Sunday, August 24, 2014

Hatay in my heart: Kronologi II

Bismillahirrahmanirrahim. 

Day 3

Hari ketiga, kami ke Reyhanli, betul-betul di border Turki-Syria. Kami memang boleh nampak pagar sempadan sepanjang perjalanan dari Antakya ke Reyhanli. first sekali kami lawat Masyfal Amal (Hospital Amal). Masyfal Amal provide follow up treatment kepada mangsa perang. Kiranya, mereka dah dapat rawatan dulu di emergency unit dalam Syria. And then, dihantar ke Masyfal Amal untuk rawatan seterusnya. Masyfal Amal ni terletak betul2 di sempadan supaya senang pesakit dihantar ke situ. Bila dah sembuh, mereka akan dihantar ke Syria semula.



Masyfal Amal hanya ada 4 orang surgeon dengan kapasiti pesakit hingga 850 orang. Semua kelengkapan tersangatlah asas. Aku yang takde kaitan dengan medik ni pun rasa kekurang tu, apa lagi kalau orang medik tengok hospital ni. Bila dia tunjuk bilik surgery, macam tak percaya pun ada. Macam sebuah bilik kosong, katil di tengah, beberapa keping besi di tepi. Aircond takde. Curtain ke, yang fancy2 yang lain lagilah takde. Ok tak tahu term medik jadi sebut 'yang fancy2'.

Dinding pun kadbod. Pesakit kat situ ramai lelaki. Kami distribute kad-kad ucapan.

Masa ronda-ronda, kat tempat menunggu ternampak sorang makcik, muka dia sugul sangat. Kami pergi tegur dan salam. Bila peluk terus teresak-esak di bahu. Dia kat hospital ni sebab cucu dia injured. Sedihnya ya Allah. Dia asyik ulang, 'hasbiyallah'. Dia cakap dia happy kami datang and happy yang Islam satukan kita. Bila sebut jangan sedih, kuatlah.. Dia kata kemenangan Allah tu pasti. Kuatnya mereka. Waktu ni khansa' pun dah mengalir air mata. These are what the women had to endure. Kehilangan anak, suami, adik, abang.. gugur, atau hilang anggota.

Lepas tu kami lawat
Bara'iem Al-Iman School,
Al-Iman Secondary School
dan Markaz Al-Iman. Semua Al-Iman.

dah nak balik tertoleh tiba2 nampak adik ni depa tangan nak peluk


Semuanya sedang menghafaz jugak.

Di Bara'iem school, team media sempat interview 3 orang adik ni. Bila minta cerita pasal family, mereka sebutlah.. ayah dibunuh, abang kena tembak.. tapi muka diorang biasa je. Ya Allah, beratnya menyahut cerita-cerita ini. Tengok poster2 mereka..

'Syria, I miss you'.

Kelas budak-budak ni, selalu kitorang masuk akan start bagi salam, 'kaifa halukum', tanya siapa puasalah.. masyaAllah, teringat wajah-wajah mereka yang bersemangat angkat tangan ^^ Ada sekali tu aku spontan je terkeluar 'kaifa asbahtum?' pastu diorang jawab serentak 'asbahna wa asbahal mulku lillahi....(macam dalam ma'thurat)'. Aku tak jangkaa~! Kitorang selalu tanya siapa hafaz qur'an, lepas diorang baca dapat hadiah. Pastu yang lain rebut-rebut nak baca :'D

mereka struggle untuk membenarkan seruan iqra'


dinding hanya dari kadbod, sampai boleh nampak kelas sebelah

Seronok sangat masa pergi Markaz Al-Iman, sebab berjumpa akhawat Suriyah! Mereka asing laki perempuan. So memang enjoy lah bersua muka dengan wanita sahaja. Markaz Al-Iman ni tahfiz jugak. Mereka asing kelas berdasarkan juzu'. Pelajar dia berusia antara 5 hingga 65 tahun. Steady je ada makcik ni doktor tapi masuk kelas tahfiz masa summer. Kitorang bagi pouch yang ada getah rambut, bagi candies.

Bila membayangkan Syria, Palestin, yang selalu tergambar memang wajah kanak-kanak dulu.. Betapa Allah mendengar sekecil-kecil suara, sampai sepanjang misi ni je, kami ziarah 7 buah sekolah!


Petang tu patutnya ziarah HIMMAH dan iftar bersama mereka. HIMMAH, Badan tarbiah yang menyediakan murabbi untuk didik anak-anak Syria. Kami semua sangat look forward untuk slot ni. Tiba-tiba dapat tahu, di Reyhanli HIMMAH nya semua ikhwah, tiada akhawat. Turned down sikit lah sobs.

Jadi akhawat pergi iftar di rumah khansa'. Terubat sedikit jiwa ini.

So akhawat kembali ke Antakya awal sikit. On the way balik, menyusuri sempadan Syria, Khansa' tunjuklah kawasan yang dia pernah tinggal dengan suami dan anak-anak dia.. Tiba-tiba dia nangis lagi. Sayu sangat. Kitorang selalu ulang, 'they are waiting for you in Jannah'. Allah kuatkanlah mereka, dan gantikanlah kebahagiaan yang lebih baik buat mereka.

Pergi iftar rumah khansa', awal-awal khansa' and mak dia dah cakap, rumah ni milik kamu. Kami makan makanan Syria masakan khansa'. Ada Kofte, Freaky (hentam ejaan), Sup tak tahu nama, Salad, roti. Jumpa A'isyah kakak ipar Khansa' dan anaknya, Rayfah yang gebu. Rayfah mula2 malu2, lama-lama ambik makanan orang ^^ Dah, rindu. Rayfah ni kuat makan sikit. Khansa' cakap kalau Rayfah tinggal dalam kem pelarian, 'she will die'. Zain, anak khansa', lasak yang amat, kejantanan, persis anak mujahidin. Khansa' kata dia belikan tab lepas suami dia meninggal, sebab nak distract Zain, supaya dia tak ingat sangat ayah dia.

Duduk, ziarah, makan, muayasyah, mengenali, menyantuni.

meet Rafah

Kami borak macam-macam walaupun arab aku berterabur. Ada sekali diorang nak sebut anak ayam tapi tak tahu dalam English apa, pastu khansa' cakap, 'Thiflud-dajjaj', 'chicken son'. Lol!  Khansa' tunjuk gambar anak-anak dia, Rumah dia di Syria, Kawasan yang dia selalu ambil angin petang-petang dengan anak-anak dia. Suka borak dengan A'isyah jugak sebab Arab dia mudah difahami. Jiran khansa' yang Syrian jugak pun datang, A'isyah jugak namanya. Orang Syria ni lemah lembut, macam orang Melayu. Lelakinya pemalu.


Hari ini jujurnya aku lari fokus sikit, maybe sebab tidur sikit malam sebelumnya. Rasa tak ready, sebab agak letih. Padahal, this may be chance of a lifetime kot. Kerana merasai crucial-nya tidur yang cukup, malam tu cepat-cepat settle-kan perkara yang perlu, dan shut down.



Day 4

Hari keempat ialah hari melawat rumah-rumah pelarian.



Rumah pertama, kami menjumpa seorang kanak2 yang baru sampai ke Antakya lebih kurang 10 hari. Rumahnya telah dihancurkan roket, ibu dan ayahnya gugur. Dan dia, tertimbus 3 hari sebelum diselamatkan. Dia dan kakak2nya selamat, tapi kakak2nya dijaga oleh jiran mereka manakala dia dihantar ke Turki oleh jiran tersebut supaya bekerja sendiri. 

Dia ditemui oleh tuan rumah yang kami lawati itu, di tepi jalan. Bila ditanya, apa yang dia nak sekarang, jawabnya, dia nak disatukan dengan kakak2nya. Sambil tunduk, mata menutup wajah. Allah.

Rumah kedua, rumah sepasang suami isteri yang agak tua, sampai sudah lebih kurang sebulan. Datang, sehelai sepinggang. Bila kami masuk rumahnya. Kelihatan 2 katil. Sang suami hanya mampu duduk keuzuran. Sang makcik menyelak sebuah langsir di satu sisi rumah. Kelihatan dapur, rak barang, dan di tepinya, singki dan tandas. Tanpa sebarang pintu. Cuma sehelai langsir yang menabiri semua itu.

buat menung jadi panjang...

Sekilas pandang je aku dah rasa berat yang amat. Aku tak pernah imagine sebuah tempat tinggal yang begini! Dapurnya dipinjamkan jiran. Rak, pinggan mangkuk, tilam, semuanya ihsan jiran. Mereka tunjuk sehelai jubah, dan baju tergantung, milik asal mereka.

Sang makcik, bila kami salam, laju teresak bahunya. Kalian seperti anakku. Kami tiada anak, tetapi kehadiran antum seperti anak kami sendiri. Peluknye erat, genggamnya kuat. Dalam bercampur bahasa aam dan fushah, serta aku yang terkebil2 cuba faham, akhirnya menangkap bicaranya, 'kenapa tidak tinggal di sini dan kita iftar bersama?' Allahu.

Rumah seterusnya dan seterusnya, hanya menambah tamparan di pipi. Cuma satu bilik, itulah ruang tamu, itulah tempat mereka memotong apa yang hendak masak, itulah tempat duduk duduk.

Semuaaa mereka. Mana-mana rakyat syria pun yang kami jumpa. Bila ditanya apa yang mereka mahu, semuanya, 'kami mahu kembali ke Syria'. Di sini mereka di-diskriminasi. Bila kerja diberi beban lebih, dibayar sikit, dilayan berat sebelah. Tak kisahlah walaupun tiada lagi bunyi bom, tiada runtuhan.. Mereka tetap mahu tanah asal mereka.

Next, singgah kilang yang kilang kraftangan. Kilang tu generate income untuk pelarian. Then balik, bersiap untuk ke Reyhanli pula.

Ke war-recovery house. Ini kiranya pusat rawatan untuk pesakit2 pasca perang. Sampai2 kami bertemu seorang kanak2 yang wajah dan tangannya seperti disimbah asid. Kena benzene. Masuk lagi jumpa makcik yang tangan dan kakinya tempang. Bila nak tukar tempat duduknya, nampaklah susah, then berjaya, 'alhamdulillah' sambil senyum tak lekang dari bibir. Bila nak iftar, mereka menyebut 'fa bi ayyi ala'i rabbikuma tukadzziban'. (Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan?) 

Iftar kami, dikelilingi makcik2 yang jalan terhencut2, tangannya tak sempurna sebelah. Dan menyaksi seorang anak yang kurang sempurna, gara2 kelahiran pramatang. Dan mendengar terpacul dari bibir seorang makcik 'almalu walbanuna ziinatul hayatid dunya' (harta dan anak2 adalah perhiasan kehidupan dunia). 

Aku bukan apa. Cuma. Kata2 itu keluar dari orang yang benar2 sedang teruji. Yang sadiq dan beramal dengan kata2nya. Allah. Terlampau. Dalam.

Lepas solat maghrib alhamdulillah dapat peluang tidurkan seorang baby ni. Sepanjang mendodoi dan merenung wajah bayi tu, memang Allah buat aku berfikir dengan sangat panjang dan dalam... Kiri kanan aku orang yang kehilangan - anggota badan, ahli keluarga, tanah air. Aku rasa naif dan rendah sangat2.. Allah, moga bukan rasa semata! 

Tamparan kedua. Al qur'an. Ada sorang kakak ni hafizhah, dia guru quran dekat darul syifa' ni. Dialah antara yang paling excited borak dengan kitorang dan arab paling mudah difahami, sebab dia banyak guna words yang dalam quran. Dia hafaz quran dalam masa setahun je. 6 bulan pertama 11 juz, 6 bulan kedua 19 juz. Dia kata, kat syria, ada yang tak mampu pergi sekolah sebab takde duit, diorang akan belajar quran. Baca, hafaz. Sampai ada yang hafaz 30 juz dalam masa 6 bulan je.

Dia kata malaysia hebat. Musabaqah alquran selalu nombor 1 2 3 malaysia sapu licin. Dia tanya aku hafaz tak, aku kata lah sikit. Pastu bila tengah duduk ramai2 dalam bilik celah2 akhawat semua, dia cerita yang kitorang ni hafaz quran, so dia nak dengar kitorang baca zz. Aku pun baca yang aku tengah murajaah la huu main tipu. Pastu kak lily and rabiatul pun kena kekeke. Penuh pasrah dan redha kena tasmi' hafazan tengah2 alam gitu. 

Lepas tu duduk, ada makcik tanya aku hafaz berapa banyak, aku cakap 5 juz. Dia tanya dalam masa berapa lama hafaz? Aku jawab ... Tett.. Lima tahun. Dia tanya, setahun hafaz berapa? 1 juz. Juz'an faqath?? (Satu juzuk je?.) masyaAllah sentap sampai ke jantung. Then dia kata, kita akan selalu ingat, lupa, ingat, lupa.. So kena murajaah. Aku angguklah. Then dia tanya aku murajaah tak? Aku angguk. Berapa banyak sehari? 1 surah. Dia geleng, juz'an! Kena satu juzuk! T_T aku angguk je la dalam hati ya Allah err, speechless. Pastu dia cam tekankan lagi sekali. Sampai last aku cakap, 'aku akan cuba, insyaAllah'. Wuuu. 

Pastu tengah kitorang duduk, dan aku belasah je borak dengan orang sekeliling aku, tiba2 syaimaa' selamba je tutup lampu. Aku duk diam je ingatkan ada orang luar datang ke, brothers datang ke. So tutup lampu sebab ramai tak pakai niqab ke. Tiba2 ada sorang masuk bawak kek. Selamba lagi. Tak mungkin ada orang Syria tau birthday aku. Tiba2 kek berhenti depan kita. 'Happy birthday diana'. Mata bergenang. 

Allah buat aku speechless

Ya Allah. Engkau izinkan berada di sini dah antara hadiah teragung yang aku tak mampu pun nak ungkap. Inilah hadiah dari Engkau. Yet, engkau tambah lagi tanpa aku memintanya. Astaghfirullahalazim.

Dua kek masuk. Satu bilik nyanyi lagu sanah helwah. Loss of words again. 

Pastu, makan ramai2.. MasyaAllah. I could have never imagined celebrating my birthday with syrian sisters o Allah. Dahlah celebration dimulakan dengan tasmi' hafazan. MasyaAllah. Sister khansa' antara dalang teragung. Mostly yang tau birthday aku schoolmate and family, so berada di sini aku memang takde niat pun nak ingat birthday sendiri huhu. Allahu Rabbi. Allahu rabbi. Tambahkan sebab untuk aku bersyukur. Ini. Susunan Engkau. Saja.

Alhamdulillah. Lepas celebrate tu, macam an ice breaking jugaklah dengan makcik makcik kat situ. Jadi lagi banyak borak, lagi ramai tegur. Terharu ramai yang wish cakap, next birthday, insyaAllah dah hafaz 30 juz alquran. Sangat rapat mereka dengan al-qur'an! Then, bila nak balik, salam semua, paling terkesan salam dengan makcik yang kudung separuh tangan dan kaki sebab bom. Satu family dia meninggal, tinggal dia sorang je. Baru 3 hari sampai darul syifa'. Teresak esak masa salam.

Diulang ulang. Kami pasti merinduimu. Moga Allah beri kemenangan kepada suriyah. Sila datang lagi. Kalau datang mesti ke sini. Taknak lepas. Memanglah mengalir je dari bibir 'la tahzan' 'hasbunallah' 'sayubaddilullahu bian'amiha filjannah' tapi, Allah, mana mungkin sama dengan bahu yang memikul. Makin teresak2 makcik tu. Dia cakap,

'Sampaikan salamku kepada ikhwah akhawat malaysia'

Ikhwati wa Akhawati

DAY 5

Hari terakhir. Harap sangat dapat jumpa dr hanifah dan khansa'. 

Tunggu kat lobi, officer ataa' semua dah sampai, bagi hadiah, tapi sisters takde jugak lagi.

'Ainal akhawat?'

Abu zayd call dr hanifah. Dia tak dapat datang. Which means, sister khansa' pun tak dapat datang. Call khansa',

'Assalamualaikum'
'Ana akrihul wida' ' (i hate farewell)
'Ana aidhan' (me too)

Banjir. Allah. Berat yang amat menerima perpisahan ni


With brotherly brother Amin






This whole journey is an extra mile ahead for me. I do things I've never thought of doing before. Untuk berdialog dalam bahasa arab, untuk bersahabat rapat dengan sahabat Suriyah, untuk bermuayasyah dengan makcik makcik, untuk mengurus diri kami tika bertemu guru-guru, pegawai, tanpa kakak kakak gergasi, bahkan berbulan sebelum misi bermula, Allah telah mengajar mengehadkan dan mengurus wang, mengambil cuma yang perlu.




Terlalu bermakna perjalanan ini. 

Tamparan Allah yang paling keras kiranya,

1) tujuan hidup ini. Witnessing the hardship, the torment they've gone through. Is just another slap on my face. Ia benar membuatkan aku merenung dengan sangat dalam. That this life really have something. Something to fight for. 


2) dalam sampai ke ulu hati. Kiranya tentang quran. Menjadi org yang dibesarkan dengan alqur'an. Kadang buat aku rasa selesa dan cukup dah. Hafaz beberapa juzuk buat aku rasa cukup dengan maintain murajaah apa yang ada. Tapi.... Allah. Halusnya teguran engkau. Segar membekas lagi soalan makcik tu, "hafaz satu juzuk je setahun?". "Murajaah berapa banyak sehari?" "1 surah" "1 surah je? 1 juzuk!". Dan wish mereka masa birthday ialah, "insyaAllah next birthday dah hafaz 30 juz" Astaghfirullah menampar2. Selalu mindset hafaz melambak2 macam tu budak tahfiz je. Tapi mereka, semua berlumba menghafaz. Yang belum reti cakap pun dah boleh baca annaba' sikit2.

3) ukhuwah, yang kerana aqidah semata. kerana sama-sama meng-ilahkan Allah, sahaja. bangsa, bahasa, cara, berbeza. Tapi Allah wujudkan keterikatan hati, kerana ke-Islaman kita. The knot is so strong. Walau selalu merindui dalam doa cuma, tak pernah menyangka Allah mengizinkan aku mendakap mereka. Ikatannya lebih kuat dari yang aku sangka. Waktu itu aku sedar yang kita tak perlu sebab sampingan pun selain Islam ini, untuk mencintai. beberapa hari lepas balik, ada sehari aku teringat dan rindu sangat-sangat pada mereka, pada Khansaa', dan pecah jugak kolam air mata. dan hari yang sama, Khansaa' whatsapp tanya khabar dan cakap dia rindu sangat. Makin aku yakin, Allah benar-benar menghubungkan hati-hati.

4) bahasa arab bukan sesuatu yang harus aku pandang sebagai option. Tapi harus aku perjuangkan. Allah buat aku rasa kerdil bila banyak part of conversation aku blur, bila whatsapp Khansaa' dalam arab selalu kena baca ulang kali. Pengajaran yang boleh aku ambil ialah, before mission, study betul-betul vocab perang, sekolah, hospital. I know I could have done better. 




Takkan pernah lupa perjalanan ini. Tiada gambar yang dapat mempotretkan, tiada kata yang boleh menyamakan, tiada tulisan yang boleh menceritakan, kecuali dengan merasakan sendiri. Hingga hari ini, merindui akhawat suriyah. Di tengah hangatnya isu palestin, Syria tidak kurang dibedil, baru dapat berita daripada Ataa' beberapa hari lepas, Idlib, kawasan paling hampir dengan sempadan dibom berkali-kali. Namun cerita Syria seperti timbul dan tenggelam terus, kerana semua fokus pada palestin. 

Rasa ini benar-benar membekas ya Allah. Tapi aku tahu, rasa, boleh hilang. Tapi moga amal berterusan. Moga kefahaman dan energi sentiasa ada. Allah, moga Engkau thabatkan, kerana di suatu tempat bernama Suriyah, ada ikhwah akhawat yang tiada pilihan lain selain terus tetap berjuang.

Saturday, July 26, 2014

Tarbiah direct.




"Dan sungguh, telah Kami mudahkan Al-Qur'an untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?" (An-Najm, 54:17)




telah Kami mudahkan..

kiranya, Allah's words are not this easy lah?
Sekarang pun tak lah mudah, tapi sebenarnya lagi sukar?
Tapi Allah mudahkan, khasnya untuk menjadi peringatan?




"Dan sungguh, telah Kami mudahkan Al-Qur'an untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?" (54:32)




Oh. Allah ulang lagi..




"Dan sungguh, telah Kami mudahkan Al-Qur'an untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?" (54:40)





Em. kenapa Allah ulang sampai tiga kali.. Eh?

Dan kemudiannya baru teringat, bahawa, tilawah aku pagi ni,
sebenarnya sedang backup portion tilawah aku yang tak habis semalam.





Sakitnya.

Aku admit ya Allah.
Aku admit ya Allah.
Ampunkan aku ya Allah.



xxxxxxxxxxxx



"Jika dia (orang yang mati) itu termasuk orang yang didekatkan (kepada Allah)" (56:88)

"maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta syurga (yang penuh) kenikmatan" (56:89)



tertarik bila ada perkataan 'jannatu na'im'.

untuk "muqarrabin". orang yang didekatkan.





"Dan adapun jika dia termasuk golongan kanan" (56:90)

"maka 'salam bagimu wahai golongan kanan' (sambut malaikat)" (56:91)



Disambut? sedang dalam surah yang lain Allah bercerita bahawa ahli neraka, malaikat berkata tiada yang menyambut mereka. Envious.




"Dan adapun jika dia termasuk golongan orang yang mendustakan dan sesat" (56:92)



Dalamnya ayat yang ini.
Kenapa golongan ini yang aku rasa lagi selayaknya dengan diri aku?

mendustakan, dan sesat.



"maka dia disambut dengan siraman air yang mendidih" (56:93)

"Dan dibakar di dalam neraka" (56:94)


Pause.

Merenung. disambut? siraman air mendidih?

Dan dibakar?


Beyond imagination. Bertubi-tubi tanya diri sendiri.







"Sungguh...

Inilah keyakinan yang benar" (56:95)





Tertunduk.
Allah jawab sebijik-sebijik.









How I constantly wronged myself.
NDNT



Saturday, July 19, 2014

Hatay in my heart: Kronologi I


Bismillahirrahmanirrahim.


Biiznillah. Perjalanan yang ini. teramat mengetuk jiwa, dan menampar aku dari tidur yang panjang. tamparan halus, tapi keras dan menusuk.


Tak mampu aku ungkap syukur kepada Allah kerana mengizinkan aku menyertai misi kali ini. Allah je yang tahu perasaan aku bila seorang ukhti tanya boleh tak aku join misi, sebab dia nak cari orang yang boleh berbahasa arab. Arab ke tak arab ke aku memang dah tak fikir dah. Perasaan mengharap sangat-sangat bercampur rasa helpless sebab yakin abi takkan izinkan. Drama air mata termenung dalam train balik sheffield. Dan aku tak pernah tahu ya Allah, Engkau masih sudi mengizinkan.


Tujuan aku tulis ni, sebab aku harus baca balik. Untuk ingatkan diri aku. Ada brother yang pernah sebut bila diorang tangkap gambar dengan ikhwah syria, "kalau futur ni, tengok balik". Ya Allah deepnya, moga tulisan ini dengannya Allah ingatkan aku, Allah pernah bagi nikmat sebesar ini.





Misi Icare4Syria to Hatay.
7-11 Julai 2014.
Ahli delegasi : 9 orang.




Aku dan rabiatul sampai Istanbul 6 Julai. Kami pergi ke bandar sekejap, dan aku sempat solat zuhur-asar di Masjid Biru. Sujud je cukup buat aku merindu-rindu khilafah itu. Moga Allah izinkan kita semua kembali bersujud dengan berpayungkan khilafah itu. Tak sempat melawat mana pun, kalau takat selfie memang tak payahlah. InsyaAllah, moga Allah izinkan aku menjejak semula bumi Turki Uthmaniyah ni, dengan research, dengan hadaf, dengan akhawat :)


Seawal touch down di Ataturk Airport lagi, tarbiah pertama Allah dah bermula. Tarbiah suhu. Mungkinlah dengar macam manja. Tapi dengan sheffield yang tengah musim hujan waktu ni, suhu belas-belas. Tiba-tiba turki suhu 35. Memang aku tak dapat elak daripada rasa rimas belengas melekit, memang teruji sungguh. Tak sabar-sabar nak mandi dan muka aku asyik berkerut je.


And to my surprise Allah gave this.
"Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak ikut berperang) itu, rasa gembira dengan duduk duduk diam sepeninggalan Rasulullah. Mereka tidak suka berjihad dengan harta dan jiwa mereka di jalan Allah dan mereka berkata, 'Janganlah kamu berangkat (pergi berperang) dalam panas terik ini' Katakanlah, 'Api neraka lebih panas', jika mereka mengetahui"

He left me speechless. Ampunkan aku ya Allah.


Malam tu bermalam di airport. Macam tak percaya pun ada. Tomorrow is the day.



Day 1


Flight Istanbul-Hatay jam 10 lebih.

Sampai Hatay, kami disambut oleh officers dari Ataa'.

Ataa' Relief and Development Centre. Salah sebuah NGO yang bertanggungjawab menjaga kebajikan refugees Syria, dalam mahupun luar Syria. Untuk misi kali ni, icare4Syria bekerjasama dengan Ataa' cawangan Antakya dari segi saluran sumbangan. Kiranya kami serahkan duit pada Ataa' untuk salurkan kepada refugees, dari segi education, makanan, penempatan, dan keperluan lain. Dan aturcara sepanjang misi ni, disusun oleh Ataa' jugalah.

First time jumpa aku boleh rasakan yang mereka ni ikhwah, dari cara mereka menyambut, dan ada sorang brother ni, dia suka cakap arab fushah dengan ahli misi brothers. Padahal bila dengan sisters boleh je cakap english. You can feel the vibe, bila bertemu dengan orang yang ditarbiah dengan acuan yang sama. That feeling is indescribable. subhanallah.

Lepas check-in barang dekat hotel dan solat, kami berkumpul semula untuk ke office Ataa'. Oh ye, kami menginap di sebuah hotel di Antakya. Hotel ni antara perkara yang menjadi muhasabah misi ni. Tapi agak mustahil untuk tak duduk hotel bila bekerjasama dengan Ataa' sebab mereka sangat memuliakan tetamu walaupun dalam hati terbayang misi ni ala-ala mukhayyam..

Di office Ataa', kami bertaaruf dengan officers Ataa'. Dan brother Amin, pengarah Ataa' cawangan Antakya, cerita briefly pasal Krisis Syria bermula dari Arab Spring lagi. Dan banyak sangat konflik dalaman yang berlaku antara negara-negara Arab.

Free Syrian Army (FSA) terdiri daripada tentera Basyar yang berpaling tadah, dan membela rakyat. Sekarang FSA bukan sahaja perlu berhadapan dengan rejim Basyar, tetapi juga ISIS. ISIS yang claim mewakili umat Islam, mengisytiharkan khilafah, dan membunuh sesiapa sahaja yang tidak mehu menyertai mereka. Boleh research sendiri pasal ni. Brother Amin tunjuk peta Syria. Satu demi satu bandar Syria jatuh ke tangan rejim Basyar, atau ISIS. Rakyat Syria semuanya di sempadan-sempadan je.

Kami tanya, apa yang akan jadi next. Dia cakap, bandar Aleppo, dijangka akan jatuh ke tangan rejim Basyar dalam masa seminggu je lagi. 'We're just waiting for miracle to happen'. Memang nampak Syria tu macam takde harapan dah. Tapi bro Amin kata, kami meyakini janji Allah. Mereka just work for it.

Ataa' tak hanya buat kerja-kerja Relief: beri shelter, makanan, perubatan. Tapi juga Development. Antaranya by education. Anak-anak Syria ni, tanpa education, bila membesar, merekalah yang akan menyertai regime, atau ISIS. So sangat crucial untuk didik anak-anak ni. Mengisi kekosongan akibat perang.


Sebelum misi kami dimaklumkan pekerja ataa' semuanya lelaki. Tapi masyaAllah happy sangat to know ada Sister Khansaa' and Dr Hanifah yang akan accompany kitorang throughout the mission. Mereka berdua officers untuk Medical Office under Ataa'. Dr Hanifah seorang doktor perubatan, Sister khansaa' lulusan psychology. Mereka dua-dua Syrian.

The first moment dalam mission ni bila semua orang terdiam ialah, bila sesi Q&A, kami minta sister khansa' cerita sikit pengalaman dia. Dia baru sebut beberapa ayat,

"My father was killed, my husband was killed, my son was killed.."

And then air mata dia jatuh. And later dia keluar dari bilik tu sekejap. Sayu sangat waktu tu. We're witnessing a victim in front of us.


Walaupun marhaen dan dhaif bahasa arab aku, aku bersyukur Allah izinkan kami get along dengan lebih mudah dengan khansa' and dr hanifah. Khansa' kurang fasih english, jadi bila tanya dalam bahasa arab barulah dia jawab panjang lebar.

Women of Syria. Merekalah antara yang menerima tekanan dan ujian paling hebat. Kalau bukan mereka sendiri disiksa, merekalah yang menanggung kehilangan suami, anak, ayah. Dan terpaksa menyambung tugas membesarkan keluarga, tanpa lelaki. Ya Allah, kuatnya mereka.

Antara yang kami takda peluang untuk rasa sendiri sepanjang misi ni, ialah masuk kem pelarian Syria. Sebab di Turki ni ketat sikit. Hanya Syrian dan Turkish sahaja yang boleh masuk kem. Khansa' cerita, keadaan kat kem sangat dahsyat. Crowded, ventilation out, lopak2, kebersihan.. Dia kata dia harap boleh bawak kitorang pergi situ dan tengok sendiri sebab dia tak mampu nak gambarkan dengan words pun.



Our very first meaningful meeting. Have never thought it would mean so much.


Alhamdulillah, from that moment onwards, rasa attached sangat dengan sisters Syria. Bahkan, malam tu lepas iftar dengan officers ataa', Khansa' cakap
'you should come and sleep at my house, meet my son, my mother, eat with us..'
'tonight?'
'why not??' siap dah pegang tangan kita kuat-kuat.

Ya rahman. rasa overwhelmed yang amat sangat. Tak pernah imagine Allah akan membenarkan impian ini, berukhuwah dengan akhawat Suriyah, menjadi nyata di dunia lagi..




Day 2

Hari kedua ialah hari melawat sekolah-sekolah.
1, Altinozu school
2, Bashair school
3, Maahad Ahlul Qur'an
4, Syariah Institute


Ini antara medan untuk aku practise bahasa arab lah. Sebab nak borak dengan budak-budak ni.

Lagipun before distribute souvenirs, kitorang akan cakap sikit kat depan,
ada satu kelas tu, bila introduce,

'nahnu min malizia, wa nahnu huna liziyaratikum as-suriyun'
(we are from malaysia and we're here to pay a visit to you, Syrians)

tiba-tiba ada budak menyampuk
'tasyarraftu bima'rifatik'
(Nice to know you)

MasyaAllah. Lari kejap fokus aku tengah cakap. Aku tak dapat nak describe. Hati terpaut.
Ada adik umur-umur diorang jugak buat aku rasa sangat close dengan diorang ni.






Yang aku boleh konklusikan pasal sekola-sekolah ni,

semuanya menjadikan al-qur'an sebagai core mereka. Almost semua sekolah yang kami lawat tengah recite qur'an, belajar tajwid.. Bila kami nak test, cuba baca surah yang dihafal, mereka baca as-saff, al-baqarah, yasin. padahal semua sekolah rendah.

Antara yang paling menarik ialah masa lawat Maahad Ahlul Qur'an. Tu memang khas sekolah tahfiz untuk budak perempuan. Aku sangat tertarik dengan cara cikgunya didik anak-anak itu.


Ada sekali tu ada budak-budak tengah bergayut-gayut kat tangga,
pastu ada cikgu tu panggil kitorang dekat budak-budak,

'dengar, saya akan tanya, dan mereka akan jawab'

pastu beliau tanya budak-budak tu.

'adakah kamu pendatang?'
'tidak'
'adakah kamu pelarian?'
'tidak'
'Jadi siapakah kamu?'
'Kami muhajirin'
'Apa dalilnya'
Dan anak-anak itu bacakan hadis 1 dari awal hingga akhir. Serentak. Lancar.

Next,

'Apakah maratib tauhid?'
'Iman, Islam, Ihsan'
'Dalilnya?'
Mereka baca hadis 2 dari awal hingga akhir.

Dari sanad ke matan. hingga riwayat siapa. Tak tinggal.
Beza sangat dengan kita yang nak hafal matan saja.

Lagi,

'Apakah sambutan hari ibu dibenarkan?'
'Tidakk'
'Apakah sambutan hari kanak-kanak dibenarkan?'
'Tidakk'
'Apakah sambutan maulidurrasul dibenarkan?'
'Tidakk'
'Dalilnya'
Mereka baca hadis 5. Juga dengan sempurna.
Yang matannya,
'barangsiapa mengadakan sesuatu perkara dalam urusan kita, sesuatu yang bukan daripadanya,
maka ia adalah tertolak'
line last tu diorang ulang tiga kali.

MasyaAllah. kalau mereka menguasai hadis-hadis ni. Takde dah lah orang yang buat benda khurafat ke hape dalam masyarakat. Sebenarnya ada lagi cikgu ni tanya soalan-soalan kreatif untuk hadis 3 dan 4. Tapi.... terlupa.






Lepas 3 buah sekolah, kami pulang berehat di hotel sekejap sebelum iftar di sebuah sekolah yang lain. Pulang petang itu.. dalam senyum yang panjang. Nak sangat Allah pertemukan kembali di Jannah. Jatuh cinta dengan anak-anak Suriyah.


Petang itu, ke sebuah sekolah menengah, tapi tidak bertemu pelajarnya, tetapi kami beriftar bersama guru-guru mereka. Pertemuan ini, kami sungguh merasakan kehangatan yang amat sangat. Guru-guru ni dah habis working hour tengahari lagi. Mereka datang semula hanya kerana kedatangan kami.

Sampai-sampai, salam, duduk.. Buka majlis.. MC siap ada printed text with translation yang dibacakan translation-nya oleh guru english. Mula-mula diorang perkenalkan setiap guru around the table. Ada guru fizik, kimia, IT, bahasa turki, arab, shari'ah.. Then ada bacaan al-qur'an, ucapan mudirah (pengetua), pastu ada nasyid dari guru-guru, penolong pengetua yang main kompang! Lagu selamat datang, and then lagu pasal ramadhan.

Then diorang bawak pergi bilik yang mempamerkan hasil seni para pelajar. Crochet yang students buat: ada muffler, alas meja, alas makanan, hiasan, bunga, brooch etc. Professional artworks and high quality ones I would definitely say. Dalam kepala otak fikir boleh buat auction ni hoho. So kitorang tanyalah, jual tak. Cikgu tu tanya nak yang mana satu? pilih, tanpa bayaran. Allah. Pastu pengetua ambil bunga yang kat situ, bagi. Ambil muffler, bagi. Satu demi satu-lah beliau bagi. The plot has been twisted. Kan kitorang dah rasa bersalah.



Lepas tu masuk balik bilik mesyuarat. Diorang kata, 'now we want to hear from you'. So aku mula lah cakap, and part yang tak reti aku sebut je dalam bahasa inggeris. Followed by rabiatul and kak lily. And then aku cakap boleh tak nak share sikit ayat qur'an. Secebis dari surah Yunus ayat 3. Masa tadabbur, sungguh aku terus teringat akhawat Suriyah, so aku saja hafal. Dan Allah izinkan aku kongsi dengan mereka. 'dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman bahawa bagi mereka kedudukan yang kukuh di sisi Tuhan mereka'. Nak bagitahu mereka yang walau orang nampak mereka seperti pelarian, serba kekurangan, tapi di sisi Allah, kedudukan mereka sangat kukuh dan utuh!

Then diorang kata bacalah ayat tu, diorang nak carikan Qur'an. Aku pun keluarkanlah Qur'an and recite ayat 1-3. Pastu cikgu-cikgu ni kata 'we want more'.. Aku habiskanlah 1 page. I don't mind, sebab yang aku fikir waktu tu, Allah's words are the best words I can offer them. Bila dah nak dekat waktu iftar, kami baca doa sama-sama. Sorang cikgu ni lead. Ya rahman. Engkau jadi saksi doa-doa kami. Aku tak mampu tahan bila cikgu tu ulang-ulang 'alhamdulillahi fi kulli sarra'i waddharra'' (segala puji bagi Allah di setiap kesusahan dan kemelaratan). Kerana ia dilafazkan oleh orang yang benar-benar sedang melaluinya!

Then bila nak solat, kami lambat sikit sebab belum ada wudhu'. Sampai-sampai, pengetua terus pegang tangan aku 'Solli fiina' (Lead our prayers). Mudirah di kanan aku. Masih segar di ingatan. Berdiri dalam saf yang sama dengan akhawat Suriyah. Walau aku, yang tak layak dan teramat jauh lebih rendah dari mereka baik segi usia mahupun amal, menjadi imamah. Merindui kehangatan kebersamaan ini ya Allah.

Sempat berborak dengan salah seorang guru masa iftar. Katanya, beliau tidak registered officially as guru sebab dia antara orang yang diburu basyar. Wajah-wajah guru-guru ni semua pun memang kami tak boleh publish, sama jugak dengan professionals lain. Sebab tu banyak muka kanak-kanak je.



Malam tu pulang ke hotel, team media minta translate-kan video interview. Memandangkan aku tak faham 100%, google translate menjadi talian hayat, dan banyak je part aku kena ulang banyak kali baru faham. Lagi-lagi vocab yang tak berapa nak familiar seperti roket, bom, gugur, lopak.. Bila tepu, aku cubalah tidur, tapi tak dapat. Mungkin sebab minum kopi Turki yang pekat masa iftar tadi. Tapi takut letih, aku tutup jugak mata. Masa baru nak terlelap, aku mimpi kanank-kanak Syria yang jumpa kat sekolah siang tadi. Diorang datang nak peluk. And then kanak-kanak lain pulak. Terus aku terjaga. Aku tak dapat tidur. So, teruskan translate lagi.. dan hanya tidur 2 jam malam tu.








Thursday, June 19, 2014

Wa min ayatihi...

"Janganlah kamu mengira orang-orang yang terbunuh di jalan Allah itu mati. Bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka mendapat rezeki. 

Mereka bergembira dengan apa yang diberikan Allah dari kurniaNya kepada mereka. Dan mereka bergirang hati  terhadap orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati"








Resonance.

Setiap benda atas muka bumi ni seperti batu, dinding, manusia, dll sebenarnya bergetar. tapi dengan satu frequency yang sangat cepat dan amplitude yang rendah maka kita tak perasan getaran itu. Ia dipanggil, natural frequency.

Resonance adalah satu fenomena yang apabila satu objek bergetar dengan amplitude dan frequency yang sama dengan satu objek lain, membuatkan amplitude dan frequency objek lain itu berganda dengan faktor 2.


ok. cut.


saya tak reti nak explain sebenarnya.



13-17 Jun 2014
"Strive for Jannah in the Footsteps of Syuhada'"



Saya sungguh merindu lima hari dalam tarbiah Allah itu.

Di summer camp, di suatu tempat bernama Lake District, Cumbria, England.


Mutabaah amal kami antaranya ialah One Day One Juz.


Dan masyaAllah. I was overwhelmed. Memang ayat-ayat Allah mengasyikkan.

Dan saya sangat rasa betapa bila kita jaga hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia itu tak perlu dipaksa-paksa lagi. Cuma melihat setiap wajah memberi energi! Allah.

Bila setiap dari kami bergetar dengan getaran Al-Qur'an itu, memang ia mencipta resonance. Being with them doubled the energy! Allahu rabbi.


kekuatan

Setiap pagi akan ada roll call. Dan kami akan disemak kekuatan

Satu, kekuatan berdasarkan bilangan orang.
Dua, kekuatan berdasarkan mutabaah amal.

Allah. So deep. memang betul. amal lah kekuatan sebenar kita.


Kem Kom kata, bagaimana dalam al-qur'an Allah kata 20 orang menyamai 200 orang.?
Dengan sabar.
Bagaimana Qa'qa' ibnu Amr menyamai seribu tentera.?
Dengan hamasah nya.

Ukhti tu kata, jangan sebut pasal sepuluh, seribu tu.
kita ni mungkin nilai satu individu muslim tu pun tak cukup,
entah-entah negatif.

Hanya dengan cukupkan satu tu je,
Allah akan gandakan kekuatan tu.


agas

dari sebelum sampai sini lagi dah dengar akhawat lain cerita summer camp banyak agas.

And biiznillah memang teramatlah banyak. nak masak ke, solat ke, tazkirah ke.. dia akan merayau-rayau, masuk matalah, hidung dan segala area of exposed skin. Insect repellant pun tak berkesan. So semua orang pakai niqab. guna kain batik --" 

ada ukhti cakap,

"merekalah yang akan jadi saksi depan Allah nanti"

"Kalaulah Asma' Abu Bakar ada kat sini, entah-entah agas ni takde dalam concern dia pun"



war game

perang 3 penjuru.

Palestinian. Zionist. Qassam.

Round 1

Qassam wajib protect palestinian
Zionist perlu tangkap Qassam dan Palestinian
Palestinian dilarang keluar dari kawasan, dilarang serang.


3 round perang. setiap round pasukan akan bertukar watak.


Round 3.

Intifadhah bermula. palestinian dibenarkan menyerang.

Waktu ni Zionist kena teruk. sebab palestinian bersatu dengan Qassam.

And biiznillah, team aku pegang watak zionist masa ni.


So memang kena teruk. no matter how strong we build the human bridge, defend dan attack, diorang tu ramai. sekali rebah memang tak boleh nak lepas. sorang, sorang kena tangkap masuk penjara Qassam. kena heret. 5 orang heret sorang.

Masa ni ramai yang menangis. injured takyah cakaplah. ada yang seluar koyak. lebam-lebam.


"Round pertama adalah peristiwa Nakbah tahun 1948."

air mata.

"Antunna lihat apa yang palestinian buat?

mereka diam. mereka jalani kehidupan seperti biasa.

mereka rasa selesa. mereka biar tentera sendirian pertahankan palestin.

Dah lama.. bila tentera 1 demi 1 syahid, baru mereka sedar!

Antunna lihat keadaan keluarga antunna di Malaysia,

yang sedang selesa, yang tak rasa apa-apa,

macam tu lah keadaan palestinian pada 1948!"






alam

"Sungai yang mengalir, awan yang bergerak, rumput-rumput, kambing, batu-batu, semuanya bertasbih kepada Allah. Semuanya sangat hidup dan sentaiasa basah, tunduk pada Allah.

Sudahkah hati kita cukup hidup sepertimana mereka"

padahal yang perlu memilih syurga atau neraka itu kita.

bukan mereka.



the hiking struggle

antara benda paling rindu zaman sekolah dulu ialah, panjat gunung.

Dan pengalaman yang ini, sepertinya hadiah dari Allah.
Syukur dalam-dalam.


Hiking kali ni, kitorang diberi peta je, dan di-brief route nya.
And kitorang kena jalan sendiri sampai puncak.

Bila aku dengar yang hiking ni 7 jam pergi balik, aku boleh agaklah it won't be that short.

It must at least, doubles.

sebab yang hike ni, bukannya frequent hiker, expert jauh sekali.

ramai yang first timer.
Tapi tetap semangat huhu.


And biiznillah, memang betul pun. Setelah 6 jam, kitorang baru separuh jalan ke puncak.

And kakak yang in charge decide untuk semua akhawat patah balik campsite.


Jujurnya, ada lah kechiwa sikit bila dah aim tinggi tu hoho.

Tapi kita bukannya ada kepentingan seorang je. Fikir orang lain jugak.

So strive aku kali ni, mengambil kira kepentingan orang lain.

Throughout the journey, aku nampak struggle setiap orang berbeza. Mungkinlah bagi aku biasa-biasa je, nak jalan laju, tak nak berhenti kerap sangat, asyik nak memotong je kerja, tapi boleh imagine tak 11 hours of hiking bagi first timers?

Ada sister yang nampak dah nak pancit, muka berkerut-kerut, tapi bila ditanya,

"nak patah balik ke?"

dia geleng. Allah.

Ada sister yang jalan tak lah laju sangat. tapi tak berhenti. Diam je.

sisters lain kata, "jangan kacau, jangan kacau. biar dia"

Masa aku pintas dia, aku cakap "one word?"

"mujahadah" 

singkat, tapi padat.

setelah datang untuk merelakan diri ditarbiah,
benar-benar menerima segala yang tak biasa sebagai tarbiah Allah.



wordless beauty

Dan aku, hoho.

Yang sebenarnya, fell in love dengan air terjun, batu-batu putih, kambing-kambing gebu, dan gunung ganang hijau yang berharmoni sempurna tanpa cacat cela. 

Memang stunned menjumpai tasik di atas gunung. Subhanallah.

Di checkpoint itu, kami perlu menghabiskan ayat hafazan.

Qunut nazilah, Ali imran:169-170, Ar-Rum:17-26. 
(tulis ni supaya aku ingat yang aku pernah hafal T_T)

Salah satu ayatnya,
"Dan dari tanda-tanda (kebesaran)Nya, (ialah) penciptaan langit dan bumi.."

Ya ghafuur..


Di checkpoint itu, kami solat makan.. lepas makan,

aku sandar  mengahadap tasik tu.. menghadap gunung ganang yang berdiri kukuh, dan awan yang bergerak laju.. sambil menyudahkan tilawah.. dan Allah beri ayat ini.

"Dan engkau akan melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya berada tetap di tempatnya, padahal ia berjalan (seperti) awan berjalan. (Itulah) cipataan Allah yang mencipta dengan sempurna segala sesuatu. Sungguh Dia maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan" (27:88)


Aku antara yang diamanahkan sebagai pembaca peta untuk group. Jadi aku tahu mana kitorang sepatutnya sampai. mengikut plan asal kitorang patut berhenti break di air terjun. I was really looking forward to it. Yet Allah knows better when the mas'ulah said no.

Waktu berjalan balik, aku dan beberapa sisters jalan paling belakang. 

kitorang menyusuri sungai, tiba-tiba sampai kat kawasan yang sungainya luas, air dia dalam.

"serious macam swimming poool!" *excited. 

kitorang terautomatik bertenggek berhampiran sungai.

"akak, bestnya kalau dapat celup kaki kat situ"

"celup kat situ?"

angguk

"bukak kasut?"

angguk

"bukak stokin?"

angguk.

...

"5 minit"

terus campak beg lompat ke bawah --"

Alhamdulillah. Allah izin juga niat asal ingin main air di tasik yang terbatal sebab ada group brothers sampai.



and I cherish how Allah allowed my group to stop by a mini waterfall, refill air, then terjumpa instant choc drink, and kitorang buat chocolate shake, makan apple. seolah-olah itu kafetaria ^^ All praises to Allah.

pastu 1 hour away from campsite kitorang terjumpa rabbit nazak. Dan para doctors-to-be bersungguh check, diagnose, perhati nafas, siap pakai sarung tangan angkat atas plastik seolah-olah stretchers. And at last rabbit tu mati dalam dokongan. A short moment of reminder from Allah.

May Allah let those memory remain, and reunite us in Jannah insyaAllah.





Kalau in terms of tarbiyah jasadiyah tu, jujurnya memang tak boleh lawan lah camping sekolah. masak hidupka api sendiri, kejut pakai whistle, jungle trekking dia etc, tapi kalau yang kita terima tu tarbiah Allah, kondisi tu tak sedikit pun mengurangkan tarikan iman itu insyaAllah.


Moga Allah thabatkan.
Moga Allah saksikan.
Moga Allah bantu, untuk membumikan amal.







Thursday, May 15, 2014

Another awakening death from the past

benarlah kematian tu sebaik-baik peringatan


bila Allah takdirkan kita bertemu
dengan sebuah kisah kematian
seseorang yang sekali imbas
sungguh biasa-biasa

tapi Allah izinkan pengakhiran yang sangat baik
kita tahu di sisi Allah dia memang bukan calang-calang

Allah telah mengubah landskap kita bila melihat seseorang
entah-entah, dia ahli syurga


di Sheffield, antara event terbesar setiap tahun;
Sheffield Malaysian Games, SG
dan Nasheed Extravaganza, NEXT

hari itu borak dengan mutarabbi
mutarabbi dah ada di sheffield 2 tahun,
jadi banyak benda, dia lagi tahu lah.

'tahu tak sejarah NEXT?'
'ada sejarah ke?'

ignorant habis. ada sejarah pun tak tau.

alkisahnya Sheffield dulu sangat overwhelmed dengan konsert-konsert dan gigs. dan nasheed extravaganza adalah satu inisiatif untuk menggantikan suasana tersebut. Dan ia telah di-initiate oleh salah seorang student Sheffield yang boleh dianggap lagenda.

mutarabbi bercerita, orangnya memang komited ke surau di setiap solat fardhu. waktu itu, surau yang ada cuma MWHS. Nak ke sana memang kena panjat bukit. I know it, because I stay just a few steps away from where MWHS is. Sangat menyantuni kawan, adik-adik Malaysian, dan sedikit pun tidak mengabaikan warga locals. Sangat rapat dengan pakcik-pakcik MWHS. Bekas presiden SMSA. Padahal ambil medik.

Di tahun akhir pengajian, telah di-diagnosed dengan blood cancer. In the midst of the chemotheraphy treatment in his final year, he managed to graduate from the medical school. Di tengah-tengah treatment, biiznillah, dia telah clear daripada cancer, tapi after a few weeks cancer tu datang balik. sambung treatment lagi, datang balik. Sampai dia kena high dose chemotheraphy yang akan menghancurkan tulang sum-sum. Yang setelah itu, clear jugak, tapi datang balik after some time. Sampai doktor kat sheffield kata diorang punya intiative dah sampai a dead end. Dan biiznillah, dia pergi lepas 2 tahun fighting with cancer. 

To ponder upon it, bila tengok yang Allah bagi dia cancer 2 tahun, and then Allah tarik nyawa dia, nampak yang 2 tahun cancer tu, memang Allah nak bersihkan dia habis-habis supaya jumpa Allah in the purest of state je. nampak yang, Allah memang sayang dia. 

Allah sucikan dia, and then ambik dia.

Tengok video-video dia je pun, rasa macam dia still alive. auranya sampai. Allah. 

'You'll never know how strong you are until being strong is the only choice you have left. ' 
- Mas Afzal Masarudin


Tuesday, April 15, 2014

Janji, dan jual beli.

#1







"dari kalangan orang-orang mu'min itu, ada yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada yang sedang menunggu-nunggu, dan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya."


suri lari sekejap ke ceruk mana entah. dia duduk atas lantai. bersandar di dinding. menghadap kawasan lapang. rimbun hijau. langit biru.

minal mu'minina rijalun sadaqu..

air mata mengalir.

maa 'aahadullaha 'alaih

lagi.




dia kaget seorang.

baru tadi dia borak-borak - yang dia tak sangka membekas begini sekali - dengan seorang ukhti. tentang seorang ukhti yang lain. ukhti yang telah menemui Allah dalam satu kemalangan di jordan dulu.


* * * * *


"S ni bukan jenis banyak cakap. tapi kalau dia cakap, memang dia maksudkan"

"malam sebelum tu, kitorang melawat maqam sahabat, pastu ada ayat yang 'rijalun sadaqu' tu. kitorang tadabbur la. akak rasa berat ayat tu, akak tak berani cakap. tapi dia cakap. dia nak jadi orang yang menunggu-nunggu tu. dan dia memang dapat apa yang dia nak"

"Tapi satu benda, dia memang rapat dengan alqur'an"

"muka dia biasa-biasa je. tapi ada akhawat yang pernah tengok sebelum tu, bila tengok jenazah S, dia kata 'akak, kak S cantik sangat' "



suri pergi. duduk. gapai mushaf biru. dia cari-cari mana ayat yang disebut oleh kakak tu tadi. cari-cari. tak jumpa. belek lagi. mana ni.

takpelah, teruskan pada penanda dia yang terakhir. dibuka sahaja.

dan ayat yang paling atas,

"minal mu'minina rijalun sadaqu.."

terasa pipi basah.

sudahnya dia tak mampu teruskan pun tilawah.  hanya ayat itu yang diulang dari tadi.



* * * * *


dia rasa overwhelmed sangat. tak keruan. tak tau nak explain.

dia tak boleh nak buat apa sekarang ni.


semua orang tengah dinner. dia memang takde rasa apa sekarang.
doesnt even have the heart to eat.


dia pergi bawa diri ke luar. satu sudut. dia cuma perlu masa untuk dirinya.



* * * * *


menangis yang teresak-esak sampai dia letak kepalanya di lantai. sejuk ke apa dia dah tak rasa dah.

dari kalangan orang yang beriman, sebahagian je yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah

dan orang yang menepati janjinya dengan Allah tu ada 2 je ciri.

satu, mereka telah gugur (syahid)
dua, mereka sedang menunggu-nunggu










#2






dia menuju ke sebuah pondok kecik. bilik tidur ajk. telefon bimbit nya yang sedang dicas tertinggal. Punyalah susah dia nak dapat information yang orang share dalam group.


dari kejauhan, nampak 2 ukhti sedang duduk di depan pondok itu.

Ohh, kunci.


Aku join duduk sekali. menghadap pemandangan matahari terbenam.
Tunggu pemegang kunci sampai.



"Bila Allah kata.."

tak semena seorang ukhti bersuara



"Innallahasytara.."

Hati bergetar. Sungguh Allah telah membeli...



"minal mu'minina amwalahum wa anfusahum..

Bila Allah kata Allah telah membeli dari diri orang-orang mu'min, harta dan jiwa mereka,

Allah benar-benar memaksudkan setiap harta dan jiwa kita,

sampai perasaan kita, keinginan kita penat kita, masa kita, perhatian kita,


yang jadi masalah ialah bila kita masih rasa benda tu kita punya

padahal Allah kata,

Dia dah beli dah."



kaca turun lagi di pipi.

syahdu sungguh petang itu.

matahari, pepohon, langit,

aku tahu semua itu menjadi saksi.

pertemuan jiwa-jiwa ini.



"kita memang tak sempat nak masuk bilik ni."

"haah, jom"


sudahnya tak masuk pun bilik. tak ambik pun telefon.



agaknya memang Allah dah tulis untuk dia datang sini,


untuk Dia ingatkan, bahawa

engkau dah berjual beli dengan Allah!




Tuesday, April 1, 2014

SSCD14



Alhamdulillah.

Sejak sampai Sheffield, sangat terasa Allah banyak nak didik dan tarbiah aku dengan benda-benda baru. tak sampai sebulan jejak, dah kena jadi bendahari lokaliti.

walau muka nampak acah-acah tenang, Allah jugak yang tau aku takut risau resah macam apa. duit kot. Amanah yang nampak secara fizikal. astaghfirullah.

Ada orang memang perfect tip top kawal duit keluar masuk, catat semua particular tak terlepas. Aku ni, Allah. jauh sangat dari tu. Nak kata meant for this responsibility, memang jauh panggang dari api.

Tapi, bukankah tarbiah meminta segala-galanya dari kita. Ya ghafur.



Bila jadi bendahari, semua event pun kita jadi bendahari. Sebab kita yang pegang duit lokaliti.

Biiznillah, first time aku obsess nak berniaga macam apa. Tempah stall untuk event-event besar dalam MSoc (Malaysian Society). Walhal selama ni memang tak ambik port pun nak jual-jual ke mende. Aku dah berubah $_$

Dan paling rasa sekali, bila syura memutuskan nak buat charity dinner untuk Syria. Agak adhoc sebab last minute confirm speaker dan venue, baru start promotion. Target kerusi 100. Approx. a week before, and registration baru 20 orang. Aku kena jaga registration sekali, a.k.a penunggu registration form tu. So, dapat hobi baru: cek bank dan cek form setiap hari. Kekasih baru.

Maka, akulah yang paling pressure sekali memantau progres pendaftaran tu. Lagi seminggu je kot, T_T So, aku jugakla antara watak paling suka pressure orang dalam committee tu. Pressure kita kongsi bersama zz.

Aku suggest kat unit promotion buat somekind of fun fact "tahukah anda" pasal Syria setiap hari. pastu aku yang diamanahkan. Bukanlah apa, tapi I was a bit struggling doing it to dig all facts and figures. Dan aku pun baru faham lah jugak apa yang jadi kat Syria. Allah tegur T_T

Masa last meeting dalam 5 hari sebelum, pendaftaran naik 40+. Alhamdulillah. So, daripada target 5000 pound, meeting memutuskan untuk turunkan jadi 3000 sebab kena tally dengan update pendaftaran tu.

Alhamdulillah, on the day, borang pendaftaran tu cecah 98 registrar. Tapi termasuk committee zz.

Dan biiznillah, ramai je yang nak contribute, tapi tak dapat hadirkan diri ke event. So mereka donate online. Dan belum pun event start, online donation dah cecah 1000 pound alhamdulillah.

Kitorang buat policy 100 peratus untung akan pergi ke syria, a.k.a tiada kos operasi. So, 2 weekends berturut-turut before event, kitorang bukak stall, ambik tender masakan, untuk cover kos operasi. MasyaAllah, hebat committees dia. Adik-adik first year. Masa diorang kena buat jualan, kakak-kakak semua ada program kat luar. Kitorang tanya lah, okay ke adik-adik.

Dan diorang jawab, 'akak, takpe je, kitorang nak cuba sumbang jugak, takpela, akak pergi je'

Allahu rabbi. Dah lah 3 minggu berturut weekend focus untuk event ni. Allah juga yang bayar.

Main highlight event ni sebenarnya, Auction.

Masa kitorang cari-cari barang untuk auction, most yang diorang beli, frame khat. Deep inside, aku rasa kenapa duit kita nak habis beli benda ni, sedangkan ada je potensi untuk buat sendiri ._. So dengan penuh rasa confident, terus beli canvas, acrylic paint, berus, pen khat.

Malam yang diorang memasak, aku menghadap cat-cat ni.

Aku ada tabiat suka alter-alter lukisan. Maksudnya, hari ni lukis background, esok tambah shading, esok lagi tambah lighting, render lagi. Hah, seminggu baru siap. Entah-entah boleh edit lagi T_T Tapi, malam tu, aku rasa seolah-olah aku dah compensate masa yang patutnya aku tolong diorang masak, tapi aku takde. So, aku cuba produce something. Diorang sampai berapa pagi memasak kot. Rasa macam kalau takde hasil, aku dah rompak/khianati kepercayaan diorang.

berlatih tulis khat je dah berapa kepuk kertas habis. Aku ni amatur jalanan je. Mana pernah masuk kelab khat ke apa. Cuma suka berangan je. Yet, Allah tetap akan tanya kenapa tak sumbang.



Tapi later as I progress with it. Aku syukur sangat. Ini hadiah dari Allah sebenarnya. Coming here doing engineering, with tonnes of activities over the weekend, I never know I would have time to do what I am so passionate with since ages. Tapi Allah yang ciptakan masa untuk aku buat benda yang aku chenta, untuk maslahat dakwah juga. No word can express my gratitude.

Alhamdulillah dari satu malam yang aku ngelat masak tu, dapat buat 2 tulisan.






Jadi bendahari untuk event ni sangat menakutkan. sebab kejap-kejap bukak akaun duit bertambah at least 100 pound. *telan air liur*. Rasa takut dengan akaun sendiri.

Fb page adalah main medium kitorang untuk pubisti murahan eh silap. publisiti percuma. dan biiznillah, 3 hari sebelum event, tiba-tiba fb page kitorang turned down. fb sendiri suspend page tu, mungkinnya sebab ada nombor akaun. Dan ada committee yg ada pengalaman cakap it took at least 2 3 hari untuk recover lepas report dengan annoying nya. Link registration pun dia block jugak.

Padahal malam tu sepatutnya peak la untuk registration sebab tarikh tutup hari tu. Aku rasa lain macam sebab few days before, registration agak rapid tapi tiba-tiba stagnant. Sekali fb page kena ban.  Allah. sungguh Allah nak uji. Teringat pesan murabbi, Allah akan uji kita pada langkah bermula sebab nak test kita betul ke nak buat. "Apakah kamu akan dibiarkan mengatakan 'kami telah beriman' padahal kamu tidak diuji?'".  Astaghfirullah, moga jadi pembersih.

Tang tang tu jugak buat blog. Waktu tu baru habis kelas arab yang most committee ada dalamnya. Ingat nak balik 9.30 but we ended up dismissing at 11.30 backing up everything. Adik-adik yang sangat all out. Moga Allah kira.

But that night, I stayed at the library till 3 for my report. And another overnight at the library for the next night for the same job. The next night, which is malam before dinner, pun mata mash celik pukul 2 uruskan last minute registration dan buat info pack untuk peseta. Biiznillah, aku bukan spesis night person. Sungguh. Tapi adik-adik tidur lepas subuh buat cupcake, buat popiah and desert. Lagi dahsyat T_T. Tipu lah tak penat. Rasa nak shut down je. Dan celah-celah itu, tadabbur surat cinta Dia tengah lalu cerita nabi Lut, kaum 'Aad, kaum Thamud. Yang didustakan jauh lebih dahsyat. Jawapan para anbiya' semua sama, "Imbalanku, hanyalah dari Tuhan seluruh alam". Allah.


Pagi tu pergi venue set up meja, cutlery etc. Then balik masa zuhur and prepare untuk datang before maghrib. Aku finalise registration, payment, update account.



Alhamdulillah, ikhwah akhawat memang all out kerja. Yang bukan committee pun sama kencang. Kalau committee saja, memang, ya Allah..



Sebelum event, celah kepenatan yang sangat-sangat, dan risau jugak nak handle program umum, yang whatever happen can cause long term effect to many parties. Aku duma doa, Allah bagilah apa saja yang Dia redha. Memanglah target nak sebanyak mungkin sebab nama pun event Syria. Tapi, aku cuma mintak Allah bagilah jumlah yang Dia berkahi. Yang terbaik sebagaimana yang Dia sendiri mahu.

Dan sangat mengejutkan, dari auction saja dapat kutip lebih dari 3 ribu pound. In average orang bid each item +-200 pound. Allahu akbar. Dan total campur fee plus donation memang berganda lagi lah. Semuanya dengan izin Allah.

Habis event, akaun saya jadi makin menakutkan sebab masuk duit auction lagi. Tak sabar nak transfer kat iCare.













Flower petals lagi.


Ada kakak post-grad infaq untuk auction and was bid up to GBP 250. Allahu akbar.

Bagus sangat sekolah ni. Dia bagi rent murah sebab charity event. Pakcik dia baik, technician baik. Siap ada surau and tempat ambik wudhu' lagi.




Merah mak jemah. Bagus sangat dua orang chinese ni classmate iols. Diorang yang tanya "Diyana, You organize charity event aa? you didnt invite me". Terharu. So kita pun terus bukak phone invite T_T.

Anak usrah pun terharu semua antara orang terawal daftar tanpa disuruh. *gaya mak-mak terharu*

Akhawat. Among the greatest gift on this path.