sebelum itu, para lelaki,
anda tahukan, 4 golongan yang akan menarik kaki anda ke dalam neraka di hari akhirat;
isteri, ibu, adik/kakak, anak perempuan.
dan, yang saya nak sentuh tentang 2 golongan berpotensi tinggi,
adik, dan anak perempuan
saya ingin mengajak anda melihat, pentingnya anda selaku abang/bapa, menyantuni mereka sebaik mungkin, sebelum anda berfikir untuk menyantuni wanita yang tidak halal bagi anda.
lazimnya lelaki, di hadapan wanita lain, sangat baik tiba-tiba kan?
tiba-tiba tulang-tulang menjadi sangat ringan untuk berbuat baik dan membantu apa yang boleh, bicaranya menjadi sopan dan teratur, peribadinya kemas, caring, gentleman dan sangat bertanggungjawab. err, tak semua macam tu tapi paling koman pun, masih nampak baik dan kalau perempuan minta tolong, mesti angguk.
soalan saya, adakah anda masih sebaik itu di hadapan adik-adik atau anak perempuan anda?
jika ya, saya tak punya sebarang masalah.
tapi jika tidak, saya ingin mengajak anda meneliti satu realiti
yang mungkin semua dah tahu.
semua tahu, fitrah wanita itu
hatinya sangat fragile
ia cepat marah, cepat juga tenang.
cepat tersentuh, cepat simpati,
cepat menyenangi, cepat mengagumi
dan paling penting, ia begitu ceeeeepat jatuh hati.
benar, melihat lelaki gentleman, baik, bertanggungjawab, prihatin, bicara gentleman.
semua tu cukup untuk buat mereka jatuh hati.
(ya cukup untuk mereka jatuh hati, tapi takla confirm jatuh hati)
dan mereka akan merasa sangat susah berkata 'tidak' kepada lelaki-lelaki itu,
ya, mengapa sukar?
kerana mereka tidak pernah dilayan sebegitu oleh seorang lelaki sebelum itu.
di rumah, mungkin lelaki-lelaki yang ada, selalu tak peduli, bicara kasar, tak bertanggungjawab, minta tolong pun buat dunno je.
saya melihat prioriti para abang/ayah menyantuni adik/anak perempuan mereka sangat sangat tinggi. kerana jika tidak, apabila berjumpa lelaki 'yang menyantuni mereka', sangat mudah untuk mereka kalah. kenapa tidak?
mereka akan jadi semacam 'batak' dan hati cair macam ais letak tengah panas.
bila jumpa jumpa lelaki begitu.
cuba letak salahnya pada anda, apabila mereka tidak pernah jumpa lelaki begitu sebelum itu. kerana anda yang lebih utama, menyantuni mereka.
jika anda tidak menyantuni mereka,
apabila mereka 'couple'
apabila mereka mendampingi lelaki yang tidak halal,
apabila mereka terjerumus ke arah maksiat itu,
cuba fikir, siapa anda untuk memarahi mereka?
apa yang membuatkan anda berhak memarahi mereka?
berkata 'jangan' sahaja tidak cukup.
awal-awal dulu, saya cukup pelik bila saya terbaca 1 hadith (saya tak ingat matannya). tapi berdasarkan hadith tu, bila seorang lelaki pulang ke rumah, kalau dia pandang wajah anak perempuan dulu dapat pahala (jika saya salah betulkan ya). dan banyak lagi hadith lain, menyuruh seorang ayah mendahulukan anak perempuan melebihi anak lelaki.
tapi syari'at Allah itu tiada yang dicipta saja-saja.
ya, wanita sangat perlukan kasih sayang lelaki. namun masalah pula bila lelaki yang sepatutnya curahkan kasih sayang pada mereka, dan layan mereka dengan baik, tidak buat begitu.
jadi para lelaki yang berkenaan, apabila anda menjaga perilaku anda, bicara anda, dan mencurahkan jiwa anda untuk wanita lain. sedarlah mereka tidak berhak untuk itu.
tapi adik-adik dan anak-anak perempuan anda - mereka yang sebenarnya berhak ke atas semua itu.
ingatlah, di akhirat nanti mereka memiliki potensi yang sangat besar untuk mengheret kaki anda ke dalam neraka dengan maksiat mereka, yang tidak anda halang-dengan cara yang sebenar.
astaghfirullah, tegurlah mana yang salah
Allahu A'lam
2 comments:
semoga dapat memberi kan nya kepada yang hak.
test :p
Post a Comment