Friday, September 20, 2013

Road to sheffield

*warning : ini post personal 

Alhamdulillah.
Thummalhamdulillah.

It's been more than a week now. I mean more than half a month. *tangguh lagi zzz

I'm indebted. to those who secured my name in their prayers. Before departure, it was quite a tough 3 months hoho. Pergerakan saya terhad sebab perlu sentiasa ada orang tunggu kat rumah tengokkan wan. Nak keluar jumpa kawan pun jiwa kacau. Ceh. 

Makanya terharu sangat cik syifa' dengan cik hanan datang sendiri rumah sebab tuan rumahnya susah betul nak keluar. Lagi best, waktu tu saya tengah dok siang ikan bilis. pastu depa join sekali supaya bila masak rasa air tangan depa haha. Selamat sampai sini dah ikan bilis tu. hoho. Diorang jugak muncul dekat airport, dua2 bawak adik masing-masing yang juga adik usrah saya. Isk terharu kuasa dua. Allah yubarik fiihinn.

Hari nak fly tu pulak, cikgu shikin muncul depan rumah. Huu. Best sangat dapat jumpa, walaupun cikgu asyik 'selekehnya anti' haha. Semua baju dah pack memey pakai baju pomen unikl lah haha. Few hours sebelum bertolak pun, wardah muncul. It have been years tak jumpa. Ni jumpa sebelum nak berpisah balik. Allahuakbar. 

Masa wardah muncul, yah yang dekat depan pintu. wardah tunjuk satu sandal depan rumah, 'ni siapa punya? Ni siapa punya?' Bila aku muncul aku cakaplah 'ana punya lah'. Sekali sandal yang kat kaki dia sebijikk lain saiz je. Dua2 angkat kepala terus peluk tak cakap apa-apa dah banjir. Drama sungguh pertemuan kita. Bila tunjuk kat kakak wardah sandal kitorang, kak aisyah geleng kepala 'korang ni memang la, dari dulu lagi'. Uhuk geng gaduh dari kecik.

Abi sangat susah nak diajak pergi shopping. But the weekend before departure, abi blocked two days to accompany me to the malls. Dua hari tu cukup banyak tau. I know abi must have to put aside so many appointments, weddings and his usual activity in the weekend - golf. That's why I cannot let myself go to the open-houses-in-a-row of my friends lah. nehi he (dah kenapa tukar tamil?). Pastu shopping straight enam jam. Memang record dunia. Untuk kitorang haha. I know abi was tired walking, but he still did.

Umi pulak. Few weeks before, terasa macam anak manja pun ada. Sebut je nak apa. Memang muncul lah. Nak apa-apa semua dapat. Mujur tak misuse je. Sebut pulut hitam, durian, nasik ayam, nasi kerabu, memang muncul. Umi masak la. hehe. Allah. Sungguh-sungguh. Mereka.

Hari ahad tu, bangun pagi rasa macam tak percaya, that was the day. Hari tu mood rasa macam-macam. Heartless sungguh. Nak makan pun takde selera. Walaupun umi masak makanan favourite. Huaa. Rasa berat sangat. Allah. Memang Allah je yang bagi kekuatan. 


airport

Naik klm, kami diperuntukkan 46 kg. agent cakap tak kisah berapa piece bag, asalkan total 46. Tiba-tiba kat airport, kena maximum 23 kg per baggage. Waktu tu jugak abi beli bag baru T.T pastu repack celah-celah airport. Abi cakap, 'tenang, tenang, benda boleh solve'. Alhamdulillah pakai vacuum bag. Things are much easier. Balong and abi sangat cekap packing dan estimate berat. Elok je berat terbahagi ahamdulillah. Tak menyangka akan ada experience re-pack di airport ni. Kawan pun 2 3 orang repack jugak. So kepada yang nak fly, pastikan check elok-elok luggage yang diperuntukkan. Sumber yang lebih sahih adalah website airline tu sendiri. Bukan agent.

Masa nak turun escalator tu, seriuslah rasa tak bersedia langsung. Huaa. Sungguhla ini tarbiah untuk orang manja macam aku. Memang ter-tarbiah betul. Baru aku sedar aku ni manja. Haha. Rasa tak nak lepas umi abi :( bila peluk umi, umi cakap sepatah je air mata mengalir. Sepatah je mengalir. 'Umi tak boleh cakappp'


The journey

Dari klia ke amsterdam 12 jam setengah gitu. Setiap tiga jam aku terjaga. Dah macam kejang setiap sendi. Lutut, pinggang, kaki, bahu. Eh eh macam orang tua. 

Sampai amsterdam, nak ambik wudhu' memang sejuklah. Masa tengah ambil wudhu' mat salleh siap intai dari tepi. Pastu dia borak ngan kawan dia. 'Ablution' 'you've never seen it before?'. Hoho. Terasa ke'asing'an.


Rumah sewa

Nak jadi ceritanya, kami duduk dengan post-grad. Kami bertolak 11.20pm, mereka 7.30pm. So mereka lah sampai dulu. Janjinya gitulah, so sampai sheffield terus ke rumah sewa and they were supposed to be there lah. Pastu kan, bila sampai, sekali rumah sunyi je. Tak sampai lima minit lepas tu, tiba- tiba satu kereta datang, 'Hi!'. Steve (landlord) rupanya. Dia datang sebab dah janji kat situ pukul 2 dengan kakak2 postgrad. Pheww. Sangat tipis. Pengajaranlah. Takyah nak assumption gitu.

Masa steve sampai terus turun kereta dia hulur tangan nak salam, aku waktu tu terkejut yang amat agaknya, tak prepared langsung kitorang yang akan deal dengan landlord. Pastu sambut je walaupun hujung-hujung. *nanges* Kawan-kawan aku pun sama. Pastu steve perasan kot muka kitorang berubah. Dia tanya 'should I shake hands with malay women?' Kitorang cakap lah 'you should not'. 'Oh, okay okay'. Sangat open. Hewhew.

Masa kitorang explain jangan masuk rumah mengejut sebab kitorang perlu cover dulu pun dia kata 'ohh, you can only show to close family members? I'm not being disrepectful but I might forget.' Huhuh. Kitorang just suruh dia at least ketuk atau text before masuk.



Jetlag

Ni lah antara benda yang paling nak nangis sekali kat sini. Degil betul rutin tidur aku tak nak bertukar. First night, aku bangun beriya-iya ingat dah pagi, nak gi tandas. Sekali tengok jam, "11.43pm" subhanallah is this for real?? Termenung jap. Huhuh. Tu awal-awal boleh di maafkan lah lagi. Ni dah hari keempat pun lebih kurang je TT.TT that's why lah umi sungguh-sungguh tak bagi fly lambat. Nak buang jetlag adeh. Alhamdulillah, very fine now :)


Jalan-jalan

Alhamdulillah 5 minutes walk dari rumah dah boleh jumpa banyak kedai dah. Tapi kalau nak town besar sikit dalam 10-15 minit jugaklah. Tak rasa letih pun jalan sebab sejuk dan culture orang sini kot. Jauh kot diorang jalan. 

Kat sini, alhamdulillah kira murah la barang makanan dan keperluan dia. (Kalau guna duit sini tanpa convert). 50 pound tu kira besar sangat sampai memang bukan common notes yang dipakai. Certain kedai tak terima pun note 50. Yang terima pun siap belek2 suruh supervisor tengoklah call bank lah. Nak buat cemana kitorang convert duit memang dapat notes 50 sokmo.

Beli jumper, jacket dalam 5-7 pound boleh dapat lah yang ok. Tapi bukan untuk winter lah. Makanan pun 1-2 pound memang kenyang lah. Dah la portion dia besar. Tu belum masak sendiri lagi. Simcard pulak, yang unlimited internet pun 12 pound/month. Alhamdulillah, takde masalah part yang tu.


Registration

University of Sheffield (wah nama penuh) ni city-based campus. So bangunan dia memang berselerak bertaburan di sekeliling city gitu. Analoginya macam kalau kat rumah aku di Malaysia, giant tu library, Masjid as-sobirin tu Engineering building, surau tu Law department. Ceh konon semua orang yang baca ni duduk kat rumah hang je Diyana oi hoho. tapi gitulah berselerak. Memey la walking distance. Tapi masa registration kena gi sana sini back and forth jalan kaki memang menguji kekuatan lutut jugakla, lagi-lagi kawasan berbukit. Ok maka toksah ngade. minum susu banyak banyak.

Jadual alhamdulillah so far skala sederhana tapi tunggulah lab start nanti @_@ 


Course saya sorang perempuan melayu, still adapting lah. Nak cari geng. Setakat ini masih loner bergaya. Makan sorang jalan sorang solat sorang. Bergaya lah sangat. Eheh.


Culture

Saat saya menulis ni, memang dengar bunyi ala-ala disko sikit dari rumah jiran. Yeah that's it. Weekend=party. Kalau hujung minggu toksah la ngade jalan kat luar malam-malam. Tadi balik dari event naik teksi pun pakcik teksi tu gaya ala ala orang high sikit. Still, cant be sure whether he's drunk atau memang gaya dia macam tu. Dia tanya 'why you dont talk to me' 'how was your night' 'is there any other malaysians who speak good english like you?' 'What? They are better then you?? That's impossible'. Dah entahlah pakcik. Alhamdulillah aku selamat T.T

Recycle. Kalau kat malaysia tu, siapa rajin dia recycle la. Tapi kat sini, memang setiap rumah akan ada beberapa bijik tong sampah untuk general waste dan plastic papers aluminium. Siap ada lori khas yang memang angkut barang-barang recycle sahaja. Kagum sikit part ni. Ehe.


Jujurnya saya jatuh hati ngan orang sini. Dari pakcik kebab, lecturer, makcik cleaner, pegawai bank, officer student support service (student union sheffield memang antara top rank dekat UK so memang super efficient. Double thumbs up), jiran sampailah pakcik taxi. Alhamdulillah nice people i met everywhere. Ayat diorang manis-manis. Dan sangat jarang jumpa masam muka gitu.  


Homesick

Kalau nak cakap pasal rindu malaysia, yang paling rasa sangat sangat ialah tak dapat salam peluk umi abi kot. Physical touch. Kalau fikir sangat sangat yang ni boleh emo tiba tiba lah hoho. Jujurnya itulah kot kalau paling nak homesick sangat. 

Second is my little kids. Eh bukan anak. Adik. Arif and yah, lagi-lagi bila tengok video diorang gaduh la nyanyi la berpantun la. Jujurnya masa cuti saya selalu tak sabar nak tunggu petang nak dengar suara diorang. Suara budak kecik amat comel hekhek. Alhamdulillah hari tu daurah jumpa baby ya Allahhh, terubat sikit homesick TTTT.TTTT hah over.


The thing is

"At least you're out of your comfort zone" - balong.
Yeh that's the thing. Kita keluar dari zon selesa. Jauh dari family, bandar yang kita tak biasa, budaya berbeza, studying environment yang completely strange. Alhamdulillah moga itu membuat otot-otot kita makin kuat insyaAllah.

Tak pernah berakhir, saya perlu doa anda. :)

3 comments:

Cahaya said...

didi. all the best there. titip doa dari malaysia. :*
take care didi sayang. :')

sevenNeedLes said...

mirahh! jazakillah thank you sayang. doakan kita di medan baru ni yah. take care too ;)

latifah maisarah said...

WAhh :'D bestnya bestnya ! teringin nak rasa jugak suasana yg lain..
huhu., bagi la gambar sikit kak .. ;)
Take care and goodluck ya !! :*