Wednesday, March 13, 2013

Bidang

Allah bagi apa yang kita perlu. Bukan apa yang kita mahu. Eyh?


Masa aku zaman sekolah dulu. Sedang berfikir-fikir nak pursue course apa lepas SPM, aku adalah consult beberapa orang. Ramai yang suruh aku ambil law. Mereka kata aku sesuai, dan berbakat. Oho. Tapi sampai 1 point. Saya fikir. Saya ni banyak cakap. Memang tak diragui lagilah. Kalau setiap kali program jumaat tu, memang balik-balik muka ni lah yang pegang mic tu kan. Eh tapi tu memang tugas. Tapi still, banyak cakap. Dan aku sendiri ralat sebenarnya. Dengan mudahnya dosa mengalir daripada lidah yang tak terjaga. Kalau ambik law, bertambah-tambah banyak cakap. Maka aku cross out siap-siap law daripada list aku.

Dan lagi, mindset aku waktu itu sangat confident melihat architecture sebenarnya. Sampai sanggup drop bio dan ambik seni visual masa sem 2 form 4. Penuh confident tanpa toleh-toleh ke belakang lagi. Tapi abi sungguh cerita architecture susah dapat kerja, stay studio sampai malam lah, pastu architect yang dapat qualification each year di-limitkan etc etc. mula-mula aku ingat abi just bagi opinion je, aku selamba badak je kekal dengan pilihan tu. even lepas SPM bila ada talk pemilihan kursus tu, bila kita kumpul ikut course yang kita nak, tetaplah architecture di hati. Bila balik cerita kat abi, abi cakap "na still nak architecture eh? kan abi dah cakap..."

Itulah masanya aku realize yang abi sungguh-sungguh tak nak aku ambik bidang itu. Tak, abi tak memaksa. Keputusan aku sendiri untuk turut tidak memilih bidang tersebut. Aku istikharah, dan fikir punya fikir. Benda yang aku sangat obses masa kat sekolah jugak adalah fizik, maka aku switch otak
aku ke engineering. Itu pun at the very last minute. Right before isi UPU rasanya. Result UPU bila cerita kat kawan dapat engine, semua pun terkejut. Jumpa junior kat sekolah hari ni pun still ada yang ingat aku tengah buat architecture lol. Begitulah. Sekarang alhamdulillah dah selamat masuk sem 2 degree in chemical engineering.

Pause right there.

Tiba-tiba aku terfikir yang aliran hidup kita ni. Subhanallah. Adakah berdasarkan apa yang kita mahu? Sama sekali tidak. Tetapi apa yang kita perlu. Bila fikir-fikir balik, aku mana pernah berniat nak ambik engine masa sekolah dulu. Malah tersangat yakin aku untuk ambik architecture. Tapi kenapa tiba-tiba boleh bertukar nehh? Subhanallah, kuasa Allah.




Katalah skill bercakap aku perlu diasah, walaupun ambik engine aku sememangnya banyak cakap tanpa perlu suruh ambil law. Kalaulah skill melukis aku juga perlu dimanfaatkan, memang takpayah tunggu ambil art baru nak practise lah kan.




told 'ya


Tapi skill apa yang Allah nak suruh aku asah dengan bidang engineering ni??




Skill. Berfikir. Lebih

Aku terfikir perkara ni bila dapat result test thermo hari tu.

Alhamdulillah aku dapat highest. whoaaaa. cop. tiada apa yang nak dibanggakan kerana total classmates hanyalah 14 orang dan markah adalah setengah. haha tergelak. Ye, lima puluh peratus.

Bila aku tengok jawapan, lahh setiap soalan aku dapat markah average setengah, maka keseluruhan pun setengah. Compare dengan mates lain, walaupun ada soalan yang dapat kosong, tapi ada soalan yang full mark!

Apa yang Allah nak bagitau aku sebenarnya??

Subhanallah. Sangat terasa teguran Allah, bahawa aku selalu fikir on surface je. Takde 1 soalan pun yang aku dapat full mark. Bukan tak boleh buat langsung. Hints tu dah dapat dah, tapi tak fikir sungguh-sungguh, touch n go je. Malas berfikir.

Astaghfirullahalazim.


Aku tersentap sendiri. Waktu bagi sharing masa rehlah di zoo melaka dengan akhawat terchenta, aku sendiri yang sebut, bahawa dalam setiap apa yang kita pandang Allah menyuruh kita berfikir. Lihat haiwan, tumbuhan, langit...

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal". (3:190)

Tak cukup sekali pandang je. Tak cukup sekali fikir je. Fikir lebih. Yang akhirnya mengembalikan segala keagungan itu pada Allah.

" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakkan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (7:179)


terlalu banyak Allah suruh kita mentadabbur ciptaan Dia. tadabbur. berfikir. korek. lebih dari biasa. Allah benar-benar menyuruh kita berfikir. terlalu besar keperluan berfikir untuk ummah ini. Seketika itu aku merasakan Allah benar-benar meletakkan aku di tempat dan ketika yang sangat tepat.


Astaghfirullah.

Engineering is less about words.
More about understanding, and acting.


Itu secebis dari apa yang Allah nak didik saya saya dari bidang yang saya ambil.
Anda dan bidang anda pule? ;)









The Rehlah : Another Priceless Joy
Alhamdulillah :)





1 comment:

fatimahmuhd said...
This comment has been removed by the author.