Wednesday, October 30, 2013

Suara dari Seberang


Syukurnya Allah biar dia seorang.

Seorang. Wanita. Melayu.
Seorang. Wanita. Muslim.
Dalam kelasnya itu.

Syukur cukup cukup.

Biar saat tersepit perlu lari ke musolla di tengah-tengah lecture, dia kadang bajet nak ikut short cut, sudahnya tersesat. Rasa naive tu wajibla. Dia tahu dia memang out bila masuk bab sense of direction. Bila tanya orang, mamat brunei tu tanya, "are you first year?" Syukur Allah. Dia jumpa juga jalannya. Tuhan memang nak ajar dia independant. Eh. Dari kecil dia tak pernah terfikir dia akan lalui begini. Allah. Alhamdulillah.

Dia. Tak biasa pun borak gaya sembang santai saja-saja dengan lelaki. Memang tak reti lah, minta maaf. Lagi-lagi kalau yang peremps dia sorang. Hajat nak ber-study group, dia batal begitu saja. Study sendiri, bila tak faham, tanya je lah. The easiest she could think of. Dulu dia rasa helpless, macam mana nak survive study sorang-sorang ni?? Konon perlu bergantung jugak ke dengan budak lelaki. Astaghfirullahalazim. Dia lupa. Allah ada. "Sesungguhnya Aku dekat". Tears. Allah. Bisakah telah terlupa dia untuk bersyukur? Apa kamu terlupa doa wajibmu saban hari? Berikanlah kami iman yang sebenar-benarnya kepadaMu, hingga kami tidak takut, dan tidak mengharap selainMu. Lupa ya? Allah. Khilafnya dia.

Dia dengar dulu. Sayup sayup cerita. Basahnya tarbiah oversea ni. Hangatnya sentuhan kakak-kakak. Antara sebab terkukuh juga. Dia mahu ke negara barat itu, Tiga tahun yang sudah. Seminggu sudah dia sampai. Nothing happens. Ok. Takpe. Baru seminggu. Lepas tu baru lah Allah beri izin berjumpa kakak mas'ulah - some kind of person in charge - untuk tanah sheffield. Alhamdulillah. Syukur. Bercerita mereka. Dulu. Kakak sangat ramai. Terasa ke-akhawat-annya. Tapi mereka batch final year tahun lepas. Dekat 3 buah rumah juga dah balik. Bila mereka pulang, sekelip terasa kekosongan penggerak.

Dia termenung. Dia terasa jentikan. Allah tak suruh dia datang untuk dimanja-manjakan dengan tenaga yang melimpah ruah hingga dia boleh berehat-rehat. Kerana dulu dia pernah bisik, dia nak pergi 'sana' nak belajar cara gerak kakak kakak sana. Oh, ingat boleh tonton wayang sambil makan popcorn? Untuk berehat dan dimanja-manja macam kucing nyata bukan lagi hak dia. Sampai-sampai menadah daurah murabbi dia blur habis dengan segala tok nenek istilah yang diguna. Takpe, itu teknikal saja.

Mulanya runsing juga dia perlu bawa halaqah sisters yang dah setahun bertapak di sana. Sebaya. Allah. Allah saja yang membantu dia dengan caraNya. Masih dalam proses lagi. Andai ini kehendak Dia, bisa adakah selain itu yang dia mahu? Astaghfirullah. Sekali ada program lokaliti memang cepat aja akhawat sana tunjuk jari pada dia part sampaikan bahan. Cara tarbiah Allah untuk diakah? Sebab dia rasa, dia yang macam kena ketuk tampar karate bertubi-tubi dengan lisan sendiri. Akhawat sana duk panggil panggil dia 'akhawat malaysia'.

Depa kata kalau dapat tarbiah dekat sana, tak sama dengan dapat di malaysia. Sebab malaysia, berhadapan dengan realiti, malaysia medan amal. Dekat sana, suasananya sangat ideal, baru medan tarbiah. Ah, orang sana, kejap envy dekat orang malaysia, kejap envy dekat orang ireland. Orang ireland envy orang mesir. Orang mesir envy orang barat balik. Nak gaduh siapa lagi hebat, sudahnya tak payah nak kejar suasana ya? Kejar Allah. Haithu ma kuntum. Di mana saja kamu berada. Benda paling besar Allah ajar dia. Bumi, memang tidak menyucikan. Allah.

Terasa Allah nak basuh dia habis-habisan. Dah manja sangat agaknya comfort zone 11 tahun era sekolah dulu. Dia syukur. Ada keluarga tarbiah di situ. Terubat mungkin rasa kosong di hari-hari akademik?. Ada sebabnya di mana, dengan siapa, belajar apa, Allah susun untuk dia. Ya rahman. Boleh jadi yang aku tak sukai, hanyalah bahagian dari ketidaktahuanku. Dia ingin bersyukur cukup cukup dengan segala susunan yang di luar batas pengetahuannya. Moga Allah ampuni, dia yang jahil. 

2 comments:

ateyyyy said...

Wallahu khabirun bima ta'malun. Allah itu Maha Teliti. Allah ada Dee ;)
Moga doa dari seberang sini, dapat bantu hilangkan resah dan lajukan langkah :')
Sama sama kejar Allah <3

sevenNeedLes said...

jazakillah atey ;'DD. pentingg tuu! doakan tauu!
insyaAllah sama-sama ;)