Friday, July 27, 2012
degil cengeng
"saya nak semua orang masukkan tudung dalam baju"
kuat suara pengarah disiplin di haler. walaupun gaya dia cakap macam umum, aku tau ayat itu ditujukan kepada aku.
OC (orientation committee) tu ulang lagi ayat sama.
aku kumpulan ke 12 dari 23 kumpulan. penolong kumpulan. jadi mestila aku berdiri centre, paling depan. apa yang aku buat pun wajiblah obvious. dia sedar aku membatu, terus dia kalih ke arah aku.
"diyana, saya kata masukkan tudung ke dalam baju"
aku masih membatu, hanya mataku yang tepat memandang ke arahnya.
"awak ada masalah ke?"
perlahan aku angguk.
"ye, saya tak boleh masukkan"
"saya kata semua orang masukkan tudung ke dalam baju"
suara makin tegas.
kalau sebelum tu, ada beberapa orang yang tidak masukkan tudung ke dalam baju, sekarang seorang demi seorang pergi ke tandas untuk masukkan tudung dalam baju.
"sekarang tinggal awak sorang je. apa masalah awak?"
aku tunduk sedikit,
"saya tak boleh"
"eh, saya suruh orang lain semua masukkan dalam baju,
awak saya benarkan macam tu je, adil ke macam tu??"
beberapa suara cakap 'tak adil'
"patut ke saya bagi awak lepas sedangkan orang lain kena ikut?"
teman-teman seprogram aku jerit
"patuuuut"
"ada jugak orang yang cakap patuttt???"
waktu tu aku rasa macam 1 dunia tengah oppose aku.
"awak nak apa lagi? saya dah banyak sangat berlembut dengan awak. awak minta nak pakai kain saya bagi. nak itu saya bagi. senior-senior awak tak pernah ada macam ni tau. tak pernah buat masalah macam awak. yang pakai tudung labuh pun masukkan tudung dalam baju tau. apa masalah awak? lain la kalau saya suruh awak bukak tudung ke apa"
dia cakap pakai haler.
aku masih diam macam tunggul kayu. tak nak berganjak. buntu, tak tau macamana nak terangkan kat dia yang aku memang tak mahu buat begitu.
aku bergerak ke hadapannya.
"puan, kalau puan nak denda apa-apa, bagi, biar saya buat, tapi saya tak boleh masukkan tudung"
suara aku dah bertukar bunyi sikit.
dia pandang aku. tak sangka aku jadi manusia degil hari itu.
"awak nampak dato' kasman tu? kalau awak berani pergi la mintak izin dia."
aku pusing hendak menuju dato' kasman. waktu tu jugak air mata bergenang macam empangan nak pecah. kenapa mereka nak menentang aku, Allah bukannya perintahkan perkara ini pada aku seorang. aku bukannya menangis sebab takut diherdik manusia, bukan takut nak kena jumpa dato' kasman, bukan takut sebab aku sorang-sorang. tapi tak taulah di-pressure oleh keadaan agaknya. tengah mood hati lembut. mungkin jugak sebab aku cuba treat semua orang dengan kasih sayang, termasuklah OC tu sendiri. sebak sedih marah malu kesian semua ada.
aku jumpa dato' kasman konon nak mintak cara professional.
aku senyum,
"assalamualaikum dato'..."
tak sempat sambung ayat lagi empangan air mata pecah sebab terlebih kapasiti agaknya.
"eh kenapa ni?"
"saya.." tak boleh sambung ayat sampai terpaksa cakap
"sorry, 2 min"
ada jugak orang mintak 2 minit untuk nangis. aku dok tahan air mata guna tudung. apahal la hang ni diyana, dok nangis depan laki. nasib baik pangkat bapak orang.
tahan punya tahan..
"dato'..saya nak minta izin...boleh tak saya tak nak masukkan tudung dalam baju"
cakap tersekat-sekat sambil air mata mengalir lagi. cengeng.
"kenapa.. awak ada masalah ke"
lembut je dia tanya, mesti dia pun rasa bersalah sebab perempuan ni tiba-tiba datang nangis depan dia. tangisan itu senjata. eh aku tak salah guna kuasa la, bukannya aku sengaja.
aku diam, angguk.
"hmm.. oklah.. takpe2"
mungkin itu hikmah Allah takdirkan aku nangis.
"terima kasih dato' "
lepas tu aku pergi sambung drama air mata lagi. apa kejadahnya hang ni Diyana. aku still tak berganjak dari depan dato' sebab air mata tengah mengalir lagi. beberapa saat lepas tu baru boleh balik kepada rakan-rakan yang sedang beratur. hidung merah mata merah. nasib baik memang spesis muka tebal. tu pun masih ada sisa air mata mengalir lagi degil tak mau stop. makhluk cengeng mana la hang ni diyana oi.
pengarah disiplin tu tanya aku apa dato' cakap,
bila aku kata dato' izinkan dia diam, angguk.
aku tak sangka baru minggu orientasi aku dah jadi manusia degil. macam protes apa je berdiri paling centre paling depan tapi degil. moga Allah kuatkan. moga Allah kuatkan.
aku tau aku tak sendirian. kalau dicampur seluruh makhluk Allah di langit dan di bumi, golongan yang ingkar hanya minoriti.time AUTing tadi tadabbur surah al-Hadid. "apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi bertasbih kepada Allah" aku tahu aku tak sendiri.
waktu tu aku yakin sangat-sangat dengan janji Allah,
walau seisi dunia sekalipun ingin datangkan mudharat kat kita, takda siapa boleh buat begitu kecuali Allah ingin medatangkan mudharat kepada kita. dan kalau seisi dunia ingin mendatangkan manfaat kepada kita, tapi Allah tak izinkan, tiada siapa berupaya mendatangkan manfaat ke atas kita.
p/s: kalau ikutkan, aku tak mahu cerita benda ni dekat public. melainkan aku harap ada ibrah yang aku kongsi bersama yang lain. ye, IBRAH ye. aku bukan hendak menagih simpati kalian, aku cuma tagih doa kalian. wallahu a'lam.
astaghfirullah, moga allah redha. moga Allah redha.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
be strong didy!
Allah ma'aki :)
jazakillah syee, saling doa! ;)
didi kuat didi kuat :)
rindu nt huu.
salam diyana, lama tak komen sini kan... sedih kita baca post ni. hampir sama macam kite jugak... be tough.. Allah sentiasa ada kan, Allah mesti tolong...
Walau seisi dunia lakukan perkara tu, kalau salah, tetap salah.
kuatkan diri kak diyana! :)
takpa,Allah sayang kak diyana,sbb tu Allah bg ujian sebegitu pada kak diyana...;)
remember,Allah always with you :)
diyana, masyaAllah! kte sgt bangga dgn awak diyana, awk jgn risau, u're in the right track.
go make them shut their mouth, erk.
jgn pernah ringankan stand awk diyana, kami slalu doakan awk. :)
didi, akak taw didi kuat. just express out.
didi. stay strong ! :) insya Allah. doa kami mengiringi didi kat sana. proud of you. didi penah cakap kan. tegakkan islam dalam dirimu, nescaya Islam akan teregak di sekelilingmu <3
assalamualaikum, sorry hari tu blogger mereng sikit tak boleh log in. padahal dah type dah comment.
jazakunnallah semua, atey, balqis, min, mushi, k.nisa, mirah. syukran for the support. let's pray hard, that Allah grant us with thabat and istiqamah, till our last breath. allahumma ameen.
Post a Comment