kucing
adik kecilku, 'Gangster Kucing'. memang sangat digeruni oleh sekalian kucing. hanya dengan derapan langkah kakinya, kucing-kucing pasti sudah bersedia untuk melarikan diri. itu memang bukan suatu perkara yang menghairankan. mana taknya, adikku itu memang selamba dia je tarik ekor kucing macam tarik beg, pukul kepala kucing guna topi dia, sepak, cubit dan macam-macam lagilah. pernah sekali dicakar hingga luka dan perlu suntikan. hahaha. itu pun tak serik-serik lagi. yang ingin aku ceritakan sebenarnya ialah reaksiku bila berhadapan dengan pembulian binatang ini. aku akan segera mengambil tindakan. tidak seperti bila perkara yang sama dilakukan terhadap manusia. bukan aku tidak peduli. cuma tindakanku agak lambat.
arnab
rama-rama.
cantik. menarik. dan sangat memikat. sewaktu kecilku, apabila aku menghulurkan jariku, rama-rama yang terbang pasti akan hinggap di jariku tanpa dipaksa-paksa. hingga aku boleh mengusapnya. aku sendiri tidak tahu bagaimana aku mampu menjinakkanya. yang pasti aku benar-benar bahagia tika itu. aku juga tidak tahu mengapa sekarang saat indah itu tidak dapat lagi aku nikmati. jika aku hulurkan jariku tatkala melihat rama-rama berterbangan, tiada satu pun yang akan singgah di jariku. pasti. kekecewaan sedikit sebanyak mengisi segenap hatiku. dipengaruhi oleh cara pemakananku kah?ah, segalanya mungkin.
mengkarung.

detik pertama pertemuanku dengannya ialah ketika umurku menjangkau usia 11 tahun, di laman pokok hasil tangan ummi. semasa aku sedang sibuk mengexplore mencari serangga seperti siput bulan dan sebagainya, aku bertemu dengan sang mengkarung. pertama kali aku melihatnya, hatiku sudah tertarik. badannya yang licin, kakinya yang halus. benar-benar mempesona hatiku. subhanallah. indahnya ciptaan Yang Esa. aku beranikan diriku memegangnya, setelah berjaya, aku berasa sangat seronok dan teruja. macam tak mau lepas pulak. tanganku tidak lepas-lepas mengusap badannya yang licin itu. detik-detik yang berlalu benar-benar indah. ada sekali binatang unik itu menggigit tanganku. hehe, tak heran pun, bukannya sakit. terkejut sikit tu adalah. hatiku mengeluh hampa tatkala binatang itu terlepas daripada tanganku. rela dalam terpaksa, mataku mengiringi pemergiannya.
lipas.
temanku suatu ketika dulu. kedengaran menjijikkan kah? sedikit sebanyak aku turut berasa demikian. namun itulah hakikat duniaku suatu masa dahulu. aku boleh menangkapnya dengan mudah. kadangkala dengan menarik sesungutnya. ada kalanya hanya dengan menekup menggunakan bekas. kemudian, akanku simpan di dalam alamariku. sampai berminggu. aku tidak ingat apa aku beri makan. roti kalau tak silap. baunya memang menyakitkan hidung. tetapi tidak bagiku suatu masa dahulu. walau berkepam almariku itu, aku rasa biasa sahaja. tapi sekarang, aku jadi begitu fobia pula dengan lipas. lagi-lagi bila memikirkan kakinya yang bercangkuk-cangkuk itu. dan hidungku akan menjadi sangat alert jika terhidu bau yang dibebaskan oleh lipas itu. sangat berhati-hati dan bersedia dengan kemunculannya. ah, semudah itu manusia berubah.
cacing.
entahlah cacing apa. yang pasti bukan cacing kerawit, cacing pita, cacing perut, cacing punggung dan sebagainya. kalau cacing tanah mungkin. teman sepermainanku dulu. tempat perkenalan kami ialah di tempat tapisan air terjun kolam ikan di rumahku. ketika abie membersihkan kolam, cacing-cacing yang dibuang sempat aku kutip dan aku letakkan di dalam bekas berisi air. membiarkan ia berenang bebas. sambil tanganku turut sama bermain. wajahku seperti jumpa emas pun ada. tersengih memanjang. sampai pucat-pucat badan cacing itu aku rendam. bila dah puas barulah aku lepaskan. entahlah kenapa, keberanian aku memegang serangga waktu kecil dahulu kini semakin pudar. pudar ditelan waktu.
(gambar lipas dan cacing tidak dapat disiarkan. bimbang ada pihak yang termuntah. harap maaf)
siput babi.

haha, nak tergelak pun ada setiap kali teringat bagaimana ketakutan kakakku bila berhadapan dengan siput babi. ditambah pula dengan abangku yang suka menyakatnya dengan menyuakan binatang tersebut kepada kakakku. ada kala aku tumpang gelak. ada kalanya pula aku sendiri yang menggantikan tugas abangku itu. hehehe, siapa boleh menghalang, kenakalan kanak-kanak tika itu. berbalik kepada keseronokan aku bersama siput itu. halaman rumahku memang agak ke'rimbaan', tapi tidaklah sampai semak. maka, banyaklah haiwan yang boleh kujumpa di situ. siput salah satunya. dan taksubnya aku bermain hingga aku bawa dan belai seperti kucing. aku letakkan di atas bantalku, menemani rehatku. membiarkan ia memanjat mejaku. sampai menggelembung bahagian mejaku yang menjadi laluan siput itu. entah ledir apa pula yang dihasilkan oleh siput itu. tetapi, bila ummi menyuruh aku membunuhnya kerana bimbang ia 'membaham' pokok serainya, terpaksalah aku menurut dengan melumurkan garam hingga meleleh lendir badannya.
tikus.
rumah nenekku hanya akan dilewati paling kerap sekali setahun. iaitu apabila menghampiri hari lebaran memandangkan nenekku hanya menetap di rumah anak-anaknya. maka, bayangkan sendirilah, makhluk apa yang menghuni teratak itu. memang bermandi keringatlah kami cucu-cucunya membersihkan teratak itu. dengan bau yang pelbagai, tahi dan kencing 'batman', telur cicakman, lipas dan macam-macam lagilah. belum lagi cakap pasal habuk dan belukar yang hampir menelan rumah itu.
setakat itu sajalah perkongsian kisah aku dan teman-temanku
banyak lagi sebenarnya.
tapi aku kalau ingin dicoretkan semuanya.
aku sendiri tidak mampu..
~semoga harimu diberkahi Allah~
2 comments:
diyana!! nama dia 'thunder' la.. bukan tanda!! hehehe
pronunciation is the most important.ahaks.kidding.
Post a Comment