Tuesday, May 14, 2013

Medan Kata-Kata



Bismillah. 

Dalam bergelumang kita melaksanakan tugas seumur hidup kita ni - a daie - saya tersangat nampak besarnya peranan 'seni menyampaikan'. Dulu saya tak nampak sangat perkara ini. Tapi demi Allah, saya juga tetap yakin bahawa, bisa berkata-kata, adalah satu logam, dan aset yang sangat berharga dalam dakwah.

Alhamdulillah, tersangat syukur pada Allah kerana menghadiahkan debat dalam hidup saya. Hikmah dalam menyampaikan, rasional menerima hujah manusia, menimbang keadaan audience dan gaya fikir, banyaknya Allah ajar melalui debat. 

Masa ISK di Ipoh tahun lepas, bila kakak tu cakap "setiap orang kena fikir, apa logam dia. Kalau tak jumpa jugak, cuba tanya kawan, apa logam kita" bila sebut logam, aku selalu perasan yang melukis adalah passion aku haha. Ya tetap benar aku cinta yang itu. Tapi...

"Logam awak... Bila awak cakap, semua orang dengar. Ada aura" jujurnya aku tak percaya sangat malah aku selalu merasa yang aku ni kuat membebel mungkinlah. Zzz.Tapi waktu cuti sem lepas, bila jadi fasi untuk kem Qiadah al-amin, masa sharing ngan hadeks hadeks, suruh diorang tanya apa-apa. Soalan paling femes sekali adalah "macam mana nak ada aura macam kak diyana dengan kak syifa'?" Beberapa kali jugak dapat soalan macam tu. mutarabbi yang sekarang jugak beberapa kali highlight, 'kata-kata yang berkesan'.

Astaghfirullahalazim. Astaghfirullahalazim. Segalanya milik Allah.

Akhirnya saya nampak, besarnya effect 'kata-kata' dalam menyentuh jiwa-jiwa manusia.

jadi, yang sebenarnya post ni nak bagi guideline untuk mereka yang baru dan mula berjinak-jinak naqibah suruh bagi tazkirah ke hape. yang semangat berkobar-kobar mahu deliver tapi risau itu-ini. here, for our words to be part of our tools for dakwah, insyaAllah :)


#1 Allah
First and foremost, segalanya milik Allah. Yang memegang hati manusia, adalah Allah. Yang berkuasa menyampaikan kata-kata kita kepada manusia, juga Allah. So? Is there anyone else for us to return to? Suka guna explanation hilal masa bengkel penulisan dolu dolu. Dia kata, "ada orang kata hubungan penulis dengan pembaca tu macam ni.

Penulis --> pembaca

Tapi saya tak percaya macam tu. saya percaya,

Penulis --> Allah --> Pembaca

Jadi kalau penulis tu tak jaga hubungan dengan Allah,

Penulis -/-> Allah -/-> pembaca

Maka hubungannya dengan pembaca juga tak ada." 

Faham ke? Ala ala chemical reaction gitu. Maaf lah ayat hilal mungkin tak sebijik macam itu dek kerana ingatan 3tahun lepas tak berapa nak tajam. Tapi contentnya insyaAllah sama. Jika kita jaga hubungan dengan Allah, apakah kamu mengira Allah akan membiarkan sahaja kamu dalam berurusan dengan manusia? Kita takde aura pun. Kita cuma pinjam percikan aura Allah yang tak terbanding tu.


#2 Dari hati 
Kenapa bila orang yang kita chenta kata i love you, ala tacingnya menusuk ke jantung eh tak hati. Kenapa? Kerana orang itu juga berkata dengan hati. Bukankah sebuah pepatah arab ada menyebut, "kata-kata yang datang dari hati, akan sampai jua ke hati". Tersangat penting itu. Ikhlas. kita benar-benar memaksudkannya.

Dari hati. Hadirkan sekali hati dalam berkata-kata. Ceh ala ala khusyu' pulaks. Tak perlu pun cakap kena semangat macam ahli politik, atau puitis macam Sonnet 18, atau suara merdu macam burung kakak tua eh eh apa-apalah. Bahkan, ada orang yang cakap monotonous habis, atau grammar berterabur, atau suara pelahan persis anak dara sunti. Tapi bila berkata, cukup menusuk. Allahu a'lam.


#3 Integriti - medan amal
Telah termaktub sabda baginda. "Tegakkan islam dalam dirimu, nescaya tertegak Islam di sekelilingmu". Kadangkala, kata-kata tu hanya hiasan. Tapi bila ia datang dari orang yang memang membumikan kata-kata itu dalam kehidupannya sendiri, kata-kata itu seolah terasa 'hidup'. Orang telah merasa dakwah melalui qudwahnya. Tinggal, bila dia kata sikit je tentang itu, hanya 'the small push' bagi orang-orang yang memang dah bersedia untuk melompat.

Lebih dari 50% effect kata-kata tu datang daripada siapa yang berkata. Kerana itulah kita melihat, ada orang yang tak banyak cakap pun. Tapi bila dia cakap walau hanya sepatah, masyaAllah menembus. Jadi, siapa kita?


#4 Faqiru syai'in la yu'ti
"Orang yang tiada apa-apa, tidak akan memberi apa-apa". Apa yang kita beri pada orang kan hanyalah lebihan tumpahan air dari sebuah balang yang penuh bak kata seorang ukhti. Maka kalau balang tak penuh, gimana sih mau ditumpahin pada yang lain? Eh tertukar subtitle. 

Memang kalau time debat dulu. Selalu mata lebam-lebam (exaggeration) bukan sebab study, tapi sebab research untuk debate. Kalau takde facts, nak present apa? Tin kosong? Astaghfirullahalazim. Sama jugalah, kita selalu 'tak tau nak cakap apa' boleh jadi kerana kurangnya kita membaca. Perlulah rajin lebih sikit baca buku-buku fikrah. Kisah seerah by sibaie. Tulisan-tulisan hassan al-banna, mustafa masyhur. Kalau yang sempoi sikit tapi sangat mendalam saya punya feveret adalah Salim A. Fillah. Hehe. Pasti rasa berkobar-kobar perlu cerita pada orang. InsyaAllah.


#5 Practice makes perfect. 
Muka kemerah-merahan, cakap tergagap-gagap hanya sepatah dua dan gemuruh satu badan masa first time adalah lumrah alam. Ahaha. Teringat masa form 1. Boleh pulak debat cakap beberapa perenggan lepas tu duduk. Hahah masa debat piala al-amin hamekau. Jadi lumrah jugak first time naqibah suruh bagi tazkirah ke bunyi macam baca berita. It's ok. Yang penting jangan berhenti. Naqibah anda pun dulu mungkin lebih kurang macam anda juga kihkihkih. Segalanya mengambil masa. Almost 3 tahun jugak baru saya seimbang sikit. Sikit. 





Mungkin kelihatan perasan juga, awak sape hah bajet tips tips nih. Takde sape sape pun. Malah saya juga ada banyak figur dan idola idola dalam medan ini termasuk kalangan sahabat saya sendiri yang jauh tak terbanding lebih baik dari saya, demi Allah. Tapi tidaklah saya berharap melainkan ia bermanfaat untuk anda teman-teman segerabak. Dan agar ia bermanfaat untuk dakwah dan tarbiah ini. InsyaAllah :)

Above all, still...
"Medan kata-kata, tidak sama dengan medan amal" 

Wallahu a'lam.

Wednesday, April 3, 2013

Happy April Fool.



"Ok hari ni saya ada surprise untuk kamu semua"

Sir berkata dengan sengih cliche beliau.

"Apa dia sir?"

"Tunggu sajalah" sengih lagi. Pelat kecinaan masih pekat.

Selesai kami bincang 6 soalan tutorial,

"Ok. Semua orang boleh take 5. Lepas ni kita ada surprise"

"Ala, sir. Test ke? Mana boleh"
"Berapa chapter"
Ada yang selak nota dengan frequency 5Hz.

Selesai 5 minit.

"Ok kita ada quiz. 5% daripada final. semua orang duduk jarak-jarak. Selang 1 kerusi"

Muka berkerut-kerut semua.


Waktu itu, aku ingat lagi. Satu perkara aku bisik.
Ya Allah, berilah aku pengajaran daripada quiz ini.


25 minit. Untuk solve 1 prob.

Walaupun bunyi macam tak cukup masa untuk soalan thermo. Tapi, tu soalan tutorial yang baru bincang. Cuma ada added information. Maka, sebenarnya cukuplah.

Masa buat tu, saya sangat tahu yang saya tahu cara nak buat. Tapi saya saja fikir lama-lama. Dan tiba-tiba,

"Ok another five minutes"

Then,

"Times up"

Bila sir buat count sampai 10, Memang speed up macam apa je. Sempat buat soalan (a) je. Tu pun entah apa jadi. Tulisan pun teramat 'cantik'. (b) ngan (c) tak sempat.


Lepas tu. sambung lecture.

Subhanallah.

Sejujurnya, boleh kata teruk la quiz tu kan. Dan sejujurnya jugak, saya tak berapa nak dapat fokus sangat waktu lecture semestinya. Menyesal banyak sangat benda T_T Dan subhanallah, maha mendengarnya Dia. Saya memang dapat sederet pengajaran buat tauladan. Alhamdulillah.

1. Tukar bateri jam. Bateri dah mati sebulan lepas rasanya. Tapi saya tak urge pun diri untuk tukar bateri. Kejap lupalah. Kejap tertinggal jam lah. Dan masa quiz tu, saya memang jawab soalan gaya honeymoon sebab saya tak sedar pun dah berapa minit waktu tu. Right after class terus pergi tampin tukar bateri. :O

2. Jangan over confident. Walaupun baru solve soalan tu, tak payah nak rasa over selesa ye Diyana.

3. ..

4. .....

Banyak lagi ibrah lain yang terasa seperti headshot.

Saya tau, jawapan saya teruk sangat. Pastu buat calculation merepek. Pastu. Pastu. Banyak la benda yang saya nak menyesal waktu. Serius tak tenang dengar lecture.

That is until I came to a point where I say,

"Alhamdulillah. I know 100% Allah tak pernah beri kecuali yang terbaik untuk hamba-hambaNya."
Syukur saja. Sekarang fokus apa kena improve next.

Lepas tu, alhamdulillah, dapat concentrate lecture T_T

Allah, besarnya effect syukur.


Bila habis lecture, sir kata,

"Your quiz tadi, boleh buat tak? Senang tak?"


Not long after that,

"HAPPY APRIL FOOOL!!!"


OHMYGOD. Sir ni takde kerja ke hape T_T


"So your question, siapa nak ambik balik. Pergi sambung buat balik"

Allahu rabbi.

Apakah khasnya quiz itu untuk Allah menegur aku?

Astaghfirullahalazim.


Baru hari sebelum tu masa daily tazkirah roommate cerita,

"Kita ingat lagi masa UPSR kita dapat 1B, kita dapat pengajaran waktu tu, jangan meniru. Masa PMR kita dapat straight As, takde pengajaran apa-apa. Lepas tu, SPM tak dapat straight As, kita dapat pengajaran lain. Bila tak berjaya yang kita dapat pengajaran."

Teruji aku sehari kemudiannya.


Wednesday, March 13, 2013

Bidang

Allah bagi apa yang kita perlu. Bukan apa yang kita mahu. Eyh?


Masa aku zaman sekolah dulu. Sedang berfikir-fikir nak pursue course apa lepas SPM, aku adalah consult beberapa orang. Ramai yang suruh aku ambil law. Mereka kata aku sesuai, dan berbakat. Oho. Tapi sampai 1 point. Saya fikir. Saya ni banyak cakap. Memang tak diragui lagilah. Kalau setiap kali program jumaat tu, memang balik-balik muka ni lah yang pegang mic tu kan. Eh tapi tu memang tugas. Tapi still, banyak cakap. Dan aku sendiri ralat sebenarnya. Dengan mudahnya dosa mengalir daripada lidah yang tak terjaga. Kalau ambik law, bertambah-tambah banyak cakap. Maka aku cross out siap-siap law daripada list aku.

Dan lagi, mindset aku waktu itu sangat confident melihat architecture sebenarnya. Sampai sanggup drop bio dan ambik seni visual masa sem 2 form 4. Penuh confident tanpa toleh-toleh ke belakang lagi. Tapi abi sungguh cerita architecture susah dapat kerja, stay studio sampai malam lah, pastu architect yang dapat qualification each year di-limitkan etc etc. mula-mula aku ingat abi just bagi opinion je, aku selamba badak je kekal dengan pilihan tu. even lepas SPM bila ada talk pemilihan kursus tu, bila kita kumpul ikut course yang kita nak, tetaplah architecture di hati. Bila balik cerita kat abi, abi cakap "na still nak architecture eh? kan abi dah cakap..."

Itulah masanya aku realize yang abi sungguh-sungguh tak nak aku ambik bidang itu. Tak, abi tak memaksa. Keputusan aku sendiri untuk turut tidak memilih bidang tersebut. Aku istikharah, dan fikir punya fikir. Benda yang aku sangat obses masa kat sekolah jugak adalah fizik, maka aku switch otak
aku ke engineering. Itu pun at the very last minute. Right before isi UPU rasanya. Result UPU bila cerita kat kawan dapat engine, semua pun terkejut. Jumpa junior kat sekolah hari ni pun still ada yang ingat aku tengah buat architecture lol. Begitulah. Sekarang alhamdulillah dah selamat masuk sem 2 degree in chemical engineering.

Pause right there.

Tiba-tiba aku terfikir yang aliran hidup kita ni. Subhanallah. Adakah berdasarkan apa yang kita mahu? Sama sekali tidak. Tetapi apa yang kita perlu. Bila fikir-fikir balik, aku mana pernah berniat nak ambik engine masa sekolah dulu. Malah tersangat yakin aku untuk ambik architecture. Tapi kenapa tiba-tiba boleh bertukar nehh? Subhanallah, kuasa Allah.




Katalah skill bercakap aku perlu diasah, walaupun ambik engine aku sememangnya banyak cakap tanpa perlu suruh ambil law. Kalaulah skill melukis aku juga perlu dimanfaatkan, memang takpayah tunggu ambil art baru nak practise lah kan.




told 'ya


Tapi skill apa yang Allah nak suruh aku asah dengan bidang engineering ni??




Skill. Berfikir. Lebih

Aku terfikir perkara ni bila dapat result test thermo hari tu.

Alhamdulillah aku dapat highest. whoaaaa. cop. tiada apa yang nak dibanggakan kerana total classmates hanyalah 14 orang dan markah adalah setengah. haha tergelak. Ye, lima puluh peratus.

Bila aku tengok jawapan, lahh setiap soalan aku dapat markah average setengah, maka keseluruhan pun setengah. Compare dengan mates lain, walaupun ada soalan yang dapat kosong, tapi ada soalan yang full mark!

Apa yang Allah nak bagitau aku sebenarnya??

Subhanallah. Sangat terasa teguran Allah, bahawa aku selalu fikir on surface je. Takde 1 soalan pun yang aku dapat full mark. Bukan tak boleh buat langsung. Hints tu dah dapat dah, tapi tak fikir sungguh-sungguh, touch n go je. Malas berfikir.

Astaghfirullahalazim.


Aku tersentap sendiri. Waktu bagi sharing masa rehlah di zoo melaka dengan akhawat terchenta, aku sendiri yang sebut, bahawa dalam setiap apa yang kita pandang Allah menyuruh kita berfikir. Lihat haiwan, tumbuhan, langit...

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal". (3:190)

Tak cukup sekali pandang je. Tak cukup sekali fikir je. Fikir lebih. Yang akhirnya mengembalikan segala keagungan itu pada Allah.

" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakkan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (7:179)


terlalu banyak Allah suruh kita mentadabbur ciptaan Dia. tadabbur. berfikir. korek. lebih dari biasa. Allah benar-benar menyuruh kita berfikir. terlalu besar keperluan berfikir untuk ummah ini. Seketika itu aku merasakan Allah benar-benar meletakkan aku di tempat dan ketika yang sangat tepat.


Astaghfirullah.

Engineering is less about words.
More about understanding, and acting.


Itu secebis dari apa yang Allah nak didik saya saya dari bidang yang saya ambil.
Anda dan bidang anda pule? ;)









The Rehlah : Another Priceless Joy
Alhamdulillah :)





Monday, February 18, 2013

BM


Alhamdulillah. 16 februari 2013. Allah izinkan aku attend Seminar Baitul Muslim 2.0 di PICC. Alkisahnya ainee tanya free ke tak, sebab dia ada tiket lebih sebab kakak beliau last minute tak dapat join. Aku tak tertarik pada tajuknya, aku cuma tertarik pada speakersnya – ada ustaz Pahrol, Hilal, Wardina, dan ramai lagi. Kadang-kadang rasa geram kenapala diorang bagi talk tajuk tu, kalau tak pasti ada sebab aku nak semangat-semangat pergi lol. Bila ainee ajak, aku atas pagar je sebenarnya, tidaklah harapan setinggi langit. Semuanya kerana tajuknya. Hemboi.

Aku pun tak reti nak explain. Entahlah. Mungkin sebab aku selalu rasa banyak lagi benda besar yang aku patut curahkan kasih sayang lols err (disclaimer : tanpa sedikit pun men-deny bahawa “annikahu min sunnati”). Ingat lagi masa daurah LKD lepas SPM dulu. Sampai bab Baitul Muslim, orang lain punya tunggu-tunggu part tu, boleh pulak aku err terlelap dengan nyamannya. Pastu amnah conteng kat buku nota aku. “Diyana, bangunla, macamana nak BM ni” sampai sekarang ada kat buku nota aku hoho duh my bad. Pendek katanya aku tidaklah obses pada tajuk itu hoho. Maka rasa nak pergi seminar tu biasa-biasa yang amat. Tapi bila Allah mudahkan. Dahla tiket free ehems. Tanya umi, umi kata “pergilah, ilmu tu”. Hmm hmm, aku pun pergi.

Tamat pun muqaddimah. peace.

Okay. Tahu tak Baitul Muslim (BM) tu hape?

‘Baitul Muslim’ bermaksud rumah tangga Muslim yang diurus tadbir berpandukan Syariat Allah SWT dalam setiap perkara berkaitan perkahwinan dan kekeluargaan dengan matlamat menggapai keredhaan Allah SWT. -definition dari dia punya notebook :p peace.
CARI JODOH : LANGKAH 1, 2, 3...
Ustaz Pahrol

#1 Ustaz Pahrol cakap, “orang yang hebat, pasti mengenal orang yang hebat”. Maka in order untuk dapat orang yang hebat, kena la jadi hebat dulu. Just like how Khadijah detected Muhammad (pbuh). Pastu, beradalah dalam network system yang betul. Ustaz Pahrol ceritala, how BM works in jamaah. Sangat cantik. Murabbi of a person must be one of those who knows how he/she thinks and understand that person most. Malah sifat mutarabbi juga dicerminkan oleh siapa murabbinya. So, to know him/her, look at his/her murabbi.

#2 Ustaz Pahrol cerita lagi. Macamana Umar al-Khatab cuba meminang lelaki untuk anaknya Hafsah. Mula-mula, beliau pergi dekat Abu Bakar-rejected. Uthman pulak-rejected. Kemudian pergi dekat Rasulullah- Rasulullah terima! Subhanallah.
Moral #1 bila ditolak, bermakna Allah nak bagi yang lebih baik.
Moral #2 tidak salah wanita meminang lelaki.

#3 Ustaz kata ‘moral#2’ itu harus menjadi budaya. Kita segan-segan kan benda yang halal. Tapi tak segan melakukan maksiat, bergaul bebas, pegang tangan etc. Ustaz cerita macamana kisah seorang wanita yang datang sendiri berjumpa Rasulullah untuk meminang baginda. Anak Anas yang turut berada di situ kata “tak malu ke perempuan ni”. Kemudian Anas kata “sebenarnya dia lah yang lebih mulia kerana – dia mencintai Rasulullah & dia inginkan kebaikan”

#4 macamana nak tahu seseorang tu jodoh kita? Ustaz cakap once saksi ijab qabul kata “sah”. Maknanya betullah dia jodoh kita. Hoho sungguh sharp. Dan bersangka baiklah dengan Allah – jangan ragu-ragu, orang yang kita kahwini tu baik ke tak, baik ke tak. Yakin 100%, Allah hanya beri yang terbaik untuk kita.

#5 Ustaz kata, banyak perceraian berlaku kerana tiada perkenalan. Yang ada hanyalah lakonan. Zaman percintaan sebelum kahwin penuh dengan lakonan, bajet, dan kontrol-kontrol belaka. Kerana waktu itu, love is blind. We dont see their through colours. “Jodoh itu sukar, mari serahkan segala-galanya kepada Allah” *angguk-angguk*

Preparation
1.       Hati- mujahadah to be better.
2.       Ilmu- at least – ilmu fardhu ain settle. Ilmu syariah tau serba serbi. 10 sifat mahmudah&mazmumah. Acquired Knowledge – engineering ke, ekon ke, yang fardhu kifayah. Ilmu tambah – cara manage duit, komunikasi, buat keputusan etc etc yang menunjukkan sifat-sifat kematangan.
3.       Emosi – biar kita dapat tundukkan perasaann ikut kita. Bukan emosi childish kata orang.
4.       Luaran – fizikal, duit.

4 ciri wanita yang berkat
1.       Cepat nikahnya
2.       Banyak zuriatnya
3.       Kurang maskahwinnya
4.       Baik akhlaknya.

Ciri lelaki
1.       Bertanggungjawab “ketika cinta demam, tanggungjawablah yang menjaga rumah tangga hingga cinta kebah semula”
2.       Bijaksana – wisdom.
3.       Mampu jadi murabbi.

PENGURUSAN JIWA
Ustaz Mohd Ridhauddin

#1  dalam ber-BM perlu ada sebab. Matlamat. Hala tuju. Kenapa aku berumah tangga? “kalau naik kenderaan, tapi tak tau nak ke mana, kita takkan ke mana-mana dan masa terbuang”

#2 “wanita bila mata dalam keadaan suaminya redha kepadanya, masuklah dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki” – ketaatan yang dimaksudkan adalah ketaatan hati. Redha mentaati.


FULUS OH FULUS
Pakdi

Aku kagum sebab pakdi boleh hafal soalan masa Q&A tanpa salin pun hehe.

Dari slot ni. Nampaklah sebenarnya the one we sould spend most at is not the wedding. But the life that comes after it. Itu lebih bijak sebenarnya. Kesimpulan terus.


SEBELUM AKU BERNIKAH
Hilal

Kita selalu tertanya-tanya kan, apa guideline hubungan before kahwin? Sms boleh berapa kali sehari? Jumpa boleh berapa kerap? Dan lain-lain. And one of the best answer is,
                “Apa-apa yang kita buat sebelum kahwin, cuba tanya diri kita,
Allah redha ke dengan benda ni?”

Yes. Mardhatillah. The best guideline.
Bila Hilal tanya, “perkataan ‘Syurga’, dengan ‘lenggang-kangkung’, agak-agak selari tak?”
Subhanallah. Sentap yang amat. Terlalu banyak bersenang-lenang, tapi kata nak syurga. Astaghfirullah.

Soalan seterusnya ialah, “ ‘Ummah’ & ‘Asas yang lemah’, selari tak?”
Subhanallah, that solved the puzzle in my mind. Aku tak berminat dengan tajuk Baitul Muslim sebab nampak kecenderungan dia pada cintan-cintun laki perempuan, pastu bayang-bayang siapakah bakal imamku omg *tangan di dada mata pandang ke atas*. tapi tak. Sebenarnya ia lebih dari itu. kita sedang membina ummah. Dan Baitul Muslim kita merupakan batu-bata asasnya! Astaghfirullah. Definisi aku yang teramat cetek sebenarnya.

Impian setinggi langit nak membina ummah. Tapi lupa pendidikan bermula dari rumah.

Bila nampak Baitul Muslim is about constructing a building of our ummah, kita akan rasa perlu baiki diri dari sekarang, sebab kita nak lahirkan dan bina orang-orang yang luar biasa.

And I cant agree more at how he said that the first step towards finding the person is to take care of our relationship with Allah. Nak nangis bila dia baca ayat,

“apabila hamba-hambaku bertanya tentangku, (Katakanlah Muhammad) sesunggunya aku dekat”

Hilal kata yang dalam bracket (katakanlah Muhammad) tu sebenarnya takda pun. Cuba translate literally dari arab, mana ada ‘qul ya Muhammad’ atau yang seangkatan dengannya. Maknanya Allah jawab sendiri. Direct. “Sesungguhnya Aku dekat”

Sambungan. “...Aku menjawab permintaan hambaKu apabila ia meminta kepadaKu”

Kita selalu lupa Allah dekat. Allahu rabbi.



Done.
Alhamdulillah for the great chance attending this seminar and having a new perspective towards Baitul Muslim. Yeah, credits to ainee for the ticket. Jazahallah, ameen. Dan point di atas. Saya minta maaf sejuta kali kerana terlalu obvious bias kepada Ustaz Pahrol atau Hilal lol.

Mana-mana yang salah, saya mohon diperbetulkan.

Allahu A’lam.

Tuesday, February 5, 2013

Getar Bahagia Itu


Saat engkau melihat kamarmu
Berubah menjadi taman syurga
Dan wajah-wajah yang selama ini terhimpun dalam harapan dan cita-citamu
Kini terbumi di hadapanmu
Engkau hanya mengharap Dia sedang tersenyum ke arahmu
dan engkau tamakkan langkah-langkah ke destinasi akhir itu


Saat engkau melihat wajah-wajah bersih itu merenungmu
Engkau merenung balas
Dan hatimu sarat dengan impian setinggi langit
Getar bahagia itu
Terlalu ingin.
Terlalu ingin meniti jalan ke sana

                                    
Saat hanya nombormu yang mereka pinta
Dan rasa itu bergetar lagi
Terlalu cintamu tumpah
Pada jalan yang asing  ini
Yang engkau lihat tapak kaki baginda membekas
Darah sahabiah merah membasah
Keringat sang pejuang menitik mewangi
Tertunduk engkau ke bumi malu
Pada satu demi satu
Lumpur dosa dan tebal  jahiliahmemagut
Dan doa yang terjawab tak terbiarkan


Engkau memandang langit
Dan sukmamu dicengkam sayu
Oleh saratnya kasih dan rahmatNya



Segalanya
Milik Engkau ya Rabbi








Monday, January 14, 2013

The Love Test


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Alhamdulillah 29-30 Disember hari tu, Allah izinkan aku bermain-main di taman syurga. Ewah. Indeed. Twins of Faith kali ni, Allah nak tarbiyah aku pada dimensi yang berbeza. Sangat dapat merasakan majlis ilmu tu, ibarat scanner untuk hati kita. Kalau rasa ilmu tu susah nak masuk, atau majlis ilmu tu kurang masyuk, mesti ada sesuatu yang tak settle pada hati kita. Kena selalu scan ni. Halus dan manis, teguran Allah tu. Allahu akbar.

Hari tu aku join jaulah akhawat dari RCMP. Geng-geng KMKN dolu + akhawat yang osem belaka. So kami telah dibahagi-bahagikan talk dan orang yang perlu jadi wartawan muda kehkeh. Maka kali ni saya tulis pasal talk yang saya in charge je mehehe. Dan selebihnya plis cekidaut di www.hadiqatul-jannah.blogspot.com which will be updated soon insyaAllah.

 ahah, and i'm pretty sure there are lots of you who also attended this event, so do add up what i missed and correct whatever is wrong. jazakumullah for that.




The Love Test
Sheikh Abdurraheem Green

One day, a sahabah came to Rasulullah and said,
“ya Rasulullah, I love you”
“Be careful of what you say”
“ya Rasulullah, I love you”
“Be careful of what you say”
“ya Rasulullah, I love you”

“Then expect poverty to come to you”


. . . . . . .




Life = Test.






. . . . . . .

Kita tahu, tiada siapa yang lebih berpegang pada janjinya selain Allah.

Dan antara janji2 Allah ialah,
“Do the people think that they will be left to say, "We believe" and they will not be tested?”
(Al-Ankabut, 29:2)



Allah telah berjanji, bahawa setiap orang yang percaya - beriman (a believer) akan diuji.





Are you a believer?







. . . . . . .



Setiap satu inci kehidupan kita adalah satu dimensi ujian daripada Allah kepada hamba Dia. Subhanallah.
Whatever we hear, we see, we know, we achieve, we encounter. Whatever. Is a test from Him.

(Al-Mulk : 2)



Daripada lecture sheikh abdurraheem, it’s clearly stated.. yang sebenarnya, setiap benda adalah ujian sebenarnya. Bukan setakat benda yang terasa berat kepada kita. Bahkan satu nikmat atau kelebihan yang kita dapat dan sesuatu nikmat atau kelebihan yang orang lain dapat.




#1  Actions




“The love, the Sahabah had for Rasulullah, is a test for us. how we’re gonne act upon them”

“transformation does not come just from talking, we have to act”

Ha kita selalu cakap, orang cina pandai-pandai kan??
“the chinese are not any more intelligent than us.
They’re given the same brain, the same body
Bt the difference is just their culture”



And for every action, we have 3 conditions
1-      Iman
2-      Ikhlas
3-      According to the syari’ah



The first 3 to stand in front of Allah on the day of judgement are the mujahidun, those who give sadaqah, and those who read qur’an. Yet, all of them are thrown into jahannam. Because they did all those to please human. Not allah.




#2  Money

“How did we spend our money?
The sahabah don’t have much money to have thought of it,
But that’s what scared them most”


“what is our attitude to our wealth???”




#3   Islam



“Have you ever read the Qur’an cover to cover in a language you understand??”

“How much I spent studying secular subjects,
I should spend the same to study the book of Allah"





#4   Hardship

“Few months ago, my house burnt. I lost everything just like that.

I smile.
I know hundred percent, Allah will give me something better”



“If you push too much, it’s true you’ll break
But Allah will never break you”



“Through test, the most brutal extreme condition, we beacome better person.”





. . . . . . .





Tersangat merasakan sweetnya cara Allah memanifestasikan cinta Dia.
Tidak ada pada mana-mana hamba!



“the more Allah loves you, the more He tests you.
The one He loves most is the one he tests the most”




. . . . . . .


dapat tak konklusi dia?
1. every single inch of our life. is a test. We have to expect to be tested.
2. tests are signs of His love. 

eh?


. . . . . . 






Terngiang-ngiang kata-kata seorang murabbi suatu masa dahulu
“jalan ini bukan jalan yang dihampari permaidani merah dan ditaburi kelopak2 mawar.
Orang2 yang berada di atas jalan ni pasti akan rasai bermacam2 kesusahan dan akan teruji. Siapa yang rasa perjalanan dakwah dia smooth je,
Mesti ada something wrong”




Ujian di jalan cinta. Para pejuang.



Yes, I will soon be tested with what I’ve just said.

Friday, January 11, 2013

#rantsss


Bismillah.
Sejak akhir-akhir ni memang balik-balik post pasal al-amin je. Nasiblah hehe. Alhamdulillah, almost separuh masa cuti saya diluangkan bersama al-amin. Separuh lagi adalah macam2.



Sayu sangat hati. Mengingati zaman aku ditarbiyah di bumi itu dulu.

Untuk kem Qiadah, jumpa balik syi, sama-sama jadi fasi. Subhanallah, sampai aku pernah terlangkau berimaginasi, huda, syi, aku, kembali mentadbir sekolah. Manisnya imaginasi tuu! Aku terbayang betapa kami mampu buat lebih baik lagi dari dulu biiznihi, menjirus jiwa2 mad’u, menyuburkan jalan ini. Rasa mahu jerit je. Allah! Terlampau rindu.

Seketika aku paksa diri aku keluar daripada imaginasi itu. Dan pandang medan sebenar aku sekarang. Usah dikenang-kenang masa lampau hingga lemas, usah terangan-angan kan masa depan, hingga hanyut. Ni, sahabat-sahabat depan mata aku sekarang. Mad’u sebenar aku.


. . . . .

Bila aku tengok sekilas. Aku nampak kebanyakan pimpinan al-amin, bila keluar mereka masih jadi penggerak. Ini yang aku lihat pada manusia-manusia di sekeliling aku. Macam huda, syi, k.hajar, k.sab, k.fathi, k.fatimah, k.yob,  asif, ammar, dan banyak sangat lagi yang lain. Bapak ah sukehati je sebut nama-nama ni. Kalau ada yang mahu saya potong namanya mohon beritahu ye. Ada pulak minta royalti kang.

Okeh back to the point. Ramai pimpinan yang aku lihat masih stick menggerakkan. Subhanallah, satu nikmat dan kemuliaan yang sangat besar sebenarnya dengan mandat ini. Aku bersyukur dengan senario aku lihat. Sebab kalau pimpinan keluar pastu culture shock dan jadi the other way around (walaupun tetap wujud), mana student mahu ada respect?

Kemudian hari tu waktu explorace batch 18, ada kumpulan banin yang buat persembahan. Diorang bersajak. Pastu ada satu part, dia doa.. untuk guru2, etc etc, pastu,..

“...berkatilah para pimpinan kami..”

Eh eh, terkejut aku. ada ye sebut macam tu dalam doa, specific sebut ‘pimpinan’. Subhanallah, entah-entah cebisan doa merekalah yang Allah dengar dan beri izin untuk terus memikul manhaj taghyir ini. Terlebih di situ buat aku sungguh ingatkan diri aku jangan tinggalkan warga al-amin dalam doa aku.


. . . . . .

Hari tu syi ajak keluar makan. Ohoh terharu.

Panjang betul boraknya. Apakah mungkin aku yang kuat membebel. Teramat rindu suasana begitu. Pergi makan je pun. Balik-balik ada semangat yang Allah tiupkan.

. . . . . .

Allahu a’lam. Moga Allah izinkan saya, kami, anda, mereka, kita, semua terus berada di atas jalan ini. Hingga kita mati kerananya. Ameen.