Wednesday, April 3, 2013
Happy April Fool.
"Ok hari ni saya ada surprise untuk kamu semua"
Sir berkata dengan sengih cliche beliau.
"Apa dia sir?"
"Tunggu sajalah" sengih lagi. Pelat kecinaan masih pekat.
Selesai kami bincang 6 soalan tutorial,
"Ok. Semua orang boleh take 5. Lepas ni kita ada surprise"
"Ala, sir. Test ke? Mana boleh"
"Berapa chapter"
Ada yang selak nota dengan frequency 5Hz.
Selesai 5 minit.
"Ok kita ada quiz. 5% daripada final. semua orang duduk jarak-jarak. Selang 1 kerusi"
Muka berkerut-kerut semua.
Waktu itu, aku ingat lagi. Satu perkara aku bisik.
Ya Allah, berilah aku pengajaran daripada quiz ini.
25 minit. Untuk solve 1 prob.
Walaupun bunyi macam tak cukup masa untuk soalan thermo. Tapi, tu soalan tutorial yang baru bincang. Cuma ada added information. Maka, sebenarnya cukuplah.
Masa buat tu, saya sangat tahu yang saya tahu cara nak buat. Tapi saya saja fikir lama-lama. Dan tiba-tiba,
"Ok another five minutes"
Then,
"Times up"
Bila sir buat count sampai 10, Memang speed up macam apa je. Sempat buat soalan (a) je. Tu pun entah apa jadi. Tulisan pun teramat 'cantik'. (b) ngan (c) tak sempat.
Lepas tu. sambung lecture.
Subhanallah.
Sejujurnya, boleh kata teruk la quiz tu kan. Dan sejujurnya jugak, saya tak berapa nak dapat fokus sangat waktu lecture semestinya. Menyesal banyak sangat benda T_T Dan subhanallah, maha mendengarnya Dia. Saya memang dapat sederet pengajaran buat tauladan. Alhamdulillah.
1. Tukar bateri jam. Bateri dah mati sebulan lepas rasanya. Tapi saya tak urge pun diri untuk tukar bateri. Kejap lupalah. Kejap tertinggal jam lah. Dan masa quiz tu, saya memang jawab soalan gaya honeymoon sebab saya tak sedar pun dah berapa minit waktu tu. Right after class terus pergi tampin tukar bateri. :O
2. Jangan over confident. Walaupun baru solve soalan tu, tak payah nak rasa over selesa ye Diyana.
3. ..
4. .....
Banyak lagi ibrah lain yang terasa seperti headshot.
Saya tau, jawapan saya teruk sangat. Pastu buat calculation merepek. Pastu. Pastu. Banyak la benda yang saya nak menyesal waktu. Serius tak tenang dengar lecture.
That is until I came to a point where I say,
"Alhamdulillah. I know 100% Allah tak pernah beri kecuali yang terbaik untuk hamba-hambaNya."
Syukur saja. Sekarang fokus apa kena improve next.
Lepas tu, alhamdulillah, dapat concentrate lecture T_T
Allah, besarnya effect syukur.
Bila habis lecture, sir kata,
"Your quiz tadi, boleh buat tak? Senang tak?"
Not long after that,
"HAPPY APRIL FOOOL!!!"
OHMYGOD. Sir ni takde kerja ke hape T_T
"So your question, siapa nak ambik balik. Pergi sambung buat balik"
Allahu rabbi.
Apakah khasnya quiz itu untuk Allah menegur aku?
Astaghfirullahalazim.
Baru hari sebelum tu masa daily tazkirah roommate cerita,
"Kita ingat lagi masa UPSR kita dapat 1B, kita dapat pengajaran waktu tu, jangan meniru. Masa PMR kita dapat straight As, takde pengajaran apa-apa. Lepas tu, SPM tak dapat straight As, kita dapat pengajaran lain. Bila tak berjaya yang kita dapat pengajaran."
Teruji aku sehari kemudiannya.
Wednesday, March 13, 2013
Bidang
Allah bagi apa yang kita perlu. Bukan apa yang kita mahu. Eyh?
Masa aku zaman sekolah dulu. Sedang berfikir-fikir nak pursue course apa lepas SPM, aku adalah consult beberapa orang. Ramai yang suruh aku ambil law. Mereka kata aku sesuai, dan berbakat. Oho. Tapi sampai 1 point. Saya fikir. Saya ni banyak cakap. Memang tak diragui lagilah. Kalau setiap kali program jumaat tu, memang balik-balik muka ni lah yang pegang mic tu kan. Eh tapi tu memang tugas. Tapi still, banyak cakap. Dan aku sendiri ralat sebenarnya. Dengan mudahnya dosa mengalir daripada lidah yang tak terjaga. Kalau ambik law, bertambah-tambah banyak cakap. Maka aku cross out siap-siap law daripada list aku.
Dan lagi, mindset aku waktu itu sangat confident melihat architecture sebenarnya. Sampai sanggup drop bio dan ambik seni visual masa sem 2 form 4. Penuh confident tanpa toleh-toleh ke belakang lagi. Tapi abi sungguh cerita architecture susah dapat kerja, stay studio sampai malam lah, pastu architect yang dapat qualification each year di-limitkan etc etc. mula-mula aku ingat abi just bagi opinion je, aku selamba badak je kekal dengan pilihan tu. even lepas SPM bila ada talk pemilihan kursus tu, bila kita kumpul ikut course yang kita nak, tetaplah architecture di hati. Bila balik cerita kat abi, abi cakap "na still nak architecture eh? kan abi dah cakap..."
Itulah masanya aku realize yang abi sungguh-sungguh tak nak aku ambik bidang itu. Tak, abi tak memaksa. Keputusan aku sendiri untuk turut tidak memilih bidang tersebut. Aku istikharah, dan fikir punya fikir. Benda yang aku sangat obses masa kat sekolah jugak adalah fizik, maka aku switch otak
aku ke engineering. Itu pun at the very last minute. Right before isi UPU rasanya. Result UPU bila cerita kat kawan dapat engine, semua pun terkejut. Jumpa junior kat sekolah hari ni pun still ada yang ingat aku tengah buat architecture lol. Begitulah. Sekarang alhamdulillah dah selamat masuk sem 2 degree in chemical engineering.
Pause right there.
Tiba-tiba aku terfikir yang aliran hidup kita ni. Subhanallah. Adakah berdasarkan apa yang kita mahu? Sama sekali tidak. Tetapi apa yang kita perlu. Bila fikir-fikir balik, aku mana pernah berniat nak ambik engine masa sekolah dulu. Malah tersangat yakin aku untuk ambik architecture. Tapi kenapa tiba-tiba boleh bertukar nehh? Subhanallah, kuasa Allah.
Katalah skill bercakap aku perlu diasah, walaupun ambik engine aku sememangnya banyak cakap tanpa perlu suruh ambil law. Kalaulah skill melukis aku juga perlu dimanfaatkan, memang takpayah tunggu ambil art baru nak practise lah kan.
Tapi skill apa yang Allah nak suruh aku asah dengan bidang engineering ni??
Skill. Berfikir. Lebih
Aku terfikir perkara ni bila dapat result test thermo hari tu.
Alhamdulillah aku dapat highest. whoaaaa. cop. tiada apa yang nak dibanggakan kerana total classmates hanyalah 14 orang dan markah adalah setengah. haha tergelak. Ye, lima puluh peratus.
Bila aku tengok jawapan, lahh setiap soalan aku dapat markah average setengah, maka keseluruhan pun setengah. Compare dengan mates lain, walaupun ada soalan yang dapat kosong, tapi ada soalan yang full mark!
Apa yang Allah nak bagitau aku sebenarnya??
Subhanallah. Sangat terasa teguran Allah, bahawa aku selalu fikir on surface je. Takde 1 soalan pun yang aku dapat full mark. Bukan tak boleh buat langsung. Hints tu dah dapat dah, tapi tak fikir sungguh-sungguh, touch n go je. Malas berfikir.
Astaghfirullahalazim.
Aku tersentap sendiri. Waktu bagi sharing masa rehlah di zoo melaka dengan akhawat terchenta, aku sendiri yang sebut, bahawa dalam setiap apa yang kita pandang Allah menyuruh kita berfikir. Lihat haiwan, tumbuhan, langit...
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal". (3:190)
Tak cukup sekali pandang je. Tak cukup sekali fikir je. Fikir lebih. Yang akhirnya mengembalikan segala keagungan itu pada Allah.
" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakkan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (7:179)
terlalu banyak Allah suruh kita mentadabbur ciptaan Dia. tadabbur. berfikir. korek. lebih dari biasa. Allah benar-benar menyuruh kita berfikir. terlalu besar keperluan berfikir untuk ummah ini. Seketika itu aku merasakan Allah benar-benar meletakkan aku di tempat dan ketika yang sangat tepat.
Astaghfirullah.
Engineering is less about words.
More about understanding, and acting.
Itu secebis dari apa yang Allah nak didik saya saya dari bidang yang saya ambil.
Anda dan bidang anda pule? ;)
Masa aku zaman sekolah dulu. Sedang berfikir-fikir nak pursue course apa lepas SPM, aku adalah consult beberapa orang. Ramai yang suruh aku ambil law. Mereka kata aku sesuai, dan berbakat. Oho. Tapi sampai 1 point. Saya fikir. Saya ni banyak cakap. Memang tak diragui lagilah. Kalau setiap kali program jumaat tu, memang balik-balik muka ni lah yang pegang mic tu kan. Eh tapi tu memang tugas. Tapi still, banyak cakap. Dan aku sendiri ralat sebenarnya. Dengan mudahnya dosa mengalir daripada lidah yang tak terjaga. Kalau ambik law, bertambah-tambah banyak cakap. Maka aku cross out siap-siap law daripada list aku.
Dan lagi, mindset aku waktu itu sangat confident melihat architecture sebenarnya. Sampai sanggup drop bio dan ambik seni visual masa sem 2 form 4. Penuh confident tanpa toleh-toleh ke belakang lagi. Tapi abi sungguh cerita architecture susah dapat kerja, stay studio sampai malam lah, pastu architect yang dapat qualification each year di-limitkan etc etc. mula-mula aku ingat abi just bagi opinion je, aku selamba badak je kekal dengan pilihan tu. even lepas SPM bila ada talk pemilihan kursus tu, bila kita kumpul ikut course yang kita nak, tetaplah architecture di hati. Bila balik cerita kat abi, abi cakap "na still nak architecture eh? kan abi dah cakap..."
Itulah masanya aku realize yang abi sungguh-sungguh tak nak aku ambik bidang itu. Tak, abi tak memaksa. Keputusan aku sendiri untuk turut tidak memilih bidang tersebut. Aku istikharah, dan fikir punya fikir. Benda yang aku sangat obses masa kat sekolah jugak adalah fizik, maka aku switch otak
aku ke engineering. Itu pun at the very last minute. Right before isi UPU rasanya. Result UPU bila cerita kat kawan dapat engine, semua pun terkejut. Jumpa junior kat sekolah hari ni pun still ada yang ingat aku tengah buat architecture lol. Begitulah. Sekarang alhamdulillah dah selamat masuk sem 2 degree in chemical engineering.
Pause right there.
Tiba-tiba aku terfikir yang aliran hidup kita ni. Subhanallah. Adakah berdasarkan apa yang kita mahu? Sama sekali tidak. Tetapi apa yang kita perlu. Bila fikir-fikir balik, aku mana pernah berniat nak ambik engine masa sekolah dulu. Malah tersangat yakin aku untuk ambik architecture. Tapi kenapa tiba-tiba boleh bertukar nehh? Subhanallah, kuasa Allah.
told 'ya
Skill. Berfikir. Lebih
Aku terfikir perkara ni bila dapat result test thermo hari tu.
Alhamdulillah aku dapat highest. whoaaaa. cop. tiada apa yang nak dibanggakan kerana total classmates hanyalah 14 orang dan markah adalah setengah. haha tergelak. Ye, lima puluh peratus.
Bila aku tengok jawapan, lahh setiap soalan aku dapat markah average setengah, maka keseluruhan pun setengah. Compare dengan mates lain, walaupun ada soalan yang dapat kosong, tapi ada soalan yang full mark!
Apa yang Allah nak bagitau aku sebenarnya??
Subhanallah. Sangat terasa teguran Allah, bahawa aku selalu fikir on surface je. Takde 1 soalan pun yang aku dapat full mark. Bukan tak boleh buat langsung. Hints tu dah dapat dah, tapi tak fikir sungguh-sungguh, touch n go je. Malas berfikir.
Astaghfirullahalazim.
Aku tersentap sendiri. Waktu bagi sharing masa rehlah di zoo melaka dengan akhawat terchenta, aku sendiri yang sebut, bahawa dalam setiap apa yang kita pandang Allah menyuruh kita berfikir. Lihat haiwan, tumbuhan, langit...
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal". (3:190)
Tak cukup sekali pandang je. Tak cukup sekali fikir je. Fikir lebih. Yang akhirnya mengembalikan segala keagungan itu pada Allah.
" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakkan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (7:179)
terlalu banyak Allah suruh kita mentadabbur ciptaan Dia. tadabbur. berfikir. korek. lebih dari biasa. Allah benar-benar menyuruh kita berfikir. terlalu besar keperluan berfikir untuk ummah ini. Seketika itu aku merasakan Allah benar-benar meletakkan aku di tempat dan ketika yang sangat tepat.
Astaghfirullah.
Engineering is less about words.
More about understanding, and acting.
Itu secebis dari apa yang Allah nak didik saya saya dari bidang yang saya ambil.
Anda dan bidang anda pule? ;)
The Rehlah : Another Priceless Joy
Alhamdulillah :)
Monday, February 18, 2013
BM
Alhamdulillah. 16 februari
2013. Allah izinkan aku attend Seminar Baitul Muslim 2.0 di PICC. Alkisahnya
ainee tanya free ke tak, sebab dia ada tiket lebih sebab kakak beliau last
minute tak dapat join. Aku tak tertarik pada tajuknya, aku cuma tertarik pada
speakersnya – ada ustaz Pahrol, Hilal, Wardina, dan ramai lagi. Kadang-kadang
rasa geram kenapala diorang bagi talk tajuk tu, kalau tak pasti ada sebab aku
nak semangat-semangat pergi lol. Bila ainee ajak, aku atas pagar je sebenarnya,
tidaklah harapan setinggi langit. Semuanya kerana tajuknya. Hemboi.
Aku pun tak reti nak explain.
Entahlah. Mungkin sebab aku selalu rasa banyak lagi benda besar yang aku patut
curahkan kasih sayang lols err (disclaimer : tanpa sedikit pun men-deny bahawa
“annikahu min sunnati”). Ingat lagi masa daurah LKD lepas SPM dulu. Sampai bab
Baitul Muslim, orang lain punya tunggu-tunggu part tu, boleh pulak aku err
terlelap dengan nyamannya. Pastu amnah conteng kat buku nota aku. “Diyana,
bangunla, macamana nak BM ni” sampai sekarang ada kat buku nota aku hoho duh my bad. Pendek katanya aku tidaklah
obses pada tajuk itu hoho. Maka rasa nak pergi seminar tu biasa-biasa yang
amat. Tapi bila Allah mudahkan. Dahla tiket free ehems. Tanya umi, umi kata
“pergilah, ilmu tu”. Hmm hmm, aku pun pergi.
Tamat pun muqaddimah. peace.
Okay. Tahu tak Baitul Muslim
(BM) tu hape?
‘Baitul Muslim’ bermaksud rumah tangga Muslim yang diurus
tadbir berpandukan Syariat Allah SWT dalam setiap perkara berkaitan perkahwinan
dan kekeluargaan dengan matlamat menggapai keredhaan Allah SWT. -definition dari dia punya notebook :p peace.
CARI JODOH :
LANGKAH 1, 2, 3...
Ustaz Pahrol
#1 Ustaz Pahrol cakap, “orang yang hebat, pasti mengenal
orang yang hebat”. Maka in order untuk dapat orang yang hebat, kena la jadi
hebat dulu. Just like how Khadijah detected Muhammad (pbuh). Pastu, beradalah
dalam network system yang betul. Ustaz Pahrol ceritala, how BM works in jamaah.
Sangat cantik. Murabbi of a person must be one of those who knows how he/she
thinks and understand that person most. Malah sifat mutarabbi juga dicerminkan
oleh siapa murabbinya. So, to know him/her, look at his/her murabbi.
#2 Ustaz Pahrol cerita lagi. Macamana Umar al-Khatab cuba
meminang lelaki untuk anaknya Hafsah. Mula-mula, beliau pergi dekat Abu
Bakar-rejected. Uthman pulak-rejected. Kemudian pergi dekat Rasulullah-
Rasulullah terima! Subhanallah.
Moral #1 bila ditolak,
bermakna Allah nak bagi yang lebih baik.
Moral #2 tidak salah wanita
meminang lelaki.
#3 Ustaz kata ‘moral#2’ itu harus menjadi budaya. Kita
segan-segan kan benda yang halal. Tapi tak segan melakukan maksiat, bergaul
bebas, pegang tangan etc. Ustaz cerita macamana kisah seorang wanita yang
datang sendiri berjumpa Rasulullah untuk meminang baginda. Anak Anas yang turut
berada di situ kata “tak malu ke perempuan ni”. Kemudian Anas kata “sebenarnya
dia lah yang lebih mulia kerana – dia mencintai Rasulullah & dia inginkan
kebaikan”
#4 macamana nak tahu seseorang tu jodoh kita? Ustaz cakap
once saksi ijab qabul kata “sah”. Maknanya betullah dia jodoh kita. Hoho
sungguh sharp. Dan bersangka baiklah dengan Allah – jangan ragu-ragu, orang
yang kita kahwini tu baik ke tak, baik ke tak. Yakin 100%, Allah hanya beri
yang terbaik untuk kita.
#5 Ustaz kata, banyak perceraian berlaku kerana tiada
perkenalan. Yang ada hanyalah lakonan. Zaman percintaan sebelum kahwin penuh
dengan lakonan, bajet, dan kontrol-kontrol belaka. Kerana waktu itu, love is blind. We dont see their through
colours. “Jodoh itu sukar, mari serahkan segala-galanya kepada Allah”
*angguk-angguk*
Preparation
1. Hati-
mujahadah to be better.
2. Ilmu-
at least – ilmu fardhu ain settle. Ilmu syariah tau serba serbi. 10 sifat
mahmudah&mazmumah. Acquired Knowledge – engineering ke, ekon ke, yang
fardhu kifayah. Ilmu tambah – cara manage duit, komunikasi, buat keputusan etc
etc yang menunjukkan sifat-sifat kematangan.
3. Emosi
– biar kita dapat tundukkan perasaann ikut kita. Bukan emosi childish kata
orang.
4. Luaran
– fizikal, duit.
4 ciri wanita yang berkat
1. Cepat
nikahnya
2. Banyak
zuriatnya
3. Kurang
maskahwinnya
4. Baik
akhlaknya.
Ciri lelaki
1. Bertanggungjawab
“ketika cinta demam, tanggungjawablah yang menjaga rumah tangga hingga cinta
kebah semula”
2. Bijaksana
– wisdom.
3. Mampu
jadi murabbi.
PENGURUSAN JIWA
Ustaz Mohd
Ridhauddin
#1 dalam ber-BM perlu ada sebab. Matlamat. Hala
tuju. Kenapa aku berumah tangga? “kalau naik kenderaan, tapi tak tau nak ke
mana, kita takkan ke mana-mana dan masa terbuang”
#2 “wanita bila mata dalam keadaan suaminya redha
kepadanya, masuklah dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki” – ketaatan
yang dimaksudkan adalah ketaatan hati. Redha mentaati.
FULUS OH FULUS
Pakdi
Aku kagum sebab pakdi boleh hafal soalan masa Q&A
tanpa salin pun hehe.
Dari slot ni. Nampaklah sebenarnya the one we sould spend
most at is not the wedding. But the life that comes after it. Itu lebih bijak
sebenarnya. Kesimpulan terus.
SEBELUM AKU
BERNIKAH
Hilal
Kita selalu tertanya-tanya kan, apa guideline hubungan
before kahwin? Sms boleh berapa kali sehari? Jumpa boleh berapa kerap? Dan
lain-lain. And one of the best answer is,
“Apa-apa
yang kita buat sebelum kahwin, cuba tanya diri kita,
Allah redha ke dengan benda
ni?”
Yes. Mardhatillah. The best guideline.
Bila Hilal tanya, “perkataan ‘Syurga’, dengan
‘lenggang-kangkung’, agak-agak selari tak?”
Subhanallah. Sentap yang amat. Terlalu banyak
bersenang-lenang, tapi kata nak syurga. Astaghfirullah.
Soalan seterusnya ialah, “ ‘Ummah’ & ‘Asas yang lemah’,
selari tak?”
Subhanallah, that solved the puzzle in my mind. Aku tak
berminat dengan tajuk Baitul Muslim sebab nampak kecenderungan dia pada
cintan-cintun laki perempuan, pastu bayang-bayang siapakah bakal imamku omg
*tangan di dada mata pandang ke atas*. tapi tak. Sebenarnya ia lebih dari itu. kita
sedang membina ummah. Dan Baitul Muslim kita merupakan batu-bata asasnya!
Astaghfirullah. Definisi aku yang teramat cetek sebenarnya.
Impian setinggi langit nak membina ummah. Tapi lupa
pendidikan bermula dari rumah.
Bila nampak Baitul Muslim is about constructing a building
of our ummah, kita akan rasa perlu baiki diri dari sekarang, sebab kita nak
lahirkan dan bina orang-orang yang luar biasa.
And I cant agree more at how he said that the first step
towards finding the person is to take care of our relationship with Allah. Nak
nangis bila dia baca ayat,
“apabila hamba-hambaku bertanya tentangku, (Katakanlah
Muhammad) sesunggunya aku dekat”
Hilal kata yang dalam bracket (katakanlah Muhammad) tu
sebenarnya takda pun. Cuba translate literally dari arab, mana ada ‘qul ya
Muhammad’ atau yang seangkatan dengannya. Maknanya Allah jawab sendiri. Direct.
“Sesungguhnya Aku dekat”
Sambungan. “...Aku
menjawab permintaan hambaKu apabila ia meminta kepadaKu”
Kita selalu lupa
Allah dekat. Allahu rabbi.
Done.
Alhamdulillah for the great chance attending this seminar
and having a new perspective towards Baitul Muslim. Yeah, credits to ainee for
the ticket. Jazahallah, ameen. Dan point di atas. Saya minta maaf sejuta kali
kerana terlalu obvious bias kepada Ustaz Pahrol atau Hilal lol.
Mana-mana yang salah, saya mohon diperbetulkan.
Allahu A’lam.
Tuesday, February 5, 2013
Getar Bahagia Itu
Saat engkau melihat kamarmu
Berubah menjadi taman syurga
Dan wajah-wajah yang selama ini terhimpun dalam harapan
dan cita-citamu
Kini terbumi di hadapanmu
Engkau hanya mengharap Dia sedang tersenyum ke arahmu
dan engkau tamakkan langkah-langkah ke destinasi akhir
itu
Saat engkau melihat wajah-wajah bersih itu merenungmu
Engkau merenung balas
Dan hatimu sarat dengan impian setinggi langit
Getar bahagia itu
Terlalu ingin.
Terlalu ingin meniti jalan ke sana
Saat hanya nombormu yang mereka pinta
Dan rasa itu bergetar lagi
Terlalu cintamu tumpah
Pada jalan yang asing ini
Yang engkau lihat tapak kaki baginda membekas
Darah sahabiah merah membasah
Keringat sang pejuang menitik mewangi
Tertunduk engkau ke bumi malu
Pada satu demi satu
Lumpur dosa dan tebal jahiliahmemagut
Lumpur dosa dan tebal jahiliahmemagut
Dan doa yang terjawab tak terbiarkan
Engkau memandang langit
Dan sukmamu dicengkam sayu
Oleh saratnya kasih dan rahmatNya
Segalanya
Milik Engkau ya Rabbi
Monday, January 14, 2013
The Love Test
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah 29-30 Disember hari tu, Allah izinkan aku
bermain-main di taman syurga. Ewah. Indeed. Twins of Faith kali ni, Allah nak
tarbiyah aku pada dimensi yang berbeza. Sangat dapat merasakan majlis ilmu tu,
ibarat scanner untuk hati kita. Kalau rasa ilmu tu susah nak masuk, atau majlis
ilmu tu kurang masyuk, mesti ada sesuatu yang tak settle pada hati kita. Kena selalu
scan ni. Halus dan manis, teguran Allah tu. Allahu akbar.
Hari tu aku join jaulah akhawat dari RCMP. Geng-geng KMKN
dolu + akhawat yang osem belaka. So kami telah dibahagi-bahagikan talk dan
orang yang perlu jadi wartawan muda
kehkeh. Maka kali ni saya tulis pasal talk yang saya in charge je mehehe. Dan selebihnya
plis cekidaut di www.hadiqatul-jannah.blogspot.com
which will be updated soon insyaAllah.
The Love Test
Sheikh Abdurraheem Green
One day, a sahabah
came to Rasulullah and said,
“ya Rasulullah, I
love you”
“Be careful of
what you say”
“ya Rasulullah, I
love you”
“Be careful of
what you say”
“ya Rasulullah, I
love you”
“Then expect poverty to come to you”
. . . . . . .
Life = Test.
. . . . . . .
Kita tahu, tiada siapa yang lebih berpegang pada janjinya
selain Allah.
Dan antara janji2 Allah ialah,
“Do the people
think that they will be left to say,
"We believe" and they will not be tested?”
(Al-Ankabut, 29:2)
Allah telah berjanji, bahawa setiap orang yang percaya - beriman (a
believer) akan diuji.
Are you a believer?
. . . . . . .
Setiap satu inci
kehidupan kita adalah satu dimensi ujian daripada Allah kepada hamba Dia. Subhanallah.
Whatever we hear, we see, we know, we achieve, we
encounter. Whatever. Is a test from Him.
(Al-Mulk : 2)
Daripada lecture sheikh abdurraheem, it’s clearly
stated.. yang sebenarnya, setiap benda adalah ujian sebenarnya. Bukan setakat
benda yang terasa berat kepada kita. Bahkan satu nikmat atau kelebihan yang
kita dapat dan sesuatu nikmat atau kelebihan yang orang lain dapat.
#1 Actions
“The love, the
Sahabah had for Rasulullah, is a test for us. how we’re gonne act upon them”
“transformation does not come just from talking, we have
to act”
Ha kita selalu cakap, orang cina pandai-pandai kan??
“the chinese are not any more intelligent than us.
They’re given the same brain, the same body
Bt the difference is just their culture”
And for every action, we have 3 conditions
1- Iman
2- Ikhlas
3- According
to the syari’ah
The first 3 to stand in front of Allah on the day of
judgement are the mujahidun, those who give sadaqah, and those who read qur’an.
Yet, all of them are thrown into jahannam. Because they did all those to please
human. Not allah.
#2 Money
“How did we spend our money?
The sahabah don’t have much money to have thought of it,
But that’s what scared them most”
“what is our attitude to our wealth???”
#3 Islam
“Have you ever read the Qur’an cover to cover in a
language you understand??”
“How much I spent studying secular subjects,
I should spend the same to study the book of Allah"
#4 Hardship
“Few months ago, my house burnt. I lost everything just
like that.
I smile.
I know hundred
percent, Allah will give me something better”
“If you push too
much, it’s true you’ll break
But Allah
will never break you”
“Through test, the most brutal extreme condition, we
beacome better person.”
. . . . . . .
Tersangat merasakan sweetnya
cara Allah memanifestasikan cinta Dia.
Tidak ada pada mana-mana hamba!
“the
more Allah loves you, the more He tests you.
The
one He loves most is the one he tests the most”
. . . . . . .
Terngiang-ngiang kata-kata seorang murabbi suatu masa dahulu
“jalan ini bukan jalan yang dihampari permaidani merah dan ditaburi kelopak2 mawar.
Orang2 yang berada di atas jalan ni pasti akan rasai bermacam2 kesusahan dan akan teruji. Siapa yang rasa perjalanan dakwah dia smooth je,
Mesti ada something wrong”
Ujian di jalan cinta. Para pejuang.
Yes, I will soon be
tested with what I’ve just said.
Friday, January 11, 2013
#rantsss
Bismillah.
Sejak
akhir-akhir ni memang balik-balik post pasal al-amin je. Nasiblah hehe. Alhamdulillah,
almost separuh masa cuti saya diluangkan bersama al-amin. Separuh lagi adalah
macam2.
Sayu
sangat hati. Mengingati zaman aku ditarbiyah di bumi itu dulu.
Untuk
kem Qiadah, jumpa balik syi, sama-sama jadi fasi. Subhanallah, sampai aku
pernah terlangkau berimaginasi, huda, syi, aku, kembali mentadbir sekolah. Manisnya
imaginasi tuu! Aku terbayang betapa kami mampu buat lebih baik lagi dari dulu biiznihi,
menjirus jiwa2 mad’u, menyuburkan jalan ini. Rasa mahu jerit je. Allah! Terlampau
rindu.
Seketika
aku paksa diri aku keluar daripada imaginasi itu. Dan pandang medan sebenar aku
sekarang. Usah dikenang-kenang masa lampau hingga lemas, usah terangan-angan
kan masa depan, hingga hanyut. Ni, sahabat-sahabat depan mata aku sekarang. Mad’u
sebenar aku.
.
. . . .
Bila
aku tengok sekilas. Aku nampak kebanyakan pimpinan al-amin, bila keluar mereka
masih jadi penggerak. Ini yang aku lihat pada manusia-manusia di sekeliling
aku. Macam huda, syi, k.hajar, k.sab, k.fathi, k.fatimah, k.yob, asif, ammar, dan banyak sangat lagi yang lain.
Bapak ah sukehati je sebut nama-nama ni. Kalau ada yang mahu saya potong
namanya mohon beritahu ye. Ada pulak minta royalti kang.
Okeh
back to the point. Ramai pimpinan yang aku lihat masih stick menggerakkan. Subhanallah,
satu nikmat dan kemuliaan yang sangat besar sebenarnya dengan mandat ini. Aku bersyukur
dengan senario aku lihat. Sebab kalau pimpinan keluar pastu culture shock dan
jadi the other way around (walaupun tetap wujud), mana student mahu ada
respect?
Kemudian
hari tu waktu explorace batch 18, ada kumpulan banin yang buat persembahan. Diorang
bersajak. Pastu ada satu part, dia doa.. untuk guru2, etc etc, pastu,..
“...berkatilah
para pimpinan kami..”
Eh
eh, terkejut aku. ada ye sebut macam tu dalam doa, specific sebut ‘pimpinan’. Subhanallah,
entah-entah cebisan doa merekalah yang Allah dengar dan beri izin untuk terus
memikul manhaj taghyir ini. Terlebih di situ buat aku sungguh ingatkan diri aku
jangan tinggalkan warga al-amin dalam doa aku.
.
. . . . .
Hari
tu syi ajak keluar makan. Ohoh terharu.
Panjang
betul boraknya. Apakah mungkin aku yang kuat membebel. Teramat rindu suasana
begitu. Pergi makan je pun. Balik-balik ada semangat yang Allah tiupkan.
.
. . . . .
Allahu
a’lam. Moga Allah izinkan saya, kami, anda, mereka, kita, semua terus berada di atas jalan ini. Hingga kita mati kerananya. Ameen.
Wednesday, December 19, 2012
kebergantungan
Bismillahirrahmanirrahim.
Pejam. Celik. 2 tahun dah rupanya aku tinggalkan Al-Amin.
Datang balik tengok tandas banat dah ada
kipas. Cewah. Bukan tu yang aku nak cakap.
Bila aku imbas balik perjalanan aku bermula aku
meninggalkan Al-Amin, aku nampak betapa banyak Allah pisahkan aku daripada
orang-orang yang aku sangat rapat. Masuk mood rindu. Ceh. Tak habis-habis.
#1 Dari aku sekolah rendah, kawan paling rapat; Wardah. Geng-geng
berkepit study group makan sedulang jalan-jalan sama kakak angkat haha cerita rahsia itu ini. Rapat sangat
dan aku tak pernah terbayang kitorang akan berjauhan. Dan biiznillah, wardah buat
surprise pindah tiba-tiba masa form 4. Sejujurnya waktu tu aku tak pernah
terbayang suasana sekolah tanpa dia. Tak terlintas.
Tapi hidup perlu diteruskan juga. Kami, di medan berbeza.
Dan aku rasa perpindahan dia juga menjadi asbab Allah beri amanah pimpin banat
pada aku. Aku tak nampak langsung lebih aku. Mungkin hanya kerana wardah dah
pindah, huda dah kena cop untuk syabab, syi dah kena cop untuk andalus. Ye,
mungkin itu. Sahaja. Fikir aku waktu itu.
Aku juga rapat dengan Huda, Syi, Anis, Tipah dan banyak
lagi. Orang-orang yang asal camping, program, pikul tugas, jalan-jalan ke hape.
Kami selalu bersama. Antara paling rapat, Huda lah. Study, debat, overnight
rumah masing-masing, camping, daurah. Terlalu banyak aku belajar dari cara dia
kerja dan kami selalu rasa safe haha dan percaya bila dia lead.
#2 Dan juga dengan izinNya, kami, Semua. Ditakdirkan terpecah
jaaaauh berserakan. Aku waktu itu juga tak mampu bayang, mampukah aku teruskan
langkah kaki aku di atas jalan ini. Melangkah ke suatu dunia asing. Dunia realiti.
Dunia IPT. Melihat suasana yang teramat janggal buat aku. Cukup buat hati aku
memanggil-memanggil nama-nama sahabat dulu. Rindu yang hanya terubat dalam doa.
Aku ingat lagi macamana masa kami pergi madrasatul hayah
ikram (MHI). Ditakdirkan Allah masa itu, pesertanya ramai yang kurang berkefahaman.
Pandangan liar lelakinya, hilai tawa wanitanya, longgar disiplin ibadahnya. Buat
kami selalu bersama, berkepit, dan berbincang, apa yang hendak dilakukan. Mujur
masih ada rakan dari 1 institusi. Masih ada yang sama-sama faham.
#3 Dah, bila melangkah ke IPT awal-awal tu. Sorang teman pun
takde? Mampukah terus melangkah? Dengan takde orang follow-up. Harung. Harung juga tanpa harus menoleh ke belakang. Walau
minggu-minggu pertama hampir setiap lima waktu itu penuh rintihan, benci pada
suasana. Bersungguh memandang ke atas agar diberi kekuatan untuk menempuh
sebuah dimensi yang tak pernah dijejak. Penuh gundah gusar diri larut dalam
lautan. Allahu. Detik. Merasa tiada sahabat dulu.
Dan biiznillah, as time goes by, semakin aku adapt, dan
bertemu sahabat baru yang sefikrah. Kami bina kekuatan dari bawah. Masing-masing
saling mendokong. Saling menguatkan. Membina asas dan memasak tiang-tiang
secara perlahan. Terus. Setiap hari sama-sama menukang dan memahat. Sungguh kuat
dokongan mereka. Sungguh terasa sokongan Allah melalui komitmen dan pengorbanan
mereka setiap hari. Membina dan membaiki, ummah ini.
#4 Juga dengan izinNya, kami tamatkan foundation kami. Dan memulakan lagi, sebuah dimensi baru. Berserakan.
Mereka dengan dunia perubatan dan aku terus mengharung laluan kejuruteraan yang
telah Dia susun. Kami, terpisah lagi beratus kilometer jauhnya. Di sini, di
bawah program yang sama, hanya 7 lelaki dan 7 perempuan. Dan menurut placement yang telah keluar, dengan
izinNya, antara 7 perempuan ini, hanya aku seorang di universiti pilihan aku,
di tanah seberang lautan kelak insyaAllah.
Hidup terus. Dan terus.
Hidup terus. Dan terus.
Menoleh.
Aku tahu, dengan perpisahan demi perpisahan ini.
Allah ingin mengajar aku, erti kebergantungan.
Allah ingin mengajar aku, erti kebergantungan.
Mungkinkah aku akan mendongak kepadaNya saat suasana
sukar, jika tidak kerana tiada sahabat di sekeliling? Yang mungkin membuat aku
bercerita kepada mereka pertamanya?
Mungkinkah aku akan menyebut asma’Nya sebelum apa-apa,
jika tidak kerana tiada sahabat di sekeliling? Yang mungkin membuat aku
memanggil nama mereka, meluahkan segala-gala?
Mungkinkah aku akan belajar sabar dan erti bertahan saat
tiada manusia yang aku biasa, jika tidak kerana tiada sahabat di sekeliling?
Yang mungkin membuat aku segera merebah di ribaan mereka bukan cuba merencana
langkah?
Begitukah Allah mendidik sang kekasih dengan mengambil Khadijah, saat dokongannya terasa
segala-galanya? Dan membawa jauh Abu Talib, saat pembelaannya paling diperlukan?
Erti, kebergantungan yang sebenar pada Dia.
Allah ingin menanggalkan rasa selesa itu,
dan rasa kebergantungan aku terhadap mereka semua.
Rasa kehilangan yang membekas.
Supaya yang tinggal paling atas, cuma kebergantungan
kepadaNya.
semata-mata.
Subscribe to:
Posts (Atom)





