"ke mana-mana pun antum pergi, pastikan antum dulu yang jadi benih,
jangan tunggu orang lain jadi benih!"
terngiang-ngiang suara murabbiku dahulu, sebelum aku melangkah ke IPT
ya kerana orang yang terpilih sahaja yang berada di atas jalan ini.
dengan izinNya jua, sem 2 Allah amanahkan jawatan vice-pres JTAI (jana taqwa amal islami) - kalau kat Al-Amin, dia sama macam andalus laa. waktu aku diberi amanah tu..
aku rasa nak pandang ke bawah je.
aku malu, kepimpinan aku masih lemah. Allah beri lagi amanah
dulu aku pohoh pada Allah supaya pilih aku jadi insan yang memimpin perubahan di KMKN. aku mahu sumbang tenaga, keringat dan kudrat untuk tugas ini, aku tak mahu jawatan! tapi Allah beri jawatan ini.
puas aku rasa seperti mahu menolak, semahu-mahunya.
tiap kali itu juga aku ingatkan diri aku. jawatan itu bukan sebab kawan-kawan pilih aku, bukan sebab ustazah pilih aku, bukan jugak sebab aku pilih sendiri. tapi Dia yang pilih.
Dia lebih tahu kelemahanku.
mungkin kalau tiada nama amanah itu, komitmen aku akan berkurang.
aku ada sebut pada teman JTAI yang lain,
aku rasa aku tak layak, aku tak mampu, aku tak.. tak.. ah segala2nya
"di, awak bukan sorang, awak ada kitorang"
T_T
Allah hadirkan sahabat seperjuangan.
Dia beri amanah, Dia juga hadirkan tenaga untuk itu.
Alhamdulillah, aku bersyukur, batch aku, aku jumpa ramai yang berkefahaman, ramai yang komited. sebab Allah tau, aku tak cukup kuat untuk berdiri seorang.
dalam JTAI, aku sorang ambik engineering. selebihnya medic. agak normal lah juga, budak medic lebih ramai dalam benda-benda gini, usrah pun 80% medic (sebab mereka ramai perempuan kot eh apa kaitan). time degree nanti budak medic suma ke RCMP insyaAllah. budak engine ke unikl lain.
subhanallah, i guess you know how i'd feel right?
mereka sangat supportive. banyak sangat urusan aku dipermudahkan Allah dengan komitmen, semangat dan peranan yang mereka sumbangkan. bahkan ada kala terasa ingin futur, semangat mereka beri aku kekuatan untuk terus bergerak. keahlian JTAI, aku memang bukak kepada sesiapa yang nak, aku tak nak pilih2. aku nak mereka yang sememangnya mahu.
memang Allah hadirkan manusia yang mahu di sisiku. mereka tak berkira bila buat kerja lebih. mereka tak merungut diberi tugas. mereka tak menyebut-nyebut walau terpaksa berjaga pernah sampai pukul 3 pagi buat kerja sedang orang lain nyenyak tidur.
kita kan yakin,
"jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolong kamu" ?
(muhammad: 7)
janji Dia pasti.
benar, aku sungguh bertuah dengan kehadiran mereka. aku bertuah mengenali mereka. aku bertuah dikelilingi mereka. indahnya berkenalan di atas jalan ini. sahabat-sahabat, semua sahabat bakal RCMP, degree nanti, pastikan antum terus di atas jalan ini. jalan ini tersangat jauh lagi. kita baru di permulaan. jangan tinggalkan, warnai RCMP pula tau! dekat sana peluangnya dah tersangat-sangat cerah, tinggal korang je untuk melangkah. selamat melangkah! lepas ni, kita dah tak jumpa setiap hari, moga kita sama-sama berhubung dalam doa antara 1 sama lain insyaAllah. :')
jauh dalam hati, aku nak juga teman sepelajaran-sebilik-sekuliah bersama-sama dengan aku dalam tugas-tugas ini :) alhamdulillah, mesti ada sebabnya, dalam proses insyaAllah -> mungkin ada salah aku di mana-mana juga, aku takkan pernah berhenti berusaha insyaAllah. aku nak bawak teman-teman engine yang aku sayang bersama-sama ke arah ini juga insyaAllah :)
aku harap sahabat-sahabat aku di al-amin juga menjadi tangan-tangan yang bertebaran di muka bumi untuk mengubah dunia insyaAllah *eh eh post pasal KMKN nak juga sebut pasal roses. mestilaa, jantung hati !
sama-sama memburu Jannah!
6 comments:
Assalamualaikum..maaf sekiranya komen ana ini bisa buat enti berkecil hati tapi sebagai sahabat seislam, teguran seharusnya di berikan, ana dapati byk entri2 enti lebih bersifat 'bangga', seharusnya eloklah berendah diri..apa yang ana nak smpaikan adlh ringkas tapi penuh 'makna' jadi ana harap enti memahami.. takut akan menjadi riak di masa akan dtg.
didi. kite rindu awak. kite rindu nak dengar pengisian dari awak. rindu nak borak dengan awak. doakan kite terus kuat atas jalan ni. insha-Allah, kalau ada rezeki, dgn izin-Dia, kita jumpa lagi ek. :) lots of love.
insan terpilih
waalaikumussalam.. alhamdulillah, ana tak kecil hati, terima kasih menegur. ana takda niat nak bangga pun, kalau nt boleh bg cth part mana 1 pun mungkin lg clear? btw, apa2 lagi yang lain yg nt nampak, mohon tegur lagi. t.kasih.
cik amirah
:') miraaaaaah, kita mesti rindu nak lepak ngan awak kt bilik mushi haha. insyaAllaaah, kita jumpa lagiii!
erk. tak nampak pun unsur-unsur bangga.
mungkin insan terpilih belum merasai memegang tanggungjawab besar kot.
atau mungkin insan terpilih sendiri yang membaca post ini dengan menggunakan nada 'bangga'. :p
jzkk for this post.
terasa yang diri ni kurang memohon kekuatan daripadaNya apabila Dia memberikan amanah kepada kita.
sungguh, diri ni sangat lemah.
alhamdulillah terima kasih singgah. tak mengapa, ana hormati pandangan semua. ana percaya beliau juga ada pengalaman sendiri memegang tanggungjawab. terima kasih insan terpilih atas pandangan beliau, terima kasih juga anonymous atas pandangan anda.
Salam ziarah dari the pencil. Moga setiap aksara menjadi saksi atas usaha kita. Lebarkan sayap DnT seluas-luasnya. Selamat menulis dan memberi!
Post a Comment