aku ingat, cerita debat aku akan terkubur sebaik sahaja aku tinggalkan al-amin, tapi tak tahulah, Allah memanggil-manggil juga. ingat lagi awal2 dulu, bila kolej buat inter-program debate, aku awal-awal dah pandang sebelah mata dan tak ambing pusing langsung, aku tak nak pun orang tau kaitan aku dan debat. lagilah pulak debat inggeghis. jadi aku biarkan prog-mates aku lah masuk.
nak jadi cerita, bila diorang tengah debate pun aku membatu je tak pergi tengok pun. tapi tiba-tiba ada second match sorang debater tu sakit perut lah pulak. dah la diorang bagi tau setengah jam sebelum, main tolak-tolak je last-last aku yang kena. sampai-sampai, dah start kuarantin dah pun.
waktu tu rasa macam tengah bunuh diri pun ada, diyana dan debat inggeghisss??
tidak pernah terlintas dek akal. nasib baik kitorang selalu tengok team english al-amin, time dolu2. bantai je la. 1st speaker pulak tu? sungguh buang tebiat.
aku waktu tu, cuma mohon pertolongan Allah sajaa, buat muka tembok, dan bedal je. alhamdulillah, Allah bagi rezeki menang. pastu dan-dan diorang suruh masuk je terus, bila sorang tu tak nak lawan lah pulak ke apa tah. sampaila final.
pastu dari tu la madam pilih untuk wakil kmkn...
7-9 julai hari tu berpergianlah kami ke MICET untuk debate yang tersebut. ni pun rasa macam bunuh diri jugak. praktis sepatah haram pun takde. sorang teammate kitorang last minute tak dapat join. terasa tempang sekejap. dapat berita time tu, cepat-cepat aku paksa diri aku untuk tak down. ini mesti dalam susunan Allah, mesti.
1st match, kitorang reform position team, aku jadi 3rd. junior aku jadi 1st. kitorang takde reserved. dan ditakdirkan Allah kitorang 'kalah selesa'. hurm, tak sangka kalah pun ada selesa.
lepas tu aku nampak teammate aku down.
aku cuma mahu syukur, dan terus doa. walau apa pun yg Dia beri, aku tidak mahu putus asa dari terus berdoa.
nak jadi cerita menarik sikit, KMKN ada 2 team. team 1 lagi, team junior kitorang la. 4-4 memang debater, jadi sorang tu request nak masuk team kitorang sebab dia tak suka jadi reserved. lepas tu reform balik team, aku jadi 1st balik, junior aku jadi 3rd.
alhamdulillah the next day 2 match first menang margin besar. dan match terakhir, humor, entahlah, susah nak digambarkan. berbelit tunggang terbalik, tak paham apa suma ada. nampakla macam tak puas debate sebab tak dapat fight sebab tak dapat capture konsep bila prime minister cakap. semua macam rasa confirm kalah waktu tu. walaupun kakak time keeper kata "rasanya korang menang". kitorang macam buat tak percaya je. waktu tu silent round.
teammates aku semua macam rasa confirm kalah, kalau kalah maknanya tak dapat break sebab menang 2 je out of 4. pastu esoknya bila nak umum keputusan selamba je diorang pakai t-shirt macam nak pegi berkebun eh over. tapi memang sukahati mak nenek je la. nasib baik debate english memang sedia maklum dengan ke-sempoi-annya. sekali kitorang menang selesa lagi alhamdulillah. then, rank overall KMKN1 no 2. margin paling tinggi. and KMKN2 rank 4. alhamdulillah dua-dua dapat break masuk quarter.
time quarter jumpa IPROM, alhamdulillah menang pastu jumpa MICET time semi. dengan MICET la kitorang kalah time 1st round tu. alhamdulillah kali ni menang so proceed ke final. tak sempat lunch ._. KMKN2 kalah time quarter dengan team RCMP, yang kitorang jumpa time final.
alhamdulillah final kitorang menang tipis yang teramat sangat. juri 6-3.
alhamdulillah rezeki dari Dia.
and that remarks the end of debating history in my life, alhamdulillah.
rasa lain debat tanpa team all-girls aku. takda huda.
macam-macam debat buat pada aku. dia mengajar aku jadi rasional dan berfokus. dia biar aku merasa berada di bawah tekanan, merasa macam-macam jenis perasaan sepanjang perjalanan itu, ketawa, menangis, terkejut. dia ajar aku untuk belajar menerima dan memberi. dia ubah cara aku berfikir, bercakap, bertindak dan cara aku memandang kehidupan ini. alhamdulillah.
Thank you Allah,
for allowing debate to stop by in diyana's life.
2 comments:
mengajar menjadi rasional konon..setakat rasional utk diri sendiri boleh lah..lapuk la.. u memang suka berbangga diri kan? astagfirullah
alhamdulillah, terima kasih :)
Post a Comment