Sunday, September 28, 2008

ramadhan kareem


semoga sinar rahmat ke atas semua. . .
ana telah ditag oleh WARDAH dengan tag kasih sayang ini..
hope it's not too late for me to tag another 5..

mempersembahkan 5 insan bertuah sempena ramadhan ini insyaAllah,,

1. Cg Shikin
2. Cg Arasy
3. Khalilah Alhuda
4. Wardah
5. Saidatul Syazana

dah jadi bertuah, jangan lupa display dekat blog yea!
...and...tag another 5 to spread the beauty of our silaturrahim, insyaAllah.ameen

Friday, September 19, 2008

tiada wanita semulia dia

sengal. maksud aku sengal otot.
dahlah sebelah badan je yang sengal.
kenapa? sebelah badan je yang bekerja.
bekerja ape? dukung seorang budak bernama kamaliah.

saat aku menjejakkan kakiku ke lantai rumah.
tubuhku terasa senget sebelah.
mendokong kamaliah, anak kecil yang baru pandai merangkak. di surau tadi.
dibiarkan di bawah, nak jadi vakum, sedut semua benda.
letak atas riba, bosan pulak.
bila teman-teman lain ingin mendukung, cepat aja dia berpusing memelukku.
memang sengaja membuliku.

ah, nasib baik engkau comel.
karenah macam mana pun, tetap orang nak.
biarlah senyumanmu, menjadi penawar keletihanku,
walau kadang-kala pemilik senyuman itu mampu membuatkanku separuh gila.
bukan apa, bila nangis tidak henti, kehendaknya begitu cerewet..
itu belum campur berak, kencing lagi.
yang pasti, aku suka mandikan dia.

hmm,
baru 2 jam,
tubuhku seolah hilang langsung tenaga.

terkagum seketika,
terfikir ketabahan seorang wanita mulia yang mampu menangani semua itu.
ah, mulianya wanita itu,
wanita yang bergelar "ummi" dalam hidupku,
kemampuannya benar-benar luar biasa,
baru kini aku lalui apa yang dirasai,

sedangkan,
itulah yang beliau lalui,
sejak 20 tahun yang lampau,
bermula dari abangku,
beralih, satu demi satu anaknya,
hingga kini, yang ke7!
amanah ini bukan suatu yang mudah!
bahkan memerlukan naluri keibuan yang mendalam,

sungguh,
wanita itu benar-benar mulia,
selayaknya syurga berada di bawah tapak kakinya,
pengorbanannya terlalu banyak untukku,

sedangkan aku?
apakah yang pernah aku lakukan untuknya?

Monday, September 15, 2008

dari situlah aku

kelas terkotor. aduss~!
juara bertahan pulak tu.
padan muka kene denda cabut rumput.

macam-macam kekurangan yang menjadi punca.
penyapu takde.
duty roster jauh.

yg agak mengecewakan. kaum adam.

tak reti-reti nk padam papan putih.
kadang-kadang aku nmpk muka beberapa guru bertukar keruh bila lama tunggu takde sorang pon paham nak gi padam white board. kalaulah aku banin tika itu. memang sudah lama white board tu bersih. tapi, batasan auratku sebagai wanita menghalang. ada yang perlu aku jaga. aku pelik kenapa kaum lelaki yang berintelektual tinggi, berkeupayaan, tinggi pon tinggi.. tapi takde kesedaran. malang. kasihan.

tak reti buang sampah masuk tong.
longgok bawah meja. tabur sekitar meja. dengan bangganya. bila aku terpandang situasi begini dari jauh. tahan je sabar dalam hati. aneh pon ada. tak rimaskah mereka?
tapi bukan semua lelaki begitu. ada juga yang pembersih. alhamdulillah. tapi yang pengotoq tu. harap yang terlibat tu sedar. boleh je listkan nama. tapi siapalah aku. hanya menyerahkan kepada yang Esa, agar hidayah menerangi hati-hati mereka.

tong sampah pon tak reti nak clear.
bila tak clear. keje lain pon susah nak jalan. sebab last-last sume sampah nk masuk situ jugak. mulalah orang buang keliling tong sampah. itu yang cantik pemandangan.
.bagaimana hati-hati mereka bisa tegar melihat kekecewaan guru terhadap mereka.

bukan nak menuding jari pada orang lain.
aku pun bukan hundred percent innocent.
tapi itu memang dah terang-terang kenyataannya.
maaf kalau ada yang terasa, terhiris, tergores

* * *
cabut. cabut.
macam belukar mini pun ade rupa. pokok bunga keliling gelanggang.
lalang. rumput liar. bunga liar. cantik.
tapi bukan di situ tempatnya.

cabut lagi.
tangan dah kasar+kesat. kuku dah calar-calar
tapi bukan itu yang jadi masalah.
tanah melekat celah kuku.
takut air wudhu' tak rata.

tengah-tengah cabut.
ramai bising. kotor katanya.
kotor tanah.
...................................................

terdetik.
daripada kekotoran itulah asalnya diriku.
kekotoran yang dipandang jijik oleh semua.
ia tetap sebahagian dariku.
hinanya diri.
tapi masih berani berbuat dosa dan maksiat.
masih sombong, angkuh dengan tuhan.
masih tidak mahu tunduk padaNya.


tetapi Dia Yang Maha pemurah, pengasih.
tetap memberi rezeki kepada kita.
tetap mencurahkan cinta tulusNya.
tetap menyayangi kita.
ah, Dia memang Maha Mulia.

terdetik lagi.
tidak patut sebenarnya.
kita membelakangi Dia.

ampunilah hambaMu, Tuhan.

Sunday, September 14, 2008

aku dalam sehari

"eh, kenape makan biskut kamaliah???"
Ya Allah, budak ni, betul-betul menguji kesabaran.
~sesungguhnya aku sedang berpuasa~

* * * * * *

"na tumbuk bawang besar, bawang kecik, lepas tu potong sayur eh?"

aku menurut, tumbuk punya tumbuk. sempat jugak berair mata ni. haisy. tangan da kuning2 sebab bersihkan lesung yang sebelumnya ditumbuk kunyit. adoi. tak mau hilang pulak dia.
potong-potong.

"na, tembikai buat jus nak?" "up to you"

rupa-rupanya adikku dah order jus tembikai. ciss. sempat je die.
aku pon in charge jus. potong-potong tembikai, campur epal sikit, kasi rasa. habis blend.

nk pegi mandi. pegi bilik kakak. sekilas terpandang ruang tamu.
kamaliah dah perasan kehadiranku. bayi kecil itu segera merangkak-rangkak ke arahku dengan gaya merangkaknya yang pelik. macam labah-labah.
(ummi tgk spider-man masa mengandungkan dia. mungkin).

aku perlu cepat. ambil baju dan perlu segera ke bilik air. bila keluar dari bilik, terpandang lagi wajah kecil comel yang mengharap itu. sayu memandang.

ah, anak kecil. kamu memang sengaja menggodaku. hmm, yelah, yelah, kasi chancelah.
pasti dia kebosanan. adikku yang besar sedikit telah diamanahkan menjaganya. tapi, tengoklah, kamaliah seperti terbiar. dia, terlopong tengok shin can tu. aku rasa, kamaliah lagi comel dari shin can.huh. dah tu kene buli pulak dengan abang paling kecik dia. kena gigitla, dilangkahlah, cubit, tarik kaki, langgar, rampas mainan. haisy. takpe-takpe, nanti bila besar, gerenti tough.
terpaksalah kamaliah merantau memburu perhatian.

bila aku mendekati semakin laju langkah lututnya. pek! pek! senyuman manja tepamer di bibir itu.
ah, senyuman itu benar-benar memikat. tatkala aku suakan tangan, laju sahaja dia memanjat bahuku.

apa lagi, aku pon cium pipi putih dia. ee, geramnya budak nii.!
bawa dia jalan-jalan keliling rumah sendiri. main-main. pegi dapur. ha, ade bubur. lapar eh?
sambil tgk shin can, suap. ade sekali. aku terralit menonton kartun itu sehingga sudu yang berisi sedikit bubur hanya kaku di pegangan. alih-alih, kamaliah tarik suap sendiri.
adoiyai, pandai pulak budak ni. dah, kakaknya lambat sangat. haha.

aiseymen, dah lambat pulak. mandi tak lagi.
"mandi dah dekat maghrib tak elok, na"
"cikgu cakap tak"
"ustaz kata makruh"
hmm, cikgu pun cakap berpandukan kata-kata ustaz jugak.
haisy, macam mana ni?

arh, tak boleh jadi. kene mandi jugak. pagi tadi mandi awal.
kewangian dah expired. kene renew.
lagi-lagi, tolong abi bertukang buat kabinet dapur.
kemas-kemas tapak pertukangan abi.
memang kene mandi jugak.

* * * * * *

subhanallah, nikmatnya berbuka.

arif. . . belum sempat orang berbuka dah diteguknya secawan jus tembikai.

tengah sibuk-sibuk orang berbuka, kamaliah main-main bawah meja.
main-main kaki orang. pastu melekat kat kaki abi. sebijik rupa macam belangkas.

* * * * * *

maha suci Dia.
demikian sebahagian warna kehidupanku.
dihiasi telatah insan-insan di sekelilingku.

terima kasih, Tuhanku.
akan nikmat kebahagiaan kurniaanMu.

Friday, August 29, 2008

"lupa"

" manusia tidak akan sunyi dari lupa dan membuat kesalahan"

itu kalam dari tuhan. lantas, mengapa masih ada manusia yang mengeluh jika terlupa. kesal kerana fitrah yang dirasakan penuh mudharat itu. namun, keyakinan wajib ada. bahwa setiap sesuatu itu ada baik, ada juga buruk. itu satu kepastian.

beberapa kali kata-kata ini diluah kepada teman berhampiran. lupa itu satu nikmat.
benar. cuba renung dalam-dalam.

memang fitrahnye manusia, pasti mengalami tekanan dalam kehidupan seharian. masalah keluarga, kawan-kawan, homework, janji-janji yang belum terpatri, banyak lagi. dan Allah menganugerahi satu fitrah yang sangat halus dalam diri manusia. di sinilah kita lihat lupa itu sebagai satu anugerah. kerana minda manusia memang tidak memiliki keupayaan untuk menampung banyak perkara dalam satu-satu masa. maka tanpa anugerah yang satu ini, silap-silap haribulan, manusia boleh jadi gila.

hidup manusia juga tidak semuanya manis dan indah. pasti ada yang pahit. kelat juga kadang-kala. trauma misalnya. penawarnya bagaimana? bila ia hilang dari minda. bagaimana boleh hilang? dengan lupa! bukan trauma ja. kehilangan insan tersayang, kegagalan dalam hubungan dan lain-lain juga dapat dirawat dengan memadam ia dari memori kita. atau nama lainnya, LUPA. lupa-lupa pun, jadikan pengajaran untuk yang akan datang.

lupa ini juga sebenarnya antara simbolik kekerdilan manusia berbanding Yang Esa. satu kekurangan yang mengingatkan kita agar tidak berlaku sombong. dan bergantung pada DIA.

benar. elemen lupa ini satu fitrah. yang tidak dapat dielak oleh setiap manusia. sesempurna mana pun dia. tapi, jika ada yang menggunakannya sebagai alasan bila tidak melakukan apa yang diamanahkan. itu pemalas namanya. kerana manusia mampu menanganinya. kalau lupa, 'ingat'kanlah.

lantaran kelemahan yang memang tidak dapat dielak inilah, manusia perlukan peringatan. sebab itu, bila dengar tazkirah yang pernah didengar, jangan memalingkan hati-hatimu. kerana ia bertujuan mengingat semula. dan ini sedikit sebanyak turut menunjukkan manusia saling memerlukan antara satu sama lain. subhanallah, sehingga ke tahap itu telitinya perancangan DIA.

dalam kehidupan seharian pula. reminder sangat penting. nota-nota homework, tarikh-tarikh penting dan lain-lain.

bagi yang menghafaz Al-Qur'an pula, itu murajaah itu perlu. lantaran setiap sejam ingatan manusia akan mula pudar.

terima kasih buat yang sudi membaca. peringatan buat semua. diri sendiri sememangnya pasti. agar tidak terus lupa, lupa dan alpa...


Saturday, August 23, 2008

kisah aku dan mereka

aku sendiri tidak tahu bagaimana. tetapi itulah hakikatnya. Sang Pencipta telah mencipta diriku dengan disulami perasaan kasih yang sangat mendalam terhadap haiwan. hatiku akan dikuasai rasa teruja yang tidak dapat aku gambarkan apabila dapat meluangkan masa bersama haiwan. apa sahaja. saat itu seolah syurga buatku, hingga senyuman seolah tidak mahu pergi dari menghiasi bibirku. memang itu duniaku. aku bahagia.

kucing
aku tidak memiliki haiwan peliharaan selain ikan dalam kolam rumahku, cuma sekali-sekala dilewati kucing-kucing kelaparan di laman ibuku, meminta sedikit makan buat mengisi perut yang kosong. selalunya, bila ada ikan yang tidak terhabis dek penghuni rumahku, akan ku minta keizinan daripada ummi untuk menjadikannya santapan buat 'Encik Meow'.

adik kecilku, 'Gangster Kucing'. memang sangat digeruni oleh sekalian kucing. hanya dengan derapan langkah kakinya, kucing-kucing pasti sudah bersedia untuk melarikan diri. itu memang bukan suatu perkara yang menghairankan. mana taknya, adikku itu memang selamba dia je tarik ekor kucing macam tarik beg, pukul kepala kucing guna topi dia, sepak, cubit dan macam-macam lagilah. pernah sekali dicakar hingga luka dan perlu suntikan. hahaha. itu pun tak serik-serik lagi. yang ingin aku ceritakan sebenarnya ialah reaksiku bila berhadapan dengan pembulian binatang ini. aku akan segera mengambil tindakan. tidak seperti bila perkara yang sama dilakukan terhadap manusia. bukan aku tidak peduli. cuma tindakanku agak lambat.

arnab
antara haiwan tercomel pernah kulihat dalam sejarah hidupku. benar-benar menambat hati. aku tidak memeliharanya. hanya sesekali aku dapat melepaskan rinduku dengan bertandang ke rumah temanku, yang memiliki haiwan ini. bulu yang gebu, manja melompat sana-sini. aku ingat lagi, ketika bermain bersama mereka. pong dan tanda(nama arnab) menggigil seolah-olah sakit. setelah aku usap dengan beberapa ayat suci, gigilan itu hilang. kembang juga hatiku menjadi orang pertama mengangkat 'thunder', arnab paling besar dan berat milik temanku itu.


rama-rama
.
cantik. menarik. dan sangat memikat. sewaktu kecilku, apabila aku menghulurkan jariku, rama-rama yang terbang pasti akan hinggap di jariku tanpa dipaksa-paksa. hingga aku boleh mengusapnya. aku sendiri tidak tahu bagaimana aku mampu menjinakkanya. yang pasti aku benar-benar bahagia tika itu. aku juga tidak tahu mengapa sekarang saat indah itu tidak dapat lagi aku nikmati. jika aku hulurkan jariku tatkala melihat rama-rama berterbangan, tiada satu pun yang akan singgah di jariku. pasti. kekecewaan sedikit sebanyak mengisi segenap hatiku. dipengaruhi oleh cara pemakananku kah?
ah, segalanya mungkin.

mengkarung.
detik pertama pertemuanku dengannya ialah ketika umurku menjangkau usia 11 tahun, di laman pokok hasil tangan ummi. semasa aku sedang sibuk mengexplore mencari serangga seperti siput bulan dan sebagainya, aku bertemu dengan sang mengkarung. pertama kali aku melihatnya, hatiku sudah tertarik. badannya yang licin, kakinya yang halus. benar-benar mempesona hatiku. subhanallah. indahnya ciptaan Yang Esa. aku beranikan diriku memegangnya, setelah berjaya, aku berasa sangat seronok dan teruja. macam tak mau lepas pulak. tanganku tidak lepas-lepas mengusap badannya yang licin itu. detik-detik yang berlalu benar-benar indah. ada sekali binatang unik itu menggigit tanganku. hehe, tak heran pun, bukannya sakit. terkejut sikit tu adalah. hatiku mengeluh hampa tatkala binatang itu terlepas daripada tanganku. rela dalam terpaksa, mataku mengiringi pemergiannya.

lipas.
temanku suatu ketika dulu. kedengaran menjijikkan kah? sedikit sebanyak aku turut berasa demikian. namun itulah hakikat duniaku suatu masa dahulu. aku boleh menangkapnya dengan mudah. kadangkala dengan menarik sesungutnya. ada kalanya hanya dengan menekup menggunakan bekas. kemudian, akanku simpan di dalam alamariku. sampai berminggu. aku tidak ingat apa aku beri makan. roti kalau tak silap. baunya memang menyakitkan hidung. tetapi tidak bagiku suatu masa dahulu. walau berkepam almariku itu, aku rasa biasa sahaja. tapi sekarang, aku jadi begitu fobia pula dengan lipas. lagi-lagi bila memikirkan kakinya yang bercangkuk-cangkuk itu. dan hidungku akan menjadi sangat alert jika terhidu bau yang dibebaskan oleh lipas itu. sangat berhati-hati dan bersedia dengan kemunculannya. ah, semudah itu manusia berubah.

cacing.
entahlah cacing apa. yang pasti bukan cacing kerawit, cacing pita, cacing perut, cacing punggung dan sebagainya. kalau cacing tanah mungkin. teman sepermainanku dulu. tempat perkenalan kami ialah di tempat tapisan air terjun kolam ikan di rumahku. ketika abie membersihkan kolam, cacing-cacing yang dibuang sempat aku kutip dan aku letakkan di dalam bekas berisi air. membiarkan ia berenang bebas. sambil tanganku turut sama bermain. wajahku seperti jumpa emas pun ada. tersengih memanjang. sampai pucat-pucat badan cacing itu aku rendam. bila dah puas barulah aku lepaskan. entahlah kenapa, keberanian aku memegang serangga waktu kecil dahulu kini semakin pudar. pudar ditelan waktu.

(gambar lipas dan cacing tidak dapat disiarkan. bimbang ada pihak yang termuntah. harap maaf)

siput babi.
haha, nak tergelak pun ada setiap kali teringat bagaimana ketakutan kakakku bila berhadapan dengan siput babi. ditambah pula dengan abangku yang suka menyakatnya dengan menyuakan binatang tersebut kepada kakakku. ada kala aku tumpang gelak. ada kalanya pula aku sendiri yang menggantikan tugas abangku itu. hehehe, siapa boleh menghalang, kenakalan kanak-kanak tika itu. berbalik kepada keseronokan aku bersama siput itu. halaman rumahku memang agak ke'rimbaan', tapi tidaklah sampai semak. maka, banyaklah haiwan yang boleh kujumpa di situ. siput salah satunya. dan taksubnya aku bermain hingga aku bawa dan belai seperti kucing. aku letakkan di atas bantalku, menemani rehatku. membiarkan ia memanjat mejaku. sampai menggelembung bahagian mejaku yang menjadi laluan siput itu. entah ledir apa pula yang dihasilkan oleh siput itu. tetapi, bila ummi menyuruh aku membunuhnya kerana bimbang ia 'membaham' pokok serainya, terpaksalah aku menurut dengan melumurkan garam hingga meleleh lendir badannya.

tikus.
rumah nenekku hanya akan dilewati paling kerap sekali setahun. iaitu apabila menghampiri hari lebaran memandangkan nenekku hanya menetap di rumah anak-anaknya. maka, bayangkan sendirilah, makhluk apa yang menghuni teratak itu. memang bermandi keringatlah kami cucu-cucunya membersihkan teratak itu. dengan bau yang pelbagai, tahi dan kencing 'batman', telur cicakman, lipas dan macam-macam lagilah. belum lagi cakap pasal habuk dan belukar yang hampir menelan rumah itu.
tikus pastinya turut bersorak dapat berteduh di dalam rumah usang itu. hingga beranak-pinak. kami akan menjumpainya di dalam alamari, laci-laci, bawah katil, dalam bantal dan sebagainya. bayi-bayi tikus itu sangat menggeramkan, jinak dan lena dalam tidur mereka. akulah antara yang paling bahagia di saat itu. seekor tikus hanya sebesar ibu jari. sangat kecil. macam mainan pun ada. ummi menggunakan khidmatku untuk membuangnya ke celah semak, tetapi sampai di luar rumah, aku berhenti bermain di buaian bersama tikus-tikus comel itu. adik-adik kecilku yang saat itu dikuasai perasaan ingin tahu pastinya turut serta. mula-mula takut-takut, lama-lama dibuatnya harta sendiri pula. lama kami bermain hingga diberi amaran oleh ibuku barulah kami berhenti. itu pun masih lambat lagi. berat sungguh hatiku ingin melepaskan binatang itu. entah selamat disisi ibunya atau dimakan oleh biawak atau pemangsa lain. adik aku lagilah, sampai menangis dan meraung. macam-macam cerita aku cipta untuk memujuk. aku sedih juga. tapi takkanlah nak join adikku pulak. tak berbaloi...

setakat itu sajalah perkongsian kisah aku dan teman-temanku
banyak lagi sebenarnya.
tapi aku kalau ingin dicoretkan semuanya.
aku sendiri tidak mampu..

~semoga harimu diberkahi Allah~




Monday, August 18, 2008

wahai adik-adikku



pertama sekali, ingin aku luahkan kebimbangan yang sangat mendalam terhadap adik-adik juniorku. tingkatan 2 terutamanya. terlibat dengan masalah-masalah disiplin, majoritinya berkaitan sosial. dan jika diperhati, kebanyakan mereka yang bermasalah terlibat dengan "cinta"

adik-adikku,

masalah 'couple' ini bukan perkara kecil. aku tahu, kalian tidak dapat menahan keinginan dan kecenderungan untuk mencintai dan dicintai. aku juga tahu, bagaimana bahagianya hati kalian tatkala meniti saat yang dirasakan benar-benar membahagiakan itu. tetapi adik-adikku, sedarlah, kenikmatan dan kebahagiaan itu sebenarnya merupakan sesuatu yang penuh kehinaan dan sangat menjijikkan di sisi Allah.

dan tahukah adik-adik, puncanya tidak lain dan tidak bukan, adalah ikhtilat, iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. teknologi, memang tak disangka-sangka, itulah yang mendekatkan kita kepada kemaksiatan, kerana disalahgunakan. sms, berchating sesama kaum tidak sejenis, tanpa sebab yang jelas dan benar-benar perlu. memang sukar untuk menahan diri daripada terus menghubungi kaum bukan sejenis. tetapi di situlah nilainya, kesabaran dalam melawan hawa nafsu dan syaitan laknatullah.

adik-adik,

kesukaran itu, akan dibalas dengan kemanisan yang tiada tandingannya di sisi Allah kelak.

dari sudut lain pula, jika dilihat, mereka yang bercouple, kebanyakannya memiliki akhlak yang baik, hormat akan kakak2, bertanggungjawab dan tidak sombong, malah lebih baik daripada mereka yang tidak ber'couple'. namun adik-adik, maksiat tetap maksiat. hukumnya tetap haram. tiada kompromi. dan di sinilah sayangnya, adik telah terjerumus ke lembah yang hina itu.

ya, mungkin sebahagiannya didorong oleh masalah dalaman keluarga, dahaga akan kasih sayang keluarga, pantas diambil peluang oleh syaitan, untuk mengheret adik agar mencari kasih sayang yang tidak halal. dalam situasi ini, memang sangat sukar untuk menjauhkan diri daripada berpasangan. kerana sedari awal lagi, kita dicipta dengan perasaan inginkan kasih sayang.

oleh itu, pilihlah kasih sayang Allah, yang Maha Penyayang, Maha Pengasih, subhanallah, tiada cinta yang lebih agung daripada cinta dan kasihNYA. ramai yang tidak dapat merasai kenikmatan cinta ilahi ini. kerana mereka tidak cuba menyelaminya. sangat malang. cinta itu tidak pernah berkurang, malah semakin hari semakin bertambah. alangkah mulianya cinta itu. rebutlah. anda tidak akan menemui kehampaan. satu jaminan yang pasti.

adik,

apakah kesudahan cinta terlarang itu? putus, sambung, putus, kemudian bertukar orang lain pula, tukar lagi, dan tukar.. kononnya mencari cinta yang benar-benar sejati. begitukah? rendahnya perasaan cinta dalam diri adik-adik. sedemikian mudah diberikan kepada sesiapa, bersilih ganti. janganlah, wahai adik-adikku, kehalusan perasaan itu sangat tinggi nilainya, untuk dijaga dan dipelihara oleh pemiliknya. agar tinggi nilainya dan untuk diberi kepada seorang yang telah ditakdirkan untuk memiliki harta yang bernilai itu dengan ikatan yang sah.

adik-adikku yang dikasihi,

walaupun kadangkala, hatiku berlagak keras, namun aku tidak pernah sanggup untuk melihat wajah-wajah yang pernah kukenali ini, di akhirat kelak diseret ke neraka kerana kemaksiatan yang dilakukan di dunia ini. sungguh. aku tidak pernah sanggup. kenikmatan cinta haram yang sedang mengulit dirimu itu sebenarnya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan kesiksaan yang akan kamu terima sebagai balasannya kelak. tidak berbaloi langsung.

wahai adik-adikku,

sesungguhnya, besarlah kekecewaan di hatiku, andai ada seorang yang pernah aku kenali, namun aku tidak dapat menyelamatkannya dari azab Allah itu. jangan. janganlah cuba mendekati kemaksiatan itu. tolong. tolonglah. aku merayu dan memohon sepenuh hatiku, kerana aku tidak akan sanggup melihat wajah anda menderita dek siksaan itu.