Monday, November 21, 2011

garang?

“serius aku rasa dia tu garangla. orang nak mengorat pun tak jadi”

Jika lafaz itu terluah dari bibir seorang wanita, pasti aku cuba semak apa yang perlu dan termampu aku ubah pada diriku. Tetapi sedikit pun aku tak rasa rugi dengan kata-kata itu tatkala ia keluar dari mulut lelaki.

Maaf, aku usaha untuk simpan kelembutan itu, agar aku tidak menjadi cubaan bagi lelaki.

Aku usaha simpan kemesraan itu, agar aku tidak menjadi fitnah buat mereka. Aku tidak mahu menjadi punca kelemahan mereka, aku tidak mahu menjadi penyebab mereka jauh dari Allah. Astaghfirullah nauzubillah, sungguh aku tidak mahu.

Aku benci menjadi sumber inspirasi buat yang tak halal, penyebab senyum tiba-tiba mereka di kala sendirian, dan penyebab hilangnya segala karisma dan ketokohan mereka di hadapan mataku apatah lagi di mata Allah.

Samalah bencinya aku dipasang-pasangkan, disuai-suaikan biarpun atas nama gurauan

Cukuplah aku merasa terlalu rendah

Apakah aku akan hilang daripada pandanganMu, Tuhanku?

Aku tak tahulah, tapi aku tak melihat hebat lelaki bila pandai buat lawak, manis kata-katanya, kerelaannya melayan wanita-wanita sekelas misalnya, mahupun memukau ucapannya di hadapan sekalian orang

Cukuplah apabila mereka mampu menahan hati mereka dan tingkah laku mereka daripada mengikuti bisikan nafsu mereka, meletakkan cinta Dia mengatasi segala cinta, membuat mereka kelihatan cukup hebat dan gagah, dalam pandangan Allah. Pedulikan pandangan manusia.

Cukuplah aku ingin menjadi tiang yang mendokong, tangan yang menguatkan dan sayap yang melajukan langkah seorang pejuang dan melahirkan para pejuang.

“Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka ...”

Allah, teramat-amat jauh.

10 comments:

hurilain said...

you truly inspired me with your words, just hard for me to take off my eyes from your post...never miss even single alphabet^_^

sevenNeedLes said...

salam dear, welcome here ;) alhamdulillah, hadza min fadhli rabbi. one thing you have to notice; your words did so, even more.

Anonymous said...

i love u guys...

Azinuddin said...

i like i like i likee... keep it up... whenever you're down, i'm always there for you... love u sis..

sevenNeedLes said...

anon
nuhibbuki fiilah aidhan!

jack
hahah alhamdulillah thanks balong, do correct me whenever i go astray. love you more bro!

balqis said...

bagusnya post ni. semoga kita semua istiqamah dalam menjaga akhlak. ;) doakan saya terus istiqamah.

sevenNeedLes said...

alhamdulillah. haza min fadhli rabbi. ameen, may Allah guide all of us. do pray for me too balqis ;)

balqis said...

bi iznillah. kita doa sama2. tapi dalam situasi saya, mungkin anti juga, memang susah nak jaga pergaulan. banyak betul dugaan. kadang2 tu, rasa macam diri ni yang over. lebih-lebih dalam pergaulan. ada yang kata saya fanatik. jadi macam serba salah. saya buat benda betul ke? atau saya je yang lebih.

balqis said...

*lebih-lebih dalam menjaga pergaulan

sevenNeedLes said...

selagi kita ikut apa yang Allah tetapkan, takda istilah over. mungkin over pada pandangan manusia je?