mata kembali memanggil
"Wahai hamba
Benar
Allah benar benar bisa
Menghabiskan kezaliman itu
Bahkan dari cara 
Yang lebih mudah 
Dari yang Engkau pernah sangkakan

Akan tetapi
Allah jua pernah berjanji
Bahawa Allah akan memuliakan Islam
Bila ada duat yang melakukan kerja dakwah
Tetapi bila umat Islam terleka
Dan tidak melakukan kerja dakwah
Allah akan menghinakan Islam 
Sehina-hinanya"

Bait-bait terakhir ditelan pedih menyucuk
Deraian air mata semakin laju tak menunggu

"...tetapi bila umat Islam terleka dan tidak melakukan kerja dakwah..

Allah akan menghinakan Islam...


...Sehina-hinanya"




Cukuplah itu tempelak Allah buat engkau.