Saturday, November 26, 2011

beberapa langkah pendakian

Assalamualaikum warahmatullah

Serious tak terasa 1 semester dah berlalu di bumi KMKN. Pejam celik pejam celik je. All praises to Allah, kalau dulu terasa tak sabar nak sebulan berlalu malah rasa tak mampu melalui fasa ini, sekarang kita sedang dalam pendakian, sekurang-kurangnya sudah sedikit diterokai. Subhanallah, semoga bermanfaat.

Dekat KMKN ni, student yang under MARA ada 4 program foundation; engine aust/nz, engine uk, medic vinayaka & medic rcmp. Program aust akan habiskan sem 2 mereka minggu hadapan. Kiranya, kami sem 1, mereka sem 2. Mereka masuk program ni guna result trial, a month after spm.

Nak dijadikan cerita, kami student engineering (girls) memang tak dapat lari, tentulah lebih click dan rapat dengan student engineering juga, berbanding student medic (tapi tetap rapat). Benda yang kami belajar sama, cara fikir dekat-dekat sama jugak, dan dekat blok asrama, kami duduk 1 row. Maka selalulah lawat-melawat dan bertembung di tandas.

Kami rapat dengan mereka. Maka terasa juga, saat nak berpisah. Nanti bila naik balik 2nd sem, mesti sunyi sepi tandas row student engine. Takde lagi liyana selalu datang bilik kitorang, cerita benda-benda freak, jerit suruh turun riadhah haha. Subhanallah, tinggal memori.

Antara mereka ada juga manusia-manusia yang aku kagumi

Antaranya, bahsya, ainaa, zaza, nisah. About their past and how they had to oppose their own family for a change, how they had to leave what they used to do before.. Adik beradik mereka pun free-hair dll. Dan perubahan mereka atas kehendak dan kesedaran sendiri. Sekali pandang, sungguh saya ingat mereka dari background family yang ada kefahaman. Saya respect orang-orang lain yang seperti ini juga. Moga semuanya diberi kekuatan untuk istiqamah.

One of them is this one hyperactive girl, called zaza. She was the one who first approached me and I couldn’t remember how, as time goes by; we got closer to each other. Tiap kali puasa, kami selalu berbuka sama-sama dalam keadaan DS (dewan selera) yang cengkerik. Even kalau dia tak puasa pun, dia mesti turun teman saya makan. Selalu dhuha sama-sama, nanti dia suruh saya kejut lepas saya dah habis dhuha.

Awal-awal time kat KMKN dulu, saya serious rasa malas betul nak berlegar-legar dekat kolej a.k.a. menggunakan facilities kolej, saya rasa tak senang ramai sangat lelaki. Habis kelas je, saya memang rasa nak pergi bilik terus. Until this one day, zaza ajak saya study sama-sama kat PSP (library) after class. Sampailah at last, it becomes one of my daily routine insyaAllah. Mungkin ini antara cara Allah nak suruh aku ubah cara aku belajar. Ye lah, kalau study kat bilik tu, haruslah banyak aral melintang huhuh.

Seminggu sebelum final, kitorang outing sama-sama, pergi alor setar, kitorang cari something untuk gift exchange for usrah. Dia yang tunjukkan macam-macam tempat kat situ. Haha gelakkan diri sendiri yang masih noob walaupun dah nak habis 1 sem. Dan, tak pasal-pasal je dia belikan aku tudung + sejadah, dah la berebut-rebut time nak bayar tudung (-.-“). And a few days before final exam, dia hadiahkan a bracelet.

Saya tak tau kenapa, waktu hari nak balik tu, antara yang saya teringat adalah dia. Dia pernah cakap, “diyana, kita rasa nak buat kelas personal ngan diyana lah. Kita nak belajar macam-macam yang kita tak tau pasal Islam, dari basic. Kita bukan dari background Islamic” dan dengan izin Allah, later on, dia sama usrah ngan saya. Dia memiliki curiosity yang sangat tinggi dan sangat suka share apa yang dia tau. Their spirit, is what I adore.

Itulah antara yang buat kami sedikit sebanyak ‘terasa’ atas berakhirnya sem 1 ni.

moga ukhuwah ini tidak lain selain hanya kerana Dia

Apa yang pasti, setiap kali 1 jangka waktu berlalu, pasti ada sesalan kerana terasa belum cukup lagi ‘usaha dan kerja’ yang dilakukan. Moga ada pengalaman yang dikutip, ada bekal yang disimpan, untuk perjalanan seterusnya insyaAllah.

Wallahu a’lam.

2 comments:

Anonymous said...

Salam akak.
Reading ur words i can hear your voice. Rasa syahdu sangat. Hihi, kes rindu lah ni. Akak datang lah bumi Al-Amin bila termampu yaa.. Rindu sangat ni. :')

sevenNeedLes said...

wsalam. subhanallah can i know who is this. Allah je tau betapa ana rindu Al-Amin, suasananya, adik2, cikgu-cikgu. ada kelapangan insyaAllah, ana datang menjenguk. antum yang berada di situ sekarang, warnai ia sebaiknya :) uhibbuki fillah.