lebih sebulan berlalu. saya sudah melangkah ke satu alam yang baru. suasana belajarnya berbeza, manusianya berbeza, pemahaman mereka berbeza dan bi'ahnya juga, tentu sekali berbeza.
dulu disudu satu-satu ke dalam mulut. sekarang satu-satu perlu dicari dan dikutip sendiri kalau ingin mulut terisi.
dulu terlindung dalam zon selesa, selamat. tak merasa tentangan arus itu. sekarang, segalanya perlu dikuatkan. jiwa, raga, iman, mental, fizikal. berusaha untuk tidak dihanyutkan.
dulu kita boleh kekal begitu. kerana suasana membentuk kita begitu. sekarang tidak. suasananya jauh berbeza. bahkan kita yang kelihatan asing. kita yang perlu membentuk suasana.
pertama kali melangkah ke sana, perasaan bercampur-baur. curious ada, takut ada, berdebar ada, berkobar-kobar pun ada, sikit.
dua minggu pertama- fasa penyesuaian.
untuk saya adapt dengan environment yang sangat berbeza memang memakan masa. boleh kata ketat dan seriuslah muka saya awal-awal dulu (entah-entah sekarang pun ye). antara perbezaan paling dirasai ; pergaulan lelaki perempuan, pemakaian, kefahaman. sebab saya tak nak tangkap gambar dengan budak laki je dah panggil sombong.
saya ingat lagi first time saya pergi dewan selera (DS) pakai jubah, orang dah pandang atas bawah. siapa tak rasa kekok? pastu marah diri sendiri, pakai kerana siapa? alhamdulillah as time goes on, makin ramai orang berjinak dengan jubah. ada yang siap suruh mak post dari rumah lagi. memang tepatlah,
"tegakkan islam dalam dirimu, nescaya akan tertegak islam di sekelilingmu"
cuma kita yang perlu 'izzah dengan apa yang kita bawa
ketegasanmu: itu perisai.
bagaimana pakaian kita sebelum-sebelum ni, kekalkanlah. no matter how different you looked in front of others, dont bother to change. bagaimana tegas kamu terhadap dirimu sendiri dalam mengekalkan pakaian kamu, pendirian kamu, cara kamu. itulah yang akan membuat orang di sekeliling kamu turut tunduk pada ketegasanmu.
mungkin dengan wanita lain mereka selamba bertepuk tampar, tetapi tidak dengan kamu.
mungkin di hadapan wanita lain mereka tidak menjaga pertuturan mereka, tetapi tidak dengan kamu.
semua itu jika kamu tidak menyamakan dirimu dengan wanita lain.
tetapi jika ya, reflekslah dirimu. pasti banyak yang masih longgar pada dirimu.
tunjukkanlah kecantikan Islam
sudah tertulis bahawa Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi. maka janganlah kamu merendahkannnya dengan tingkah dan nilai yang tidak kamu jaga. gelaran muslim yang kamu sandang itu disertai amanah untuk bertindak seperti seorang muslim.
pelajaran, disiplin, peribadi kita. semua perlu dicantikkan demi menunjukkan kecantikan Islam.
'al-qudwah qablad-dakwah'
saya pernah baca kata-kata ust hasrizal dalam buku solusi,
"membiarkan pencapaian akademik masing-masing pada tahap atas urat merupakan satu pengkhianatan kepada kemurnian dan ketinggian Islam"
astaghfirullah, malulah diyana. rasa macam kena tampar je. padan muka.
tu akademik. akhlak kamu? disiplin kamu? pertuturan kamu? peribadi kamu?
astaghfirullah, malunya. tak layak nak sebut semua ni. diri sendiri pun banyak sangat lagi yang belum selesai.
astaghfirullahalazim
astaghfirullahalazim
astaghfirullahalazim
p/s1:ini post khas untuk diri sendiri, am untuk anda.
p/s2:saya dan sahabat-sahabat saya, moga ditetapkan hati kami di atas jalanNya.
p/s3:ramadhaaaan, saya belum puaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaas :(
6 comments:
^^
didi. bimbinglah kami smua :) bantu kami. :)
amiraaaaaaaaaaaaaaah
tiba2 kita rasa malu awk muncul haha. amirah, we'll complete each other insyaAllah. (ok malu tak habis lagi)
BERUSAHA Diyana!!!Ajaran Islam-akhlak, iman dan everything... semuanya benda2 baik...
Benda2 yg baik ni untuk kite sharekan dgn orang lain...
bukan untuk disimpan sorang2...
so...all the best to you, me and all of us!
yosh !
^^
:)
Post a Comment