itu kalam dari tuhan. lantas, mengapa masih ada manusia yang mengeluh jika terlupa. kesal kerana fitrah yang dirasakan penuh mudharat itu. namun, keyakinan wajib ada. bahwa setiap sesuatu itu ada baik, ada juga buruk. itu satu kepastian.
beberapa kali kata-kata ini diluah kepada teman berhampiran. lupa itu satu nikmat.
benar. cuba renung dalam-dalam.
memang fitrahnye manusia, pasti mengalami tekanan dalam kehidupan seharian. masalah keluarga, kawan-kawan, homework, janji-janji yang belum terpatri, banyak lagi. dan Allah menganugerahi satu fitrah yang sangat halus dalam diri manusia. di sinilah kita lihat lupa itu sebagai satu anugerah. kerana minda manusia memang tidak memiliki keupayaan untuk menampung banyak perkara dalam satu-satu masa. maka tanpa anugerah yang satu ini, silap-silap haribulan, manusia boleh jadi gila.
hidup manusia juga tidak semuanya manis dan indah. pasti ada yang pahit. kelat juga kadang-kala. trauma misalnya. penawarnya bagaimana? bila ia hilang dari minda. bagaimana boleh hilang? dengan lupa! bukan trauma ja. kehilangan insan tersayang, kegagalan dalam hubungan dan lain-lain juga dapat dirawat dengan memadam ia dari memori kita. atau nama lainnya, LUPA. lupa-lupa pun, jadikan pengajaran untuk yang akan datang.
lupa ini juga sebenarnya antara simbolik kekerdilan manusia berbanding Yang Esa. satu kekurangan yang mengingatkan kita agar tidak berlaku sombong. dan bergantung pada DIA.
benar. elemen lupa ini satu fitrah. yang tidak dapat dielak oleh setiap manusia. sesempurna mana pun dia. tapi, jika ada yang menggunakannya sebagai alasan bila tidak melakukan apa yang diamanahkan. itu pemalas namanya. kerana manusia mampu menanganinya. kalau lupa, 'ingat'kanlah.
lantaran kelemahan yang memang tidak dapat dielak inilah, manusia perlukan peringatan. sebab itu, bila dengar tazkirah yang pernah didengar, jangan memalingkan hati-hatimu. kerana ia bertujuan mengingat semula. dan ini sedikit sebanyak turut menunjukkan manusia saling memerlukan antara satu sama lain. subhanallah, sehingga ke tahap itu telitinya perancangan DIA.
dalam kehidupan seharian pula. reminder sangat penting. nota-nota homework, tarikh-tarikh penting dan lain-lain.
bagi yang menghafaz Al-Qur'an pula, itu murajaah itu perlu. lantaran setiap sejam ingatan manusia akan mula pudar.
terima kasih buat yang sudi membaca. peringatan buat semua. diri sendiri sememangnya pasti. agar tidak terus lupa, lupa dan alpa...

No comments:
Post a Comment