Saturday, July 19, 2014

Hatay in my heart: Kronologi I


Bismillahirrahmanirrahim.


Biiznillah. Perjalanan yang ini. teramat mengetuk jiwa, dan menampar aku dari tidur yang panjang. tamparan halus, tapi keras dan menusuk.


Tak mampu aku ungkap syukur kepada Allah kerana mengizinkan aku menyertai misi kali ini. Allah je yang tahu perasaan aku bila seorang ukhti tanya boleh tak aku join misi, sebab dia nak cari orang yang boleh berbahasa arab. Arab ke tak arab ke aku memang dah tak fikir dah. Perasaan mengharap sangat-sangat bercampur rasa helpless sebab yakin abi takkan izinkan. Drama air mata termenung dalam train balik sheffield. Dan aku tak pernah tahu ya Allah, Engkau masih sudi mengizinkan.


Tujuan aku tulis ni, sebab aku harus baca balik. Untuk ingatkan diri aku. Ada brother yang pernah sebut bila diorang tangkap gambar dengan ikhwah syria, "kalau futur ni, tengok balik". Ya Allah deepnya, moga tulisan ini dengannya Allah ingatkan aku, Allah pernah bagi nikmat sebesar ini.





Misi Icare4Syria to Hatay.
7-11 Julai 2014.
Ahli delegasi : 9 orang.




Aku dan rabiatul sampai Istanbul 6 Julai. Kami pergi ke bandar sekejap, dan aku sempat solat zuhur-asar di Masjid Biru. Sujud je cukup buat aku merindu-rindu khilafah itu. Moga Allah izinkan kita semua kembali bersujud dengan berpayungkan khilafah itu. Tak sempat melawat mana pun, kalau takat selfie memang tak payahlah. InsyaAllah, moga Allah izinkan aku menjejak semula bumi Turki Uthmaniyah ni, dengan research, dengan hadaf, dengan akhawat :)


Seawal touch down di Ataturk Airport lagi, tarbiah pertama Allah dah bermula. Tarbiah suhu. Mungkinlah dengar macam manja. Tapi dengan sheffield yang tengah musim hujan waktu ni, suhu belas-belas. Tiba-tiba turki suhu 35. Memang aku tak dapat elak daripada rasa rimas belengas melekit, memang teruji sungguh. Tak sabar-sabar nak mandi dan muka aku asyik berkerut je.


And to my surprise Allah gave this.
"Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak ikut berperang) itu, rasa gembira dengan duduk duduk diam sepeninggalan Rasulullah. Mereka tidak suka berjihad dengan harta dan jiwa mereka di jalan Allah dan mereka berkata, 'Janganlah kamu berangkat (pergi berperang) dalam panas terik ini' Katakanlah, 'Api neraka lebih panas', jika mereka mengetahui"

He left me speechless. Ampunkan aku ya Allah.


Malam tu bermalam di airport. Macam tak percaya pun ada. Tomorrow is the day.



Day 1


Flight Istanbul-Hatay jam 10 lebih.

Sampai Hatay, kami disambut oleh officers dari Ataa'.

Ataa' Relief and Development Centre. Salah sebuah NGO yang bertanggungjawab menjaga kebajikan refugees Syria, dalam mahupun luar Syria. Untuk misi kali ni, icare4Syria bekerjasama dengan Ataa' cawangan Antakya dari segi saluran sumbangan. Kiranya kami serahkan duit pada Ataa' untuk salurkan kepada refugees, dari segi education, makanan, penempatan, dan keperluan lain. Dan aturcara sepanjang misi ni, disusun oleh Ataa' jugalah.

First time jumpa aku boleh rasakan yang mereka ni ikhwah, dari cara mereka menyambut, dan ada sorang brother ni, dia suka cakap arab fushah dengan ahli misi brothers. Padahal bila dengan sisters boleh je cakap english. You can feel the vibe, bila bertemu dengan orang yang ditarbiah dengan acuan yang sama. That feeling is indescribable. subhanallah.

Lepas check-in barang dekat hotel dan solat, kami berkumpul semula untuk ke office Ataa'. Oh ye, kami menginap di sebuah hotel di Antakya. Hotel ni antara perkara yang menjadi muhasabah misi ni. Tapi agak mustahil untuk tak duduk hotel bila bekerjasama dengan Ataa' sebab mereka sangat memuliakan tetamu walaupun dalam hati terbayang misi ni ala-ala mukhayyam..

Di office Ataa', kami bertaaruf dengan officers Ataa'. Dan brother Amin, pengarah Ataa' cawangan Antakya, cerita briefly pasal Krisis Syria bermula dari Arab Spring lagi. Dan banyak sangat konflik dalaman yang berlaku antara negara-negara Arab.

Free Syrian Army (FSA) terdiri daripada tentera Basyar yang berpaling tadah, dan membela rakyat. Sekarang FSA bukan sahaja perlu berhadapan dengan rejim Basyar, tetapi juga ISIS. ISIS yang claim mewakili umat Islam, mengisytiharkan khilafah, dan membunuh sesiapa sahaja yang tidak mehu menyertai mereka. Boleh research sendiri pasal ni. Brother Amin tunjuk peta Syria. Satu demi satu bandar Syria jatuh ke tangan rejim Basyar, atau ISIS. Rakyat Syria semuanya di sempadan-sempadan je.

Kami tanya, apa yang akan jadi next. Dia cakap, bandar Aleppo, dijangka akan jatuh ke tangan rejim Basyar dalam masa seminggu je lagi. 'We're just waiting for miracle to happen'. Memang nampak Syria tu macam takde harapan dah. Tapi bro Amin kata, kami meyakini janji Allah. Mereka just work for it.

Ataa' tak hanya buat kerja-kerja Relief: beri shelter, makanan, perubatan. Tapi juga Development. Antaranya by education. Anak-anak Syria ni, tanpa education, bila membesar, merekalah yang akan menyertai regime, atau ISIS. So sangat crucial untuk didik anak-anak ni. Mengisi kekosongan akibat perang.


Sebelum misi kami dimaklumkan pekerja ataa' semuanya lelaki. Tapi masyaAllah happy sangat to know ada Sister Khansaa' and Dr Hanifah yang akan accompany kitorang throughout the mission. Mereka berdua officers untuk Medical Office under Ataa'. Dr Hanifah seorang doktor perubatan, Sister khansaa' lulusan psychology. Mereka dua-dua Syrian.

The first moment dalam mission ni bila semua orang terdiam ialah, bila sesi Q&A, kami minta sister khansa' cerita sikit pengalaman dia. Dia baru sebut beberapa ayat,

"My father was killed, my husband was killed, my son was killed.."

And then air mata dia jatuh. And later dia keluar dari bilik tu sekejap. Sayu sangat waktu tu. We're witnessing a victim in front of us.


Walaupun marhaen dan dhaif bahasa arab aku, aku bersyukur Allah izinkan kami get along dengan lebih mudah dengan khansa' and dr hanifah. Khansa' kurang fasih english, jadi bila tanya dalam bahasa arab barulah dia jawab panjang lebar.

Women of Syria. Merekalah antara yang menerima tekanan dan ujian paling hebat. Kalau bukan mereka sendiri disiksa, merekalah yang menanggung kehilangan suami, anak, ayah. Dan terpaksa menyambung tugas membesarkan keluarga, tanpa lelaki. Ya Allah, kuatnya mereka.

Antara yang kami takda peluang untuk rasa sendiri sepanjang misi ni, ialah masuk kem pelarian Syria. Sebab di Turki ni ketat sikit. Hanya Syrian dan Turkish sahaja yang boleh masuk kem. Khansa' cerita, keadaan kat kem sangat dahsyat. Crowded, ventilation out, lopak2, kebersihan.. Dia kata dia harap boleh bawak kitorang pergi situ dan tengok sendiri sebab dia tak mampu nak gambarkan dengan words pun.



Our very first meaningful meeting. Have never thought it would mean so much.


Alhamdulillah, from that moment onwards, rasa attached sangat dengan sisters Syria. Bahkan, malam tu lepas iftar dengan officers ataa', Khansa' cakap
'you should come and sleep at my house, meet my son, my mother, eat with us..'
'tonight?'
'why not??' siap dah pegang tangan kita kuat-kuat.

Ya rahman. rasa overwhelmed yang amat sangat. Tak pernah imagine Allah akan membenarkan impian ini, berukhuwah dengan akhawat Suriyah, menjadi nyata di dunia lagi..




Day 2

Hari kedua ialah hari melawat sekolah-sekolah.
1, Altinozu school
2, Bashair school
3, Maahad Ahlul Qur'an
4, Syariah Institute


Ini antara medan untuk aku practise bahasa arab lah. Sebab nak borak dengan budak-budak ni.

Lagipun before distribute souvenirs, kitorang akan cakap sikit kat depan,
ada satu kelas tu, bila introduce,

'nahnu min malizia, wa nahnu huna liziyaratikum as-suriyun'
(we are from malaysia and we're here to pay a visit to you, Syrians)

tiba-tiba ada budak menyampuk
'tasyarraftu bima'rifatik'
(Nice to know you)

MasyaAllah. Lari kejap fokus aku tengah cakap. Aku tak dapat nak describe. Hati terpaut.
Ada adik umur-umur diorang jugak buat aku rasa sangat close dengan diorang ni.






Yang aku boleh konklusikan pasal sekola-sekolah ni,

semuanya menjadikan al-qur'an sebagai core mereka. Almost semua sekolah yang kami lawat tengah recite qur'an, belajar tajwid.. Bila kami nak test, cuba baca surah yang dihafal, mereka baca as-saff, al-baqarah, yasin. padahal semua sekolah rendah.

Antara yang paling menarik ialah masa lawat Maahad Ahlul Qur'an. Tu memang khas sekolah tahfiz untuk budak perempuan. Aku sangat tertarik dengan cara cikgunya didik anak-anak itu.


Ada sekali tu ada budak-budak tengah bergayut-gayut kat tangga,
pastu ada cikgu tu panggil kitorang dekat budak-budak,

'dengar, saya akan tanya, dan mereka akan jawab'

pastu beliau tanya budak-budak tu.

'adakah kamu pendatang?'
'tidak'
'adakah kamu pelarian?'
'tidak'
'Jadi siapakah kamu?'
'Kami muhajirin'
'Apa dalilnya'
Dan anak-anak itu bacakan hadis 1 dari awal hingga akhir. Serentak. Lancar.

Next,

'Apakah maratib tauhid?'
'Iman, Islam, Ihsan'
'Dalilnya?'
Mereka baca hadis 2 dari awal hingga akhir.

Dari sanad ke matan. hingga riwayat siapa. Tak tinggal.
Beza sangat dengan kita yang nak hafal matan saja.

Lagi,

'Apakah sambutan hari ibu dibenarkan?'
'Tidakk'
'Apakah sambutan hari kanak-kanak dibenarkan?'
'Tidakk'
'Apakah sambutan maulidurrasul dibenarkan?'
'Tidakk'
'Dalilnya'
Mereka baca hadis 5. Juga dengan sempurna.
Yang matannya,
'barangsiapa mengadakan sesuatu perkara dalam urusan kita, sesuatu yang bukan daripadanya,
maka ia adalah tertolak'
line last tu diorang ulang tiga kali.

MasyaAllah. kalau mereka menguasai hadis-hadis ni. Takde dah lah orang yang buat benda khurafat ke hape dalam masyarakat. Sebenarnya ada lagi cikgu ni tanya soalan-soalan kreatif untuk hadis 3 dan 4. Tapi.... terlupa.






Lepas 3 buah sekolah, kami pulang berehat di hotel sekejap sebelum iftar di sebuah sekolah yang lain. Pulang petang itu.. dalam senyum yang panjang. Nak sangat Allah pertemukan kembali di Jannah. Jatuh cinta dengan anak-anak Suriyah.


Petang itu, ke sebuah sekolah menengah, tapi tidak bertemu pelajarnya, tetapi kami beriftar bersama guru-guru mereka. Pertemuan ini, kami sungguh merasakan kehangatan yang amat sangat. Guru-guru ni dah habis working hour tengahari lagi. Mereka datang semula hanya kerana kedatangan kami.

Sampai-sampai, salam, duduk.. Buka majlis.. MC siap ada printed text with translation yang dibacakan translation-nya oleh guru english. Mula-mula diorang perkenalkan setiap guru around the table. Ada guru fizik, kimia, IT, bahasa turki, arab, shari'ah.. Then ada bacaan al-qur'an, ucapan mudirah (pengetua), pastu ada nasyid dari guru-guru, penolong pengetua yang main kompang! Lagu selamat datang, and then lagu pasal ramadhan.

Then diorang bawak pergi bilik yang mempamerkan hasil seni para pelajar. Crochet yang students buat: ada muffler, alas meja, alas makanan, hiasan, bunga, brooch etc. Professional artworks and high quality ones I would definitely say. Dalam kepala otak fikir boleh buat auction ni hoho. So kitorang tanyalah, jual tak. Cikgu tu tanya nak yang mana satu? pilih, tanpa bayaran. Allah. Pastu pengetua ambil bunga yang kat situ, bagi. Ambil muffler, bagi. Satu demi satu-lah beliau bagi. The plot has been twisted. Kan kitorang dah rasa bersalah.



Lepas tu masuk balik bilik mesyuarat. Diorang kata, 'now we want to hear from you'. So aku mula lah cakap, and part yang tak reti aku sebut je dalam bahasa inggeris. Followed by rabiatul and kak lily. And then aku cakap boleh tak nak share sikit ayat qur'an. Secebis dari surah Yunus ayat 3. Masa tadabbur, sungguh aku terus teringat akhawat Suriyah, so aku saja hafal. Dan Allah izinkan aku kongsi dengan mereka. 'dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman bahawa bagi mereka kedudukan yang kukuh di sisi Tuhan mereka'. Nak bagitahu mereka yang walau orang nampak mereka seperti pelarian, serba kekurangan, tapi di sisi Allah, kedudukan mereka sangat kukuh dan utuh!

Then diorang kata bacalah ayat tu, diorang nak carikan Qur'an. Aku pun keluarkanlah Qur'an and recite ayat 1-3. Pastu cikgu-cikgu ni kata 'we want more'.. Aku habiskanlah 1 page. I don't mind, sebab yang aku fikir waktu tu, Allah's words are the best words I can offer them. Bila dah nak dekat waktu iftar, kami baca doa sama-sama. Sorang cikgu ni lead. Ya rahman. Engkau jadi saksi doa-doa kami. Aku tak mampu tahan bila cikgu tu ulang-ulang 'alhamdulillahi fi kulli sarra'i waddharra'' (segala puji bagi Allah di setiap kesusahan dan kemelaratan). Kerana ia dilafazkan oleh orang yang benar-benar sedang melaluinya!

Then bila nak solat, kami lambat sikit sebab belum ada wudhu'. Sampai-sampai, pengetua terus pegang tangan aku 'Solli fiina' (Lead our prayers). Mudirah di kanan aku. Masih segar di ingatan. Berdiri dalam saf yang sama dengan akhawat Suriyah. Walau aku, yang tak layak dan teramat jauh lebih rendah dari mereka baik segi usia mahupun amal, menjadi imamah. Merindui kehangatan kebersamaan ini ya Allah.

Sempat berborak dengan salah seorang guru masa iftar. Katanya, beliau tidak registered officially as guru sebab dia antara orang yang diburu basyar. Wajah-wajah guru-guru ni semua pun memang kami tak boleh publish, sama jugak dengan professionals lain. Sebab tu banyak muka kanak-kanak je.



Malam tu pulang ke hotel, team media minta translate-kan video interview. Memandangkan aku tak faham 100%, google translate menjadi talian hayat, dan banyak je part aku kena ulang banyak kali baru faham. Lagi-lagi vocab yang tak berapa nak familiar seperti roket, bom, gugur, lopak.. Bila tepu, aku cubalah tidur, tapi tak dapat. Mungkin sebab minum kopi Turki yang pekat masa iftar tadi. Tapi takut letih, aku tutup jugak mata. Masa baru nak terlelap, aku mimpi kanank-kanak Syria yang jumpa kat sekolah siang tadi. Diorang datang nak peluk. And then kanak-kanak lain pulak. Terus aku terjaga. Aku tak dapat tidur. So, teruskan translate lagi.. dan hanya tidur 2 jam malam tu.








No comments: