Sunday, April 12, 2009

kita tetap dekat. selamanya

hari itu kami berkhemah di rumah wardah
acara ukhuwwah batch
3 hari 2 malam

tapi aku datang hari kedua,
sebab terikat dengan aktiviti lain
sampai rumah wardah tengahari
dengan pakcik teksi kuku panjang 2 inci setengah
plus cekik darah!

ok, nak lunch
masak gulai sardin
hehe terlaksana juga akhirnya
walaupun terlebih kunyit!

"wardah, wardah"
aku cium pipi dia, then pergi dengan muka selamba.
(tolong jangan fikir bukan-bukan, ye)
entahlah apasal aku buat camtu, saja.

beberapa ketika kemudian
aku nampak muka wardah lesu,
hmm,, mesti letih
yelah nak anjurkan program, ceyh.
"wardah, i know u're tired, dah solat ke belum?"
"belum, ok, anti tolong sambung eh?"
aku ambil alih tugas tumbuk garlic.
untuk marinate ayam, malam nanti barbecque!

ok, lepas barbecque, makan cake,
dengan icing biru, dari bunga atas cake tu,
aku duduk tepi tempat barbecque,
tiba-tiba nampak, orang lari-lari,
then muncul wardah dengan tangan penuh icing warna biru,
haha, aku pecut 100 tak nak kena icing punya pasal,
sebab susah nak hilang!
wardah oh wardah, masih seperti dulu.

main pictionary pulak.
sorang, sorang lentok.
pastu wardah cakap nak buat malam seni.
and suruh kejut yang dah tidur.
ada yang cakap, tak payahla buat, dah lambat.

"tak boleh, cepat, cepat, kejut diorang"
aku pelik apasal si wardah ni nak jugak buat malam seni,
dah pukul 12 dah.
"wardah, first time ana tengok anti macam ni"
wardah pandang, senyum.
"tengaskan ana?"
hahaha, banyaklah dia.
memang aku tak suspect apa-apa, langsung.

ok, buatlah malam seni, ngarut-ngarut.
pastu wardah bagi talk.
yerp, the first was an advice for us
then,
"semalam merupakan hari terakhir ana bersama korang..
(jangan cakap...)
...sebagai pelajar al-amin"
aku dah jangka!
dalam diam, terasa sukar untuk percaya

"ana tau, ada yang akan marah, kenapa bagitau last minute, kenapa nak keluar jugak dari al-amin, tapi tolong jangan persoal keputusan ana, ana dah istikharah, dan ana yakin dengan keputusan ana, korang akan terkejut sebab tu hanya sekolah biasa, sekolah kebangsaan"

wardah cakap sambil terketar-ketar sejuk. muka dah start pucat. padahal bawah kipas je.

"ana dah janji pada diri ana, ana takkan nangis, korang pun jangan nangis, ana tak nak, hari ni, semua nangis-nangis, then esok, bila jumpa ana korang buat dek je, hubungan kita tak pernah terputus, satu lagi, tolong, support ana, betulkan ana, nani cabarannya besar, kalau korang nampak ana, tudung, baju dah pendek, tolong tegur, kalau ana dah start carut-carut ke, please, betulkan ana, kalau ana sorang, memang tak kuat"

aku tak peduli, memang air mata dah lama dah melimpah,
dia cakap jangan nangis pun aku tak peduli,
tapi nasib baik aku duk depan sekali, orang lain tak nampak.

then, dia deliver a song,
tentang sahabat. (cant remember the title)
aku memang sepanjang masa mengalir air mata

tiba-tiba dia hulur tangan depan aku,
wardah! aku terus peluk dia.
aku seolah tak percaya kami akan berpisah
"10 tahun, wardah..."

at last, dia pun nangis jugak.

tak taulah macam mana nanti, pergi sekolah,
aku seorang pengawas lane belakang dalam kelas.
takde lagi lawak sengal dia.

tapi aku perlu redha,
semua nikmat hanya pinjaman daripada Allah.

selamat berjuang, mawarku.

Saturday, March 28, 2009

cookies' story

"K.Diyanaaa, cepat tolong umi buat kuiih, kalau tak K.Diyana bukan orang 'ceredik' "
Laungan Arif dari dapur jelas kedengaran.

Haha, nak tergelak pun ada. Aku segera ke dapur. Anak kecil itu memang semakin bijak dan 'ceredik' sejak masuk pra-tadika. Banyak benda baru dia belajar. Lagu kegemaran-
"Anak yang soleh duduk bagaimana....~lalala"

* * *

Aku terus memulakan kerja membuat cookies setelah adunannya siap.
First tray aku buat seperti biasa,

Arif : K.Diyana, nak buat jugak
Diyana: tak boleh
Arif : alaa, nak buat, Arif kate K.Diyana buah karang!
Diyana: katalaah
Arif : K.Diyana buah! K.Diyana buah! K.Diyana buah! boleh makan....! (jerit)

hahahah. Aduh, sakit perut tahan gelak. Entah dari mana dia belajar benda tu suma. Terkejut aku dia cakap 'buah' tiba-tiba. Aku ingat dia nak cakapla buah hati ke apa ke, sekali?

Aku susun chocolate chips atas cookies

Arif : K.Diyana, Arif nak tolong letak coklat-coklat tu.
Diyana: letak dekat mana?
Arif : dekat cookies tu lah
Diyana: dekat cookies ke, dekat mulut?
Arif : tu (cookies) mulut la tu

(banyakla dia)

Next tray,
cookies ni sebenarnya aku buat untuk adik-adik usrah aku, jamuan esok.
Aku buatlah cookies bentuk love. Mereka ada 7, aku buat lebih, kotlah ada yang tak menjadi.

Arif jenguk.

"waah bentuk 'hatiku'! umi, tengok ni, ada bentuk 'hatiku' "
(Aduh, mana pulak dia dapat word tu~)

Aku tekun meneruskan kerja.

"K.Diyana, cantiklah bentuk 'hatiku' dengan 'I lif u' "

"Arif nak buat ke, nah" Aku letak segenggam doh cookies depan dia.

* * *

"K.Diyana, dah siap! "

Aku tengok.

"@#$&%, apa ni?? "

Hoh, takda rupa 'hatiku langsung. Dipenyek-penyek doh tu sampai padat.Hurm, mungkin bakatnya bukan dalam bidang itu.
Aku renovate, dan susun.

Bila dah keluar dari oven, semua berebut nak makan cookies 'hatiku'.
Alang-alang ada extra, kasi canlaa.


Wan : Aih, cantik bona ghupo eh ni
Diyana: Wan nak ke, nahlah, satu untuk Wan.
Wan : Alaah, ghaso eh samo yo...(rasanya sama je)

Hahaha itulah jawapan yang menggambarkan kematangan
rupa je lain sikit, rasanya tetap? samaa.

* * *

Arif menangis

Diyana : kenapa ni?
Arif : Hariz jatuh atas hidung Arif
Diyana : jom carik Hariz

Diyana : Hariz buat apa?
Arif&Hariz : manada....ye...bukan...ye...blablablba...tapi dia yang dulu...tapi..tapi..blabla
Diyana : dah, dah! dua-dua mintak maaf
Arif&Hariz : *diam+muncung
Diyana : siapa nak bintang (bentuk cookies) minta maaf sekarang.
Arif&Hariz : *sengeh, minta maaf blablabla
Diyana : okay, lepas solat maghrib dapat bintang...

Ending: dua ketul cookies berbentuk Patrick Starfish menyatukan dua insan yang berkelahi.

Wednesday, March 18, 2009

ye, uji cekap.

pasal ape? ape lagi, uji cekaplah.
ye, ini pengalaman pertama sebagai ajk (kepada yang lebih muda)
baru rasa macam ajk sikit. sebelum ni explorace, x rasa sangat, sebab mereka semua senior.
dan aku belajar banyak benda apabila bergelar ajk,
peserta dulu pon ye jugak, tapi aspek berbezalah.

1st day

sampai-sampai tapak dah asar, schedule lari.
aku dah risau, mesti banyak yang tak sempat ni. jalan je lah.
dirikan khemah ajk, solat maghrib.

"diyana, jom buat pagar rohani ramai-ramai,
pagar kita lemah, senang sangat benda tu masuk"
"lagi ramai, lagi bagus"
ajk lain mengajak. hurm, jujur aku katakan, aku tidak reti langsung memagar,
biasa-biasa baca ma'thurat tu reti lah!
mereka mengajar, aku belajar.
"keyakinan pada Allah paling penting"

kami mula memagar, ye, perlindungan semuanya daripada Allah,
sedang memagar perutku berkeroncong,
sampai ke penjuru keempat, makin kuat, aku sakit, tetap fokus, perut ditekan-tekan
sampai yang terakhir, argh, makin pedih, sikit lagi, sikit lagi,
muka biasa je, aku cuba mengendahkan perasaan itu, tapi aku bimbang jugak,
sebab orang kata bila perut lapar, benda tu senang kacau,
sebab kita lemah. Allahua'lam.

habis memagar je, terus makan, peserta tengah solat. heisy, terok betol!
"takpe kite mengamalkan hadith nabi"
(makruh solat dengan perut lapar dan makanan terhidang)
oklah, syifa'.

lepas solat Isya', kene susun strategi negara,
aku jaga kumpulan 1, duduk, tengoklah mereka bincang
mengarut pun ade, untuk pertahanan, tak pakai BaSed,
nama seni mempertahankan dirinya- taikulat !
(ape kejadahnye tu? tanya mereka.)
agak-agak mereka dah boleh bincang sendiri, aku beredar.

bila masuk khemah ajk, ramai tengah berkerumun,
seorang peserta tengah menangis,
aku buat muka selamba+tak bersalah
"kenapa?" aku tanya seorang ajk.
"dia nampak benda tu"
aku nak tolong, tapi dah ramai sangat keliling,
aku tak rasa efektif, aku keluar

tiba-tiba mereka bawa peserta tu keluar khemah,
sebab dalam khemah kami ada benda tu, 2 ekor.
terperangkap dalam pagar kami. agaknya.

peserta tu masih terus menangis, aku cuba dekati.
sebut nama Allah, paksa dia lawan ketakutan, dan berhenti menangis.
Alhamdulillah, mampu bersuara, dan bertenang.
dalam masa yang sama, aku juga semakin yakin, dalaman aku semakin kuat.
Allah Maha Besar!

2nd Day

malam (ke pagi?) itu, aku dan khalilah kene hirasah pukul 2.30
kami bangun awal, bersiap awal, pukul 4 - qiyam.
masa qiyam, aduh kepala nak melayang,
tak cukup tidur (lemahnya aku). tahan, tahan.

lepas makan, jungle trekking untuk pergi tempat abseiling, river-crossing, dan ujian.
aku lupa nak tukar kasut! kasut sekolah pon bolehla.

sampai sana, aku ujilah kemahiran-kemahirannya.
jujur aku kata, keputusannya sangat teruk. (maaf ye dik)
tapi kalau dalam 1 kumpulan nak cari yang pass semua suusah sangat
kawad pun, pergi depan, sengih-sengih.
"ana tak reti sangat, tolong tau" (haih~)
yang pelajar baru tu boleh tolak ansur lagilah, ini yang 3 tahun buat benda sama,
sia-sia je ke? dahlah kami uji senang-senang je (tak cukup masa)
sudahnya, untuk uji kemahiran menerima arahan,
aku sendiri yang kena bagi arahan, sebab kalau tak, kawannya bagi arahan salah !
mereka tak bersemangat. aku kecewa.

lepas solat, makan. hurm, banyak lagi belom habis.
sempat ke nak masak ni? aku patut in charge sardin masak lemak.
dah terdelay sangat-sangat ni? tawakkal je lah.
jaga river-crossing, tengok jam- 5.45 p.m.
aih, tak solat lagi ni. tukar dengan ajk lain.
elok-elok tengah aku solat, hujan turun dengan selebat-lebatnya.
hurm, kuyuplah mereka yang tengah crossing the river tu.

on the way balik, still hujan.
tengah-tengah jalan, aih rasa pelik. pacat!
haha, sudahnya, aku yang dapat. itulah, sakat orang lagi.
memang pacat tu aku gentel sampai baliklah. (heh, teringat kenangan ekspedisi)

sampai pangkalan, ajk tengah masak sardin
"diyana, akak rasa misi sardin masak lemak tak dapat direalisasikanlah"
hurm, aku tak kisah, asal takde yang kebulur sudah.

malam tu, buat pagar lagi.
pangkalan dah dibesarkan, bertambahlah penjuru yang perlu kami lewati.
the same thing happens. perut sakit sangat-sangat!
(kenapa masa yang sama? wallahua'lam)
siap je memagar, aku terus ambik roti dari khemah.
memang aku tak larat nak solat terus, syifa tengok
"lapar lagi eh, Di" haha, tau-tau je.

malam tu, nightwalk. (password: gelap-gelita)
aku jaga sekali dengan khalilah. kami duduk macam batu.
apasal tak start-start lagi night walk nih? dah lambat dah.
tiba-tiba nampak kelibat orang berjalan, dengan suara baca ayat kuat-kuat.
hoh, peserta mana tu, kami dah ready, cover dengan wind breaker.
sekali, Ust Usman, datang baca ayat-ayat surah Al-Baqarah dll,
ustaz tetap aktif dan bersemangat, jogging sampai pangkalan.

kami duduk, tunggu lagi, beberapa peserta lalu.
"diyana, pergila jalan-jalan" jalan-jalan? buat apa?
aku endahkan. tunggu, tunggu. tap! terlelap, tahan, tap! terlelap lagi.
argh, tak boleh jadi ni, aku pun berdiri, jalan-jalan sikit.
"khalilah, anti lah pulak"
"nak pakai wind-breaker anti"
ok, kami tukar. khalilah bagi aku selendang yang dipakai. aku sangkut atas kepala.
"heisy! seramla diyana"

haha, aku pun jalan-jalan. betul-betul pelahan. selendang itu menutup wajah ku. separuh.
mulut aku terkumat-kamit. baca ma'thurat je pun, sempatlah beberapa round.
yang aku tak boleh terima, peserta yang jalan berkumpulan,
bukan seorang dua, tapi sampai 4 orang!
dari jauh lagi, mereka dah terjerit-jerit
"gelap! gelap!" aku diam je.
ada jugak yang tak berani tegur,
lalu tepi je melencong bukan main jauh lagi, sampai ke rumput-rumput nun.
"diyana, anti buat apa kat budak tu?"
"mana ada buat apa"
"bila dia cakap gelap, anti jawab apa?"
"buat dek je"
"padanla, sampai kat ana bukan main laju lagi jalan!"

night walk habis sangat lambat, dah, start pun lambat.
dah cerah pulak tu, tukar nama, morning walk.

3rd day

yah, kami perang-perang. (menang atau syahid!)
ajk baling dekat peserta air isi sayur masak lemak + sos busuk
k.syafiqah, bila percik kat die, dia lap kat tudung orang. kurang asam!
tapi banat kurang agresif lah, tak puas main.

lepas tu, runtuhkan pangkalan, kemas punya kemas,
jumpa pacat gemok kekenyangan dekat tempat aku beradu.
cis, padanla tangan aku berdarah, dah basuh pun darah lagi.
rezeki engkaulah pacat...

lebih kurang pukul 3.30, kami berangkat pulang
dalam bas, aku check ayat hafazan, letih betul mereka,
ada yang kejut tak bangun-bangun. tidur mati.
aku pun nyenyak je, betullah, tak cukup tidur.

alhamdulillah, selamat sampai.

* * *

p/s:
1. terima kasih atas kerja sama semua
2. kalau ada apa-apa, minta maaf ye semua!

sekian.

Wednesday, March 4, 2009

waktu pagi :)


waktu pagi adalah waktu yang paling aku suka. aku suka nikmati. lagi-lagi ketika masih gelap. tetapi bukan dengan tidur. tidur lepas subuh? lagilah :( aku suka keluar, hirup udara segar dalam-dalam, sebelum pergi sekolah, bau oksigen memang kegemaranku
(ada bau ke?)

orang kata nanti awet muda. eceh, wallahua'lam :P

dan perkara yang aku tak suka ialah tidur waktu pagi. dan aku pelik macam mana ramai yang boleh tak bangun-bangun sampai pukul satu, dua. tak bengap ke kepala? aku siap pening-pening lagi kalau tidur pagi-pagi. cuma kalau ada kes-kes luar biasa punya tak cukup tidur dan ngantuk sangat, aku surrender. tu pun aku cuba bertahan, buat something dulu, at least sampai pukul 9.

dan aku sangat menggalakkan orang gunakan waktu pagi sebaik mungkin. jika anda sia-siakan, sungguh, anda benar-benar rugi.

sedang Rasulullah SAW pernah bersabda,

"Ya Allah, berkatilah ummatku pada waktu paginya"

nah, doa nabi, mana yang tak mustajab?
pada waktu pagi, pintu rezeki terbuka seluas-luasnya.

terserah pada kita untuk menerokai pintu-pintu itu atau tidak.
ada akal ? gunakan.

Kajian sains terhadap kelebihan bangun awal pada waktu pagi untuk kesihatan jasmani

1) Sains menyatakan kandungan gas ozon dalam udara pada waktu pagi adalah tertinggi berbanding pada waktu lain. Gas ozon amat penting untuk tubuh badan. Kesannya untuk kesihatan adalah amat baik, ini lebih baik jika seseorang itu menunaikan solat subuh di masjid, semakin jauh masjid maka semakin baik. Ganjaran pahala pun bertambah. Insyaallah

2) Kandungan ' al-kartozon' dalam darah adalah tertinggi pada waktu pagi sebelum matahari terbit. 'Al-kartozon' baik untuk badan yang mengaktifkan sel dalam badan, dan juga menambahkan kandungan gula dalam darah.

3) Bangun awal di waktu pagi dapat mencegah daripada penyakit hati.

4) Membantu membekalkan kandungan vitamin untuk tubuh badan.

5) Membantu dalam membekalkan tenaga, mencergaskan tubuh badan

jom manfaatkan pagi kita!
:)

Gema kehidupan

Seorang budak mengisi waktu lapangnya dengan aktiviti mendaki gunung bersama ayahnya. Entah mengapa, tiba-tiba kaki budak itu tersandung akar pokok, lalu jatuh. “Aduhh!” jeritannya itu memecah keheningan suasana pegunungan itu. Budak itu amat terkejut, ketika ia mendengar suara di kejauhan meniru teriakannya, “Aduhh!”.

Dasar budak-budak, ia berteriak lagi, “Hei! Siapa kau?” Jawapan yang terdengar, “Hei! Siapa kau?” Lantaran itu ia tersangat kecewa dan marah kerana suaranya itu ditiru, budak itu berasa geram, lalu berteriak kembali, “Kau pengecut!” Lagi sekali ia terkejut ketika suara dari sana membalasnya dengan teriakan yang serupa.

Lantas budak itu bertanya kepada ayahnya, “Apa yang terjadi?” Dengan penuh kearifan ayahnya tersenyum, “Anakku, cuba kamu perhatikan.” Bapa budak itu menjerit, “Saya kagum padamu!” Suara di kejauhan menjawab, Saya kagum padamu!” Sekali lagi ayahnya berteriak “Kamu adalah juara!” Suara itu menjawab, “Kamu adalah juara!”. Budak itu berasa sangat hairan, meskipun demikian ia tetap belum mengerti. Lalu ayahnya menjelaskan, “Suara itu adalah gema, tetapi sesungguhnya itulah kehidupan.”

Kehidupan membalas kembali di atas semua ucapan dan tindakanmu. Dengan kata lain, kehidupan kita adalah sebuah pantulan atau bayangan di atas setiap tindakan dan perlakuan kita. Bilamana kamu ingin mendapatkan lebih banyak cinta di dunia ini, maka ciptakan cinta itu di dalam hatimu. Bilamana kamu menginginkan kerjamu mempunyai kemampuan yang tinggi, maka tingkatkan kemampuan itu. Hidup akan memberikan kembali segala sesuatu yang telah kau berikan kepadanya. Ingat, hidup bukan sebuah kebetulan tapi sebuah bayangan dirimu.

(copied and pasted)

http://www.dudung.net/artikel-bebas/gema-kehidupan.html

Tuesday, February 3, 2009

beliaulah Nuruddin Az-Zanki

(sejujurnya, akhir ini banyak artikel yang dicopy dari internet, bukan hasil tanganku sendiri, dek kekurangan masa dan tenaga. justeru, biarlah aku kongsi apa yang kujumpa, walaupun panjang sedikit kali ini, agar manfaatnya bukan untukku seorang, walaupun bukan aku pengarangnya)

usaha baca sampai habis. anda akan dapat sesuatu, jaminan saya.

Di masa peperangan antara orang Islam dengan orang-orang kafir Kristian yang dikenali dengan perang Salib dan telah berlangsung sekian lama. Kemenangan dan kekalahan silih berganti pada kedua belah pihak. Umat Islam berjuang dengan habis-habisan menentang musuhnya. Segala kekuatan dikerahkannya. Kerana pada waktu itulah kesempatan yang paling baik untuk memperolehi syahid di medan perang sebagaimana yang diperolehi para sahabat Rasulullah dalam perjuangan menentang orang kafir yang cuba melenyapkan Islam.

Raja-raja dari semua kerajaan Islam memberikan sokongan padu kepada setiap panglima perang yang tampil memimpin para pahlawan Islam menentang kaum kafir Kristian yang datang dari Eropah. Salah seorang raja yang banyak jasanya dalam perang Salib ini adalah Sultan Nuruddin Zangki (Zenggi), keturunan bangsa Kurdi dan berkedudukan di Mosul. Baginda yang diputerakan tahun 1118 Masihi dan wafat 1174 Masihi, adalah seorang raja yang terkenal taqwa, wara’ dan adil. Kerana keadilannya pula hingga digelari Malikul Adil (Raja yang adil). Pada waktu malam baginda bangun untuk solat tahajjud dan berdoa agar rakyatnya hidup bahagia dalam keredhaan Allah dan terselamat di akhirat nanti. Pada sebelah siang beliau banyak berpuasa dan selepas solat, wiridnya sentiasa panjang.

Seluruh kekuatan yang dimilikinya adalah untuk menentang serangan tentera Salib agar tidak dapat menjajah negara Islam. Beliaulah yang membentangkan jalan kepada Shalahuddin Al-Ayyubi, panglima perang Salib di pihak Islam yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin dari cengkaman kaum Salib. Baginda sentiasa tenang dan gembira melayan semua rakyat dan menteri-menterinya, sekalipun negara dalam keadaan darurat perang, kerana beliau sudah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW pada suatu malam. Dalam mimpi itu Sultan Nuruddin melihat Rasulullah dalam keadaan gembira, menandakan perjuangan kaum Muslimin yang dipimpinnya dalam berjihad akan berhasil.

Selanjutnya, suatu hari Malikul Adil kelihatan tidak seperti biasanya, kali ini baginda nampak sangat risau, seolah-olah ada yang tidak kena pada dirinya. Menteri-menterinya menyedari hal ini, namun mereka tidak berani bertanya. Kerisauan dan kegelisahan tersebut berpunca daripada mimpinya beberapa malam yang lalu. Mimpi itu sangat mengerikan dan sukar ditafsirkan. Dalam mimpi itu, baginda memakai baju yang cantik gemerlapan dan berada di hadapan Rasulullah. Rasulullah memegang tangan Nuruddin dan menunjuk kepada dua orang lelaki yang berada di hadapannya dan bersabda: “Kenalilah aku. Bebaskan aku dari dua orang itu!” Nuruddin terbangun, namun wajah Rasulullah dan dua orang lelaki itu kelihatan jelas di hadapannya seperti bukan mimpi. Wajah kedua lelaki itu kelihatan kemerah-merahan.

Tidak seorang pun yang diberitahu tentang mimpi itu, dan beliau yakin bahawa yang datang itu benar-benar Rasulullah SAW. Kerana beliau sendiri telah bersabda: “Siapa yang melihat aku dalam mimpi, samalah ertinya dengan melihat aku di waktu bangun, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai aku.” Keyakinan Raja Nuruddin akan kesahihan mimpinya itu dikuatkan lagi oleh mimpinya yang dahulu sehubungan dengan peperangan. “Ketika itu Rasulullah kelihatan sangat gembira sekali. Tapi mengapa kali ini baginda kelihatan amat sedih? Dan siapakah gerangan dua lelaki yang ditunjuk oleh Rasulullah itu?” Nuruddin tidak habis-habis merenung dan berfikir: “Ah, ini tentu ada yang tidak mengena pada keperibadian Baginda yang mulia atau akan ada sesuatu yang mengancam maruah umat Islam,” kata Nuruddin dalam hatinya.

Dekat seminggu lamanya Raja adil itu memikirkan dengan risau. Tiba-tiba mimpi itu berulang lagi, peristiwa seperti mimpi yang pertama dan Rasulullah memanggil-manggil Nuruddin lagi: “Kenalilah aku dan bebaskan aku dari dua orang itu!” Baginda terkejut dan bangun kemudian langsung berwudhu’, terus bersolat tahajjud dan berzikir sebanyak-banyaknya di malam sunyi itu. Kerana terlalu lama berzikir, baginda tertidur dalam duduk dan wajah Rasulullah menjelma lagi. Dalam masa yang tidak seberapa lama, sudah tiga kali beliau berjumpa Rasulullah dalam keadaan muram. “Perkara ini benar-benar serius agaknya dan tidak boleh ku simpan seorang sahaja,” kata Nuruddin pada dirinya sendiri. Apabila baginda tergerak hatinya untuk memanggil orang kepercayaannya, baginda teringat akan sabda Rasulullah: “Bahawa apabila seseorang bermimpi buruk, hendaklah jangan diceritakan kepada sesiapa pun. Insya Allah tidak akan terjadi apa-apa.” Nuruddin berfikir sekejap. Sanggupkah dia menyimpan mimpi itu seorang diri? Tidak, mimpi itu sudah tiga kali datang, dan yang datang adalah manusia termulia.

Selepas solat Subuh di pagi hari Raja Nuruddin memanggil seorang menteri kepercayaannya, Jamaluddin Al-Mushly. Lelaki itu sangat wara’, taqwa dan amanah seperti Rajanya juga. Oleh kerana itu, dialah satu-satunya orang yang dipanggil oleh Nuruddin sehubungan dengan mimpinya. Kerana Nuruddin yakin, bahawa walau bagaimanapun Jamaluddin tidak akan membocorkan rahsia negara dan raja. Hari masih terlalu pagi, suasana masih gelap, di sana sini kedengaran kokok ayam silih berganti dan waktu kerja pun masih lama lagi akan bermula. Namun menteri Jamaluddin Al-Mushly sudah berangkat ke istana negara kerana menjunjung titah baginda.

“Engkau adalah orang yang paling ku percaya untuk menyimpan rahsia negara selama ini. Oleh kerana itu aku tidak merasa ragu lagi menceritakan mimpiku padamu,” kata Raja kepada Jamaluddin dan menceritakan mimpi yang dialaminya. Jamaluddin mendengarkan dengan serius. Ia sendiri turut merasa gerun mendengarkan cerita Rajanya. Kemudian Jamaluddin berkata: “Ini memang betul-betul mimpi yang benar wahai tuanku, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai Rasulullah.” “Betul itu. Aku pun ingat demikian,” kata Nuruddin menyokong pendapat Jamaluddin. Nuruddin bertanya: “Jadi, agak-agak apakah pendapatmu tentang mimpiku itu.” Jamaluddin menjawab: “Menurut pendapat hamba, ada rancangan jahat dari orang tertentu yang ditujukan kepada Rasulullah, dan Rasulullah tidak menyenanginya. Tuanku diberi tugas untuk menggagalkan rancangan jahat tersebut.”

Nuruddin seolah-olah dikeluarkan dari kebuntuannya setelah mendengar tafsiran daripada Jamaluddin. Baginda percaya bahawa pendapat menterinya itu benar belaka. Berkata Nuruddin: “Pendapatmu betul, sekarang ke mana dan bagaimana kita mesti mencari dua lelaki yang ditunjuk oleh Rasulullah itu?” Jamaluddin mengajukan usul: “Bagaimana kalau sekiranya baginda raja yang pergi ke Madinah Al-Munawwarah terlebih dahulu. Di sanalah tuanku dapat berdoa di makam Rasulullah yang mulia, memohon petunjuk kepada Allah di sisi kubur kekasihNya. Mudah-mudahan, di sana tersingkap rahsia mimpi paduka itu.”

Semua persediaan dan perbekalan segera dipersiapkan. Maka pada hari yang telah ditetapkan, beribu-ribu rakyat ibu kota berpusu-pusu di hadapan istana negara untuk mengucapkan selamat jalan kepada Raja yang mereka hormati. Berangkatlah Raja yang adil bersama beberapa pegawai tinggi negara menuju Madinah.

Di setiap kampung yang dilaluinya, baginda disambut mesra oleh rakyatnya. Baginda merasa puas dapat berjumpa dengan berbagai rakyatnya. Rakyat pun berasa gembira melihat Raja yang berjiwa rakyat dan tidak putus-putusnya tersenyum kepada semua rakyat. Namun, di sebalik senyuman raja yang dilepaskan kepada rakyatnya, ada perasaan risau dan ngeri yang menghantui baginda secara berterusan. Yakni wajah kedua lelaki yang dilihat dalam mimpinya selalu membayangi kemana sahaja baginda pergi. Tidak sesaat pun wajah itu hilang dari pandangan baginda. Baginda juga dapat menggambarkan dengan jelas tentang perwatakan kedua lelaki itu baik dari bentuk wajahnya, matanya, susunan giginya, mulutnya, janggutnya bahkan kesemua seluruh tubuh kedua mereka itu. Kalau, kedua lelaki itu melintas di hadapan baginda maka sudah pasti, baginda akan menangkapnya. Disebabkan baginda sentiasa asyik memikirkan tentang kedua lelaki itu, kadang-kadang baginda terpisah dari rombongannya. Baginda tidak putus asa untuk mencari kedua lelaki itu, baginda pergi secara persendirian mengembara antara bukit-bukit.

Para pengawal tidak berani menegur apa-apa sebaliknya mereka hanya memerhatikan Raja mereka dari jauh. Hanya menteri Jamaluddin sahaja yang sesekali mengingatkannya apabila beliau terpisah jauh dari rombongan. Setelah beberapa hari perjalanan, rombongan baginda sampai di sempadan Madinah. Jamaluddin memberitahu baginda: “Tuanku, sekejap lagi kita akan memasuki ke kota Rasulullah SAW, oleh itu bersiap sedialah tuanku.” Berkata Raja: “Apakah cara yang harus aku lakukan untuk memasuki kota yang mulia itu?” Berkata Jamaluddin: “Pertama hendaklah tuanku mandi dan bersuci, kemudian masuklah ke masjid Quba’ dan bersolat tahiyyatul masjid, ini adalah untuk menghormati masjid yang dibina dengan tangan Rasulullah SAW sendiri.” Kemudian Raja dan rombongannya mengikut arahan Jamaluddin, setelah selesai mengerjakan solat di masjid Quba’, rombongan diraja menuju ke taman Raudhah. Di taman yang mulia inilah jenazah yang teramat mulia Rasulullah SAW bersemadi.

Perasaan mereka yang berada di hadapan tempat jenazah baginda Rasulullah SAW disemadikan adalah amat berlainan sekali, mereka berasa seolah-olah berada di satu alam yang lain. Lalu Raja mengangkat tangannya tinggi-tinggi dan memohon kepada Allah SWT supaya rahsia di sebalik mimpinya itu di perlihatkan kepadanya sebelum kedua manusia jahat melaksanakan niat jahat mereka. Degupan hati Raja yang begitu khusyuk dalam doanya menyebabkan air mata mengalir tanpa disedarinya. Memang di sinilah salah satu tempat diperkenankan doa. Wajah Rasulullah SAW semakin jelas di mata Raja seolah-olah Rasulullah SAW menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Raja. Baginda terdengar suara dekat telinganya yang berbunyi: “Kenalilah aku, dan bebaskanlah aku dari kedua lelaki ini.”

Setelah baginda raja berdoa dengan penuh khusyuk di taman Raudhah, kemudian datang petunjuk dari Allah seolah-olah beliau dapat menyingkap tafsir mimpinya itu di kota mulia tempat bersemayamnya Rasulullah SAW. Oleh kerana Raja Nuruddin ingin segera mengetahui makna mimpinya yang menakutkan itu, lalu beliau memanggil gabenor Madinah dengan berkata: “Saya mahu kamu kumpulkan kesemua penduduk Madinah tanpa ada sesiapa pun yang dikecualikan, saya ingin bersalaman dengan mereka.” Berkata gabenor Madinah: “Baik tuanku, segala titah raja akan dijalankan.” Gabenor Madinah pun segera menyampaikan pesanan raja kepada penduduk Madinah dan penduduk yang berhampiran dengan kota Madinah.

Berkata gabenor Madinah kepada penduduk kota Madinah dan sekitarnya: “Atas perintah Raja Nuruddin, semua rakyat Madinah dan kawasan yang berhampiran denganya, sama ada lelaki atau wanita, tua atau muda dari berbagai jenis agama dikehendaki hadir di dewan orang ramai, kerana baginda Raja Nuruddin hendak bertemu dengan semua penduduk di sini.” Setelah berita disebarkan maka orang ramai bersama seisi keluarga segera pergi ke dewan orang ramai dengan perasaan gembira, tidak seorang pun yang tertinggal. Mereka yang tua dan uzur diusung sehingga banyak sekali usungan yang kelihatan dalam perjalanan menuju ke dewan orang ramai. Apabila seluruh penduduk kota Madinah telah berkumpul, gabenor Madinah pun melapurkan kepada Raja: “Tuanku, semua rakyat telah berkumpul dan mereka sedang menunggu kehadiran tuanku.” Berkata Raja Nuruddin: “Apakah kamu yakin bahawa semua rakyat telah datang untuk bersalaman dengan saya?” Berkata gabenor Madinah. “Insya Allah.” Setelah Raja mendengar penjelasan dari gabenor, Madinah, maka Raja pun segera pergi ke tempat orang ramai yang sedang menunggunya. Wajah kedua lelaki yang datang dalam mimpinya semakin mencabar di hadapannya.

Setelah baginda Raja sampai di tempat dewan orang ramai, maka baginda pun memandang kepada rakyat sebagai penghormatan. Mata Raja Nuruddin sentiasa mencari-cari wajah yang menjadi buruannya, tetapi tidak juga kelihatan. Raja Nuruddin semakin risau, beliau duduk sekejap dan berbincang dengan pegawai-pegawai dari Madinah. Berkata Raja, Nuruddin: “Apakah masih ada rakyat yang melepaskan peluang untuk bertemu dengan saya? Cuba siasat sekali lagi.” Kemudian para pegawai dari kota Madinah berbincang sesama mereka, mereka cuba mengingati wajah-wajah yang tidak hadir. Tiba-tiba seorang pegawai berkata dengan serius dan bersemangat: “Betul tuanku, hamba ingat masih ada dua orang kenamaan di Madinah yang tidak hadir di sini, mungkin kedua mereka tidak mendengar berita tentang ketibaan baginda tuanku ke sini.”

Raja Nuruddin berkata: “Di mana mereka berada, dan siapakah mereka itu?” Denyutan jantung Raja Nuruddin semakin cepat, tetapi beliau menahan perasaannya. Orang yang mengenali kedua lelaki itu berkata: “Mereka berdua adalah ahli tasawwuf dan ahli hikmah, sangat wara’ dan sangat banyak ibadahnya, sesiapa sahaja yang pergi kepada mereka akan menerima fatwa-fatwa yang menyejukkan dan menerima sedekah. Dan kedua mereka juga adalah dermawan dan telah banyak sekali membantu fakir miskin.” Raja Nuruddin sangat tertarik dengan huraian pegawainya dan beliau berkata: “Saya ingin sangat untuk bertemu dengan kedua mereka, jemputlah mereka sekarang juga.”

Tidak berapa lama kemudian kedua mereka itu pun datang ke dewan orang ramai setelah diundang. Kedua mereka berjalan dengan tunduk dan tawadhu’, sementara mulut mereka tidak berhenti-henti berzikir kepada Allah SWT. Apabila kedua mereka berdiri di hadapan Raja Nuruddin, Raja Nuruddin terperanjat kerana kedua mereka itulah yang muncul dalam mimpinya. Dalam hati Raja Nuruddin berkata: “Demi Allah orang inilah yang datang dalam mimpiku.” Walaupun kedua mereka itu berada di hadapan beliau, beliau belum pasti sama ada beliau bermimpi atau tidak, lalu beliau menggosok kedua biji mata beliau dan dibukanya mata beliau terang-terang. Ternyata kali ini beliau tidak mimpi, beliau kini berada betul-betul di hadapan orang yang menjadi buruan beliau. Raja Nuruddin memandang mereka dari semua segi, dari segi bentuk muka mereka, susunan gigi, mata dan lain-lain. Akhirnya beliau meyakini dengan seratus peratus bahawa memang sah kedua lelaki itulah yang muncul dalam mimpinya. Kalau ikutkan hati Raja Nuruddin hendak ditanya sahaja: “Siapakah kamu berdua ini.” Raja Nuruddin bertambah hairan melihat kedua mereka, ini adalah kerana kedua mereka itu begitu khusyuk dan tawadhu’, gerak-geri mereka tidak sedikit pun mencurigakan.

Segi rambut pula ikut sunnah, serban pula ikut cara Rasulullah. Sewaktu bersalaman menunjukkan adab seorang alim dan ahli tasawwuf, tutur katanya pula penuh hikmah dan selalu berasaskan Al-Quran dan Al-Hadith. “Tetapi mengapa Rasulullah minta dibebaskan dari dua orang itu? Apakah dosa yang telah diperbuat oeh keduanya? Begitulah pertanyaan yang keluar dari hati Raja Nuruddin. Beliau hairan dan tidak tahu apa yang hendak dibuat, namun demikian tidak seorang pun yang dapat membaca perasaan Raja Nuruddin. Raja Nuruddin serba salah kerana orang ramai mengenali kedua mereka sebagai orang yang alim dan menunjukkan sikap yang penuh tasawwuf, baginda Raja juga menghormati kealiman dan ketasawwufan mereka. Oleh kerana Raja Nuruddin tidak dapat membuat apa-apa keputusan maka majlis pada hari itu bersurai setelah baginda Raja bersalam dengan semua rakyatnya seperti yang dijanjikan. Setelah majlis perhimpunan yang pertama selesai, orang ramai pun bersurai dan mereka merasa puas hati kerana dapat bersalam dengan Raja mereka. Gebenor Madinah merasa sangat gembira kerana majlis itu mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Satu-satunya orang yang tidak puas hati ialah Raja Nuruddin, kerana teka-teki yang menghantuinya belum terjawab.

Selepas menunaikan solat Raja Nuruddin beristighfar dan berzikir banyak-banyak, kemudian beliau berdoa dengan doa yang amat panjang, dalam doa tersebut beliau meminta petunjuk yang lebih jelas dari Allah SWT. Ketika Raja Nuruddin duduk bersendirian, lalu datang menterinya Jamaluddin dengan berkata: “Wahai tuanku, sudahkah tuanku jumpa dengan dua lelaki yang tuanku cari itu?” Berkata raja Nuruddin: “Ya, sudah.” Jamaluddin bertanya: “Yang mana satu tuanku?” Berkata Raja Nuruddin: “Jemputan yang terakhir sekali, saya pasti itulah orang yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW dalam mimpiku.” Jamaluddin diam sambil mengangguk-anggukkan kepalanya, pertanda dia sedang memikirkan sesuatu. Berkata Raja Nuruddin: “Tapi yang peliknya saya tidak dapat sesuatu yang mencurigakan pada diri mereka itu, keadaan keduanya memang seperti yang diceritakan oleh orang. Akhlaknya, gerak-gerinya dan tutur katanya semuanya menggambarkan keperibadian Rasulullah SAW. Inilah yang membuat saya rasa pelik sangat, entah dosa apa yang telah mereka lakukan?”

Setelah Jamaluddin mendengar kata-kata Rajanya maka dia pun berkata: “Tuanku, ketahuilah bahawa seseorang yang pada zahirnya menunjukkan baik, segalanya mengikut cara Rasulullah SAW belum tentu hatinya baik. Boleh jadi ia hanya berpura-pura supaya orang ramai tidak mencurigainya, padahal dia adalah musuh yang jahat.”

Berkata Raja Nuruddin: “Betul katamu itu, kerana memang ramai orang-orang kafir berpura-pura Islam, sedangkan tujuannya untuk menghancurkan Islam dari dalam. Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang ucapannya tentang kehidupan dunia, sangat menarik perhatianmu, dan di persaksikannya Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia sebenarnya adalah musuh yang jahat.”

Raja Nuruddin memang tahu tentang tipu helah orang-orang kafir yang sentiasa hendak merosakkan Islam dengan berbagai cara. Berkata Raja Nuruddin lagi: “Apakah yang harus kita lakukan?” Berkata Jamaluddin: “Tuanku mestilah mengadakan perisikan ke rumah orang itu secara sulit.” Raja Nuruddin dan menterinya Jamaluddin mengadakan perbincangan secara rahsia tentang cara yang terbaik untuk mendapatkan maklumat tentang pergerakan kedua lelaki yang disyaki. Setelah sekian lama mereka berbincang akhirnya mereka mendapat satu cadangan yang baik, yakni orang ramai dijemput untuk menghadiri rumah terbuka atas arahan Raja Nuruddin.

Kedua orang yang disyaki juga diundang sebagai tetamu kehormat. Rahsia ini tetap menjadi rahsia antara Raja dengan menterinya. Gabenor Madinah diberikan tugas untuk menjayakan majlis tersebut. Setelah saat yang dinantikan telah tiba, maka ramailah orang yang datang menghadiri majlis tersebut. Kedua lelaki yang disyaki juga awal-awal lagi telah berangkat menuju ke majlis diraja. Apabila Raja Nuruddin dan Jamaluddin melihat kedua lelaki alim itu telah keluar dari rumah mereka, kemudian Raja Nuruddin, Jamaluddin dan beberapa pengawal pergi ke rumah orang alim itu. Kesemua bahagian dalam rumah itu di periksa oleh Raja Nuruddin, malangnya tidak satu pun benda yang mencurigakan. Sebaliknya dalam rumah tersebut terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang digantung dan juga hadith nabi. Dalam almari orang alim itu dipenuhi dengan kitab-kitab agama feqah dan juga tasawwuf, keadaan rumah itu menggambarkan seolah-olah pewaris Nabi SAW. Hati kecil Raja Nuruddin masih bertanya: “Apalagi yang harus aku syaki? Kenapa Baginda Rasulullah SAW minta pertolongan dariku supaya dibebaskan dari kedua lelaki ini?”

Setelah merasa puas dengan selidikan di rumah tersebut Raja Nuruddin mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut, tetapi apabila baginda Raja hendak melangkah keluar dari rumah tersebut, datang ilham yang membuat beliau teringin benar untuk melihat sebuah permaidani yang sangat indah terbentang di sudut rumah. Raja Nuruddin merasa sangat kagum dengan keindahan dan kehalusan permaidani yang di anggap cukup mahal itu.

Raja Nuruddin tidak puas dengan melihat sahaja kecantikan permaidani tersebut, tetapi beliau membelek-belek permaidani tersebut. Sewaktu membelek permaidani itu Raja Nuruddin terlihat di bawah permaidani itu terdapat papan dan beliau berkata: “Eh, ada papan.” Raja Nuruddin mulai curiga tentang papan itu, lalu baginda mengangkat papan itu perlahan-lahan, ternyata di bawah papan itu mempunyai sebuah terowong yang mempunyai tangga. Raja Nuruddin meneliti arah perginya terowong tersebut, akhinya beliau terkejut dan berkata: “Maasya Allah, terowong ini menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.” Kemudian Raja Nuruddin mengeluarkan arahan: “Tangkap kedua orang itu.” Dengan terbongkarnya rahsia itu maka yakinlah Raja Nuruddin akan makna mimpinya itu, kedua lelaki yang menyamar sebagai alim itu adalah musuh yang hendak mencuri jasad Rasulullah SAW. Dengan terbongkarnya rahsia kedua orang itu, maka orang ramai pun datang untuk menyaksikan peristiwa di rumah orang alim itu.

Beberapa orang telah turun ke dalam terowong yang sangat jauh itu dan akhirnya mereka mendapati bahawa terowong yang digali oleh kedua orang itu sudah hampir benar dekat pada jasad Rasulullah SAW. Setelah mendapat kepastian dari orang yang masuk ke dalam terowong itu, orang ramai tidak tahan sabar lagi. Lalu kedua-dua mereka dipukul dengan teruk sekali, kemudian kedua mereka dibawa ke pengadilan. Dalam mahkamah keduanya berterus terang dengan berkata bahawa kedua-dua mereka telah tinggal di Madinah lebih dari setahun sebagai agen Yahudi. Orang-orang Yahudi memberi perbelanjaan yang cukup banyak pada keduanya untuk tujuan mencuri jasad Rasulullah dari kuburnya, tujuannya ialah apabila jasad Rasulullah berada di tangan Yahudi mereka dengan mudah dapat merendahkan martabat Kekasih Allah dan seterusnya menghina umat Islam. Umat Islam di Madinah rasa tertipu oleh kedua orang Yahudi itu, akhirnya kedua orang Yahudi itu dijatuhi hukuman mati.

Raja Nuruddin sujud syukur kepada Allah SWT kerana tugas yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepadanya telah berjaya diselesaikan dengan berkat hidayah dan pertolongan-Nya. Untuk mengelakkan supaya kejadian seperti itu tidak berulang lagi, Raja Nuruddin memerintahkan supaya ke empat penjuru sekeliling kubur Rasulullah dipagar dengan kongkrit sampai ke bawah tanah. Sebelum Raja Nuruddin berlepas dari Madinah sekali lagi beliau bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW, kali ini Rasulullah merangkul dan memeluk leher beliau. Apabila telah tiba masanya Raja Nuruddin hendak meninggalkan kota Madinah, beliau memberi taklimat terakhir kepada penduduk Madinah akan kejahatan dan dendam orang Yahudi terhadap Islam, dendam orang Yahudi terhadap Islam akan berterusan. Raja Nuruddin pun kembali ke Mosul dengan diiringi doa dan air mata oleh sekalian rakyat yang mencintainya.

semoga kecintaan pada baginda SAW bertambah :)

Wallahu A'lam

Sunday, February 1, 2009

BATU dan PASIR

Ini adalah sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. Teman yang kena tampar, berasa sakit hati, tapi tanpa berkata apa-apa pun, dia menulis di atas pasir : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU.

Mereka terus berjalan, sehingga menemui sebuah oasis, di mana mereka membuat keputusan untuk mandi. Teman yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, cuba berenang namun nyaris tenggelam dan lemas, tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai sedar dari lemas dan rasa takut sudah hilang, dia menulis di atas sebuah batu : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU.

Teman yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya, “Kenapa setelah saya melukai hatimu, kamu menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di atas batu ?”

Temannya sambil tersenyum menjawab, “Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup angin.”

Dalam hidup ini sering timbul berbeza pendapat dan konflik kerana sudut pandangan yang berbeza. Oleh sebab itu, cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu.

Belajarlah menulis di atas pasir!

(p/s: copied and pasted again)