Sunday, September 23, 2012

Chirp. Chirp.


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahnmatullah 


Okay, beberapa hari lalu, saya buat akaun twitter.
(meriah teman-teman menyambut malu i aww)
Ya, saya ada beberapa sebab tertentu.

But few moment later, i can really feel something is wrong,
And I dont feel right about it.




#1
Jujurnya saya rasa kurang senang, bila melihat twitter membuatkan orang cakap semua benda. Yes, almost everything. Which sometimes I feel, bukan semua benda perlu diceritakan kepada orang.

In certain cases, kita boleh nampak bagaimana sabar sedikit demi sedikit menipis.

“demam”

“pening”

"panasla dekat sini...kjnfa"

“sampai hati dia tut.. tutu...”

“apahal la. ..lala la.ala”

Bila perkara tersebut in reality we dont tell anybody, -which is fine enough - but just because we have twitter, sekecil-kecil itu pun kita cerita, when sometimes they are best to be kept silent.

Somehow aku nampak macam, kerana twitter manusia dah jadi makin kuat mengeluh.




#2
Aku pernah dengar kata-kata ni dari mulut budak laki,

“Joyah kalau dia belum sampai Pavi lagi kitorang dah tau dia pakai baju apa”

Baiklah, obviously Joyah bukan nama sebenar hehe.

Mereka cakap tentang Joyah. Joyah tu perempuan. Aku pun perempuan. Mestilah aku malu juga.

Dan cerita cerita yang selama ni jadi rahsia – cerita personal yg share dengan family dan teman-teman sahaja, macam tidur pukul berapa, makan pukul berapa, breakfast apa, pakai apa, sekarang satu dunia dah tau.

Malu sedikit demi sedikit terhakis.






hurm, itulah dua benda yang saya nampak daripada twitter. ye, di fb pun wujud begitu. but from my ordinary view, i can see those who don't do that in fb, do when they're in twitter. maknanya di twitter perkara itu berlaku dengan lebih maha dominan.

Saya cuma rasa, sebelum saya terbiasa dengan suasana sebegitu and be a part of it, it’s better for me to back off.
  

Ada orang cakap kalau centu private kan je la. Hehe. But no no no *geleng2 kepala*, one of my intention of having twitter is spreading message – which is not available to non-followers while having a private account. Another one is, dengan twitter saya hanya menambah 1 lagi bahagian dunia untuk mencuri perhatian saya. Dan, saya ni dah la banyak cakap, tambah twitter makin banyak pulak bebel makin susah nak jaga apa yang patut dijaga. So, i just decide it that way. Cukup-cukupla dengan fb tu. 






This is just another humble opinion. When I say opinion, it clearly means that it might be right, and it might also be wrong. You might have a stronger reason to stay in twitter. Be careful, i mean extra careful not to lower your values with twitter.

Wednesday, September 19, 2012

of Psy and Sam Bacile


Bismillahirrahmanirrahim.

Hati terpanggil nak meluah tentang dua perkara besar.






#1 Oppa Gangnam Style

Pertama kali dengar perkataan ini daripada teman sepelajaran. Katanya budak lelaki bising sibuk-sibuk pasal perkataan tu. Katanya lagi, sekarang sudah menjadi viral di Youtube. Amende? Akur. Aku buka. apa jenis video yang sampai ratus juta viewer ni.

Dan dari awal. Saat mata menonton video ni. Dahi berkerut. Dada rasa sempit.

Inikah makanan umat hari ini?

Lagi aku sedih bila dapat tau junior-junior turut menggilai lagu itu.
Rosak. Runtuh. Hancur.


nah, link ini mungkin sesuai untuk bercerita lebih lanjut. *mengelat. escapisme 








#2 The Innocence of Muslims

Sebenarnya baru lepas bedtime story dengan arif - pasal Rasulullah. Aku tanya dia, dapat bayang tak agak-agak macamana ya, kalau hidup hari ini tanpa menerima Islam? dapat bayang tak?

entah pekat dan hina mana agaknya taraf jahiliah kita. entah rendah dan murah mana wanita diperlakukan.  entah hilang terus kah perikemanusiaan di atas muka bumi ni. entah tak terarah yang bagaimana kita. buat baik tak tau sebab apa. tak kenal Allah. tak kenal Rasulullah. hari ni tak baca qur'an sehari pun dah porak peranda boleh bikin stres.


"kita dahulu merupakan bangsa yang hina. kemudian Allah memuliakan kita dengan Islam. maka barangsiapa yang mencari kemuliaan selain daripada Islam, dialah bangsa yang hina"
-umar al-khatab

takde makna apa-apa!

betapa kita terhutang budi pada baginda atas nikmat Islam dan Iman yang tak terganti ni. kerana darah yang berkocak dalam kasut baginda, kerana gigi baginda yang patah, kerana batu-batu yang berlaga menahan lapar di perut baginda, kerana setiap air mata dan keringat baginda yang mengalir - nikmat itu kita genggam.


Aku cerita tentang bagaimana kali pertama baginda menyampaikan Islam kepada penduduk Makkah di Ta’if. Yang turut menyaksikan penentangan yang dahsyat dari kaumnya.

“untuk inikah engkau mengumpulkan kami semua?”

***

video itu
Jujurlah, siapa tak menggelegak hati tengok betapa hina sehina-hinanya manusia yang paling mulia itu diperlakukan. Aku tak dapat tahan air mataku daripada mengalir deras. Merintih semahu-mahunya. Terlalu sedih.

lipatan seerah dibuka satu persatu.


Pada zaman hidupnya – ketika pertama kali ingin menyampaikan Islam secara besar-besaran selepas 3 tahun berdakwah secara rahsia – setelah itu, setiap kali baginda ingin membuka mulut menyampaikan risalah Allah – ketika baginda sedang solat di hadapan ka’bah


Bahkan setelah wafat baginda, bukan sekali dua. Teringat cerita di zaman nuruddin az-zanki – cubaan 2 orang yahudi untuk menggali lubang yang menjadi terowong dari rumah mereka hingga ke makam Rasulullah. Mereka menyamar menjadi orang alim dan lubang itu ditutup dengan permaidani. Terowong tersebut sudah benar-benar dekat dengan makam baginda, namun diilhamkan oleh Allah melalui mimpi sultan nuruddin.


Masa kita. Tidak lama dulu kita digemparkan dengan kartunis denmark yang melukis karikatur baginda. Anda lihat kartun itu? tidak kurang juga nama baginda yang menjadi corak di kasut untuk dipijak, dan di pakaian seksi model pada so called-Festival Fesyen Islam itu?





Zaman berzaman. Usaha-usaha itu tidak akan pernah berhenti.

Akhirnya aku angguk pada kata-kata Nouman Ali Khan.


Walau apa pun yang mereka lakukan, mereka tak mampu menghilangkan kemuliaan dan kesucian yang diberi Allah kepada baginda. ‘Ketinggian’ baginda tidak berkurang se-mikro, nano, pico, femto, ato-meter pun.

“nothing can hurt the prophet. Nothing can take away his honour. It was given from the sky”

Benar. Baginda tidak ter-hina sebesar habuk pun sebenarnya dengan apa jua yang cuba mereka lakukan.




Tapi yang terhina adalah kita.

#Apabila kita tak merasa apa-apa, tak senisitif dengan apa yang terjadi pada baginda.
-tanda hati hilang rasa cinta pada baginda. Jangan Engkau izinkan Tuhan

#Apabila kita mencaci menyumpah orang yang menghina itu.
-terlalu ramai yang bereaksi begini. Hingga pembunuhan US ambassador itu?
penghinaan islam yang sebenar.

Nak citate kata-kata Nouma Ali Khan lagi,
Kalaulah dikira siapa yang paling patut marah akan penghinaan Rasulullah, tentulah para sahibah adalah orangnya.  Kerana merekalah yang paling besar kecintaannya terhadap Rasulullah.

#Apabila dalam kehidupan seharian, kita memandang remeh sunnah baginda
-then why bother to be mad??







Sekarang.
Bergerak. Bergeraklah untuk menjadi sambungan rantaian perjuangan baginda. Bergeraklah ke arah memperbaiki diri kita. Bergeraklah memikul manhaj taghyir ini. Supaya dengan haruman yang kita sebarkan, mereka-mereka itu akhirnya mengangguk. Mengakui kemuliaan baginda.







Monday, September 3, 2012

Yang dipilih sahaja?

assalamualaikum warahmatullah.


betulkan? yang mengizinkan kita berada di mana kita berada sekarang, yang menyebabkan kita  menerima Islam, menerima tarbiah, merasa cinta Allah dan Rasulullah, memahami sebab dan tujuan hidup kita, memiliki kesedaran untuk mematuhi perintah Allah dan sebagainya, atau apa-apa sajalah.

semuanya, kerana 1 sebab.

kerana Allah telah pilih kita untuk terima semua tu.

Dia yang pilih kita.

kan?



then, one thing popped in my mind.


Allah yang pilih kita.


habis tu, macam mana pula dengan orang yang tidak dipilih?

mereka tak berpeluang lah merasa semua kemanisan tu?

eh? macam tak adil je. maknanya hidup kita semua ni, hanya akur pada pilihan dan kehendak Allah je la? siapa yang Allah pilih, bertuah la. tapi yang Allah tak pilih, nak buat macamana.


oho. keadilan Allah melebihi segala bentuk penghakiman di atas muka bumi ni.
takde sorang pun yang dapat menjadi seadil Allah yang Maha Adil. 


so, let's have a sneak onto His wonderful words,

""Maka bersabarlah Engkau terhadap ketetapan Tuhanmu, dan janganlah Engkau seperti (Yunus) orang yang berada dalam (perut) ikan ketika dia berdo'a dengan hati yang sedih. Sekiranya dia tidak segera mendapat nikmat daripada Tuhannya, pastilah dia dicampakkan ke tanah tandus dalam keadaan tercela."

"lantas Tuhan memilihnya dan menjadikannya termasuk orang-orang yang soleh"

(al-qalam, 68:48-50)

subhanallah. how wonderful those words are.

ye, Allah kata Allah memilih Yunus a.s. dan memasukkannya dalam golongan hamba-hambanya yang soleh, only after the verse that showed how the Yusuf a.s. humbly prayed,  and worked to seek for Allah's pleasure. 

and Allah also mentioned the word 'segera'. yeah, we have to rush in seeking for His attention. and do seek. hunt.

all the way towards Him.

it's not easy. to fight against the lust, the laziness. 
it all requires effort.

then only will He choose us.




takdenya duduk goyang kaki, tunggu tuah dari langit untuk terima hidayah. hidayah tu terlalu manis, takkan senang-senang je dapat.


terlalu adil Dia sebenarnya. Allahu rabbi.

apa lagi Diyana, move. now.

oh, kalau saya ada salah mana-mana, mohon diperbetulkan. 
jazakumullah, assalamualaikum.

Friday, July 27, 2012

degil cengeng


"saya nak semua orang masukkan tudung dalam baju"


kuat suara pengarah disiplin di haler. walaupun gaya dia cakap macam umum, aku tau ayat itu ditujukan kepada aku.


OC (orientation committee) tu ulang lagi ayat sama.


aku kumpulan ke 12 dari 23 kumpulan. penolong kumpulan. jadi mestila aku berdiri centre, paling depan. apa yang aku buat pun wajiblah obvious. dia sedar aku membatu, terus dia kalih ke arah aku.


"diyana, saya kata masukkan tudung ke dalam baju"


aku masih membatu, hanya mataku yang tepat memandang ke arahnya.


"awak ada masalah ke?"


perlahan aku angguk.
"ye, saya tak boleh masukkan"


"saya kata semua orang masukkan tudung ke dalam baju" 
suara makin tegas.






kalau sebelum tu, ada beberapa orang yang tidak masukkan tudung ke dalam baju, sekarang seorang demi seorang pergi ke tandas untuk masukkan tudung dalam baju.


"sekarang tinggal awak sorang je. apa masalah awak?"


aku tunduk sedikit,
"saya tak boleh"




"eh, saya suruh orang lain semua masukkan dalam baju, 
awak saya benarkan macam tu je, adil ke macam tu??"
beberapa suara cakap 'tak adil'




"patut ke saya bagi awak lepas sedangkan orang lain kena ikut?"


teman-teman seprogram aku jerit
"patuuuut"


"ada jugak orang yang cakap patuttt???"




waktu tu aku rasa macam 1 dunia tengah oppose aku.




"awak nak apa lagi? saya dah banyak sangat berlembut dengan awak. awak minta nak pakai kain saya bagi. nak itu saya bagi. senior-senior awak tak pernah ada macam ni tau. tak pernah buat masalah macam awak. yang pakai tudung labuh pun masukkan tudung dalam baju tau. apa masalah awak? lain la kalau saya suruh awak bukak tudung ke apa"
dia cakap pakai haler.




aku masih diam macam tunggul kayu. tak nak berganjak. buntu, tak tau macamana nak terangkan kat dia yang aku memang tak mahu buat begitu.




aku bergerak ke hadapannya.


"puan, kalau puan nak denda apa-apa, bagi, biar saya buat, tapi saya tak boleh masukkan tudung"
suara aku dah bertukar bunyi sikit.




dia pandang aku. tak sangka aku jadi manusia degil hari itu.




"awak nampak dato' kasman tu? kalau awak berani pergi la mintak izin dia."




aku pusing hendak menuju dato' kasman. waktu tu jugak air mata bergenang macam empangan nak pecah. kenapa mereka nak menentang aku, Allah bukannya perintahkan perkara ini pada aku seorang. aku bukannya menangis sebab takut diherdik manusia, bukan takut nak kena jumpa dato' kasman, bukan takut sebab aku sorang-sorang. tapi tak taulah di-pressure oleh keadaan agaknya. tengah mood hati lembut. mungkin jugak sebab aku cuba treat semua orang dengan kasih sayang, termasuklah OC tu sendiri. sebak sedih marah malu kesian semua ada.


aku jumpa dato' kasman konon nak mintak cara professional.


aku senyum,
"assalamualaikum dato'..."


tak sempat sambung ayat lagi empangan air mata pecah sebab terlebih kapasiti agaknya. 


"eh kenapa ni?"


"saya.." tak boleh sambung ayat sampai terpaksa cakap
"sorry, 2 min"


ada jugak orang mintak 2 minit untuk nangis. aku dok tahan air mata guna tudung. apahal la hang ni diyana, dok nangis depan laki. nasib baik pangkat bapak orang.


tahan punya tahan..


"dato'..saya nak minta izin...boleh tak saya tak nak masukkan tudung dalam baju"
cakap tersekat-sekat sambil air mata mengalir lagi. cengeng.


"kenapa.. awak ada masalah ke" 
lembut je dia tanya, mesti dia pun rasa bersalah sebab perempuan ni tiba-tiba datang nangis depan dia. tangisan itu senjata. eh aku tak salah guna kuasa la, bukannya aku sengaja.




aku diam, angguk.




"hmm.. oklah.. takpe2"


mungkin itu hikmah Allah takdirkan aku nangis.


"terima kasih dato' "


lepas tu aku pergi sambung drama air mata lagi. apa kejadahnya hang ni Diyana. aku still tak berganjak dari depan dato' sebab air mata tengah mengalir lagi. beberapa saat lepas tu baru boleh balik kepada rakan-rakan yang sedang beratur. hidung merah mata merah. nasib baik memang spesis muka tebal. tu pun masih ada sisa air mata mengalir lagi degil tak mau stop. makhluk cengeng mana la hang ni diyana oi.




pengarah disiplin tu tanya aku apa dato' cakap, 
bila aku kata dato' izinkan dia diam, angguk.




aku tak sangka baru minggu orientasi aku dah jadi manusia degil. macam protes apa je berdiri paling centre paling depan tapi degil. moga Allah kuatkan. moga Allah kuatkan.




aku tau aku tak sendirian. kalau dicampur seluruh makhluk Allah di langit dan di bumi, golongan yang ingkar hanya minoriti.time AUTing tadi tadabbur surah al-Hadid. "apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi bertasbih kepada Allah" aku tahu aku tak sendiri.






waktu tu aku yakin sangat-sangat dengan janji Allah,


walau seisi dunia sekalipun ingin datangkan mudharat kat kita, takda siapa boleh buat begitu kecuali Allah ingin medatangkan mudharat kepada kita. dan kalau seisi dunia ingin mendatangkan manfaat kepada kita, tapi Allah tak izinkan, tiada siapa berupaya mendatangkan manfaat ke atas kita.




p/s: kalau ikutkan, aku tak mahu cerita benda ni dekat public. melainkan aku harap ada ibrah yang aku kongsi bersama yang lain. ye, IBRAH ye. aku bukan hendak menagih simpati kalian, aku cuma tagih doa kalian. wallahu a'lam.


astaghfirullah, moga allah redha. moga Allah redha.

Wednesday, July 11, 2012

and that remarks the end

alhamdulillah berakhir sudah debat antara kampus-kampus unikl a.k.a debat piala presiden di unikl MICET, melaka. ye, panjang cerita debat dalam hidup aku. boleh kata tiap tahun lah mesti ada post debat uia tuh -,- ish, bosan, bosan..


aku ingat, cerita debat aku akan terkubur sebaik sahaja aku tinggalkan al-amin, tapi tak tahulah, Allah memanggil-manggil juga. ingat lagi awal2 dulu, bila kolej buat inter-program debate, aku awal-awal dah pandang sebelah mata dan tak ambing pusing langsung, aku tak nak pun orang tau kaitan aku dan debat. lagilah pulak debat inggeghis. jadi aku biarkan prog-mates aku lah masuk.

nak jadi cerita, bila diorang tengah debate pun aku membatu je tak pergi tengok pun. tapi tiba-tiba ada second match sorang debater tu sakit perut lah pulak. dah la diorang bagi tau setengah jam sebelum, main tolak-tolak je last-last aku yang kena. sampai-sampai, dah start kuarantin dah pun. 

waktu tu rasa macam tengah bunuh diri pun ada, diyana dan debat inggeghisss??

tidak pernah terlintas dek akal. nasib baik kitorang selalu tengok team english al-amin, time dolu2. bantai je la. 1st speaker pulak tu? sungguh buang tebiat.

aku waktu tu, cuma mohon pertolongan Allah sajaa, buat muka tembok, dan bedal je. alhamdulillah, Allah bagi rezeki menang. pastu dan-dan diorang suruh masuk je terus, bila sorang tu tak nak lawan lah pulak ke apa tah. sampaila final. 

pastu dari tu la madam pilih untuk wakil kmkn...

7-9 julai hari tu berpergianlah kami ke MICET untuk debate yang tersebut. ni pun rasa macam bunuh diri jugak. praktis sepatah haram pun takde. sorang teammate kitorang last minute tak dapat join. terasa tempang sekejap. dapat berita time tu, cepat-cepat aku paksa diri aku untuk tak down. ini mesti dalam susunan Allah, mesti.

1st match, kitorang reform position team, aku jadi 3rd. junior aku jadi 1st. kitorang takde reserved. dan ditakdirkan Allah kitorang 'kalah selesa'. hurm, tak sangka kalah pun ada selesa.

lepas tu aku nampak teammate aku down. 

aku cuma mahu syukur, dan terus doa. walau apa pun yg Dia beri, aku tidak mahu putus asa dari terus berdoa.

nak jadi cerita menarik sikit, KMKN ada 2 team. team 1 lagi, team junior kitorang la. 4-4 memang debater, jadi sorang tu request nak masuk team kitorang sebab dia tak suka jadi reserved. lepas tu reform balik team, aku jadi 1st balik, junior aku jadi 3rd.

alhamdulillah the next day 2 match first menang margin besar. dan match terakhir, humor, entahlah, susah nak digambarkan. berbelit tunggang terbalik, tak paham apa suma ada. nampakla macam tak puas debate sebab tak dapat fight sebab tak dapat capture konsep bila prime minister cakap. semua macam rasa confirm kalah waktu tu. walaupun kakak time keeper kata "rasanya korang menang". kitorang macam buat tak percaya je. waktu tu silent round.

teammates aku semua macam rasa confirm kalah, kalau kalah maknanya tak dapat break sebab menang 2 je out of 4. pastu esoknya bila nak umum keputusan selamba je diorang pakai t-shirt macam nak pegi berkebun eh over. tapi memang sukahati mak nenek je la. nasib baik debate english memang sedia maklum dengan ke-sempoi-annya. sekali kitorang menang selesa lagi alhamdulillah. then, rank overall KMKN1 no 2. margin paling tinggi. and KMKN2 rank 4. alhamdulillah dua-dua dapat break masuk quarter. 

time quarter jumpa IPROM, alhamdulillah menang pastu jumpa MICET time semi. dengan MICET la kitorang kalah time 1st round tu. alhamdulillah kali ni menang so proceed ke final. tak sempat lunch ._. KMKN2 kalah time quarter dengan team RCMP, yang kitorang jumpa time final.

alhamdulillah final kitorang menang tipis yang teramat sangat. juri 6-3.

alhamdulillah rezeki dari Dia.


and that remarks the end of debating history in my life, alhamdulillah.

rasa lain debat tanpa team all-girls aku. takda huda.


macam-macam debat buat pada aku. dia mengajar aku jadi rasional dan berfokus. dia biar aku merasa berada di bawah tekanan, merasa macam-macam jenis perasaan sepanjang perjalanan itu, ketawa, menangis, terkejut. dia ajar aku untuk belajar menerima dan memberi. dia ubah cara aku berfikir, bercakap, bertindak dan cara aku memandang kehidupan ini.  alhamdulillah.

Thank you Allah,
for allowing debate to stop by in diyana's life.

Monday, June 11, 2012

beban dan tangan

"ke mana-mana pun antum pergi, pastikan antum dulu yang jadi benih, 
jangan tunggu orang lain jadi benih!"


terngiang-ngiang suara murabbiku dahulu, sebelum aku melangkah ke IPT


sebelum masuk KMKN dulu, aku pernah doa kat Allah supaya Dia kekalkan aku di atas tarbiah ini. jadikan aku tangan yang mengubah. izinkan aku menggerakkan tarbiah di bumi itu. pilih aku untuk menggerakkannya, pilihlah aku!

ya kerana orang yang terpilih sahaja yang berada di atas jalan ini.

dengan izinNya jua, sem 2 Allah amanahkan jawatan vice-pres JTAI (jana taqwa amal islami) - kalau kat Al-Amin, dia sama macam andalus laa. waktu aku diberi amanah tu..

aku rasa nak pandang ke bawah je.

aku malu, kepimpinan aku masih lemah. Allah beri lagi amanah

dulu aku pohoh pada Allah supaya pilih aku jadi insan yang memimpin perubahan di KMKN. aku mahu sumbang tenaga, keringat dan kudrat untuk tugas ini, aku tak mahu jawatan! tapi Allah beri jawatan ini. 

puas aku rasa seperti mahu menolak, semahu-mahunya.

tiap kali itu juga aku ingatkan diri aku. jawatan itu bukan sebab kawan-kawan pilih aku, bukan sebab ustazah pilih aku, bukan jugak sebab aku pilih sendiri. tapi Dia yang pilih. 

Dia lebih tahu kelemahanku.

mungkin kalau tiada nama amanah itu, komitmen aku akan berkurang.


aku ada sebut pada teman JTAI yang lain,
aku rasa aku tak layak, aku tak mampu, aku tak.. tak.. ah segala2nya


"di, awak bukan sorang, awak ada kitorang"

T_T



Allah hadirkan sahabat seperjuangan.


Dia beri amanah, Dia juga hadirkan tenaga untuk itu.

Alhamdulillah, aku bersyukur, batch aku, aku jumpa ramai yang berkefahaman, ramai yang komited. sebab Allah tau, aku tak cukup kuat untuk berdiri seorang. 

dalam JTAI, aku sorang ambik engineering. selebihnya medic. agak normal lah juga, budak medic lebih ramai dalam benda-benda gini, usrah pun 80% medic (sebab mereka ramai perempuan kot eh apa kaitan). time degree nanti budak medic suma ke RCMP insyaAllah. budak engine ke unikl lain.

subhanallah, i guess you know how i'd feel right?

mereka sangat supportive. banyak sangat urusan aku dipermudahkan Allah dengan komitmen, semangat dan peranan yang mereka sumbangkan. bahkan ada kala terasa ingin futur, semangat mereka beri aku kekuatan untuk terus bergerak. keahlian JTAI, aku memang bukak kepada sesiapa yang nak, aku tak nak pilih2. aku nak mereka yang sememangnya mahu.

memang Allah hadirkan manusia yang mahu di sisiku. mereka tak berkira bila buat kerja lebih. mereka tak merungut diberi tugas. mereka tak menyebut-nyebut walau terpaksa berjaga pernah sampai pukul 3 pagi buat kerja sedang orang lain nyenyak tidur.

kita kan yakin,

"jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolong kamu" ?
(muhammad: 7)

janji Dia pasti.

benar, aku sungguh bertuah dengan kehadiran mereka. aku bertuah mengenali mereka. aku bertuah dikelilingi mereka. indahnya berkenalan di atas jalan ini. sahabat-sahabat, semua sahabat bakal RCMP, degree nanti, pastikan antum terus di atas jalan ini. jalan ini tersangat jauh lagi. kita baru di permulaan. jangan tinggalkan, warnai RCMP pula tau! dekat sana peluangnya dah tersangat-sangat cerah, tinggal korang je untuk melangkah. selamat melangkah! lepas ni, kita dah tak jumpa setiap hari, moga kita sama-sama berhubung dalam doa antara 1 sama lain insyaAllah. :')

jauh dalam hati, aku nak juga teman sepelajaran-sebilik-sekuliah bersama-sama dengan aku dalam tugas-tugas ini :) alhamdulillah, mesti ada sebabnya, dalam proses insyaAllah -> mungkin ada salah aku di mana-mana juga, aku takkan pernah berhenti berusaha insyaAllah. aku nak bawak teman-teman engine yang aku sayang bersama-sama ke arah ini juga insyaAllah :)

aku harap sahabat-sahabat aku di al-amin juga menjadi tangan-tangan yang bertebaran di muka bumi untuk mengubah dunia insyaAllah *eh eh post pasal KMKN nak juga sebut pasal roses. mestilaa, jantung hati !


sama-sama memburu Jannah!



Friday, June 8, 2012

a huge debt I can never repay


It was the day I was born
When there’s this one man
Holding me so gently I never met,
a man more gentleman than he is

So heart-soothing his voice is
Whispering the beautiful adzaan to my ears
So calm his face is
All my fears walk away
So gentle his touch is
I feel safe in his warm arms

The days afterwards were bliss in my life
Seeing danger in front of me is his uppermost fear
Knowing the pain in my heart is his anxiety
Watching the tears from my eyes is just another illness he can’t bear with
Hearing a suspicious knock on the window
Is just enough to make him stay awake all night long

He introduced me to Ar-Rahmaan
To live serving and worshiping Him
He told me about Muhammad
Whom his steps are what we’re following
He taught me how to read the Qur’aan
A magic book from which I can hear Allah’s lovely message to me
He demonstrated the true meaning of giving
Giving abundantly, without hoping anything in return

He defines hubb
Not through sweet words that melt women’s heart
But through actions that are seldom noticed
He reveals sobr
Not through tears and complaints
But through silence and smile in the midst of tenseness
He promotes ihsan
Not from counted numbers of donation
But through unmentioned sadaqah from his hidden hands

He’s not a man born on a bed full of rose
Yet was taught to walk through a path decorated with thorns and prickles
A strong and manful one he grew up to be
A man from whom I learn what determination is 

His anger was never spilled
Except accompanied by countless of unseen hikmah
And plenteous hope that I will grow up to be a gem
A gem that will shine for the ummah

For accompanying me with a guardian
For showing another example for me to follow
For making this life meaningful with his presence
I’m in a huge debt with You, Allah. 



I know I would never be able to repay it.



alhamdulillah.
1143 070612
inspirasi dari tragedi