Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, tak tergambar kesyukuran yang harus
dipanjatkan kepada Dia. Dia yang memilih aku untuk mengenal Dia dan diri
sendiri dengan lebih lagi. Allahu. Nikmat apakah yang lebih besar, daripada
nikmat mengenal dan mengetahui tujuan penciptaan diri sendiri?
Subhanallah. Terasa dalamnya cinta dan sayang Allah.
Ini Sejarah Kita.
Ya, aku ambil keputusan untuk pergi juga daurah ini lagi
sekali. Sebab yang aku pergi sebelum ni, masa form 3 dekat sekolah dulu, yang
diwajibkan kepada semua bakal nuqaba’ waktu tu. Aku rasa ingatan dan kesedaran
aku dah berkarat, di samping kematangan otak aku yang tak seberapa waktu tu,
jadi mungkin kurang menyerap.
Dan, terima kasih Allah sebab pilih aku!!! (rasa macam
nak buat tanda seru satu perenggan. eh)
“barangsiapa
menempuh jalan untuk menuntut ilmu,
Allah akan mempermudahkan
baginya jalan ke syurga”
(Bukhari)
Allahu.
‘KITA’
Lebih separuh daurah, kakak-kakak duk tekankan pasal
frasa ‘kita’ je berbanding ‘sejarah’. Sebab persoalan siapa ‘kita’ lebih
penting berbanding frasa ‘sejarah’. Tanpa cukup kenal ‘kita’, mengkaji sejarah
tak ubah seperti membaca sebuah lagi buku cerita. semua itu hanya akan menjadi
cerita ‘mereka’.
1.Siapa kita.
Ok, kalau tanya satu perkataan ‘siapa awak?’
Apa jawapan?
Nama sendiri? Manusia? Student? Pekerja? Anak? Penjual
pisang goreng?
Saya tanya anda,
Option jawapan ‘seorang muslim’ itu berada pada nombor
berapa?
Sedarkah ‘kita’ ini yang sebenarnya merupakan seorang muslim.
Lebih, lebih dari segala-galanya.
Kalau kita sebenarnya seorang manusia, tentulah hidup kita ini mainly adalah untuk makan, minum, mandi,
bermain, bekerja, tidur dan penuhi fungsi manusia sahaja. Kalau kita sebenarnya
seorang pelajar, tentulah segala kudrat dan kekuatan untuk belaaaaaajar
semata-mata. Dan kalau kita ini seorang penjual goreng pisang, eloklah hidup
goreng pisang semata-mata pagi petang siang malam.
 |
| pastinya Google |
Tapi, tujuan kita diciptakan untuk apa?
2.Tujuan kita
“dan tidak aku ciptakan jin dan manusia
melainkan untuk beribadah” (51:56)
Ya, fungsi dan sebab kita diciptakan adalah untuk menjadi
abid. Hamba kepada dia. Maknanya semua yang kita buat ni, adalah semata-mata
untuk memenuhi arah tuan kita. Everything.
Everything that we do is to please Him. More than anything.
Terkesan dengan sharing sorang kakak ni,
Dia kata bila sebut ibadah, bukan takat syahadah, solat,
puasa, zakat haji lalala. Tapi seluruh kehidupan kita adalah ibadah. Kalau
pergi kelas anatomy *sesungguhnya
beliau merupakan student medic* ke hape ke mesti prepare dulu, datang
awal. Tapi bila kelas medic and society sambil lewa je, datang lambat, jadi ibadah ke?
Dush. Kena satu das. Bila nak gi kelas material balance
ke, bio ke cuak-cuak sungguh-sungguh. Tapi kelas IELTS, lepak gaya itik pulang
petang buat muka bosan malah suka berangan dalam kelas tak pun main
minesweeper. *astaghfirullahalazim
:(
 |
| itik pulang petang dr Pakcik Google lagi |
Betul, bila kita buat semua benda kerana ibadah. Setiap
inci perbuatan kita akan menjadi
yang terbaik dan almost perfect!
“Dia berkata ‘sesungguhnya aku menjadikan di
bumi seorang khalifah” (2:30)
k.wani kata ramai orang concern tujuan penciptaan mereka
untuk beribadah sahaja, tapi ramai lupa tentang satu lagi tugas kita, menjadi khalifah. Yang menjadi pemimpin, dan
memakmurkan muka bumi. Membuatkan semua
orang patuh kepada perintah Allah.
Allah cakap pasal semua
manusia yang ingin Dia ciptakan. Manusia. Tiada pengecualian hanya manusia yang
mengambil syariah atau mengajar subjek pendidikan islam atau belajar di sekolah
agama atau masuk usrah atau apa apa sahaja. But all human as a whole!
Menjadi abid, dan
khalifah. Bukan suruhan atau galakan atau perkara harus
cikai-cikai sahaja. Ini adalah agenda terbesar
penciptaan di sebalik manusia! Ini tugas dan
fungsi keberadaan kita di atas muka bumi ini!
Dan ini juga langsung tidak bermaksud. Kita mesti dok
ngaji agama, dengar kuliah, attend usrah daurah semata-mata. Keluarga, study,
kerja hanyalah dunia dan material semata-mata. Nyah! Tentulah tidak begitu.
Seorang muslim kah apabila homework tak siap dan belajarnya sipi-sipi
cukup-cukup makan sahaja? Seorang muslimkah apabila bersepah serabai biliknya?
Seorang muslimkah apabila tak pedulikan ibu bapanya? sobsob
Tapi,
“muslimkah bila tengah study, azan, tunggu nak siapkan
homework dulu”
“muslimkah bila sebab kerja, sanggup buka tudung”
Kita bukan pelajar muslim,
Kita muslim yang belajar.
Then only we’ll see everything- our study, our wealth and desires, our
relationships- from the view of a muslim; a servant and a caliph of Allah.
Dan bila kita benar-benar sedar tujuan dan matlamat
sebenar kita di atas muka bumi ini, kita tak akan terganggu dan rasa down oleh perkara-perkara kecil dan
remeh - Result tak seperti dijangka, kawan tak nak teman gi toilet, kucing
hilang, tudung tak cukup tajam..
Contohlah, anda pergi satu farm sebab nak petik buah strawberry, tiba-tiba anda nampak semua
pokok limau layu diserang ulat dan serangga. Adakah anda akan kecewa dan sedih?
Buat apa nak sedih? Kita nak petik buah strawberry, bukan limau!
Ya, bila kita nampak tujuan dan objektif sebenar hidup
kita, dada akan menjadi lapang selapang-lapangnya, jiwa akan menjadi besar
sebesar-besarnya.
Nothing except His anger will put us down!
3. logam
“manusia itu seperti logam. Hebatnya dia ketika jahiliah, begitulah hebatnya ketika Islam. Jika dia
‘faham’”
Logam pada Umar
Semua kenal dengan sesusuk peribadi ini. Yang pada masa
jahiliahnya merupakan sebengis-bengis manusia. Yang bahasanya cuma hunusan
pedang. Yang suaranya takkan ada tentangan. Digeruni kawan dan lawan.
Hingga baginda rasulullah pun mendoakan keislaman beliau!
Dan, lihat tak bagaimana logam itu berkilau tatkala
beliau menganut Islam? Yang dia akhirnya menjadi benteng dan kekuatan ampuh
bagi Islam. Yang dia akhirnya menjadi setegas-tegas manusia mempertahankan
Islam, yang syaitan menggigil ketakutan melihat wajahnya, tak berani bertembung
jalan dengannya. Yang menjadi sang al-Faruq; pemisah haq dan batil!
Logam- ia boleh dilentur, kuat, sukar ditemui, tak mudah
pudar, harga tak mudah turun. Dan pada diri setiap manusia punya logam
tersendiri. Dan logam ini lah yang harus digunakan untuk melaksanakan 2 tugas
besar kita itu.
Bukan untuk menjadi khalifah, wajib pandai bercakap
sahaja. Tidak, lain orang lain logamnya.
1- ada sorang akhawat ni, dulu dia suka dengar lagu, compose lagu. sekarang, dia yang tolong rentakkan hadith jadi lagu supaya kitorang senang hafal. :')
2-
“akak, jenis
semangat. Dulu, masa akak couple, akak semangat sangat. Akak cerita kat semua
orang akak couple. Tapi bila akak sedar je dan faham semua ni, akak betul-betul
semangat, akak tinggalkan semua tu, akak ubah diri akak dan pegang betul-betul
apa yang akak dapat dalam diri akak”
3- Kisah ini saya dengar dari senior saya. Tapi ampun sangat
saya tak ingat perfect detail. Tapi
ada seorang lelaki kristian ni, dia seorang photographer.bila
beliau terima hidayah, beliau pergi ke palestin dan tangkap gambar
mangsa-mangsa dan pelarian di palestin. Dan gambar-gambar beliau akhirnya
membuka mata dunia akan kesengsaraan dan penderitaan umat di sana yang sebelum
itu didiamkan oleh para zionis-yang mencipta imej pengganas pada wajah umat
Islam di sana. Dan akhirnya beliau menjadi top 10 manusia yang di-target dan di-blacklist oleh para zionis.
Subhanallah. Itu logam mereka.
Anda? Suka conteng dinding? Suka berfesyen? Suka
shopping? Suka bisnes? Suka bergayut? Mulut potpet?
Semua itu akan menjadi sehebat-hebat logam yang berkilau
dan menyinar!
Tapi?
“....jika dia ‘faham’”
4. faham
Apa sebenarnya kefahaman yang baginda maksudkan itu?
“jika Allah
berkehendakkan kebaikan bagi seseorang,
Dia akan
memberikannya kefahaman dalam agama”
Ya, kefahaman
dalam agama.
Apa? Masa spm dulu anda tak belajar pendidikan Qur’an
Sunnah? Pendidikan Syari’ah Islamiah pun sama? Ceh. Terlebih gimik.
Tentulah bukan Islam pada subjek-subjek dan teori-teori
yang dimaksudkan. Bahkan boleh jadi orang yang mengambil kursus syari’ah pun
belum dapat ‘kefahaman’ yang dimaksudkan.
Kefahaman dalam agama yang dimaksudkan ialah. Kefahaman
yang sebenar, dari segi aqidah, ibadah
dan akhlak. Bahkan subjek-subjek di
atas hanyalah cabang-cabang kecil daripada kefahaman sebenar ini.
Ya, faham yang benar-benar faham apa hadaf dan matlamat
kita. Keyakinan yang sebenar dan benar-benar rasa tentang kewujudan Allah dan
keberadaan dia dalam setiap titis jerih peluh perjuangan kita untuk dia. Kemanisan
itu. Hurm, bagaimana ya saya mahu explain?
Macam contohnya belajar pasal menstruation cycle.
Bila lelaki belajar, mereka sekadar tahu dan belajar
teori.
Tapi perempuan belajar, mereka benar-benar faham, kerana
mereka alami sendiri.
Kehkeh
obviously ni contoh yang k.dalila sendiri bagi
Contoh lain juga adalah seperti membaca buku teks
material balance
Pasti kita blur-blur sahaja takde perasaan
Tapi kalau baca novel? Orang tengah perang, rasa berdebar
sekali. Hero mati sama-sama syahdu sekali menitis-nitis air mata. Eh?
Ya, itulah beza memahami dengan otak dan memahami dengan
hati.
Dan, hanya dengan kefahaman dari hati ini. Logam anda dapat
digilap, diasah, ditempa menjadi sebuah logam yang hebat! Kata k.dalila, kalau
kita betul-betul faham, Kita tak akan pilih-pilih. kita tak akan ambil islam
separuh-separuh. Kita akan celup diri kita sepenuhnya dengan celupan Allah!
Hanya dengan itu, contengan kita bisa menjadi karya yang
membuka mata-mata manusia, fesyen kita mampu mewarnakan dunia fesyen dengan
lakaran Islam, gila-gila kita menjadi solekan yang memikat hati-hati mad’u, leteran kita menjadi siraman yang menyegarkan
jiwa-jiwa lesu.
Apa sahaja potensi, kebolehan, kemampuan, apa sahaja,
semuanya... menjadi logam hebat, alat untuk melaksanakan tugas sebagai khalifah
dan hamba dia.
k.dalila kata lagi kena cari dan korek logam dalam diri.
Ambil masa, fikir, dan cari. Kalau tak jumpa juga, tanya kawan, apa logam kamu.
“kalau tak jumpa
logam dalam diri,
Takkan dapat pecut
keluar”
5. sains tulen vs
sains sosial.
Okay ini pula cerita otak kiri dan otak kanan. Secara
generalnya otak kanan melibatkan linear
thinking; membabitkan maths,
science, bahasa, lists, logik.
Manakala otak kiri melibatkan holistic
thinking: seperti politik, law, creative
thinking lalala.. sains sosial la senang cerita.
Kita selalu kejar nak menceburi sains tulen. Nak jadi
doktor, engineer, lalala. Tapi siapa lebih besar kuasa dan pengaruhnya terhadap
manusia? Mana yang kita lebih kenal, engineer atau bapak perdana menteri? Doktor
sakit puan atau retis-retis?
Orang sains sosial, mereka deal dengan manusia. Sains tulen pula bergelumang dengan nombor,
tulisan, mesin, bakteria.
kita harus jadi manusia
sains tulen yang berfikiran sains sosial.
‘SEJARAH’
#1 pada zaman
permulaan dakwah di Makkah. Rasulullah berdakwah secara sulit 3 tahun dan
terbuka 10 tahun. Sepanjang tempoh itu baginda hanya fokus pada aqidah. Jumlah Islam selepas 13 tahun itu hanyalah 300. 300
orang ini adalah core group atau qaedah
sulbah yang menerima tarbiah direct dari baginda.
#2 fasa
madinah bermula selepas menerima perintah hijrah daripada Allah. Di madinah lah
bermula daulah islamiah. Mula
turun perintah2 untuk ibadah –
solat, zakat, jihad etc dan menyaksikan siri-siri peperangan. Di madinah selama
10 tahun.
#3 kaum kafir
melanggar perjanjian Hudaibiyah – membawa kepada fathul makkah. Waktu
itulah kelihatan kekuasaan Islam, maka berbondong-bondonglah manusia memeluk
Islam. Tapi takkan sama 124 000 itu dengan 300 yang menerima Islam di tengah2
pelbagai tentangan.
#4 setelah
kewafatan Rasulullah, legasi baginda diteruskan oleh khulafa’ Rasyidin. Ketika inilah bermula perluasan kuasa. Setiap
khalifah memeliki fokus tertentu eg khalifah Abu Bakr memerangi golongan
murtad, enggan membayar zakat & nabi palsu etc etc etc.
#5 era
pemerintahan bani umaiyah bermula. Sistem monarki diguna pakai. Perluasan
wilayah hingga ke Andalusia (sepanyol) di bawah Thariq ibn Ziyad. Pemerintahan
Umar abdul Aziz menyaksikan Islam makmur semakmur-makmurnya.
#6 era Abbasiyah.
“wahai awan, ke mana pun engkau pergi,
hasilnya tetap akan kembali kepadaku”
Jawatan Khalifah kembali dianggap sebagai amanah dari
Allah. Zaman kegemilangan pada masa khalifah Harun ar-Rasyid dan anaknya,
al-makmun menyaksikan ‘hampir-kesempurnaan’. Seluruh kekayaan disalurkan untuk
kebajikan sosial dan negara. Khalifah harun yang sangat cintakan ilmu sejak
kecil turut mempengaruhi hebatnya peningkatan intelektual zaman itu.
Perpustakaan terbesar (darulhikmah) dibina. Manusia terkaya bukan businessman tetapi penterjemah
buku. Buku-buku dari tamadun lain diterjemah. Disiplin ilmu yang baru
dicipta. Al-khawarizmi, al-farazi, al-kindi, ibn thufail. Fizik, perubatan,
seni bina, muzik, falsafah, ilmu kalam dan banyak lagi - Para intelektual bagi
hampir semua bidang ilmu muncul. Waktu ini, merupakan Golden Age islam. Bani abbasiyah menguasai 2/3 dunia dan menjadi ustaziyatul alam =
world order! Bagaimana kita melihat
AS dan Israel hari ini, begitulah barat melihat Islam waktu itu!
#7 serangan
daripada suatu bangsa tanpa tamadun, kasar, tidak berperikemanusiaan, biadap,
busuk – bernama Monggol – telah menjatuhkan ketamadunan Islam dalam sekelip
mata. tiada satu pun kawasan yang mereka lalui kecuali wanita diperkosa, semua
yang ada dipancung, harta dirampas, sungai menjadi darah. Orang-orang
terpenting dikumpulkan dan dipancung kesemuanya, dan raja dibunuh dengan cara
yang kejam.
#8 tamadun Islam
kembali naik dengan pembebasan kota Constantinople
oleh al-Fateh dari kerajan Turki Uthmaniyah.
Waktu ini, eropah sedang melalui Renaissance
setelah mencontohi kegemilangan Islam di zaman Abbasiyah. Mereka melancarkan
perang salib. Penaklukan kembali
baitul maqdis oleh mereka telah dirampas semula oleh Salahuddin al-Ayyubi.
#9 sistem
khilafah runtuh hingga angka ‘kosong’-ibarat luka umat yang pedih. Setelah pengkhianatan oleh Mustafa Kamal Attartuk. Lelaki yang
mempelajari Islam untuk menghancurkan Islam. Create scene mengalahkan tentera British dan kemudian dianggap
hero, diangkat menjadi raja. Ubah semua sistem dan dasar – azan diterjemah ke
bahasa turki, uniform skirt, kalendar hijrah diubah ke kalendar masihi, dan melenyapkan sistem khilafah yang abad-berabad
menjadi kekuatan umat Islam.
Hari ini kita telah
kehilangan ustaziyatul alam itu. Juga daulah islamiyah yang bermula di era
madinah. Kita sudah kembali ke fasa Makkah. Islam kelihatan naive, dianggap asing, Jahiliyah sangat
berleluasa. Sunnatullah pasti terjadi, Islam pasti akan sampai ke puncak
kegemilangan yang pernah dicapai suatu masa dahulu. Tetapi sunnatullah itu
hanya akan terjadi, apabila umat Islam kembali mengenal siapa dan tujuan diri
mereka, mengasah logam dan memancung jahiliah. persoalannya,
Adakah kita ingin
menjadi antara 300 orang yang bersama baginda di tengah-tengah penentangan
hebat itu, atau cuma bahagian dari 124 ribu yang berbondong-bondong memeluk
Islam hanya setelah gerun akan gahnya
Islam?