Tuesday, May 14, 2013

Medan Kata-Kata



Bismillah. 

Dalam bergelumang kita melaksanakan tugas seumur hidup kita ni - a daie - saya tersangat nampak besarnya peranan 'seni menyampaikan'. Dulu saya tak nampak sangat perkara ini. Tapi demi Allah, saya juga tetap yakin bahawa, bisa berkata-kata, adalah satu logam, dan aset yang sangat berharga dalam dakwah.

Alhamdulillah, tersangat syukur pada Allah kerana menghadiahkan debat dalam hidup saya. Hikmah dalam menyampaikan, rasional menerima hujah manusia, menimbang keadaan audience dan gaya fikir, banyaknya Allah ajar melalui debat. 

Masa ISK di Ipoh tahun lepas, bila kakak tu cakap "setiap orang kena fikir, apa logam dia. Kalau tak jumpa jugak, cuba tanya kawan, apa logam kita" bila sebut logam, aku selalu perasan yang melukis adalah passion aku haha. Ya tetap benar aku cinta yang itu. Tapi...

"Logam awak... Bila awak cakap, semua orang dengar. Ada aura" jujurnya aku tak percaya sangat malah aku selalu merasa yang aku ni kuat membebel mungkinlah. Zzz.Tapi waktu cuti sem lepas, bila jadi fasi untuk kem Qiadah al-amin, masa sharing ngan hadeks hadeks, suruh diorang tanya apa-apa. Soalan paling femes sekali adalah "macam mana nak ada aura macam kak diyana dengan kak syifa'?" Beberapa kali jugak dapat soalan macam tu. mutarabbi yang sekarang jugak beberapa kali highlight, 'kata-kata yang berkesan'.

Astaghfirullahalazim. Astaghfirullahalazim. Segalanya milik Allah.

Akhirnya saya nampak, besarnya effect 'kata-kata' dalam menyentuh jiwa-jiwa manusia.

jadi, yang sebenarnya post ni nak bagi guideline untuk mereka yang baru dan mula berjinak-jinak naqibah suruh bagi tazkirah ke hape. yang semangat berkobar-kobar mahu deliver tapi risau itu-ini. here, for our words to be part of our tools for dakwah, insyaAllah :)


#1 Allah
First and foremost, segalanya milik Allah. Yang memegang hati manusia, adalah Allah. Yang berkuasa menyampaikan kata-kata kita kepada manusia, juga Allah. So? Is there anyone else for us to return to? Suka guna explanation hilal masa bengkel penulisan dolu dolu. Dia kata, "ada orang kata hubungan penulis dengan pembaca tu macam ni.

Penulis --> pembaca

Tapi saya tak percaya macam tu. saya percaya,

Penulis --> Allah --> Pembaca

Jadi kalau penulis tu tak jaga hubungan dengan Allah,

Penulis -/-> Allah -/-> pembaca

Maka hubungannya dengan pembaca juga tak ada." 

Faham ke? Ala ala chemical reaction gitu. Maaf lah ayat hilal mungkin tak sebijik macam itu dek kerana ingatan 3tahun lepas tak berapa nak tajam. Tapi contentnya insyaAllah sama. Jika kita jaga hubungan dengan Allah, apakah kamu mengira Allah akan membiarkan sahaja kamu dalam berurusan dengan manusia? Kita takde aura pun. Kita cuma pinjam percikan aura Allah yang tak terbanding tu.


#2 Dari hati 
Kenapa bila orang yang kita chenta kata i love you, ala tacingnya menusuk ke jantung eh tak hati. Kenapa? Kerana orang itu juga berkata dengan hati. Bukankah sebuah pepatah arab ada menyebut, "kata-kata yang datang dari hati, akan sampai jua ke hati". Tersangat penting itu. Ikhlas. kita benar-benar memaksudkannya.

Dari hati. Hadirkan sekali hati dalam berkata-kata. Ceh ala ala khusyu' pulaks. Tak perlu pun cakap kena semangat macam ahli politik, atau puitis macam Sonnet 18, atau suara merdu macam burung kakak tua eh eh apa-apalah. Bahkan, ada orang yang cakap monotonous habis, atau grammar berterabur, atau suara pelahan persis anak dara sunti. Tapi bila berkata, cukup menusuk. Allahu a'lam.


#3 Integriti - medan amal
Telah termaktub sabda baginda. "Tegakkan islam dalam dirimu, nescaya tertegak Islam di sekelilingmu". Kadangkala, kata-kata tu hanya hiasan. Tapi bila ia datang dari orang yang memang membumikan kata-kata itu dalam kehidupannya sendiri, kata-kata itu seolah terasa 'hidup'. Orang telah merasa dakwah melalui qudwahnya. Tinggal, bila dia kata sikit je tentang itu, hanya 'the small push' bagi orang-orang yang memang dah bersedia untuk melompat.

Lebih dari 50% effect kata-kata tu datang daripada siapa yang berkata. Kerana itulah kita melihat, ada orang yang tak banyak cakap pun. Tapi bila dia cakap walau hanya sepatah, masyaAllah menembus. Jadi, siapa kita?


#4 Faqiru syai'in la yu'ti
"Orang yang tiada apa-apa, tidak akan memberi apa-apa". Apa yang kita beri pada orang kan hanyalah lebihan tumpahan air dari sebuah balang yang penuh bak kata seorang ukhti. Maka kalau balang tak penuh, gimana sih mau ditumpahin pada yang lain? Eh tertukar subtitle. 

Memang kalau time debat dulu. Selalu mata lebam-lebam (exaggeration) bukan sebab study, tapi sebab research untuk debate. Kalau takde facts, nak present apa? Tin kosong? Astaghfirullahalazim. Sama jugalah, kita selalu 'tak tau nak cakap apa' boleh jadi kerana kurangnya kita membaca. Perlulah rajin lebih sikit baca buku-buku fikrah. Kisah seerah by sibaie. Tulisan-tulisan hassan al-banna, mustafa masyhur. Kalau yang sempoi sikit tapi sangat mendalam saya punya feveret adalah Salim A. Fillah. Hehe. Pasti rasa berkobar-kobar perlu cerita pada orang. InsyaAllah.


#5 Practice makes perfect. 
Muka kemerah-merahan, cakap tergagap-gagap hanya sepatah dua dan gemuruh satu badan masa first time adalah lumrah alam. Ahaha. Teringat masa form 1. Boleh pulak debat cakap beberapa perenggan lepas tu duduk. Hahah masa debat piala al-amin hamekau. Jadi lumrah jugak first time naqibah suruh bagi tazkirah ke bunyi macam baca berita. It's ok. Yang penting jangan berhenti. Naqibah anda pun dulu mungkin lebih kurang macam anda juga kihkihkih. Segalanya mengambil masa. Almost 3 tahun jugak baru saya seimbang sikit. Sikit. 





Mungkin kelihatan perasan juga, awak sape hah bajet tips tips nih. Takde sape sape pun. Malah saya juga ada banyak figur dan idola idola dalam medan ini termasuk kalangan sahabat saya sendiri yang jauh tak terbanding lebih baik dari saya, demi Allah. Tapi tidaklah saya berharap melainkan ia bermanfaat untuk anda teman-teman segerabak. Dan agar ia bermanfaat untuk dakwah dan tarbiah ini. InsyaAllah :)

Above all, still...
"Medan kata-kata, tidak sama dengan medan amal" 

Wallahu a'lam.

No comments: