Bismillahirrahmanirrahim.
Hati terpanggil nak meluah tentang dua perkara besar.
#1 Oppa Gangnam Style
Pertama kali dengar perkataan ini daripada teman
sepelajaran. Katanya budak lelaki bising sibuk-sibuk pasal perkataan tu. Katanya
lagi, sekarang sudah menjadi viral di Youtube. Amende? Akur. Aku buka. apa
jenis video yang sampai ratus juta viewer ni.
Dan dari awal. Saat mata menonton video ni. Dahi berkerut.
Dada rasa sempit.
Inikah makanan umat hari ini?
Lagi aku sedih bila dapat tau junior-junior turut
menggilai lagu itu.
Rosak. Runtuh. Hancur.
nah, link ini mungkin sesuai untuk bercerita lebih lanjut. *mengelat. escapisme
nah, link ini mungkin sesuai untuk bercerita lebih lanjut. *mengelat. escapisme
#2 The Innocence
of Muslims
Sebenarnya baru lepas bedtime story dengan arif - pasal Rasulullah. Aku tanya dia, dapat bayang tak agak-agak macamana ya, kalau hidup hari ini tanpa menerima Islam? dapat bayang tak?
entah pekat dan hina mana agaknya taraf jahiliah kita. entah rendah dan murah mana wanita diperlakukan. entah hilang terus kah perikemanusiaan di atas muka bumi ni. entah tak terarah yang bagaimana kita. buat baik tak tau sebab apa. tak kenal Allah. tak kenal Rasulullah. hari ni tak baca qur'an sehari pun dah porak peranda boleh bikin stres.
takde makna apa-apa!
betapa kita terhutang budi pada baginda atas nikmat Islam dan Iman yang tak terganti ni. kerana darah yang berkocak dalam kasut baginda, kerana gigi baginda yang patah, kerana batu-batu yang berlaga menahan lapar di perut baginda, kerana setiap air mata dan keringat baginda yang mengalir - nikmat itu kita genggam.
Aku cerita tentang bagaimana kali pertama baginda menyampaikan Islam kepada penduduk Makkah di Ta’if. Yang turut menyaksikan penentangan yang dahsyat dari kaumnya.

"kita dahulu merupakan bangsa yang hina. kemudian Allah memuliakan kita dengan Islam. maka barangsiapa yang mencari kemuliaan selain daripada Islam, dialah bangsa yang hina"
-umar al-khatab
takde makna apa-apa!
betapa kita terhutang budi pada baginda atas nikmat Islam dan Iman yang tak terganti ni. kerana darah yang berkocak dalam kasut baginda, kerana gigi baginda yang patah, kerana batu-batu yang berlaga menahan lapar di perut baginda, kerana setiap air mata dan keringat baginda yang mengalir - nikmat itu kita genggam.
Aku cerita tentang bagaimana kali pertama baginda menyampaikan Islam kepada penduduk Makkah di Ta’if. Yang turut menyaksikan penentangan yang dahsyat dari kaumnya.
“untuk inikah engkau mengumpulkan kami semua?”
***
video itu
Jujurlah, siapa tak menggelegak hati tengok betapa hina sehina-hinanya manusia yang paling mulia itu diperlakukan. Aku tak dapat tahan air mataku daripada mengalir deras. Merintih semahu-mahunya. Terlalu sedih.

lipatan seerah dibuka satu persatu.
Pada zaman
hidupnya – ketika pertama kali ingin menyampaikan Islam secara
besar-besaran selepas 3 tahun berdakwah secara rahsia – setelah itu, setiap
kali baginda ingin membuka mulut menyampaikan risalah Allah – ketika baginda
sedang solat di hadapan ka’bah
Bahkan setelah
wafat baginda, bukan sekali dua. Teringat cerita di zaman nuruddin az-zanki
– cubaan 2 orang yahudi untuk menggali lubang yang menjadi terowong dari rumah
mereka hingga ke makam Rasulullah. Mereka menyamar menjadi orang alim dan
lubang itu ditutup dengan permaidani. Terowong tersebut sudah benar-benar dekat
dengan makam baginda, namun diilhamkan oleh Allah melalui mimpi sultan
nuruddin.
Masa kita. Tidak
lama dulu kita digemparkan dengan kartunis denmark yang melukis karikatur
baginda. Anda lihat kartun itu? tidak kurang juga nama baginda yang menjadi
corak di kasut untuk dipijak, dan di pakaian seksi model pada so called-Festival
Fesyen Islam itu?
Zaman berzaman. Usaha-usaha itu tidak akan pernah berhenti.
Akhirnya aku angguk pada kata-kata Nouman Ali Khan.
Walau apa pun yang mereka lakukan, mereka tak mampu
menghilangkan kemuliaan dan kesucian yang diberi Allah kepada baginda. ‘Ketinggian’
baginda tidak berkurang se-mikro, nano, pico, femto, ato-meter pun.
“nothing can hurt the prophet. Nothing can take away his
honour. It was given from the sky”
Benar. Baginda tidak ter-hina sebesar habuk pun
sebenarnya dengan apa jua yang cuba mereka lakukan.
Tapi yang terhina adalah kita.
#Apabila kita tak merasa apa-apa, tak senisitif
dengan apa yang terjadi pada baginda.
-tanda hati hilang rasa cinta pada baginda. Jangan Engkau izinkan Tuhan
#Apabila kita mencaci menyumpah orang yang menghina
itu.
-terlalu ramai yang bereaksi begini. Hingga pembunuhan US
ambassador itu?
penghinaan islam yang sebenar.
Nak citate kata-kata Nouma Ali Khan lagi,
Kalaulah dikira siapa yang paling patut marah akan
penghinaan Rasulullah, tentulah para sahibah adalah orangnya. Kerana merekalah yang paling besar
kecintaannya terhadap Rasulullah.
#Apabila dalam
kehidupan seharian, kita memandang remeh
sunnah baginda
-then why bother to be mad??
Sekarang.
Bergerak. Bergeraklah untuk menjadi sambungan rantaian
perjuangan baginda. Bergeraklah ke arah memperbaiki diri kita. Bergeraklah memikul
manhaj taghyir ini. Supaya dengan haruman yang kita sebarkan, mereka-mereka itu
akhirnya mengangguk. Mengakui kemuliaan baginda.
No comments:
Post a Comment