Sunday, February 1, 2009

BATU dan PASIR

Ini adalah sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. Teman yang kena tampar, berasa sakit hati, tapi tanpa berkata apa-apa pun, dia menulis di atas pasir : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU.

Mereka terus berjalan, sehingga menemui sebuah oasis, di mana mereka membuat keputusan untuk mandi. Teman yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, cuba berenang namun nyaris tenggelam dan lemas, tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai sedar dari lemas dan rasa takut sudah hilang, dia menulis di atas sebuah batu : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU.

Teman yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya, “Kenapa setelah saya melukai hatimu, kamu menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di atas batu ?”

Temannya sambil tersenyum menjawab, “Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup angin.”

Dalam hidup ini sering timbul berbeza pendapat dan konflik kerana sudut pandangan yang berbeza. Oleh sebab itu, cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu.

Belajarlah menulis di atas pasir!

(p/s: copied and pasted again)

9 comments:

Amirul Arif said...

salam. mana dapat ah cerita mcm ni? best~

sevenNeedLes said...

waalaikumussalam, kan dah bagitau,
dari internet.
:P

Amirul Arif said...

ya Allah. internet ni bukannya kecik. webnya? haish~

Anonymous said...

yeah...that's right...
2 perkara yg wajib kita ingat:
-bende baik yg org lakukan pd kita
-bende buruk yg kite buat kt org

2 perkara yg kita perlu lupekan:
-bende buruk yg org buat kat kita
-bende baik yg kita buat kat org

sevenNeedLes said...

amirularif-ops sorry, yg website ana bgtau haritu? samelah.

anonymous-ye, sama-samalah kita mengingati dan melupakan.
:)

amzyami said...

I found this somewhere, tapi dalam English punya version. :D

sevenNeedLes said...

sitiamirah-
haha, dah nama pon 'copy and paste'
:D

hasifzizan said...

tk kesahlah copy ke paste ke.. janji post ni best!!!! congrats!!!!

teringat macam2 kisah...

sevenNeedLes said...

hurm.thanx.