Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullah
061111
Lebih kurang jam 10 setengah malam, kami sekeluarga tiba di rumah. Walaupun mata asalnya sudah terlelap,tubuh dipaksa malas untuk bergerak masuk ke rumah. Aku kejut adik-adikku di sebelah. Aku turun dari kereta, pusing melalui belakang bonet sebelum menuju ke pintu rumah. Sewaktu aku melepasi bonet kereta, terlihat sebuah kereta turquoise, sedang u-turn. Terlihat wajah pemandunya. Tak tau mengapa, aku terasa sesuatu. Tak tahu sesuatu yang bagaimana. Wajah lelaki itu, tidak dalam keadaan normal, seperti, gelabah? Wallahu a’lam.
Saat aku melangkah kaki masuk ke dalam rumah, kedengaran bunyi kokokan ayam. Apakah? Ummi dan abi saat itu sudah berada di dalam. Umi pasang suis lampu. Bila umi bergerak ke dalam sedikit. Terdengar bunyi pintu master bedroom ditutup. Terpinga-pinga sebentar, belum ada sesiapa lagi yang masuk ke dalam? Waktu itu abi sudah bergerak mencapai kayu golf dan menyergah. Abi suruh tutup pagar, pegang adik-adik.
Semua lampu dibuka. “ada pencuri” seakan-akan tak percaya perkara ini akan aku alami sendiri. abi cuba mengejar, tetapi pencuri itu sudah melarikan diri. Subhanallah, semuanya pasti sudah berada dalam rencanaNya. Saat kami semua terkejut, pasti Dia sudah sedia mengetahui.
Aku pandang bilik k.lah, bilik abi.
Ya Allah, bersepahnya.
Semua baju digeledah, laci dicabut, grill tingkap bilik abi dah bukan pada tempatnya, bersepah macam tongkang karam. Barang berharga apa yang aku ada ye? Laptop! Aku cuma berserah pada Dia atas segala kemungkinan. Aku menuju ke bilikku. Ergh, selerak sangat! Almari aku. Aku menuju ke 1 sudut bilik.
Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar.
Latop aku masih di situ. Aku teringat waktu sedang berkemas hendak ke kampung, serious aku rasa macam nak tinggal je dengan charger-charger atas meja. Tak tau kenapa, aku simpan juga walaupun gaya malas-malas. Subhanallah, tiada kebetulan, semuanya dalam perancangan Dia.
Terima kasih Allah.
Kinah hilang gelang-gelang 10 ringgit, abi hilang 2 jam tangan, k.lah hilang lipstick, dengan sikit duit singgit-singgit, duit raya umi. Semua bilik macam digeledah separuh-separuh. Mungkin pencuri tu tak sangka kami pulang seawal ini.
Ahah, bunyi ayam berkokok tu sebenarnya ringtone hp pencuri tu, sampai berbelas kali nombor yang sama ‘miskol’ hp tu. Dia tertinggal, plus ada selipar and torchlight.
Subhanallah. Seharusnya aku bersyukur setinggi-tingginya.
1. Kalau ikutkan, kunci kereta abi dengan kunci pagar steady je. TV, laptop, banyak lagilah. Dijaga Allah.
2. Semua family selamat.
3. Ini mungkin jentikan halus dari Allah, tanda kasih Dia.
Lepas semua settle, aku perasan adik-adik aku semuanya gaya trauma. Yah yang sangat bising pun tak dengar sepatah pun suara. Hariz, arif, suruh gosok gigi pun shivering. Kami sekeluarga pun pasti terkesan. Berdepan kemungkinan tragedi berulang, nauzubillah. Dan Allah sebaik-baik pelindung.
Waktu gosok gigi arif
“takut pencuri”
“isy, jangan. Kita kena takut siapa?”
“Allah”
Ayat yang aku tadabbur malam itu, sungguh buat aku malu.
“..kerana itu janganlah kamu takut kepada manusia, tetapi takutlah kepadaKu...”
Al-Maidah: 44
No comments:
Post a Comment