Sunday, August 24, 2014

Hatay in my heart: Kronologi II

Bismillahirrahmanirrahim. 

Day 3

Hari ketiga, kami ke Reyhanli, betul-betul di border Turki-Syria. Kami memang boleh nampak pagar sempadan sepanjang perjalanan dari Antakya ke Reyhanli. first sekali kami lawat Masyfal Amal (Hospital Amal). Masyfal Amal provide follow up treatment kepada mangsa perang. Kiranya, mereka dah dapat rawatan dulu di emergency unit dalam Syria. And then, dihantar ke Masyfal Amal untuk rawatan seterusnya. Masyfal Amal ni terletak betul2 di sempadan supaya senang pesakit dihantar ke situ. Bila dah sembuh, mereka akan dihantar ke Syria semula.



Masyfal Amal hanya ada 4 orang surgeon dengan kapasiti pesakit hingga 850 orang. Semua kelengkapan tersangatlah asas. Aku yang takde kaitan dengan medik ni pun rasa kekurang tu, apa lagi kalau orang medik tengok hospital ni. Bila dia tunjuk bilik surgery, macam tak percaya pun ada. Macam sebuah bilik kosong, katil di tengah, beberapa keping besi di tepi. Aircond takde. Curtain ke, yang fancy2 yang lain lagilah takde. Ok tak tahu term medik jadi sebut 'yang fancy2'.

Dinding pun kadbod. Pesakit kat situ ramai lelaki. Kami distribute kad-kad ucapan.

Masa ronda-ronda, kat tempat menunggu ternampak sorang makcik, muka dia sugul sangat. Kami pergi tegur dan salam. Bila peluk terus teresak-esak di bahu. Dia kat hospital ni sebab cucu dia injured. Sedihnya ya Allah. Dia asyik ulang, 'hasbiyallah'. Dia cakap dia happy kami datang and happy yang Islam satukan kita. Bila sebut jangan sedih, kuatlah.. Dia kata kemenangan Allah tu pasti. Kuatnya mereka. Waktu ni khansa' pun dah mengalir air mata. These are what the women had to endure. Kehilangan anak, suami, adik, abang.. gugur, atau hilang anggota.

Lepas tu kami lawat
Bara'iem Al-Iman School,
Al-Iman Secondary School
dan Markaz Al-Iman. Semua Al-Iman.

dah nak balik tertoleh tiba2 nampak adik ni depa tangan nak peluk


Semuanya sedang menghafaz jugak.

Di Bara'iem school, team media sempat interview 3 orang adik ni. Bila minta cerita pasal family, mereka sebutlah.. ayah dibunuh, abang kena tembak.. tapi muka diorang biasa je. Ya Allah, beratnya menyahut cerita-cerita ini. Tengok poster2 mereka..

'Syria, I miss you'.

Kelas budak-budak ni, selalu kitorang masuk akan start bagi salam, 'kaifa halukum', tanya siapa puasalah.. masyaAllah, teringat wajah-wajah mereka yang bersemangat angkat tangan ^^ Ada sekali tu aku spontan je terkeluar 'kaifa asbahtum?' pastu diorang jawab serentak 'asbahna wa asbahal mulku lillahi....(macam dalam ma'thurat)'. Aku tak jangkaa~! Kitorang selalu tanya siapa hafaz qur'an, lepas diorang baca dapat hadiah. Pastu yang lain rebut-rebut nak baca :'D

mereka struggle untuk membenarkan seruan iqra'


dinding hanya dari kadbod, sampai boleh nampak kelas sebelah

Seronok sangat masa pergi Markaz Al-Iman, sebab berjumpa akhawat Suriyah! Mereka asing laki perempuan. So memang enjoy lah bersua muka dengan wanita sahaja. Markaz Al-Iman ni tahfiz jugak. Mereka asing kelas berdasarkan juzu'. Pelajar dia berusia antara 5 hingga 65 tahun. Steady je ada makcik ni doktor tapi masuk kelas tahfiz masa summer. Kitorang bagi pouch yang ada getah rambut, bagi candies.

Bila membayangkan Syria, Palestin, yang selalu tergambar memang wajah kanak-kanak dulu.. Betapa Allah mendengar sekecil-kecil suara, sampai sepanjang misi ni je, kami ziarah 7 buah sekolah!


Petang tu patutnya ziarah HIMMAH dan iftar bersama mereka. HIMMAH, Badan tarbiah yang menyediakan murabbi untuk didik anak-anak Syria. Kami semua sangat look forward untuk slot ni. Tiba-tiba dapat tahu, di Reyhanli HIMMAH nya semua ikhwah, tiada akhawat. Turned down sikit lah sobs.

Jadi akhawat pergi iftar di rumah khansa'. Terubat sedikit jiwa ini.

So akhawat kembali ke Antakya awal sikit. On the way balik, menyusuri sempadan Syria, Khansa' tunjuklah kawasan yang dia pernah tinggal dengan suami dan anak-anak dia.. Tiba-tiba dia nangis lagi. Sayu sangat. Kitorang selalu ulang, 'they are waiting for you in Jannah'. Allah kuatkanlah mereka, dan gantikanlah kebahagiaan yang lebih baik buat mereka.

Pergi iftar rumah khansa', awal-awal khansa' and mak dia dah cakap, rumah ni milik kamu. Kami makan makanan Syria masakan khansa'. Ada Kofte, Freaky (hentam ejaan), Sup tak tahu nama, Salad, roti. Jumpa A'isyah kakak ipar Khansa' dan anaknya, Rayfah yang gebu. Rayfah mula2 malu2, lama-lama ambik makanan orang ^^ Dah, rindu. Rayfah ni kuat makan sikit. Khansa' cakap kalau Rayfah tinggal dalam kem pelarian, 'she will die'. Zain, anak khansa', lasak yang amat, kejantanan, persis anak mujahidin. Khansa' kata dia belikan tab lepas suami dia meninggal, sebab nak distract Zain, supaya dia tak ingat sangat ayah dia.

Duduk, ziarah, makan, muayasyah, mengenali, menyantuni.

meet Rafah

Kami borak macam-macam walaupun arab aku berterabur. Ada sekali diorang nak sebut anak ayam tapi tak tahu dalam English apa, pastu khansa' cakap, 'Thiflud-dajjaj', 'chicken son'. Lol!  Khansa' tunjuk gambar anak-anak dia, Rumah dia di Syria, Kawasan yang dia selalu ambil angin petang-petang dengan anak-anak dia. Suka borak dengan A'isyah jugak sebab Arab dia mudah difahami. Jiran khansa' yang Syrian jugak pun datang, A'isyah jugak namanya. Orang Syria ni lemah lembut, macam orang Melayu. Lelakinya pemalu.


Hari ini jujurnya aku lari fokus sikit, maybe sebab tidur sikit malam sebelumnya. Rasa tak ready, sebab agak letih. Padahal, this may be chance of a lifetime kot. Kerana merasai crucial-nya tidur yang cukup, malam tu cepat-cepat settle-kan perkara yang perlu, dan shut down.



Day 4

Hari keempat ialah hari melawat rumah-rumah pelarian.



Rumah pertama, kami menjumpa seorang kanak2 yang baru sampai ke Antakya lebih kurang 10 hari. Rumahnya telah dihancurkan roket, ibu dan ayahnya gugur. Dan dia, tertimbus 3 hari sebelum diselamatkan. Dia dan kakak2nya selamat, tapi kakak2nya dijaga oleh jiran mereka manakala dia dihantar ke Turki oleh jiran tersebut supaya bekerja sendiri. 

Dia ditemui oleh tuan rumah yang kami lawati itu, di tepi jalan. Bila ditanya, apa yang dia nak sekarang, jawabnya, dia nak disatukan dengan kakak2nya. Sambil tunduk, mata menutup wajah. Allah.

Rumah kedua, rumah sepasang suami isteri yang agak tua, sampai sudah lebih kurang sebulan. Datang, sehelai sepinggang. Bila kami masuk rumahnya. Kelihatan 2 katil. Sang suami hanya mampu duduk keuzuran. Sang makcik menyelak sebuah langsir di satu sisi rumah. Kelihatan dapur, rak barang, dan di tepinya, singki dan tandas. Tanpa sebarang pintu. Cuma sehelai langsir yang menabiri semua itu.

buat menung jadi panjang...

Sekilas pandang je aku dah rasa berat yang amat. Aku tak pernah imagine sebuah tempat tinggal yang begini! Dapurnya dipinjamkan jiran. Rak, pinggan mangkuk, tilam, semuanya ihsan jiran. Mereka tunjuk sehelai jubah, dan baju tergantung, milik asal mereka.

Sang makcik, bila kami salam, laju teresak bahunya. Kalian seperti anakku. Kami tiada anak, tetapi kehadiran antum seperti anak kami sendiri. Peluknye erat, genggamnya kuat. Dalam bercampur bahasa aam dan fushah, serta aku yang terkebil2 cuba faham, akhirnya menangkap bicaranya, 'kenapa tidak tinggal di sini dan kita iftar bersama?' Allahu.

Rumah seterusnya dan seterusnya, hanya menambah tamparan di pipi. Cuma satu bilik, itulah ruang tamu, itulah tempat mereka memotong apa yang hendak masak, itulah tempat duduk duduk.

Semuaaa mereka. Mana-mana rakyat syria pun yang kami jumpa. Bila ditanya apa yang mereka mahu, semuanya, 'kami mahu kembali ke Syria'. Di sini mereka di-diskriminasi. Bila kerja diberi beban lebih, dibayar sikit, dilayan berat sebelah. Tak kisahlah walaupun tiada lagi bunyi bom, tiada runtuhan.. Mereka tetap mahu tanah asal mereka.

Next, singgah kilang yang kilang kraftangan. Kilang tu generate income untuk pelarian. Then balik, bersiap untuk ke Reyhanli pula.

Ke war-recovery house. Ini kiranya pusat rawatan untuk pesakit2 pasca perang. Sampai2 kami bertemu seorang kanak2 yang wajah dan tangannya seperti disimbah asid. Kena benzene. Masuk lagi jumpa makcik yang tangan dan kakinya tempang. Bila nak tukar tempat duduknya, nampaklah susah, then berjaya, 'alhamdulillah' sambil senyum tak lekang dari bibir. Bila nak iftar, mereka menyebut 'fa bi ayyi ala'i rabbikuma tukadzziban'. (Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan?) 

Iftar kami, dikelilingi makcik2 yang jalan terhencut2, tangannya tak sempurna sebelah. Dan menyaksi seorang anak yang kurang sempurna, gara2 kelahiran pramatang. Dan mendengar terpacul dari bibir seorang makcik 'almalu walbanuna ziinatul hayatid dunya' (harta dan anak2 adalah perhiasan kehidupan dunia). 

Aku bukan apa. Cuma. Kata2 itu keluar dari orang yang benar2 sedang teruji. Yang sadiq dan beramal dengan kata2nya. Allah. Terlampau. Dalam.

Lepas solat maghrib alhamdulillah dapat peluang tidurkan seorang baby ni. Sepanjang mendodoi dan merenung wajah bayi tu, memang Allah buat aku berfikir dengan sangat panjang dan dalam... Kiri kanan aku orang yang kehilangan - anggota badan, ahli keluarga, tanah air. Aku rasa naif dan rendah sangat2.. Allah, moga bukan rasa semata! 

Tamparan kedua. Al qur'an. Ada sorang kakak ni hafizhah, dia guru quran dekat darul syifa' ni. Dialah antara yang paling excited borak dengan kitorang dan arab paling mudah difahami, sebab dia banyak guna words yang dalam quran. Dia hafaz quran dalam masa setahun je. 6 bulan pertama 11 juz, 6 bulan kedua 19 juz. Dia kata, kat syria, ada yang tak mampu pergi sekolah sebab takde duit, diorang akan belajar quran. Baca, hafaz. Sampai ada yang hafaz 30 juz dalam masa 6 bulan je.

Dia kata malaysia hebat. Musabaqah alquran selalu nombor 1 2 3 malaysia sapu licin. Dia tanya aku hafaz tak, aku kata lah sikit. Pastu bila tengah duduk ramai2 dalam bilik celah2 akhawat semua, dia cerita yang kitorang ni hafaz quran, so dia nak dengar kitorang baca zz. Aku pun baca yang aku tengah murajaah la huu main tipu. Pastu kak lily and rabiatul pun kena kekeke. Penuh pasrah dan redha kena tasmi' hafazan tengah2 alam gitu. 

Lepas tu duduk, ada makcik tanya aku hafaz berapa banyak, aku cakap 5 juz. Dia tanya dalam masa berapa lama hafaz? Aku jawab ... Tett.. Lima tahun. Dia tanya, setahun hafaz berapa? 1 juz. Juz'an faqath?? (Satu juzuk je?.) masyaAllah sentap sampai ke jantung. Then dia kata, kita akan selalu ingat, lupa, ingat, lupa.. So kena murajaah. Aku angguklah. Then dia tanya aku murajaah tak? Aku angguk. Berapa banyak sehari? 1 surah. Dia geleng, juz'an! Kena satu juzuk! T_T aku angguk je la dalam hati ya Allah err, speechless. Pastu dia cam tekankan lagi sekali. Sampai last aku cakap, 'aku akan cuba, insyaAllah'. Wuuu. 

Pastu tengah kitorang duduk, dan aku belasah je borak dengan orang sekeliling aku, tiba2 syaimaa' selamba je tutup lampu. Aku duk diam je ingatkan ada orang luar datang ke, brothers datang ke. So tutup lampu sebab ramai tak pakai niqab ke. Tiba2 ada sorang masuk bawak kek. Selamba lagi. Tak mungkin ada orang Syria tau birthday aku. Tiba2 kek berhenti depan kita. 'Happy birthday diana'. Mata bergenang. 

Allah buat aku speechless

Ya Allah. Engkau izinkan berada di sini dah antara hadiah teragung yang aku tak mampu pun nak ungkap. Inilah hadiah dari Engkau. Yet, engkau tambah lagi tanpa aku memintanya. Astaghfirullahalazim.

Dua kek masuk. Satu bilik nyanyi lagu sanah helwah. Loss of words again. 

Pastu, makan ramai2.. MasyaAllah. I could have never imagined celebrating my birthday with syrian sisters o Allah. Dahlah celebration dimulakan dengan tasmi' hafazan. MasyaAllah. Sister khansa' antara dalang teragung. Mostly yang tau birthday aku schoolmate and family, so berada di sini aku memang takde niat pun nak ingat birthday sendiri huhu. Allahu Rabbi. Allahu rabbi. Tambahkan sebab untuk aku bersyukur. Ini. Susunan Engkau. Saja.

Alhamdulillah. Lepas celebrate tu, macam an ice breaking jugaklah dengan makcik makcik kat situ. Jadi lagi banyak borak, lagi ramai tegur. Terharu ramai yang wish cakap, next birthday, insyaAllah dah hafaz 30 juz alquran. Sangat rapat mereka dengan al-qur'an! Then, bila nak balik, salam semua, paling terkesan salam dengan makcik yang kudung separuh tangan dan kaki sebab bom. Satu family dia meninggal, tinggal dia sorang je. Baru 3 hari sampai darul syifa'. Teresak esak masa salam.

Diulang ulang. Kami pasti merinduimu. Moga Allah beri kemenangan kepada suriyah. Sila datang lagi. Kalau datang mesti ke sini. Taknak lepas. Memanglah mengalir je dari bibir 'la tahzan' 'hasbunallah' 'sayubaddilullahu bian'amiha filjannah' tapi, Allah, mana mungkin sama dengan bahu yang memikul. Makin teresak2 makcik tu. Dia cakap,

'Sampaikan salamku kepada ikhwah akhawat malaysia'

Ikhwati wa Akhawati

DAY 5

Hari terakhir. Harap sangat dapat jumpa dr hanifah dan khansa'. 

Tunggu kat lobi, officer ataa' semua dah sampai, bagi hadiah, tapi sisters takde jugak lagi.

'Ainal akhawat?'

Abu zayd call dr hanifah. Dia tak dapat datang. Which means, sister khansa' pun tak dapat datang. Call khansa',

'Assalamualaikum'
'Ana akrihul wida' ' (i hate farewell)
'Ana aidhan' (me too)

Banjir. Allah. Berat yang amat menerima perpisahan ni


With brotherly brother Amin






This whole journey is an extra mile ahead for me. I do things I've never thought of doing before. Untuk berdialog dalam bahasa arab, untuk bersahabat rapat dengan sahabat Suriyah, untuk bermuayasyah dengan makcik makcik, untuk mengurus diri kami tika bertemu guru-guru, pegawai, tanpa kakak kakak gergasi, bahkan berbulan sebelum misi bermula, Allah telah mengajar mengehadkan dan mengurus wang, mengambil cuma yang perlu.




Terlalu bermakna perjalanan ini. 

Tamparan Allah yang paling keras kiranya,

1) tujuan hidup ini. Witnessing the hardship, the torment they've gone through. Is just another slap on my face. Ia benar membuatkan aku merenung dengan sangat dalam. That this life really have something. Something to fight for. 


2) dalam sampai ke ulu hati. Kiranya tentang quran. Menjadi org yang dibesarkan dengan alqur'an. Kadang buat aku rasa selesa dan cukup dah. Hafaz beberapa juzuk buat aku rasa cukup dengan maintain murajaah apa yang ada. Tapi.... Allah. Halusnya teguran engkau. Segar membekas lagi soalan makcik tu, "hafaz satu juzuk je setahun?". "Murajaah berapa banyak sehari?" "1 surah" "1 surah je? 1 juzuk!". Dan wish mereka masa birthday ialah, "insyaAllah next birthday dah hafaz 30 juz" Astaghfirullah menampar2. Selalu mindset hafaz melambak2 macam tu budak tahfiz je. Tapi mereka, semua berlumba menghafaz. Yang belum reti cakap pun dah boleh baca annaba' sikit2.

3) ukhuwah, yang kerana aqidah semata. kerana sama-sama meng-ilahkan Allah, sahaja. bangsa, bahasa, cara, berbeza. Tapi Allah wujudkan keterikatan hati, kerana ke-Islaman kita. The knot is so strong. Walau selalu merindui dalam doa cuma, tak pernah menyangka Allah mengizinkan aku mendakap mereka. Ikatannya lebih kuat dari yang aku sangka. Waktu itu aku sedar yang kita tak perlu sebab sampingan pun selain Islam ini, untuk mencintai. beberapa hari lepas balik, ada sehari aku teringat dan rindu sangat-sangat pada mereka, pada Khansaa', dan pecah jugak kolam air mata. dan hari yang sama, Khansaa' whatsapp tanya khabar dan cakap dia rindu sangat. Makin aku yakin, Allah benar-benar menghubungkan hati-hati.

4) bahasa arab bukan sesuatu yang harus aku pandang sebagai option. Tapi harus aku perjuangkan. Allah buat aku rasa kerdil bila banyak part of conversation aku blur, bila whatsapp Khansaa' dalam arab selalu kena baca ulang kali. Pengajaran yang boleh aku ambil ialah, before mission, study betul-betul vocab perang, sekolah, hospital. I know I could have done better. 




Takkan pernah lupa perjalanan ini. Tiada gambar yang dapat mempotretkan, tiada kata yang boleh menyamakan, tiada tulisan yang boleh menceritakan, kecuali dengan merasakan sendiri. Hingga hari ini, merindui akhawat suriyah. Di tengah hangatnya isu palestin, Syria tidak kurang dibedil, baru dapat berita daripada Ataa' beberapa hari lepas, Idlib, kawasan paling hampir dengan sempadan dibom berkali-kali. Namun cerita Syria seperti timbul dan tenggelam terus, kerana semua fokus pada palestin. 

Rasa ini benar-benar membekas ya Allah. Tapi aku tahu, rasa, boleh hilang. Tapi moga amal berterusan. Moga kefahaman dan energi sentiasa ada. Allah, moga Engkau thabatkan, kerana di suatu tempat bernama Suriyah, ada ikhwah akhawat yang tiada pilihan lain selain terus tetap berjuang.

No comments: