Monday, December 19, 2011

tentang seorang tetamu kita

bismillahirrahmanirrahim

semalam teman ummi + adik-adik bergumbira di Times Square punya theme park. apa nama dia eh? Allah, lupa, ke tak baca pun? ehe. memandangkan kami ini golongan pencinta alam sekitar, maka kami sanggup berjalan kaki dan menggunakan kemudahan awam serta mengheret kanak-kanak riang yang berjalan sambil tak habis-habis bertanya,

"belum sampai lagi ke?"

ok, intro habis. sebenarnya nak cerita benda lain. begini, waktu on the way balik, tengah jalan kaki antara stesen monorel bukit nenas dengan stesen lrt dang wangi, terserempak dengan sorang foreigner, dia tanya jalan nak ke KL sentral. saya cakaplah kena pergi stesen LRT dekat situ blablabla.

dia singaporean, datang malaysia nak melancong, tapi beg dia baru kena curi. habis semua pasport, cash dan segala-gala yang hilang. dia dari balai polis, baru buat report. memang baju dia habis lencunlah waktu tu, pergi sana-sini, lagi-lagi kurang mahir selok-belok kota ini.

waktu itu, aku merasa kasihan kerana dia menjadi tetamu di negara ini dan diperlakukan sebegitu pula oleh orang kita (mungkin juga orang luar) ?

dia takde duit nak travel balik singapore, mercy pulak tutup sebab ahad. dia just dapat call brother dia dekat singapore supaya datang ambik dia.

"i dont have money to go there, so he must come down here"

cuma aku suka attitude dia, takdelah menyumpah ke apa barang dia kena curi

"thank god i still have 4 malaysian dollars in my pocket at that time, i still can go to KL sentral"
"im glad im still alive, that's good enough for today"

subhanallah, positive nya attitude dia :) saya suka aura positive nih ehe.

aku terfikir juga, alhamdulillah syukurlah atas kewujudan LRT, boleh juga orang seperti ini dan ini(tunjuk muka sendiri) travel, walau tak secanggih MRT jepun underground seyh.

ahah, satu benda,

"im very sorry to say this, there's something about malaysia,
the police, their service are..." (dia geleng)

nak je cakap "SETUJUUUUUUUUUUUU" err
tapi aku cuma senyum. dan umi cakap,

"we're sorry for that"

hihi negara sendiri haruslah back-up dengan muka senyum

dia tak tau cane nak gune LRT, so kitorang belikanlah tiket, tunjuk cane nak scan token untuk naik LRT etc etc.

"i only have this (rm1.60), hope it's enough to go to KL central"

memang tepat-tepat pun.

ada orang kata,betul ke dia tak tipu, mana tau dia menyamar centu supaya orang bagi duit etc etc. :) bagi saya, sangka baik je lah dulu, kita bantu sekadar mampu, selebihnya urusan dia dengan Allah.

tapi saya rasa dia baik, even time kitorang hulu sikit cash,
muka dia terkejut + speechless.

"no no no"

at last dia ambik la jugak

"how can i return this to you?"

:) takat itu je la kami mampu tolong, lepas tu LRT lain arah, moga dia selamat lah.

*subhanallah, it's wonderful to have such unique and great experience. no wonder Allah suruh kita bermusafir, we gain more knowledge, and it will open our minds wider, bagi sesiapa yang memerhati, no doubt. haha itulah, malas berjalan. (-.-')


moga post ini ada manfaat juga bagi sesiapa yang memerhati
wallahu a'lam. ;)

1 comment:

Nurul said...

hebatnya tarbiyah Allah kan...
kat mana2 pun, Allah sentiasa nak didik kita...
:)